Cakap-Cakap Hujung Bulan - [VIDEO]

Sekarang bulan September bro ! 
Oktober ini, mula laa bajet depa nak bentang ! 
Masing2 dok pikir apa nak dapat ? apa nak boleh?
apa nak 'kena'? apa nak 'terlepas'? apa nak 'sangkut'?
Ada yang dok pasang angan2 ! Mana tahu, kot kalau dapat bonus 'sebulan' ke? Dah lama sangat tak pernah merasa bro !
Zaman Che Det dulu ada juga laa 'bonus' sebulan dia bagi, lepas zaman dia? rasanya tak ada laa lagi ! Sekarang, yang dok dapat BR1M pula laa dok pasang angan-angan..kot2 depa penaik jumlah bayaran yng besa depa dok terima ! kah kah kah

Jadi, hujung bulan nie, ramai 'rakyat' dok bercakap pasai nie walau tidak secara 'langsung' ! tetapi, nada dan irama tu dapat ditelah, dijerangkapkan ke arah itu.

Cakap 1
Pas tak bodoh sombong – Nasrudin


FotoFree Malaysia Today
Pas menolak PR 2.0 sebab tidak mahu bekerjasama dengan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang dianggap telah mengkhianati Pas..teruskan di Free Malaysia Today

Mamat nie nafikan yg Pas tak bodoh sombong, pasai tolak PR 2.0 ? Hang nafi ke? tak nafi ke ? tak jadi masalah sangat bro ! cuma hang 'menurut' saja apa yg Tok Sidang PAS kata, tu saja ! apa yg hangpa nafi ? itu sebenarnya ada pada hangpa Paschai semua ! kalo 'bantah' Tok Sidang? alamat laa tak ada 'bonus' ? Kah Kah Kah


Cakap 2
Pertemuan Najib-Haron Din tidak sepatutnya disensasikan



Foto - Free Malaysia Today
Agus mengingatkan melawat orang sakit adalah fardhu kifayah dan meminta pembaca jangan putus saudara kerana perbezaan politik - teruskan baca di Free Malaysia Today

Baguih saranan Agus tu ! tetapi orang paham sangat untuk apa 'foto' itu disebarkan sendiri oleh 'yg empunya diri' ? sedangkan orang lain yg 'sakit' dan perlukan rawatan segera? pembedahan segera? tidak dikesahkan sangat? walaupun disahkan oleh Pakar, DSAI umpamanya ! Jangankan 'ziarah'? tanya habaq pun tidak ! Cer baca luahan ahli keluarganya sendiri di bawah ini: tentu ada beza kan? kenapa? Bulan 'bajet' dah nak mari bro ! Kah Kah Kah

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan layanan buruk dan kelewatan yang disifatkannya tidak berhati perut dalam cubaan mendapatkan rawatan terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya hari ini, beliau berjumpa dengan Anwar semalam di Sungai Buloh.
"Kami bimbang dan gelisah kerana ayah memberitahu beliau memerlukan pembedahan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Nurul Izzah, pakar mencadangkan Anwar untuk menjalani pembedahan mikro atau pembedahan di bahunya.

"Jelas bahawa suntikan steroid tidak mencukupi atau meneruskan fisioterapi intensif dan analgesik yang kuat tidak mungkin dilakukan di dalam penjara," kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menggesa supaya satu taklimat diadakan antara keluarga Anwar, panel doktor dan Anwar sendiri supaya ayahnya boleh membuat keputusan mengenai jenis pembedahan.

"Keluarga Datuk Seri Anwar tidak akan melayan apa-apa kelewatan.

"Jika ini berterusan kami akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak perubatan Anwar," jelas Izzah..



PKR mendesak kerajaan agar prihatin dengan kecederaan bahu  Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang sudah bertambah buruk hingga menjejaskan kesihatan Anwar dan pembedahan segera dilakukan.


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Petaling Jaya, hari ini.
TVSegera Bedah Anwar
Cakap 3
“Pilihan raya masih jauh”-Mat Sabu


Foto - Free Malaysia Today
Dia enggan mengulas kenyataan Wan Azizah, PR tidak boleh menang tanpa Pas..
KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengakui parti itu masih baru dan enggan mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa Pas.
Dalam jawapan ringkas berkaitan pertanyaan itu, dia berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Pilihan raya masih jauh. Parti kami pun baru dua minggu lebih dan sambutan yang diberi terhadap Amanah begitu memberansangkan,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas memberikan keterangan.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengulangi pendirian bahawa parti itu mengambil pendirian secara bersama untuk mewujudkan gabungan pakatan yang baru dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0)
Menurutnya, parti itu akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat PR 2.0 yang akan diadakan esok di Subang.

“Itu kena tanya Pas (berhubung Pas tidak mahu mengadakan kerjasama dengan Amanah). Kami akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat dan soal pendirian pas itu terserahlah kepada rakan-rakan - FMT

Jangan layan laa Bang Mat kerenah Paschai tu ! lagi layan? lagi depa perasan ! PRU memang dok rasa jauh bro ! tapi pejam celik pejam celik ! sat saja sampai..biaq kita yg buat kerja kuat sikit ! Pas nak main sorang2 ? itu dia punya pasal ! Biar sekali nie kita nak tengok akai Paschai nak kuntau dengan PR 2.0 pula ! Bulan dah nak habis bro ! Biaq depa bercakap semaunya ! kita pula, biaq berkerja tanpa lagi toleh ke belakang ! Kah Kah Kah

Cakap 4
Nik Aziz Tak Suruh Tubuh GHB.
- Pas


Mohd. Nassuruddin Daud
Ketua Penerangan Pas Kelantan
Pas Kelantan menyifatkan Ge­rakan Harapan Baru (GHB) bukan wadah perjuangan yang diwariskan oleh bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mana yang didakwa oleh pendukungnya.

Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Nik Abdul Aziz tidak pernah meninggalkan jemaah, sebaliknya terus istiqamah meneruskan perjuangan bersama Pas walaupun parti itu pernah beberapa kali dilanda krisis dalaman..Malaysia Instinct - 

Nik Aziz memang laa tak suruh bro !Tapi Nik Aziz juga tak suruh, malah melarang PAS dok berkepit dengan Umno? Pasai apa yang tu enta tak mau bangkitkan? Tok Sidang enta selalu sangat 'bersenandung' degan Umno? sampai Nik Aziz pernah kata, Bila Umno tengah lemas, apasal kita pergi hulur 'pelampung' kat dia?
Cakap ujung bulan macam nie ke? Kah Kah Kah


Cakap 5
Terkini: Ekonomi makin parah...

Hari ini RM jatuh 4.43 dan akan terus jatuh


Syarikat perkhidmatan kewangan Credit Suisse percaya nilai tukaran ringgit berbanding dolar AS akan menurun lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.
Dalam tempoh tiga bulan firma itu menjangkakan nilai dagangan ringgit ialah RM4.50 bagi setiap AS$1, lapor CNBC.
Sementara itu penganalisis HSBC juga dilaporkan percaya nilai ringgit belum tiba di tahap terburuknya dengan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit.
"Ada kemungkinan nilai ringgit berbanding dolar AS akan jatuh ke tahap paling rendah," kata penganalisis itu.. 

Rasanya, bajet yg depa nak bentang bulan nie bro !? ada sikit tak berapa nak seronok laa..kalo RM dok terus jatuh macam nie? alamat tak berapa nak boleh harap sangat ?..silap hari bulan, 'Bulan' tak berapa nak timbul laaa...orang utara kata, pakai 'mengapoq' pula laa...Bonus? tak tau laa nak jadi lagu mana? Kalabulmalami lagi? Kah Kah Kah   
Cakap 6
Terkini: Najib Khianati Negara 

Jual Aset Strategik Negara Kepada Firma Asing




Langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing.  

Bila dijual kepada firma asing maka tariff elektrik ditentukan oleh mereka.. nak naikkan atau turunkan ikut suka depa laa..

Yang menjadi mangsa ialah pengguna bukan macai.. (macai tak terkesan sebab selama ini mereka dikatakan dikecualikan dari sebarang kenaikkan kos)..

Selain itu penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini.

Bacalah selengkapnya lagi di Suara Kami

Bila dah berhutang 'apuih kepala' ? kepala jadi 'sakit' bro ? mandi tak basah, lena tak jeghab (nyenyak)..rupanya kalo ikut laporan di Suara Kami ini !, Malaysia kian parah bro ! kian terancam ! semua ini cakap2 ujung bulan sebelum bajet bro !   


Khulasah

Cakap2 di hujung bulan ini, September 2015, sebelum bulan bajet di bentang, kebiasaannya bulan Oktober ! sudah boleh dirasakan kali ini, bagaimana 'keperitan' rakyat mengharungi kehidupan biasa dgn kos sara hidup yg kian menjerut ! kian mencengkam bro !

Untuk Bajet 2016 ini, yg akan dibentang pada 23 Oktober nanti, CUEPACS dengar khabar berura2, bercadang minta supaya Kerajaan timbang 3 bulan Bonus bro ? 
Itu adalah untuk kakitangan awam kerajaan termasuk para pesaranya dengan satu jumlah 'bonus' kecil sahaja.
Pemberian 'Bonus' kpd kakitangan awam yg besar ini sekiranya jadi 'realiti'? akan menjana pula kpd kenaikan kos pelbagai bro ! Para peniaga akan 'mengambil peluang' pemberian bonus yang besar ini dgn meningkatkan harga barangan mereka sekaligus ia menjadi beban berganda termasuk barang2 yg sedia dikenakan GST bro ! 


 Kita pun nak tahu juga bro ! apa depa buat dengan kutipan GST yang sudah hampir setahun tu ? apa pulangan kpd rakyat melalui pembentangan ini nanti?

Tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi Malaysia berhubung kejatuhan nilai Ringgit yang melampau. Kita rakyat amat berharap pembentangan Bajet 2016 yang akan berlangsung bulan depan akan menjanjikan suatu yang baharu untuk menyelamatkan situati yang cemas ini.




Comments










  1. "SYSTEM"--TUHAN..."SYSTEM" yg KUDUS
    Meliputi ANGKASA...Niat yg HALUS
    Ke Dasar HATI...Telus dan TEMBUS
    Terang Ben DERANG...Tiada Ber KABUS


    "SYSTEM"--TUHAN...SYSTEMATIK Sempura
    Walau SATU "sen"...Terang dan NYATA
    "SYSTEM" Mem BERI...Pe Ngaseh Pen CINTA
    Semangat Mem BERI...Mem Buak Mem BARA


    "SYSTEM"--TUHAN..."SYSTEM" Mem BERI
    Bukan Me NYAMUN...Songlap Men CURI
    Mem Beri KASEH...Khidmat & BAKTI
    Mem Beri Mem BERI...KASEH Sejati


    Mem BERI Mem Beri...Terus Mem BERI
    Mem Beri KASEH...Kaseh ILAHI
    TAK Hingin Langsung..Songlap Men CURI
    Tak Wujud PONTENG..FITNAH yg Keji


    "SYSTEM"--TUHAN..."SYSTEM" Mem BERI
    Mem BERI Jasad..."NAFAS" Per CUMA
    Mem BERI Jiwa...Cinta dan HATI
    Mem BERI Petunjuk...Terang Ber CAHAYA


    INDAH nya Mem BERI..."SYSTEM" yg KUDUS
    Mem BERI "satu"...Di Ganda kan "TUJUH"
    "TUJUH" Di Ganda...Menjadi "SERATUS"
    AJAIB nya Mem BERI...Kukuh & TEGUH


    "SYSTEM"--Ajaib...Kukuh dan TEGUH
    Saling Mem BERI...Saling Me NGERTI
    Se Luas BUMI...Langit Ke TUJUH
    Yg Maha PEMURAH...Terus Mem BERI


    Yg Maha PEMURAH...Terus Mem BERI
    RAHMAN--RAHIM--NYA...Me Nyinar INDAH
    Alam SEMESTA....Mem BERI Ber BAKTI
    Alangkah INDAH nya...Pem "BERIan" ALLAH


    Alangkah INDAH nya...Pem "BERIan" ALLAH
    "SYSTEM"--ALLAH...Saling Mem BERI
    Sbnr7'PASRAH...Pasrah Me NYERAH
    Tiada FITNAH...PONTENG Men CURI



    Sebenar7'PASRAH...Kepada ALLAH
    Ber Budi Mem BERI...TASBIH Me Muji
    INDAH nya "SYSTEM"...SYSTEM-MU-Ya'ALLAH
    Di Seluruh UFUK...LANGIT dan BUMI



    ReplyDelete
  2. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?