Kalo Azmin mau sangat ke PAS ? Silakan ! Cepatnya Pelupe !

PULAK DAH... 
AWAT HANG KATA LAGU TU AZMIN ?... 
BERBUIH HABIH MULUT PEWALA DAP.... JENG KRENG





PKR wants PAS to be a part of the new opposition coalition, party deputy president Mohamed Azmin Ali said, despite objections from DAP and Parti Amanah Negara (Amanah). Azmin said PKR arrived at the decision after discussing the matter thoroughly, adding that the party accepted anyone committed to reforms, including PAS. "It is not my stance or (Datuk Seri Dr) Wan Azizah's.
Kalo ini bukan pendirian Azmin atau Wan Azizah? Habis! Pendirian siapa? 

PKR tegas mahu PAS dalam gabungan baharu pembangkang
PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.
riziqin.blogspot.com
Lupakah PKR yg Hadi pernah dedahkan ada Barua & Broker Dalam Pakatan Curi ADUN PAS? Cepatnya pelupe ? Kah Kah Kah

"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.

"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah. Kita sudah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyatakan PKR sentiasa bersifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini.
alhusseyn51.blogspot.com
Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ...cepatnya pelupe ? kah kah kah 
Menteri Besar Selangor itu berkata, PKR mahu duduk semeja berbincang dengan DAP dan PAS kerana percaya parti pembangkang perlu bermuafakat bagi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada terus merudum.

"Sebagai sebuah parti yang diberikan mandat oleh rakyat untuk bertanggungjawab menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi negara dengan melibatkan semua pihak, kita mesti ada rasa rendah diri untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak tapi dengan matlamat yang sama.
"Itu pendirian PKR," katanya.


Cepatnya Azmin pelupe ?
Tapi Saifuddin NI tak lupa bro !
Malam nie dia ada di Pahang bersama PAN beri ceramah !

Azmin berkata, perkara itu boleh dibincangkan dalam beberapa siri yang akan datang bagi melihatnya berdasarkan senario politik semasa.

"Sudah tentu ada keperluan untuk kita mengikat semua parti politik ini dengan satu muafakat dan matlamat yang lebih jelas bagi menyelamatkan negara dan memulih ekonomi hari ini," katanya.
Ditanya sama ada penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 akan datang melibatkan empat parti - PKR, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah), katanya perkara itu belum diputuskan.


celahgelegar.blogspot.com
PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid..cepatnya pelupe PKR ni?
"Saya tak tahu. Sebab, itu tertakluk kepada perbincangan. Kita sentiasa berdasarkan konsensus, bukan keputusan individu," katanya.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan menerima penyertaan PAS dalam gabungan baharu pembangkang.


darisungaiderhaka.blogspot.com
Wan Azizah tidak layak jadi MB kata Haji Hadi..cepatnya pelupe ! Kah Kah Kah
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP dan PAS kini berada di tahap tidak mungkin dapat "rujuk" kembali kerana parti Islam itu sudah mengisytiharkan mereka sebagai musuh.
"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami?" soalnya.

Amanah minggu lalu turut menolak cadangan Anwar, yang menyebut PAS sebagai sebahagian gabungan baharu pembangkang, menyifatkan ia 'tidak realistik' kerana menganggap parti Islam itu bukan aset kepada Pakatan Rakyat 2.0...Via-TKOv12..lihat juga di TMI

PKR wants PAS in new opposition pact, says Azmin



Kameel Abuya
Azmin berkeras untuk menerima PAS didalam Pakatan Rakyat 2.0 manakala DAP tegas menolaknya. Apakah yang terselindung di sebalik kenyataan Azmin....? 


wargamarhaen.blogspot.com
Broker', 'barua' curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata HadiCepatnya PKR lupe? cepatnya pelupe?

Khulasah !

PKR mudah sekali melupai segala yg berlaku sebelum ini akibat sikap Pas sendiri dalam menilai dan mewajahi PKR sejak 'kajang Move' tempohari, atau lebih awal dari itu sebelum PRU 13 dahulu?

Rasanya bukan semua orang PKR malah hampir keseluruhannya telah menolak PAS untuk bersama sekali lagi dalam PR 2.0 setelah 

merasai pahit dan maungnya sikap Pas terhadap PR termasuk PKR sendiri. 

Ada beberapa persoalan bermain dalam minda kita sebenarnya bro! apakah niat sebenar Azmin berbuat demikian? adakah Azmin turut membantu PAS dan Umno? atau mereka bimbang dan takut pada pendekatan profesional DAP? yg tegas menolak PAS kerana 'flip flop' partai itu dalam banyak hal?


Sekarang orang2 PAS terutama di Selangor khasnya berbondong2 keluar dari PAS dan menyertai Amanah ! dan PAS Selangor hampir lumpuh bro ! adakah ini yg ditakuti Azmin? Jika diminta mereka memilih antara PAS dan AMANAH ! mereka akan pilih AMANAH tanpa berfikir banyak kali...ini kerana Amanah adalah tegas, berani, berkerjasama, mantap dan tahu kelangsungan mereka dgn rakyat massa..seperkara lagi, DAP dan Amanah akan berkerja dgn baik dan saling menghormati satu sama lain !


Kalau hasrat Azmin ini ditunaikan, PKR tentunya akan kehilangan sokongan secara besar2anterutama pada GE akan datang ini.....dan mereka harus membayar 'harganya' yg bukan sedikit? bagi satu kerjasama yg tidak popular ini...ahli dan akar umbi PKR tidak mudah lupa kerana PAS sering 'tikam belakang' rakannya ini ! lihat faktanya di atas (begambar).


PKR bertekad untuk meraih undi melayu di Selangor bro ! untuk terus mentadbir Selangor? Kalo tanpa PAS, pastinya undi Melayu akan mencurah kpd PKR ! Jngn bimbanglah bro ! tapi kalau bersama PAS? Nahi Nahi bro ! PAS pun dah lumpuh kat Selangor? ini realiti bro ! pemimpin lain dari Azmin sudah menyatakan sokongan terbuka kpd Amanah ! yg si Azmin ini masih mengharap PAS? ada apa sebenarnya? 


Telahan mudah ialah..kalau kerjasama PKR-PAS berlaku khasnya di Selangor ! akan datang Umno menghulur tangan besalam bro ! dan satu 'kerajaan perpaduag' boleh dijayakan bersama Umno? Amacam?

Perkembangan terkini, menyebabkan LGE mahukan Azmin jelaskan kpd penyokong parti pembangkang mengapa pihaknya memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, seperti yg di lapor themalaysianinsider.

Kalau ini berterusan, DAP dan PAN (dgn sokongan beberapa NGO) akan membentuk 'pact' yang baru? sementara PKR dan PAS akan satu 'pact' yang lain pulak? Ini memudahkan UBN mengekalkan kuasa yg sedia ada bro ? Kelantan akan 'hanyut' dari genggaman PAS, manakala Selangor akan berpindah kpd PAN bersama DAP..Pulau Pinang dijangka terus kekal di bawah DAP.

Kalau dinilai secara singkat kita akan mengatakan bahawa pemimpin PKR mula bermain api kebencian terhadap ahli parti baru nie, parti Amanah dan DAP atas prinsip inklusif nya mendesak agar parti PAS diberi ruang untuk bersama dalam pakatan pembangkang yang baru...

Harus disedari, setiap hari ramai pemimpin kecil PAS di sana sini terus meninggalkan PAS untuk bersama dgn Amanah, terbaru Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed mengumumkan keluar PAS untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)..ini satu tamparan kpd PAS sebnarnya ! mcamana Tok Sidang Pas kata, PAS kian subur? tunas baru keluar merecik? semua tu auta Tok Sidang PAS saja bro! beritanya di sini bro (  www.themalaysianinsider.com  )Kah Kah Kah  

Pimpinan PKR yang lain seperti Rafizi, Bro Saif, dan yang lain belum lagi mengeluarkan kenyataan mereka bro ! rasanya, ini hanya kehendak pribadi Azmin sahaja? Jadi, ini bukan suatu keputusan sebenarnya ! Tapi apa pun, setakat yang berlaku ini, Umno dah nampak bergumbira bro ! 

Kalo Azmin mau sangat ke PAS ? Silakan ! 
Cepatnya Pelupe !




Comments

  1. kita mesti ingat, azmin bukan lantikan parti tp sultan yg lantik dia. pkr dan dap tak hantar pun nama dia kpd sultan. yg hantar nama dia sbg calon mb adalah pas. maka azmin terhutang body kpd pas.

    mungkin azmin lupa tentang hadis dipatuk dilubang dua kali.

    krn jwtn, kebajikan rakyat diabaikan. elok pkr pecat saja azmin ni seblm ahli2 pkr berbondong2 pula keluar menyertai Amanah!

    kalau mcm ni, aku tak akan undi azming atau pas lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro anon
      benar sekali kata sdr..

      Delete
    2. Mana intergriti anda berhubung dengan Kajang Move... dan isu bekas MB Selangor yang anda fitnah tu.......pandai engkaulah... moga anda selamat...

      Delete

  2. Se KILAS pandang...Ikan di AIR
    Ter Lihat LIMBAT...Me makan BANGKAI
    Songlap FITNAH..."REGU" yg MAHIR
    Ber LAGAK Pandai...Se Tolol MACAI


    Ber LAGAK Pandai...Se Tolol MACHAI
    Dua 'TOPENG'...Sedang ber KIRA
    Di Dalam HATI...Se Busuk BANGKAI
    Songlap FITNAH...Rakyat di AUTA


    Mereka PERMAINKAN...Amanah RAKYAT
    Songlap KELIRU...Di Dalam GELAP
    Akhir nya Ter JEREBOS...Ke dalam JERAT
    Itu lah KARMA...Pem Fitnah pe NYONGLAP



    Pem FITNAH peNyonglap...Tabiat KELIRU
    PANTANG mereka....Cahaya yg TERANG
    "AUDIT-Hisab"...Sengaja di CELARU
    Se JAHAT Pencuri...PENYANGAK yg CURANG


    Sape yg SUKA...Dengan PENCURI
    PENYANGAK Fitnah...Di dalam GELAP
    Mereka CUBA..."Main" SEMBUNYI
    Sedangkan Mereka...Sudah Ter PERANGKAP


    Mereka me RASA...Mereka BIJAK
    Pada hal Mereka...Sudah pon ter JERAT
    Biar kan Mereka...Terus Ter LAJAK
    Akhir nya Pasti...TUHAN me LAKNAT


    Alang kah INDAH nya...JALAN yg LURUS
    Cahaya TERANG....Kudus dan PERMAI
    HARTA dan KUASA....""AMANAH"" di URUS
    Rakyat MAKMUR...Aman dan DAMAI

    ReplyDelete
  3. Jalan penyelesaian terbaik adalah Amanah dan Dap perlu melupakan PKR. Jadi masa terbaik sekarang Umno+
    Pas+PKR manakala Dap+Amanah+ NGO's+( kemungkinan Mca,Mic dan Gerakan). Ini kerana Umno tidak memerlukan undian kaum cina lagi. Kalau dilihat cara Pkr sekarang ada persamaan dengan Pas. Apakah ini semua dilakukan oleh kerana Umno dalam keadaan lemah dan peluang untuk mendapat kedudukan teratas dalam hiraki negara telah tampak luas oleh pemimpin Pas dan Pkr. Ini membuatkan rakyat marhaen terkapai2 dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini. Pas telah pecahkan Pakatan dan sekarang ini giliran Pkr pula membelahnya pula......... Undi kaum cina sudah semestinya tidak memihak kepada Pas lagi lantaran sikap berdolak dalik pimpinan tertingginya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?