Kita saling memerlukan ! Tapi tidak dengan PAS ! [VIDEO]









Sisipan maknawi



MENGAPA PAS TIDAK SESUAI 
BERADA DI PAKATAN RAKYAT 2.0


Sebab itu Mujahid Agung Us. Fadzil Nor pernah berkata, Kalau musuh suka kat kita? tentunya ada pasai bro ! dia tak akan suka tanpa sebab tertentu ! dok tak dok dia suka? pelik nie bro ! Paschai pun apa lagi?Tapi Paschai mudah lupa bro !Bila depa Umno saling memerlukan dgn PAS? maka kita tidak perlukan PAS lagi ! Jadi? Tak suai sangat PAS ada dlm PR 2.0 bro ! Kah Kah Kah


Mereka Paschai hanya perlukan Presiden saja bro !Presiden adalah segala2nya bagi mereka ??Sebab itu masa muktamar pemuda di Johor dulu !Timbalan Presiden pun depa buat dono saja bro !!Jadi, biarlah mereka begitu? terkongkong dalam 'minda' kacau !Kita pun tak perlu dengan puak macam nie?Kita saling perlukan, tapi tidak dengan mereka2 ini? Tak suai laa duduk dlm PR 2.0 bro ! Kah Kah

Kalo biasa dok amal cakap macam nie?Tak akan pelik nanti, jika bersama dlm PR 2.0 pun?akan terus diamal dgn perkara yang sama !kata orang, alah bisa, menang biasa..ke guana din? So n So..memang tak sesuai sangat duduk dlm PR 2.0

Akhlak ulama tidak dijaga diperiksa?
Akhlak adalah 'mahkota' setiap orang ! setiap manusia !
Tiada tindakan seperti ini oleh Tok Sidang? kalo tiada itu menyokong 'kezaliman' !
Bukankah ini 'asabiah namanya?
عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه - قال : قلت : يا رسول الله ، ما العصبية ؟ قال : " أن تعين قومك على الظلم " . رواه أبو داود

HR Abu Daud, mafhum ringkasnya: "Ketika mana Rasululah s.a.w ditanya, apakah maksud 'Asabiyah? Baginda s.a.w menjawab: Bahawa Kamu menolong kaum (golongan) kamu atas sesuatu kezaliman"

Tanpa 'akhlak' macam di atas tu..PAS boleh jauhkan diri dari PR 2.0 bro ! Pi laa main sorang2 ! Kah Kah Kah



Umum dah sangat faham dengan 'sign' seperti ini bro?Kenapa? Kerana pimpinan utamanya sering berdolak dalik dalam setiap isu yang diketengahkan? Tidak ada pendirian ! hingga menyusahkan ramai orang ! Tak payah laa dgn PR 2.0 bro !



Mereka de so called 'ulama' laa yg membeza2kan antara mereka dan kumpulan Progresif !
seperti cerita 'antara dua darjat' P.Ramlee ! Mereka merasakan 'darah' progresif tidak semerah dan pekat seperti 'darah' mereka 'ulama' tu ? 
Digelarlah puak progresif itu 'Anwarinas' atawa cenderong menyokong DSAI !
Sedangkan sekarang? Dgn muka tak malu, tak segan, ulama inilah yg duduk di bawah 'ketiak' PKR yg mereka umpamakan Progresif dulu yg menyokong Anwar ! sekarang berbalik kpd mereka sendiri, 
Begitulah hukum 'alam' ! Mana 'maruah' mereka para 'ulama' suci ini? jawabnya ke 'longkang' bro !
Tak sesuai tak payah berada dalam PR 2.0 cukup afdhal bro! Kah Kah Kah


yongsukakuning.blogspot.com
Ada hangpa dengar depa ambil tindakan apa2 ke?Cakap tak pernah dibuat? dikota? Kalo bersama PR 2.0 ? Tak payah laa PAS dok menyibuk !Kah Kah Kah



Masih ingat H5O ?Kereta Dr Hatta Ramli jadi sasaran?Entah 'siapa' punya keroja? Apa pun, semasa dalam PAS ! Dr HR tidakdisenangi oleh setengah kelompok PAS ???Sekarang Hatta dalam Amanah bro !PAS tidak lagi diperlukan !!

Khulasah


Kenapa TIDAK dengan PAS?

1. Selagi PAS dok melilit dengan Umno ! selagi itu laa Pakatan sukar untuk menorobos Umno? kah kah kah


Gambar Hiasan
Zam: Najib dimaafkan jika satukan Umno-PAS Baca Di Sini

Kalau macam tu, sonanglah bro, apa 'dosa' pun boleh di 'hazaf', dipadam, di 'delete' ? Kah Kah Kah
Berlambak sangat 'isu' tu bro ! Banyak lawa akai hang Zam? lama sangat hang jadi 'Awang Selamat' ! sejak dari 'Utusan' sampai laa nie pun hang tak habis cuba dok 'suntik ubat pelali' kat rakyat ? ingat rakyat mudah lupa ke? ingat rakyat tak sengsara ke dgn perangai PAS dan Paschai? dgn segala krosot mosot masai, rakyat berkuntau untuk hidup, untuk cari makan, cari nafkah ? Dulu Zam nie l yg cukup 'anti' PAS, laa nie dia pulak seru 'satukan' PAS-UMNO ! tak apa bro ! kami cukup suka sangat kalo Pas-Umno bersatu sungguh ! senang buat kira-kira bro ! Kah Kah Kah.


2. Pasai Progresif dilabel, diftnah, dicerca dicaci oleh Paschai sendiri bertali arus (Progresif anggap depa sebagai rakan sejamaah tetapi Paschai anggap Progresif sebagai 'musuh' yg perlu dan wajib dihalau dan dihapuskan) hanya sanya pasai depa Progresif nie bersuara lantang mempertahankan Anwar dan rakan2 dlm PKR dan DAP untuk kelangsungan Pakatan Rakyat - macam yang dilakukan oleh Saari Sungib dan Hasnul tu, kalo tidak Tok Sidang 'berpesta' sakan laa bro ! Yak Yak Yeh ! bolehlah PAS/Umno 'rule' balik Selangor !pasai tu saja Tok Sidang baruakan, brokerkan mereka, inilah 'starting point' Tok Sidang marah sangat kat puak Progresif tu ! hajat tak kesampaian ? 
Dan balasannya bro ! semua puak progresif dihalau dgn sekeping 'CHAI' dari kepimpinan PAS Pusat pada muktamar lepas !Kah Kah Kah

3. Aku rangkumkan beberapa pasai lagi (untuk selamatkan ruang yg terbatas ini) Kah Kah Kah
    - Dlm Multaqa Ulama yg pertama, depa hantam maki grup progresf lagi bro ! keluaq segala 'word' yg tak patut disebut ! tapi itu laa perangai depa Paschai ini !

    - Masa dok riuh dgn ‘Langkah Kajang’ dulu..PAS cukup mau supaya TSKI dikekalkan sebagai emm bee..Masa nie laa PKR dan Anwar dijadikan 'punching bag' oleh kumpulan 'el-haraki' di FB mereka..manakala pimpinan Pas masa tu (rata2 kumpulan progresif) yg menyokong Wan Azizah untuk 'seat' MB S'langor dichop sebagai boneka PKR ! tu yg keluaq segala 'broker' dan 'barua' tu !
Sekarang? PAS mati-mati mau kerjasama dgn PKR? Kah Kah Kah

    - Pimpinan utama PAS langsung tidak bunyi apa2, macam 'bisu' saja bila Anwar Ibrahim masuk ke 'dalam', langsung tak ada
pembelaan dan rasa simpati bro ! malah depa dok 'tutuh' hina lagi dgn kata PR dah terlepas dari 'liabiliti' dari 'bebanan' Anwar kononya? betoi seperti kata Abe Awang Malaya  - PAS tidak terlibat dengan PR 2.0 tetapi hanya mahu bekerjasama dengan PKR........ Huhuuu, aku tak suka suami dia, aku cuma minat bini dia je."
Kah Kah Kah

Bila ada kes babitkan Anwar di mahkamah ! siapa-siapa yg nampak sama Anwar di sana? depa 'tutuh' kata lagi kat puak nie bro ! depa keji, depa hina cukup2 sebagai ahli Pas yg wala kat dsai bro ! yg depa 'wala' buta tuli kat Tok Sidang depa? tak sedaq pula?..tu pasai dgn Pas Paschai nie? tak boleh buat kira langsung bro ! PKR diam saja, 'no response' at all bro ! tu yg depa Paschai dok merangat, dok bara bro ! sekali pun Anwar sendiri di'tengking' di'herdik' oleh Tok Sidang di Ganu dulu! sehinggalah Anwar ke 'dalam' barulah bro Saif dedahkan ! 


Bukan mereka kumpulan Progresif itu tidak mahu terima dasar PAS bro ? Mat Sabu n de gang dah hidup mati dengan PAS dah berpuluh tahun ! Mat Sabu sahaja, sejak dari 1978 lagi menyertai parti ini ! dah hampir 40 tahun mereka bersama ! Sejak zaman Yusoff Rawa sampai ke zaman Us. Fadzil Nor sampai zaman Hadi Awang !
Kenapa mereka boleh bertahan begitu lama? merekalah antara yg mengangkat PAS di persada seperti halnya hari ini, diterima oleh pelbagai kaum? sesuatu yang dikira 'mustahil' di masa PAS bawah tok lebai kampung dulunya? Apakah ianya 'berdosa' bila PAS diterima oleh 'Non-Muslim' sehingga mereka dilihat sebagai 'musuh ketat' oleh pimpinan 'ulamak' hari ini?
Kerana 'dasar' Pas laa, mereka menjadi ahli Pas bro ! kalo tidak? baik depa masuk Umno?..apa punya cara pikir ulamak PAS macam nie? tak 'smart' langsung ! Mereka hanya tak boleh terima cara bawaan 'ulama' yang cakap tak seropa bikin, cakap cirit birit, label kumpulan progresif dgn berbagai label yg menjijikan, terutama kerana Tok Sidang dan Mursyidul Amnya yang 'ditawan' Umno! Hadi Awang dan Harun Din begitu teruja mempertahankan PM dlm pelbagai 'isu' dgn pelbagai alasan? Kah Kah Kah
Ini yang sebenarnya menjadikan kumpulan profresif tidak lagi menaruh hormat kepada Tok Sidang dan Paschai bro ! 
Apakah 'ulama' PAS itu bukan 'sekular' bila bergaya dgn motor dan kereta besar ? dgn rumah 'banglo' mewah setelah memegang sikit jawatan dalam parti dan kerajaan? Nak memahami sekular pun 'ulama' PAS tak mampu ! Jubah, serban yg anda pakai, kasut yang anda saruk, sejadah yg anda bentang untuk salat, air mineral yg anda togok hilangkan dahaga, rempahkari yg ulama Paschai beli tu, PA system di surau dan mesjid yg 'mic'nya anda pegang berceramah, bertazkirah adalah dari usaha tangan 'secular' bro? Jadi, apa salah sekular? hanya kamu tak mampu 'bersaing' dgn ketangkasan mereka dalam 'berhujjah'? berbanding 'Paschai' yang lembab tanpa wawasan dan idea, hanya mampu berkisar soal 'Hudud' saja? 
Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. Tanpa petani, kita ketiadaan beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan berbaju. Tanpa tukang masak kita tidak dapat merasa makanan lazat. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluan-keperluan hidup yang bermacam-macam jenis.Tu semua golongan 'secular' bro ! mereka adalah 'sekunder' ! kumpulan kedua yang juga 'berilmu' mcm 'ulama' jugak dan saling memerlukan ! kenapa 'bengap' sangat nak fahaminya?


Umno yg sekular itu, kamu suka pula jadikan mereka sahabat karib ! yg itu tak salah pula? Kah Kah Kah



Bila mai musim berkempen? yang bertegang mauhukan 'Hudud' awalnya, sudah 'kendur' nada dan irama? ada saja alasan hangpa? faktor itulah, inilah., begitulah 'mainan' dan 'sandiwara'nya?
Betullah kata Bro Saif, Kita saling memerlukan, tetapi tidak dengan PAS, ramai dah pakat serik dengan 'siku dan lutut' Paschai..Pun begtu ! Paschai masih juga 'rasa keperluan' antara satu sama lain..TITM cuba 'suntik' ubat pelali ini? Tok Sidang saja yang degil sombong - Baca bawah tu


Pas Dap Di Selangor Saling Memerlukan Tuan Ibrahim


Dan yg peliknya, Tok Sidang (TS) nak pula bersama PKR, tolak PR 2.0 ! Mudah kalam, TS hanya tolak Amanah dan DAP pada hal PKR pun dikhabarkan akan sertai PR 2.0 dan turut meninggalkan PAS? - PKR dijangka meninggalkan Pas
Di masa ini, PAS mahu ke mana? Kah Kah Kah (PAS Tidak Sertai Pakatan 2.0 Tetapi Bersama PKR) Inilah fikrah berserabut PAS yg ramai ahli dan pemerhati politik 'pecah kepala' fikirkannya, seperti halnya mereka menolak DAP dan putuskan hubungan 'total' ! nak pujuk balik? dah payah dah bro ! Malu besaq bro ! Hati tu mau macam nak balik seperti dulu? tapi dah terlajak kalam? tanggunglah sendiri, Jadi, kesannya baru PAS rasakan sekarang? Kah Kah Kah




Hadi Awang nasihatkan Mat Sabu dan pengkhianat parti agar bertaubat.! ?
Yang suruh pun kena bertaubat semacam jugak bro ! 
Kalo rasa lagi 'alim' ? lagi laa kena banyak bertaubat ! 
bertaubat kpd Allah atas segala 'dosa' kecil yang dilakukan setiap hari kerana melanggar perintah Allah dan bukan kerana melanggar perintah Tok Sidang (TS) atau 'decree' yg PAS sendiri buat !  
kena ingat sikit -  Haji Hadi Bukan Nabi.. PAS bukan Agama... - al-Husseyn
baca kenyataan atas tu !



Kita Saling Memerlukan: Mengapa Sombong????
Sehebat mana pun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina mana pun seseorang, pasti dia sudah pernah berbudi kepada orang lain. Ertinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina-menghina dan pecah-belah, kerana kita sebenarnya saling memerlukan.
Kerana itu janganlah merasa kita ini cukup gagah, tidak perlu kepada orang lain. Lantaran itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang lebih bawah daripada kita, seperti orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih bodoh dan rendah pangkatnya daripada kita. Cuba ingat ayat di bawah ini dlm Surah Al-Hujurat ayat 11 (تفسير آية سورة الحجرات *يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ ...) ayat ini adalah peringatan supaya kaum lelaki dan perempuan ditegah, dilarang 'menghina' sesama mereka kerana boleh jadi yang dihina itu lebih baik dan mulia di sisi Allah dari yang menghina ! begitu juga jangan mencela dan memanggil mereka dengan gelaran yang tidak baik seumpama Jebon, barua, tolol, broker, munafik haraki, anjing, serigala, babi dan sebagainya (sekadar contoh saja)..

Sepatutnya kita muliakan mereka sesuai dengan jasa mereka. Jangan sekali-kali kita sombong dan angkuh terhadap mereka dan membiarkan mereka dalam kesusahan atau meletakkan mereka di taraf yang hina seolah-olah merekalah manusia yang tidak berharga dan tidak berguna apa-apa di dalam kehidupan..Kita sanggup kata mereka 'khianat' kpd kita? Khianat apa? yg kita 'khianat' kpd mereka sebelum dan selepas muktamar dulu? tak baca ke? Di sisi Allah barangkali darjat mereka lebih mulia daripada kita.

Tidak mungkin jari-jari dapat digenggam jika semua jari-jari itu sama saiz dan panjangnya

Sedangkan jari-jari di tangan tidak Allah jadikan sama rata. Ada yang besar, ada yang halus, ada yang panjang, ada yang pendek, agar dapat memegang dan menggenggam. Kalo nak bagi jari kita 'sama' panjang pendeknya? kita pun tak mahu bro! dah jadi 'robot' tu? Kah Kah Kah

Wallahu'alam.



Mat Sabu: Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?
Published on 19 September 2015

Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulam antara punca "gugur setandan" pemimpin PAS menubuhkan Parti Amanah Rakyat (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label antara lain 'liberal, 'munafik haraki' dan 'peguam neraka' oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara berlaku dan dilihat merbahaya.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu menyebabkan mereka menubuhkan AMANAH..KiniTV

Comments

  1. "DEEN' ber MAKNA..."SYSTEM" Sempurna
    "SYSTEM" Universe...Langit dan BUMI
    INTEGRITY-Transparency to d Absolute"ORDER
    "SYSTEM" yg Sujud..Ke Dakapan 'ILAHI'


    "DEEN" Ber ERTI..."SYSTEM" Azali
    "SYSTEM" Yg TOTAL...Menyerah PASRAH
    PASRAH Menyerah...Ke Hadrat "ILAHI'
    Kemas dan RAPI...Ter Jalin INDAH


    "DEEN" nu"LLAH..."SYSTEM" Universal
    "SYSTEM" Nabi2...Semenjak AZALI
    "NILAI-Nilai" ALLAH...Ber DIRI Total
    Se Mutlak7"AMANAH...Tiada Meng INGKARI


    "SYSTEM"--NILAI...TELUS dan TEMBUS
    Cahaya LURUS...Terang dan NYATA
    Tiada SAMAR...."Niat" Ber KABUS
    Jelas NAMPAK...Jitu SEMPURNA



    "DEEN" nul"ISLAM..."SYSTEM" yg"ESA
    "SYSTEM-Universe"...Ke Dasar HATI
    INTEGRITY-Transparency to d Highest'ORDER
    Indah nya ISLAM..Tidak Ter PERI


    Indah nya ISLAM...Tidak Ter PERI
    "SYSTEM" yg INDAH...Ku Bawa Ke MATI
    Ter Sulam KASEH..."CINTA" Abadi
    "SYSTEM" yg Saling..Beri Mem BERI


    "SYSTEM" Islam...AMANAH Ter TINGGI
    "SYSTEM" yg Saling...Beri Mem BERI
    "SYSTEM" yg INDAH...Ku Bawa ke MATI
    TASBIH--Universe...Ber Gema Me NYANYI


    Tahmid dan TASBIH...Universe Me MUJI
    Indah nya "SYSTEM"...Di Dakapan ILAHI
    Saling Mem BERI...Saling Me NGERTI
    Ber Temu "Makna"..."MAKRIFAT" Di HATI

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]