Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Apa dah jadi bro ? kerjaya tertua donia ini tidak perlukan ilmu membusung di kepala. kerjaya ini hanya bermodalkan rupa paras yang cantik, menggiurkan saja. Harga boleh dirunding beb ! Soal bahasa dan komunikasinya bukan halangan besar, kerjaya ini tak perlukan sangat sijil bahasa tinggi bro ! yang penting setuju, bayar, setel. Kah kah kah

Ibu Arab dah berlambak hak kat KL dan bandar2 besar sekitar bro ! Depa mai pakai pas nak mengaji bro ! lepas dapat masuk, depa pi mengaji kat Bukit Bintang? Bukit Bintang tu 'open U' bro ! Kah Kah Kah. 

Kita mengaku menjadi ' Negara Islam ' contoh kepada negara Islam lain di donia? Senario yang dipaparkan ini hanya sekelumit kecil yang di temui bro ! Ini bukan lagi contoh, ini comot namanya ! kah kah kah

Wanita 'arab' yang dilaporkan ini boleh jadi sebahagian mereka bukan Islam bro? Soal hijab yang mereka pakai itu belum boleh dikatakan mereka itu muslimah arab sebenarnya, kerana ramai juga orang arab beragama nasrani dan yahudi! Ini suatu tamparan buat Islam ! Islam dilihat tercemar kerana perbuatan mereka ini yang disangkakan mengungguli Islam?. 

'Zon Merah' Di Bukit Bintang cukup terkenal sebagai lokasi hanyir lendir bro ! Sebab itu BB diletakan sebagai 'zon merah' ?. Di situ mau cari hiburan ringan atau hiburan berat semua ada beb !
Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapuuuu. Itulah onar segelintir Pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan kawasan mereka sendiri di rantau Asia Barat. Demikian yang pernah dilapor media. 


Maksiat begini wajib dibenteras habis-habisan! Tapi siapa nak benteras? sekiranya pusat maksiat  bertopengkan pusat hiburan? semuanya dah jadi golmar, jadi karbata, besar punya harabah daa!! Tak pernah siapa pun serius menanganinya? boleh penat bercakap saja ler ! Kah Kah Kah

Mana pergi olamak yang jadi 'penasihat' ? Tidak pernah dengar suara pun bab nie? Bila nak bersora bila nak bagi nasihat? atau depa dah tak dengaq lagi sora 'olamak dedak' nie bro ! sora yang semakin tumpul dek kerana 'al-dedaki' hantam cakap arab sikit bro ! orang arab kata نخالة atau Nakhaalah untuk dedak nie ! Kah Kah Kah Kah. 

Panorama Bukit Bintang waktu malam
Wanita Arab 
Jadikan Malaysia Tempat Pelacuran


Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis Arab atau Timur Tengah yang cantik melacur di Malaysia. Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan serta menakutkan mereka namun di Malaysia mereka “bebas” untuk melacur sehinggalah mereka ditangkap.

Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan.



Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat.

Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati.

Oleh sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur.

Menurut pihak Polis, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini.

Di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka.

Menurut sumber, bayaran yang dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Bagaimanapun, Polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh.

Menurut info dari Polis, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

Sehingga kini, pihak Polis telah memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Selain gadis Uzbekistan terdapat juga pelacur dari Iran dan Maghribi.

Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur.


~ sumber .

Lihat juga ~ ‘Wajah’ Sebenar Negeri Kelantan ?
 
 Wanita Nashrani, Yahudi dan Pelacur 
yang Berjilbab 
DR Khalid Basalamah MA
 Published on Jun 27, 2016
waspada kedok HIJAB padahal bukan muslimah
 (Adam Khalifah Huang)

akhirkalam

Maksiat yang walaupun sedikit dilakukan itu, sudah cukup untuk menenggelamkan atau melitupkan kebaikan yang banyak kita lakukan itu bro !

Comments

  1. FREE DOWNLOAD ! ♥
    FREE STREAMING ! ♥
    SELECT YOUR FAVORITE MOVIES & DOWNLOAD !!! ♥
    Come And Visit Our Website ~ ♥
    http://bfindo69.com/
    NONTON BOKEP GRATIS | STREAMING BOKEP ONLINE | DOWNLOAD BOKEP GRATIS

    ReplyDelete
  2. NONTON BOKEP GRATIS | STREAMING BOKEP ONLINE | DOWNLOAD BOKEP GRATIS
    BFINDO69. COM ! Baru Update 2 Film Semi Lochhh ♥ ♥
    "Ibu Mertua ku Bejat" & "Gak Bisa Nolak Karena Keenakan Banget"
    Ayo buruan buka dan download Film-nya !! ♥
    #happy #cute #art #me #selfie #picoftheday #tbt #like4like #followme #likeforlike #tagforlike #tagsforlikes #liker #likers #tagforfollow #instafollow #instalike #tagsforlikesapp #beautiful #swag #tagforlove #like

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]