Lawak Mega dari PAS ! ?

Sehari dua nie, Pas pula jadi 'Pak Lawak' bro ! macam2 kalam berkalang tergalang depa keluarkan, sampai kita pun naik 'fening2 lalat' bro ! 

PKR pula dilihat macam tak 'selesa' bersama PH Baru ni bro! macam ada 'benda' lekat di kerongkong dia, bertambah2 PAS masih 'menolak' tegas? untuk bersama Pakatan Harapan yang masih hijau kelahirannya itu? Nampak macam PKR lebih selesa dgn PAS? 

Semua ini, menjadikan laluan dan impian ke Putrajaya kian berbalam kelam bro ! dan yg mengaut laba dari semua kemelut ini, tentunya Umno bro ! dan Pas sangat 'senang' nampaknya dari apa yang berlaku ini?. 




Lawak 1
PAS Selangor 
Anggap DAP Sebagai Rakan Pulak dahh..


SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu. 

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa. 

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat. 

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan. 

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor. 

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor. 

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor. 

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya. 

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama. 


“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi.Bloglist Malaysia

***
Hebat Pas nie bro !
KDU Pas Pusat kata suruh keluaq Pakatan?
Begitu juga dgn aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan. 
Yang PJnya dok pertahan untuk teruskan dgn PKR sampai cukup penggal?
Kadang Pas nie 'susah mau faham',  'susah mau hadham' bahawa PR asal tu dah bungkuih bro ! dah tak wujud !, kerjasama nie? kerjasama apa? macam kata pujangga china kuno, "nang bo ti nang koi bo ti koi" nak kata orang pun bukan? hantu pun tidak? ! tu laa maksud dia bro ! Pas kena paham nie ! Kah Kah Kah

Lawak 2
Keluar Pakatan 
- PJ Selangor Berbalah pula
Dengan Ketua Dewan Ulama PAS

PJ Selangor anggap PKR sebagai rakan ? 
Yang Ketua Dewan Ulama Pas ( Dr Mahfodz Mohamed ) pula, keluar kenyataan, bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor ? Ia dikatakan hanya pandangan peribadi KDU Pas itu sahaja..
Pasai apa pula hari ini, lain pula cerita bro? Nampak macam PJ Selangor berbalah pula dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri, cuba baca ini ( Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama 

***
Aisayman bro ! sorang di tengah, sorang di selatan ! tak selaras juga rupaya 'statement' kau orang? Lawak apa pulak nie? Kah Kah Kah
Tok Sidang tak boleh 'selaras' ke? Nak sepakat benda macam nie pun tak mampu? kian seghabut bro ! tiada strategik langsung cara Pas kendali masalah? Tu yg senang Umno 'jarum' tu?kah kah kah.

Pas memang dah lama hilang kawalan bro ! 'kelambu' sendiri pun 'bergoncang' ? kalau 'kawalan' elok? tak ada ler kumpulan Progresif dulu di'nyahkan' dari pentas mereka masing2 dalam Pas dulunya, hingga melahirkan Amanah.. Pas begitu 'rangup' di 'pepak' di 'kunyah' semaunya dalam mendepani kepelbagaian isu? Pengurusan parti tungging terbalik, tiada keselarasan antara pimpinan bro ! elok sangat tolak sertai Amanah tu, kalo tidak? lagilah 'kalabulmalami' jadinya? kah kah kah



Lawak 3
Amanah, 
Kalau nak bertanding nak jatuhkan BN
Carilah tempat lain bukan di Kelantan !



Mohd Amar berkata, jika Amanah mahu menjatuhkan Kerajaan BN, mereka sepatutnya bertanding di negeri lain, bukannya di Kelantan. - Foto arkib TRP


‘Kalau nak bertanding juga, carilah tempat lain’

KOTA BHARU, 30 September:
PAS Kelantan menyifatkan segala kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai pembohongan dan palsu, sekiranya mereka merancang bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebelum ini pernah berjanji tidak akan sesekali bertanding di Kelantan, memandangkan negeri itu sudah di bawah pemerintahan PAS untuk tempoh lama dan sudah kukuh.
“Dahulu kata takkan ganggu Kelantan…itu bos mereka (Wan Abdul Rahim) yang bagi tahu, tetapi, macam mana sekarang mahu bertanding?
“Kalau mereka betul-betul mahu menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), sepatutnya biarkanlah PAS di Kelantan…tak payah bertandinglah.

“Kalau nak bertanding juga, carilah tempat lain…tempat lain ikut dialah (tak apalah). Apa yang saya maksudkan ialah, mereka tidak sepatutnya bertanding di sini (Kelantan),” katanya pada Selasa.. BACA ARTIKEL PENUH

***
Apa dah jadi bro ? 
Malaysia kan ke negara demokratik?
Apasal tak bagi PH bertanding kat Kelate?
Kali ini 'menjatuhkan' PAS ada 'signifikan' nya bro !
Boleh makan cekak ke sendiri2 nak lawan BN ?
Ingat BN nak bagi laluan mudah ke?
atawa ada 'orang' dok rasa tak berapa nak selamat nak 
teruskan 'legasi' sedia ada? maklumlah dah rasa sedap?
Jangan buat lawak laa bro ! 

Kah Kah Kah

Lawak 4
AMK, wanita PKR 
desak wakil PAS letak jawatan YDP MAIPP


BUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.


“Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa..baca selanjutnya...

***
Kah Kah Kah..dekat Selangor bukan main liat hangpa dok bersenandung dgn PAS? LGE tak iktiraf 'Tok Sidang' PAS sahaja bro ! yang lain no hal punya? jadi apa masalah hangpa? Salleh Man tu ok apa? dia boleh 'berkerja' baik dgn LGE bro ! biaq laa kat dia..tok sah dok 'busuk perut' ? kah kah kah


Lawak 5
PKR sedia sertai himpunan hijau


PKR sedia sertai himpunan hijau

KOTA BHARU – PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua. Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

“Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya,” katanya semalam.
Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung dalam suasana aman dan penuh disiplin.

“Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan provokasi,” katanya. - Sinar Harian.

***
Untuk hasrat PKR mau dukung PAS ini...sila anda baca tulisan dan surat terbuka Abe Awang Malaya kepada Presiden PKR sendiri..moga ada sikit pencerahan di situ ( baca terus Continue Reading )


Lawak 6
Pulak Dahhh !
Yang 'Putus Hubungan'
Nak kira lagu mana? Main2 ke?


Betul jugak kata Nik Amar, PAS dan DAP tidak
bergaduh !!! Yang caci mencaci selama ini cuma
gurauan antara kedua belah pihak jer...kan..kan.

.kannnn......
***
Ini laa yg aku kata, bercakap tu berkalang tergalang !
Bila dah rasa 'tersepit', terkapit, terhimpit akibat perbuatan sendiri?
mula laa cakap ke atas, ke bawah..dok ejas merata ? Macam nie nak boleh percaya lagi? Hukum kebenaran akan berjalan bro ! Tunggu..Simpan laa 'lawak mega' tu bo ! Kah Kah Kah


Khulasah !

- PKR ni pun satu peelnya bro ! aku malas sangat nak 'balun' depa nie ! kut depa boleh pikir ke depan sikit...dah Pas tu degil, kepala besaq, ketegaq buih bro ! 

- Pas yg ketegaq tu telah bagi tau, banyak kali pula tu? yg mereka tak akan join Pakatan Harapan..tak nak join bro ! Selagi pengkhianat macam geng Amanah, dan DAP dok pakat sekali,kata PAS..kah kah kah


- Kalo dah PKR join Pakatan Harapan ! dan Pas tak hingin nak bersama? biaq ke dia Pas tu, tu lagi baik dari dia ada sama bro ! Nak percaya kat Pas laa nie, 150% kita dah tak percaya..dia Pas dah rasa besar diri, berlagak kata dia parti 'prima' pembangkang? tapi kerja buat hancai bro ! lagi pun Umno dah jadi memba kamcing Pas, nampak pun makin hari makin selesa dgn parti 'asabiyah' melayu tu? Nak bangkang apa sangat? Dok setuju ada laa...Kah Kah Kah


- Dulu pun masa PR original lama tu..Pas laa yg jadi biang keladinya, ahli sendiri pun dia hamput dia sumpit sampai terkincit puak 'pro' tu? Tak kan PKR tak nampak semua tu? Apa sangat 'istimewanya' Pas nie? Tak ada satu pun program berkesan yg digarapnya bersama Pakatan untuk mara ke Putrajaya? Terlampau banyak kerenah remeh temeh yg ditimbulkannya, itu belum kira lagi bila PAS selalu belakangkan hasrat dan citra bersama..sampai mesyuarat penting Pakatan Rakyat pun dia 'tuang' bro ! bukan sekali dua, dah tak cukup jari nak bilang !


- Ketua Umum PKR dihamput Pas, Presiden PKR di rendahkan kebolehannya, PRK (Ptg Pauh) diboikot !, ADUN Hulu Klang dan ADUN Morib yg menyokong Kak Wan Azizah sendiri? telah dinista berbagai gelaran? Calon PKR masa PRU 13 dulu di Sg. Aceh di'khianati' dan tak pepasai Umno yg menang? dan banyak lagi laa kalo nak riwayat bagaimana Pas 'membelakangi' aspirasi bersama Pakatan dahulunya !



baca lagi di www.themalaysianinsider.com

Tak serik ke lagi? tak paham2 ke lagi? kalo sekali kena tak apa bro! Ini dah macam 'trendy' Pas jadikan PKR macam tak ada nilai bagi PAS bila Pas rasa dia boleh 'mempermainkan' sesama rakan terutama PKR? Mau 'kena' lagi ke? Kah Kah Kah

- Enuf is enuf bro ! Cukup laa...sekarang pun dengan muka tak malu, dia masih 'bertapa' dalam rumah PKR konon meneruskan kerjasama? atas semangat Pakatan Rakyat yg dah tiada, yg dah bungkuih bro ! kerjasama apa? yg depa PKR-PAS tu nak sama2 keroja? Kah Kah Kah


- PKR pula bro ! dengan faktor ' Azmin Ali 'nya, dilihat telah membelakangi DAP dan Amanah sebagai rakan Pakatan terbarunya. Kenapa masih mau 'tatang' Pas yg bagaikan ' hidung tak mancung' tu? sentiasa 'pipi kita pula tersorng2', apakah Azmin menyangka PAS mampu melonjakannya di PRU nanti? Ikut hitungan, takut tinggal gusi ngan lidah saja kot nanti? Mau tidak mau PKR melalui DS Wan Azizah selaku Presidennya, perlu beruat sesuatu dengan tegas dan tuntas..


- Rakyat menyokong PKR dlm pilihanraya, berasaskan banyak faktor bro ! faktor terbesar adalah faktor ' DSAI ', Bukan 'faktor Azmin' sangat ? Tetapi dalam semangat PR dahulu, semua calon2 besar PKR menang PRU (kecuali Bro Saif). Dalam banyak hal, PAS melalui Tok Sidang sekarang ini, langsung tidak memberi 'perhatian' terhadap 'isu Anwar' ini bro ! itu agaknya yg menyebabkan Kamaruddin Jaafar 'berpatah arang' dengan Pas dan menyertai PKR ?


- PAS dah tak ada 'umppp' bro ! dah tak ada sapa nak 'berkawan' dengan Pas nie? cuma Paschai 'ketegaq buih' saja dok melengser dgn PKR ! mati-mati dok habaq nak berkawan ! Kah Kah Kah.

Dalam tak ada 'umppp' di kalangan ahli sendiri ini, ( tinggalkan pas : ini alasan kenapa mereka menyertai pkr..) PKR masih mau bersama dalam 'Himpunan Hijau' tajaan PAS itu dgn cuba menjemput Us. Azhar Idrus untuk bagi peramai majlis dia bro ! lihat: pas terasa goyang..dan buat himpunan hijau...jemput ustaz ...) kalo tidak, himpunan tu nanti jadi mcm yg lepas2 laa bro ! Budak-budak sekolah yang ramai....kah kah kah... 

-  Kita harap jangan sampai PKR 'menggunting' dalam lipatan terhadap 'persepakatan' baru yg dipersetujui bersama AMANAH dan DAP, dah bersetuju DSAI bakal jadi PM jika PH menguasai Putrajaya nanti ! Biarkan PAS ambil jalan dia sendiri..begitu yang dikehendakinya sekian lama walau pun dia kelihatan 'goyang' ? biarkan dia 'rebah' sendiri ! tak payah laa kita 'kuis' bagi rebah rumah yang dah goyang tu ! 


- PAS kena 'dikeluarkan' dari bayangan PKR bro ! Ini jalan yang 'sulit' dan 'sakit' bagi PKR, tetapi ubat yang pahit, selalunya mujarab bro ! kita tunggu perkembangan lanjut dan P.Pinang dah pun isytihar Amanah sebagai rakan PH yg baru bro ! So n so..Selangor apa macam? Kah Kah Kah


- Azmin pula, usah laa ambil masa lama sangat untuk fahami kehendak rakyat bro !.ramai nak kan penjelasan tentang hubungan PKR dan PAS bro, Ini adalah kerana Pakatan baru dah wujud, bilamana yg lama dah berkecai! Pakatan baru ini ditolak awal-awal dan mentah-mentah oleh Pas dengan berbagai alasan. Itu hak Pas bro ! biaq pi ke dia...cuma isunya sekarang, setelah P.Pinang serta merta mengistiharkan P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan. Itu bukti bahawa DAP begitu mapan dan serius dgn keputusan yg dicapai dalam perbincangan 'meja bulat' sewaktu pembentukan Pakatan Harapan itu bro !

- Jadi, Selangor? apa macam bro Azmin? masih 'recognize' Pakatan yg lama lagi ke? jangan begitu bro ! yg lama tu dah selamat di 'kebumikan' ! If so, why are we too stupid to realize de New Pact @Pakatan Harapan Baru bro?. Nokhtah

Santai Maknawi akhir !


hehehe



Comments

  1. adun Amanah yg dulu PAS yg selamatkan selangor dpd jatuh ke umnu+kholid+pasug

    jasa mereka lebih besar dpd jasa 'terpaksa' pas yg calonkan azmin utk ganti khalid

    PAS TERRRRRRPAKSA CALON AZMIN UTK GANTI DS WAN AZIZAH......

    ..BUKAN KERANA PAS SOKONG SGT AZMIN

    ini PKR kena faham

    tapi harap perkara ni selesai segera..... PKR perlu jauhkan diri dpd PAS

    slow2 pun tk pe asal jgn khianat PH

    ReplyDelete
  2. hehe ana suka sgt mempelam harummmmm

    bila nk makan kita buang yg hijau tu kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer laa bro anon
      kulit ijau tu kena kupas bagi licin !
      baru yg isi jingga boleh makan

      kah kah kah

      Delete
  3. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete

  4. Cahaya ALLAH....Terang dan LURUS
    Anugerah "NAFAS"...Di Beri PERCUMA
    "SYSTEM"-ALLAH...Pem BERI nan KUDUS
    Saling Mem BERI...Pe Ngaseh Pen CINTA


    Adam Ke Sepian...Di Datangkan HAWA
    Indah "SYSTEM-NYA"...Maha7 Pem BERI
    Tiada DUSTA...Fitnah dan NISTA
    PONTENG U-Turn...Putar yg KEJI


    Lawan Mem BERI...Adalah Men CURI
    Kerana Men CURI...Sanggup Mem FITNAH
    Putar PONTENG...Helah di CARI
    Takut "RAHSIA"...Ter Burai PECAH


    Khazanah UMMAH...Harta NEGARA
    Di Dalam GELAP...Di Songlap CURI
    Ber JUTA di Songlap..."Khuwatir" Me LANDA
    PUTAR U-Turn...Meng Hantui DIRI





    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa Mudah nya...Tunggang TerBALIK
    Bayang kan Pen CURI...TAKUT Ter TANGKAP
    Body "LANGUAGE" nya...Ber Dolak DALIK


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    ALLAH itu....Maha7 Pem BERI
    Jangan Mnjd ...Hamba nya SETAN
    Khianat FITNAH...Songlap Men CURI


    ALLAH Itu...Maha7 Pem BERI
    Jadi lah Hamba'NYA...Yg Suka Mem BERI
    Jangan SeSEKALI...Songlap Men CURI
    Tunggang TerBALIK...Me Mungkiri JANJI


    ALLAH itu....Maha7 Pem BERI
    Jadi lah Hamba'NYA...Yg Suka Mem BERI
    "Hakikat" Mem BERI...Miracle-SEKALI
    Ber SATUnya-"FITRAH"...Langit & BUMI


    ALLAH itu...Maha7 Pem BERI
    LANGIT dan Bumi...Pon Saling Mem BERI
    Jadi lah Hamba'NYA...Yg Suka Mem BERI
    Saling Me NGERTI...Saling Mem BERI


    Alangkah INDAH nya...Saling Mem BERI
    Tiada FITNAH....Songlap Men CURI
    Tiada CURIGA....Tiada SANGSI
    "CINTA" Ber Semi...Mekar ABADI



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO