Perlancaran Perdana Parti Amanah - Foto dan 2 Video

Satu kebetulan bro, 
Hari ini, 16 Sept 2015..Hari Ulang Tahun Kelahiran Malaysia !
Hari ini....satu peristiwa besar ditutup dgn cerita besar yang lain dan..kita sibuk cerita peristiwa besar yg langsung tak ada nilai.... dan melupakan peristiwa besar yg lain..

Peristiwa Besar (yang dilupakan) ialah Majlis Pelancaran dan Perasmian Parti Amanah Negara di Shah Alam yang kebetulan beriringan masa dan harinya dengan 'Himpunan Maruah Melayu' anjuran beberapa NGOs yang langsung tiada nilai sejarah dan faedah kepada rakyat keseluruhannya, ia lebih banyak mengundang kemarahan sesetengah pihak yang meniupkan element 'perkauman' sempit dalam sebuah negara berbilang kaum.


Tahniah atas pelancaran Parti Amanah Negara AMANAH..

Pelancaran Majlis Perasmian Parti Amanah Negara.






Majlis pelancaran ini dijayakan dengan penuh gilang gemilang selaku parti bongsu di persada tanah air Malaysia. Perasmian ini mendapat sambutan seluruh perwakilan dari seluruh pelusuk parlimen yang hadir sehinggakan Dewan yang mampu memuatkan 3,000 peserta padat melimpah keluar dewan.



Logo Rasmi Parti Amanah Negara




Jawatankuasa Pusat 2015
PARTI AMANAH NEGARA
"Harapan Baru'


Amanah DiLancar Setelah Ikut Syarat ROSSinar TV Published on Sep 16, 2015Parti Amanah Negara (Amanah) dilancarkan sempena Hari Malaysia hari ini. Majlis pelancaran disempurnakan Presidennya, Mohamad Sabu di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam..Sinar TV



Ustazah Jamilah Ibrahim mantan Ketua Muslimat Pas yang juga adik ipar Almarhum Ustaz Fadzil Noor menyerahkan borang keahlian kepada Mohamad Sabu untuk kini bersama Parti Amanah Negara.

SEJARAH PENUBUHAN PARTI AMANAH BARU


1. Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2015, negara mencatatkan satu lagi sejarah apabila Parti Amanah Negara atau singkatannya ‘Amanah Negara’ akan dilancarkan dengan rasminya di IDCC Shah Alam.

2. Sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam, Amanah Negara akan memikul tanggungjawab mencorakkan politik negara dan ummah mengikut prinsip-prinsip Islam ke arah mencapai cita-cita besar Malaysia.

3. Amanah Negara mempunyai sejarah tersendiri. Ia dilahirkan selepas PAS berpecah dua. Perpecahan ini berlaku dari atas, iaitu dari pucuk pimpinannya, sehingga ke bawah, iaitu di cawangan atau akar umbinya. Perpecahan ini adalah hasil dari keinginan untuk membawa pendekatan berbeza setelah ada yang beranggapan “pendekatan melalui PR merugikan PAS”.

BERMULA PERPECAHAN DALAM PAS

4. Bibit-bibit perpecahan dalaman PAS yang membawa kepada penubuhan Amanah Negara mula berputik sejak 2008.

5. Apabila gabungan PAS bersama PKR (BA) dan kerjasama pilihan raya dengan DAP menang besar pada pilihan raya umum 2008, jalur pemikiran berbeza mula ketara. Ada yang ingin mempertimbangkan kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan, khususnya untuk Selangor dan Perak, manakala ada yang mahu kekal bersama dengan PKR dan DAP dengan membentuk Pakatan Rakyat (PR).

6. Walaupun pendekatan bersama PR telah mendapat pengesahan dan sokongan melalui Muktamar tahunan PAS pada 2008 dan tahun-tahun seterusnya, namun golongan yang ingin menimbangkan kerjasama dengan UMNO terus berusaha. Ekoran itu hubungan dalam PAS tidak pernah serasi antara dua jalur pemikiran ini.

7. Ada saja isu yang berbangkit yang menampakkan perbezaan pemikiran dan pendekatan ini. Ini termasuklah isu Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor dan lain-lain. Ia semakin ketara selepas perginya pemimpin ulung PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KEMPEN MENYINGKIRKAN KELOMPOK PRO-PR

8. Menjelang muktamar PAS ke 59 di Shah Alam pada tahun 2013, kempen mula dibuat untuk menyingkirkan pimpinan yang pro-PR. Mereka mula dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’ (sempena nama presiden Turki Reccip Tayyib Erdogan), ‘parasit’ dan ‘Anwarinas’ oleh yang ingin mencuba pendekatan selain dari PR.

9. Namun usaha kali itu gagal apabila perwakilan membuat pilihan menggabung jalinkan kepimpinan PAS antara kedua-dua kumpulan ini.

10. Pada Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor pada tahun 2014, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan muktamar dengan tegas berkata, “kepada sesiapa yang hendak jadi imam juga, carilah tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadilah imam sendiri.” Ia telah ditafsirkan sebagai tindakan menghalau kumpulan pro-PR secara terbuka oleh beliau. Kesannya PAS berpecah dua.

11. Sejak itulah, kempen besar-besaran dan sistematik dibuat untuk menghalau kumpulan profesional atau Erdogan ini. Padahal merekalah tunggak yang menggerakkan PAS selama ini. Akaun Facebook dan blog hantu mula digunakan untuk membuat serangan secara terbuka kepada mereka dengan pelbagai label diberikan dari Anwarinas, jebon, parasit, barua, anai-anai sehinggalah kepada liberal, sekular dan anti-ulama! Sedangkan isu sebenar adalah samada kekal dengan PR atau sebaliknya.

12. Ditimbulkan juga tuduhan penyusupan,IRC dan JIM serta kisah-kisah lama yang tidak releven dan dilupai ramai. Label dan tuduhan yang dilemparkan bertujuan mengalih pandangan perwakilan dari isu sebenarnya,ia itu keinginan pimpinan tertentu untuk keluar PR dan PAS bersendirian membina hubngan dengan semua termasuk UMNO/BN.

MUKTAMAR PAS KE 61 KEMUNCAK PERPECAHAN & BERPECAH DUA

13. Demonstrasi juga dibuat di pejabat Agung PAS untuk menyerang pimpinan pro-PR ini. Banner dinaikkan, gambar mereka dipijak, tuduhan rambang dibuat, namun tiada tindakan diambil oleh DS Presiden untuk menghentikan kerja-kerja terkutuk ini.

14. Maka pada Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor, tercapailah cita-cita itu. Pihak konservatif yang menggelar diri mereka sebagai golongan ‘pro ulama’ berjaya menghalau kumpulan pro-PR dalam PAS dari jawatan kepimpinan.

15. Pada Muktamar PAS itu juga usul berpisah dengan DAP turut diluluskan tanpa dibahas. Ini akhirnya menyaksikan Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008 antara PAS, PKR dan DAP berkubur.

PENUBUHAN WADAH BARU & MENGUSAHAKAN PAKATAN 2.0

16. Kemudian, satu program ceramah ‘Jasa mu dikenang’ untuk menghargai pihak yang terpinggir ini diadakan di Markas PAS kawasan Bakri, Johor pada 16 Jun 2015. Hasil sambutan yang diterima, telah diputuskan penubuhan sebuah parti baru yang berasaskan Islam adalah satu keperluan.

17. Parti Islam ini akan mengusahakan kewujudan Pakatan Rakyat 2.0, sebagai meneruskan momentum perubahan rakyat, yang sudah sedia wujud.

18. Setelah pelbagai proses berjalan, maka hari ini lahirlah ‘Parti Amanah Negara’ setelah pimpinan Islamis pro-PR ini mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

19. Semoga perjuangan ini dirahmati Allah dalam usaha untuk menyambung tugas baginda Nabi SAW, membawa Islam sebagai Rahmat Untuk Semua.

ABU MUAZ AL MIRDIFEE
BEKAS Ahli PAS Seumur Hidup.

Video 2
Kelantan Paling Ramai Sertai AmanahPublished on Sep 16, 2015
Parti Amanah Negara (Amanah) sudah mempunyai 30,018 ahli di mana ahli paling ramai menyertainya adalah dari Kelantan diikuti Johor dan Selangor. 
Amanah dilancarkan Presidennya, Mohamad Sabu di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini..Sinar TV 



Foto menarik sempena
Pelancaran dan Perasmian
Parti Amanah Negara PAN



Wacana Wanita Kontemporari
Lahir 16 Sept. 2015
Cepat bergerak 19 Sept. 2015 !!

Memang hebat wanita Amanah bro !

Wacana Wanita Kontemporari perlu dihadiri oleh pencinta keadilan untuk semarakan minda generasi semasa ke arah negara yang lebih bermaruah, bertamadun dan berwawasan !!





Kit Siang turut hadir di acara pelancaran PAN


Us. Ahmad AwangAbd. Ghani Shamsuddindan Lim Kit Siang menunjuk tanda 'bagus'di Majlis Perasmian Parti Amanah Negara 


Barisan kepimpinan utamaParti Amanah Negara Setelah berjaya dirasmikan


Mohamad Sabu Presiden AMANAHSegak bergaya kelihatan sedang memulakan sesipemeriksaan perbarisan pemuda Amanah.



DS Wan Azizah Ismaildan Saifuddin Nasution turut kelihatan di Majlis Peramian Parti Amanah


Sesi santai bersama tetamu


Kehadiran ahli dan tetamuMemenuhi Dewan IDCC Shah Alam.

Lim Kit Siang dari DAPbersama Saifuddin Nasution PKRtekun mendengar ucapan di majlis perasmian Amanah.


Dr Siti Mariah bersama Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail


Dewan IDCC Shah Alam.Tidak dapat menampung kehadiran begitu ramai perserta dan ahli AmanahKelihatan mereka berlegar di luar dewanuntuk mendengar pelbagai amanat dan pesanandi Majlis Perasmian yang mencatatkan sejarah bro !


Pandangan dari dalam Dewan IDCC Shah AlamSendat dan penuh sesak dengan kehadiran ahli dan tetamu.




Laporan dari The Malaysian Insider : MalaysiaTurut melaporkan dan membuat liputanMajlis yang bersejarah ini, Perasmian PartiAmanah Negara di Dewan  IDCC Shah Alam.



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata ia menawarkan untuk kekal komited dalam meneruskan agenda Islam sebagai tunjang utama parti itu yang dilancarkan secara rasmi hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, September 17, 2015..bacaan lengkap, klik bawah 


Amanah komited angkat agenda Islam, kata Mat Sabu




Mat Sabu tersengeh sakansewaktu bersua muka dgn Otai Reformasiyang menyerahkan borang keahlian Amanahdi Majlis Perasmian parti itu di Shah Alam hari ini.


Wanita ramai terlibat denganParti Amanah Negara..Petanda sebuah parti baru akan cepat diterima ramai !


Kerja Islam diteruskanUAA akan berikan Kuliah Maghrib pada 19.09.15Masjid Ar Rahman, Penaga, SPU Pulau Pinang  ..Kepada yang berada di sekitar Penaga, Bakar Lapor, Permatang Bendahari, Seberang Perai, Pulau Pinang bolehlah berkunjung di sana..!


Ambo membisikkan kpd LKS supaya DAP bersama AMANAH NEGARA segera menggerakkan Pakatan Baru mendepani politik nasional menghadapi PRU 14.

Kelihatan Dato Wan Rahim bersama A.Samad Said, LKS dan Lim Guan Eng di Majlis Perasmian Parti Amanah hari ini !!!!



Parti orang kalah bertanding?? hehe 




Inilah 'uslub' bahasa yg 'bernilai', penuh 'santun'dalam mengajak dan 'memikat' orang ramai untukbersama Amanah.Bukan dgn kalimat kalimah yg buatkan orang selalutersentap, terkejut, heran dan terus 'longlai pengsan'bila mendengarnya?
Ini baru 'jiwa besar' sebenarnya ! bukan jiwa yg gersang dari seorang orang besar sang pemimpin pada jawatannya dalam hadapi rakyatnya lalu dijoloki 'jiwa besar' ??? kerana yg 'menjolok' itu, besar 'kemungkinan' mahukan 'sesuatu', 'gugur' sebagai imbalan?


sumberAmanah Negara


Khulasah

~ akhirnya Mat Sabu jadi 'Presiden' sebuah parti baru yg dikenali dgn Parti Amanah Negara. Secara pribadi, aku cukup gembira dengan perkembangan ini, aku sangat mengenali beliau sejak bersama terlibat dlm 'demonstrasi Baling' 1974 dalam episod 'Mahasiswa Menggugat' dulu ! 

~ Jiwa 'menentang' elemen 'kezaliman' cukup kental dalam diri beliau dan beliau tidak akan berkompromi dalam hal sebegini ! sebab itu PAS di bawah Tok Sidang sekarang ini, begitu teruja dan dakap kasih dengan Umno? ramai kumpulan Progresif dalam PAS tidak 'senang hati' dgn keadaan sedemikian, sehinggalah mereka 'dihalau' dgn penuh 'kehinaan' !

~ Aura Mat Sabu cukup memikat, memukau terutamanya dalam gerakerja beliau bersama rakyat, beliau senang didekati dan cukup mesra untuk berbual, MS juga akan jadi pendengar setia bila kita berbual dengan beliau ! 
Ceramah 'isu-isu' semasa beliau cukup 'menyengat' dan mampu menghimpunkan puluhan ribu pendengar terutama ketika hampir dengan PRU yg akan berlangsung !

~ Amanah adalah cetusan idea kumpulan beliau yg lebih dikenali kumpulan 'Erdogan' PAS, kumpulan Progresif adalah kumpulan yg bersatu dalam 'fikrah' menentang sebarang bentuk kezaliman yg berlaku dalam negara. Sebab itu Amanah cepat diterima umum dan borang pendaftaran sentiasa diulang cetak bro !

~ Kemasukan Us. Ahmad Awang dan Us. Abd. Ghani Shamsuddin dalam Amanah selaku Penasihat Umum dan Timbalannya dipegang oleh Us. Abd. Ghani Shamsuddin tentunya akan memantapkan lagi hala tuju PAN ini. Mereka berdua sangat dihormati oleh kawan dan lawan dala dan luar negara, bukan saja kerana 'keilmuan' mereka ! tetapi kerana akhlak terpuji yg ada pada kedua tokoh ini, menjadikan mereka 'icon' ulama sebenar dalam manhaj politik dan siasah semasa. 

Akhirkalam, Tahniah. dan Selamat Maju Jaya.



Comments


  1. Nabi HADIR...Tanpa ber KITAB
    Tanpa HARTA....Pangkat dan NOBAT
    Telus KUDUS....Tiada SONGLAP
    "AMANAH" Lurus...Cahaya SEJAGAT



    Nabi Mem BAWA...Makna Dan ERTI
    HAKIKAT Hakiki...Definasi AZALI
    MURTAD Syirik...FITNAH yg Keji
    Kerana SONGLAP...Rasuah di HATI


    Kerana SONGLAP....Rasuah Di HATI
    Onar PONTENG...Fitnah KHIANAT
    Songlap RASUAH...Klepet Men CURI
    Men CURI Keringat...Khazanah UMAT


    Nabi BUKAN....Mencari HARTA
    BUKAN Mencari...NOBAT Duniawi
    Mem Bawa CAHAYA...Erti & MAKNA
    Mencurah KASEH..."CINTA" Abadi


    Men Curah KASEH...."CINTA" Azali
    Me NYATU Kaseh...Langit & BUMI
    Indah nya KASEH...SUCI Sejati
    Saling Mem BERI...Saling Me'NGERTI




    Men CURI Klepet...Khazanah UMAT
    Balak ESOS...Projek yg "GELAP"
    Klentong JUBAH...Sorban yg 'JAHAT'
    U-Turn & FITNAH...Kerana SONGLAP



    SEMUA Benci...Dgn Pen CURI
    Apa tah Lagi...Ber Jubah Ber SORBAN
    Klepet Men CURI...Ber Juta Ber LORI
    BELIT Klentong...Hadis & QURAN







    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?