'Pak Sanggup' sudah 'Offer' Beb ! Kah Kah Kah

Ini satu 'penghinaan' bro !

penghinaan oleh puak Umno terhadap batang tubuh Dr. Hatta Ramli yg kononnya tersepit dalam polemik 'baiah dan sumpah' ciptaan PAS untuk mengelak mereka lari dari parti itu bro !

'cina buta' ? kah kah kah
dengan kata lain, Pak Sanggup laa bro !
orang arab kata, 'al-muhallil' bro !
Nikah cara ini tak ada dalam Islam, dan bukan dari syariat Islam !
lihat fatawa: 

نكاح المحلل حرام باطل لا يفيد الحل

Nikah Al-Muhallil adalah 'Haram' lagi 'Batil' dan tidak membantu kepada apa2 penyelesaian !, mafhumnya tak dak pekdah langsung bro ! Kah Kah Kah

Memang mamat Umno yg buat 'offer' ni bro ! jenih tak mengaji bro! Ini bukan cara penyelesaian yang betul bro ! kalo pasai bab2 gini? Umno memang 'champion' bro ! kah kah kah 

Lihat juga pautan ini bro !
Seorang isteri ditalak tiga..kemudian si suami berpakat dengan al-Muhallil (Pak Sanggup) untuk jadi 'cina buta' untuk mengahwini isterinya yg telah diceraikan itu tanpa melakukan persetubuhan... baca bro ! menarik untuk difahami ! baca jua fatwa Ibn Bazz ini..

نكاح التحليل - فتاوى ابن باز


Kalo dia munkir janji tak mau lepas, maka bekas suami boleh nganga, melopong laa bro ! ini lah permasalahannya ! Kah Kah Kah

Nikah Muhallil ini haram hukumnya bro ! berdasarkan hadis Nabi s.a.w seperti berikut..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لعن الله المحَلِّلَ والمُحَلَّلَ له " رواه أبو داود من حديث علي رضي الله عنه، وقال شيخ الإسلام ابن تيمية في الفتاوى (3/100): (نكاح المحلل حرام باطل لا يفيد الحل.  انتهى. 

mafhum hadis - 

لَعَنَ اللَّهُ الْمُحَلِّلَ وَالْمُحَلَّلَ لَهُ
“Allah melaknat si muhallil (orang yang menikah muhallil) dan muhallal (orang yang meyuruh nikah muhallil,” (H.R. Abu Daud dari Ali RA)
Shiekh Islam Ibn Taimiah dlm Fatawa (bil 3/100) berkata: Nikah Muhallil adalah haram lagi batil dan tidak membantu kpd apa2 penyelesaian pun ! Selesai.

*******************

Ahli Umno tawar ‘Cina buta’ 
selamatkan perkahwinan bekas pemimpin PAS
OLEH KC NAZARI
Published: 6 September 2015

PAS baru-baru ini berkata yakin perkahwinan Ahli Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli antara yang terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai Amanah tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.

Seorang pemimpin Umno tampil menawarkan khidmat pernikahan 'Cina buta' dengan upah hanya dua gantang beras - dianggarkan bernilai RM7.30 - kepada bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) susulan dikatakan perkahwinan mereka terbubar kerana melanggar sumpah yang dibuat sebelum ini.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos memberitahu The Malaysian Insider, tawaran itu dibuat bagi pihak 35 rakannya yang berusia bawah 35 tahun yang sanggup melakukan perkara tersebut.

Katanya, ia bertujuan menghalalkan semula perkahwinan pemimpin parti Islam itu yang menjadi pertikaian beberapa pihak berikutan baiah atau akujanji yang dipercayai dibuat mereka sewaktu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

"Kami tawarkan perkhidmatan ini kerana risau rakan sebangsa dan seagama daripada terus bersekedudukan dan berzina.
"Jadi, patutlah kita bantu dengan cara sebegini," katanya yang menghubungi The Malaysian Insider sendiri bagi memaklumkan tawaran itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam PRU13 atas tiket parti itu supaya mengosongkan kerusi jika menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah), yang diumumkan pada 31 Ogos lalu, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.

Baiah itu didakwa mengakibatkan jatuhnya talak tiga kepada isteri wakil rakyat itu sekiranya mereka bertindak keluar parti selepas menang pilihan raya atas tiket PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkata, PAS yakin perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli antara yang terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai Amanah tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Kenyataan itu bagaimanapun ditolak Hatta yang berpegang kepada pendapat berbeza ulama lain.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud pula dikatakan menjamu nasi beriani kambing kepada 100 fakir miskin di Shah Alam pada 4 September lalu bagi tujuan membayar kifarah baiah itu.

Nikah secara 'Cina buta' atau istilah sebenarnya 'nikah muhallil' bertujuan menghalalkan suami pertama berkahwin semula dengan bekas isterinya yang sudah ditalak tiga.

Ia dilakukan dengan memenuhi 3 syarat - bekas isteri yang ditalak 3 bernikah dengan lelaki lain selepas tamat tempoh edahnya, melakukan hubungan badan sempurna dengan suami barunya dan kemudian diceraikan suami barunya itu.

Wanita tersebut kemudiannya akan halal bernikah semula dengan suami yang menceraikannya dengan talak 3 selepas ketiga-tiga syarat itu dipenuhi.

Istilah 'Cina buta' dipercayai wujud kerana amalan masyarakat Melayu pada masa dulu yang kebiasaannya mengupah seorang berbangsa Cina bagi membantu seorang wanita memenuhi syarat itu.

Bagaimanapun, hukum amalan itu terus menjadi pertikaian ekoran taraf perempuan yang seolah-olah menjadi barang dagangan dalam sesebuah perkahwinan.

Jamal berkata, beliau akan memperincikan profil 35 orang tersebut dalam masa terdekat menerusi sidang media atau menerusi akaun Facebook miliknya.

Ditanya tentang jaminan yang "perkhidmatan" itu akan dilaksanakan dengan sempurna, Jamal memberikan jawapan berikut:

"Kalau isteri dah suka dengan suami yang baru, itu di luar jaminan sayalah, tetapi mungkin ada perjanjian yang diwajibkan dalam Islam," katanya. – 6 September, 2015..TMI

Ahli Umno tawar ‘Cina buta’ selamatkan perkahwinan bekas pemimpin PAS




amalan 'cina buta' atau nikah muhallil ini adalah termasuk dosa2 besar sebenarnya ! kerana perbuatan ini dilaknat oleh Allah Taala.

Khulasah !

1. PAS dilihat sengaja menggunakan isu baiah dan sumpah ini sebagai senjata untuk 'memaksa' sesiapa jua calonnya yg bertanding untuk tidak 'meninggalkan' parti, menampakan 'kejelikan' dan huduhnya sebuah parti Islam seperti PAS..sedangkan Islam itu sendiri tidak ada paksaan untuk manusia memilihnya !

2. Calon yg terperangkap dengan isu ini, dimomokan semaunya oleh mereka yg selalu mengungkapkan keimanan kpd Allah dan RasulNya, pada hal sumpah tadi akan selesai jika dibayar dgn 'kifarah' sumpah dgn memberi makan 10 orang miskin sahaja. 
Kenapa kita tidak menjaga 'perasaan' ahli keluarga mangsa yg tertekan dengan 'game' bangang PAS ini ? cuba baca kenyataan oleh Mahfuz Omar (Ingat perasaan keluarga Dr Hatta pesan Mahfuz)..

3. Mamat Umno yg membuat tawaran ini, dikira cukup dangkal dalam pertimbangan ilmu bro ! Islam menegah cara tawaran seperti ini, Rasulullah s.a.w menjelaskan seperti Hadis di atas, bahawa pelakunya (Muhallil dan Muhallal) keduanya dilaknat oleh Allah Taala..Jadi, tak payahlah mamat nie dok susah hati dengan situasi ini, tahulah Dr. Hatta selesaikan masalahnya, dan Dr. Hatta pun bukan kecik anak ilmu Islamnya, bukan sebarang orang yg hendak mamat ini pandang ! Dr. Hatta lebih berilmu Islam kalo nak banding dgn mamat Umno nie? buat tawaran untuk elak terus bersekedudukan dan berzina? sejak bila mamat nie tu risau dengan rakan sebangsa dan seagama dgnnya?Simpanlah 'kerisauan' hang tu bro ! banyak lagi amalan songsang dalam Umno sendiri yg hang patut risau ! bab rasuah pun hang tak larat nak risau dah ! Risau konon ! Kah Kah Kah 

4. Orang2 yg buat tawaran semcam ini disebut 'cina buta' dan dalam Bahasa Arab ia disebut 'التيس المستعار ' atawa kambing yang menyamar (Pak Sanggup) bro ! baca [nabulsi.com]  orang2 sebegini amat dimurkai Allah sebenarnya ! sebab itu perbuatan ini dikira sebahagian dari 'dosa besar' . Dan kalau bekas suami yang menerima tawaran sedemikian? juga dilaknat Allah dan dikira sebagai lelaki dayus bro ! lihat dan baca imej di bawah ini.

5. Apa yg berlaku kpd Dr. Hatta ini, adalah atu penghinaan dari suatu kaedah bikinan Pas yg cukup hodoh dan memalukan sekali bro ! Cukup2lah dan berpada2 lah dalam menggariskan apa pun untuk kesetiaan ahli ! Mau cari asbab pasai apa ahli dan tenaga2 penting seperti Dr, Hatta dan lainnya tidak mahu lagi bersama Pas? anda boleh baca asalmula sumpah baiah ini di  Talak Baiah: PAS Hilang Sokongan Pengundi Wanita...

forum.eldwli.com
Silsilah Al-Kabaier 
(silsilah dosa2 besar)

Mafhum Hadis s.a.w disahkan oleh Al-AlBani
" 3 golongan yg Allah haramkan Syuga atas mereka:
1. Peminum Khamar
2. Orang yg kufur lagi ingkar terhadap Islam
3. Suami Dayus yang berikrar sesuatu kejahatan ke atas ahlinya           [isterinya] dengan (niat jahat) umpamanya seperti baiah dan             sumpah cerai talak tiga (seperti bikinan PAS ini bro) !

Wallahu'alam.



Comments

  1. Tunggang TERBALIK...MURTAD Nama nya
    Islam yg INDAH...mnjd HODOH
    Penyamun ber BILLION...di Puji di BELA
    Si Lebai LUTOT...Ter Nyata BODOH


    MURTAD itu....Bahasa ARAB
    Bahasa MUDAH nya...ter Tunggang LANGGANG
    Ber BILLION di Songlap...Si Lebai mem Back-UP
    Kes Cina-BUTA...Hamno pon GIRANG


    Lihat lah HAMNO...dan Lebai MALANG
    Kamcing SONGLAP..."Ikhlas" ber HUDUD
    Tunggang TERBALIK...ter Tunggang LANGGANG
    Kerana OTAK nya...Kat Siku & LUTOT


    ISTERI di CAGAR...ber TALAQ Tiga
    Sprt AYAM Kaldai..dan UNTA
    Siapakah WANITA...Ibu Nabi ISA?
    Mengapa kah IBU2...di cagar HINA??


    MARYAM Srikandi...Sejarah SILAM
    Di puji diBUMI..di Langit nan TINGGI
    NO! double-STANDARD ddlm ISLAM
    Kerana "si BUTA?"...Nabi di PERLI!?


    FITNAH merapu...BARUA pilKUDA
    Penyamun ber BILLION disokong di PUJA
    Andai bertemu ber SALAM Mesra
    Ber JABAT Tangan SENYUM ke TELINGA

    "IKHLAS" me NYONGLAP...'Ghonimah' ber Sama
    Klentong se SUMPAH...ber Billion "DERMA"
    Klentong HUDUD...KLENTONG pilKUDA
    Begitu lah "IKHLAS" nya...Niat PENDUSTA


    "Mursyid" berkata...AKAUN Tak LOGIK?
    "Fakeh" ber HUJJAH...Kena Ada SAKSI??
    DERMA ber Billion...Logik ker PELIK???
    Penyamun dah NGAKU...Tak perlukan SAKSI!????


    "Mursyid" apakah...Yg Tolol BUTA?
    TAK leh nak BEZA...Logik TAK LOGIK??
    Akaun yg WUJUD..."Derma" yg NYATA???
    "Mursyid" & "Fakeh"...TOLOL ke Cerdik!????


    "Mursyid" dan "Fakeh"...dah jd TOLOL
    DERMA ber Billion...BUKTI dah LOGIK
    "GELIGA" Buaya...Jin dlm BOTOL
    BARUA pilKUDA..."Imam" yg JIJIK!?





    ReplyDelete
  2. Nak Tanya nihhh.... Dr Siti Mariah tu tak leh nak menjatuhkan talak, sebab kuasa talak ada pada suaminya... Terbubarkah perkahwinan beliau? Siapa kawin dengan Dr Siti Mariah, PAS atau SUAMINYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pun kena bayar bayar kafarah dengan memberi mkan 10 fkir miskin juga bo !

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]