PAS kian ghaplah, gelabah, kian berpusing - Video

PAS sedang sakit bro ! Bila Husam masuk Amanah dan beberapa kenyataan beliau terhadap Parti itu, menjadikan pemimpin besar, kecil dan wala'uns makin kepanasan, gelabah dan hilang kawalan kematangan berpolitik ! Kah Kah Kah

Hadi pun tumpang sekaki turut sama menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup. Hadi mula penaik bisa dia dengan membanding siapa yang lebih mengenali Nik Aziz antara dia dan Husam? 
Sinar Harian . Kah kah Kah

Gelabah juga Tok Sidang Pas ini bila Husam menyertai Amanah. Buat perbandingan pun macam budak-budak untuk khabarkan dia lebih kenali Nik Aziz dari Husam? Tak ada 'standard' langsung bila orang yang mendakwa lebih alim agama dari Husam membuat perbandingan sebegini? Pecat Husam tu hapenya? Lepas tu tak puashati ? Kah Kah Kah

Kalau Hadi lebih mengenali Nik Aziz berbanding Husam? Tentulah Hadi tak bersekongkol dengan Umno kerana Nik Aziz tiada kompromi langsung bila berhadapan dengan Umno. Di sini pun dah tahu yang Husam lebih mengenali dengan mendalam citra dan bawaan politik semasa bersama Pas bawah Nik Aziz dahulu, Husam pula menjadi murid yang setia bersama fikrah gurunya itu. Janganlah merendah kemampuan Husam. Guru dan murid lebih akrab berbanding 'rakan' politik saja. Semasa hayat Nik Aziz, beliau akan 'meludah'
muka orang yang mahu sangat ber UG dengan Umno. Rasanya ramai boleh agak 'orang' yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu?  

Akirnya, Hadi kata Husam Jahil Agama..Ini bermakna hanya orang PAS yang tidak jahil agama? Sesiapa yg keluar PAS semua jahil termasuk pengundi2 yang tidak sokong PAS, begitu? yang 'jahil' agama itulah yang lebih ke depan mendepani masalah rakyat, yang de so called 'alim' agama kononnya itulah yang menjadi talibarut dan khadam serta penampan setia kepada Umno ! 

Memang PAS sedang 'sakit' pimpinan Pas rata-rata sedang 'sakit' bila melihat rakyat kian beralih ke AMANAH. Itu sebenarnya.

Lubuk Pusing-Gambar hanya hiasan


Hadi: Husam Jahil Agama 
Dan Pas Kelantan Tidak Akan Tergugat

MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang  keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya. 

Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.

“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH  tinggikan martabat dia di sisi ALLAH Taala,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam. 

“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan setakat hari ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Husam namun meminta mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.

“Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya. - sinar harian


Yang Ghaplah Jingga


Cadang Takiyuddin ikut di mana Husam bertanding.
Sampai macam tu punya gabra punya ghaplah puak Pas Kelantan. Itu yang di sarankan oleh Pemangku YDP Pas Kota Bharu kpd Takiyuddin selaku SUA PAS agar bertanding nanti di Pru 14 di mana saja Husam bertanding? Kah Kah Kah.. sini.


Kian Ghaplah !
Berita ini adalah seperti dilaporkan Ismaweb.
Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu. "Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb
sini.

Kian ghaplah kian desprade Pas nie bro ! Jadi wala'uns yang dah tak betah duduk dalam Pas bolehlah angkat bungkus mulai sekarang? Statement Tok Sidang nie umpama mencurah minyak jer bro !

Jual nama tok guru salah ke? Husam tu anak didik Tok Guru yang setia menolak UMNO ! Jangan ingat kita tu sebaris dalam pimpinan dgn tok guru, kita pun lebih tau sangat dari orang lain? Sedangkan kita berselingkuh dengan Umno, mana kala Tok Guru pula bertegas menolak Umno hingga hujung hayat. Kamu yang melarang 'jangan jual nama Tok Guru' sebenarnya mengkhianati citra dan aspirasi Tok Guru. Kamulah yang tidak layak mempertahankan sedemikian!

Berpusing-pusing macam gasing bahtera Pas tu. Itulah yang dimaksudkan oleh Husam agaknya Pas ini sebuah bahtera yang berpusing-pusing, tak tahu ke mana hala arah sebenar yang nak ditujunya? tapi lebai dan wala'unss tetap setia menanti 355 ? Canang dan heboh satu malaya, laluan bentangnya dah dapat, kemundian tangguh? Lepas tu 'jual' merata suruh orang beli? Wala'uns percaya bahawa itu 'Hudud' Lepas tu dok buat ramai suruh sokong? yang dok gelabah sangat? pasai apa? Krosott macam nie punya dok ada ! Macam nie punya 'Nakhoda'? Bahtera kalau berpusing kerap sangat? boleh tenggelam bro !Kah kah kah
Bila Husam balik saja Kelantan selepas rasmi jadi ahli Amanah, besoknya beliau merasmikan 14 (sini) cawangan Amanah di Kelantan. Ini yang sebenarnya Pas jadi tak ketahuan, ghaplah jingga kata orang Penang. Bagus jugalah Tok Sidang perambat sapa saja wala'uns yang ada masalah dgn PAS? bolehlah angkat kaki keluar. 

Beginilah senario dalam Pas kini, udah ramai yang mengikut jejak Husam di Kelantan terutamanya. Memanglah wala'uns yang kurang cerdik saja akan tetap bersama Pas lagi, yang cerdik yang super cerdik dah ramai meninggalkan Pas termasuk Dato Syeikh Mohd Nur Al Hafiz, beliau bernazar untuk aktif dalam Amanah bila sehat nanti. Saya nak bantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani, kata beliau.

Kenyataan Hadi yang tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah, dilihat hanya untuk sedapkan hati sendiri saja bro, hakikatnya sekarang Amanah sedang mendominasi Kelantan. Orang gelabah selalu macam tu, tak akan mengaku yang dia sendiri diserang masalah besar untuk pertahankan 'staus quo' sendiri saja? Kah kah kah 





Makin Meracau kelelahan jadi tak ketahuan
Kelmarin, Mokhtar yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun bersabit isu Al-Maunah ini menulis, "Tong sampah yang diletakkan di luar rumah kita kadang-kadang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Tapi tahukah kita kerana ada tong sampah itulah makanya rumah kita bersih dan kemas." Ujarnya lagi, "Tiada lagi sampah berselerakan. Terima kasih wahai Tong Sampah kerana sudi menerima sampah-sampah yang pernah ada dalam rumah kami. Wassalam. Tiada kena-mengena dengan orang yang belum mati atau orang yang masih hidup." rujuk lagi di sini .

Ini dia kenyataan yang dimaksudkan kononnya oleh seorang bergelar Ustaz? Betoi ke dia nie sorang ustaz? Kalo macam nie punya 'ustaz'? sapa nak ikut? buang stim jer! Kenyataan seperti nie memang tak cerdik bro ! kenyataan busuk, ghaplah jingga. Ramai netizen hantam dan kecam atas kenyataan beliau ini:
~ Amiruddin Endemir, "Status tak cerdik"
~ Azmi Osman berkata, "Buanglah nama ustaz kau tu. Hodoh perangai." 
(nota, Ghaplah Jingga. Jingga ialah warna oren wala'uns pakat gelisah dengan kebangkitan warna oren bro ! warna Amanah). itu yang pakat gelabah sampai tak ketahuan tu? Kah kah Kah

Turut mengkritik netizen Wfauzdin Ns yang berpendapat, Pas pernah meletakkan 'sampah' yang dimaksudkan Mokhtar itu di jawatan kanan sehingga ke tahap Naib Presiden.

Menurutnya, 'sampah' itu juga amat dipuji oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan pernah menjadi pemimpin kanan dalam kerajaan negeri Kelantan selain beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen bahkan sehingga pada masa ini masih Adun.

"Tukang menggelar beliau (Husam) sebagai sampah tu apa yang dia ada? Pernah jadi Adun? MP (Ahli Parlimen) jauh sekali. Jawatan dalam parti (Pas) setakat mana?


"Bertanding pilihan raya kalah sokmo. Setakat ada pondok yang dibiayai oleh Yayasan Pondok 1Malaysia, tak payah sembang kencang sangat. Patutnya, adalah rasa malu sikit," bidas Wfauzdin lagi.


Untuk rekod, Yayasan Pondok 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri pada 2012 dengan bekas senator Mashitah Ibrahim sebagai penasihat kehormatnya.

Nota: Dulu-dulu tok guru pondok tidak pernah harapkan bantuan dari sesiapa pun, mereka bina pasantrean atau pondok seluruh negara dengan biaya sendiri bro ! Pondok Langgar, Pondok Lanai, Pondok Tuan Guru Hj Salleh di Kedah misalnya, Pondok Tuan Husain Pokok Sena, Kepala Batas SPU, Pondok Penanti, Pondok Sg. Bakap SPT, Ehya As-Sharif di Taiping dan lain2 tiada ada siapa yang sponsor melainkan atas keikhlasan mereka guru-guru pondok itu sendiri, guru-guru pondok ini tidak pernah 'bermain madah' macam Moktar Senik ini bro ! Bina pondok pun harap bantuan 1M pula tu. Kah kah Kah

Nota:   Rumah Tok Ayah Permatang Sungai Dua merupakan Pondok Pengajian dimana terdapat banyak Pondok disekitar
Rumah Tuan Guru Tuan Minal dan Tuan Samad pada 1880an
rujuk
sini
Berpusing-pusing 
macam gasing spring

~ FB - Zai Dy
Beza sungguh rupanya  Itulah yg dimaksudkan oleh Husam agaknya? Pas ini sebuah bahtera yang berpusing-pusing, tak tahu ke mana hala arah sebenar yang nak ditujunya? tapi lebai dan wala'unss tetap setia menanti 355 ? Canang dan heboh satu malaya, laluan bentangnya dah dapat, kemundian tangguh? Lepas tu dok buat ramai suruh sokong? yang dok gelabah sangat? pasai apa? Krosott macam nie punya dok ada ! Kah kah kah

Bonus
De other side of AMANAH

Amanah tawar kerajaan Islam lebih baik, 
fokus isu rakyat bila diberi peluang mentadbir
 Datuk Husam bergambar bersama   penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama mereka  di majlis ramah mesra di kampung Cherang Kota Bharu


Datuk Husam Musa di majlis ramah mesra di kampung Cherang Kota Bharu

 ~ sumber .



Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan pentadbiran Islam lebih baik dan memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang menjadi kerajaan di Kelantan.

Adun Salor, Datuk Husam Musa yang kini Adun Amanah tunggal di Kelantan berkata rakyat Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz jika mahu negeri itu maju dan selamat pada masa depan.

Asas kerajaan arwah Tok Guru adalah Islam yang mengutamakan rakyat miskin dan mereka yang kekurangan keperluan asas, bukan mengejar taukey besar untuk dapat habuan segera. 




Petang tadi melawat rumah rakyat miskin bersama dengan team bikers dan amanah negeri kedah.
Parti Amanah dah genap setahun kelahirannya..
Walaupon golongan2 yg extrim mengatakan Amanah hanya mampu bertahan 3 bulan , 6 bulan dan setahun akan terkubur ,tetapi Parti Amanah Negara makin menyerlah dan makin diterima rakyat...
Sila jangan jeles...

Mampu ambik gambaq ja.. Leman Raja Lawan



Berjuang Demi kebenaran - Anak muda lebih cenderung bersama Amanah..mereka sayangkan negara, sayangkan kebenaran yg makin pudar ..













Kata Mutiara
Apabila hati sudah kotor dengan diselubungi sifat nafsu amarah , maka keluarlah ayat2 yg buruk dari seseorang walaupon ianya seorang ulama dan mereka2 yg berpakaian ikut sunnah .
Selagi hati masih ada riak ,bangga ,angkuh dan dengki selagi itu lah Allah SWT menguji hambanya. Jangan sesekali membicarakan syurga jika hati masih kotor.Allah menilai setiap manusia.
" Seorang pelacur yg dimasukkan kedalam syurga dengan hanya memberi minum kpd anjing dari kasutnya bukanlah seorang alim ulama tetapi keihklasan dari hatinya "

Ulama2 dan Ustaz2 PAS belum sampai ke peringkat muthmainnah seandainya 4 peringkat perjalanan Islam yg belum dilaksanakan.

Nukilan ~ Leman Raja Lawan .

Santai
Bersama Tok Usin UG Ceroi



USRAH - APAKAH ITU JAHIL DAN ALIM DALAM JEMAAH?

Masih ramai lagi yg tak berpuas hati dengan penerangan tok tentang apa istilah 'jahil' yg diguna pakai dlm kitab jemaah tok. Mereka merujuk kpd gelaran atau label "jahil' terhadap Husam Musa oleh guru tok Al Marangi.

Sekali lagi tok ingatkan, "jahil' mengikut Kitab dlm jemaah tok iaitu Kitab " Jahiliyyun Ilal Walaun" Jilid 15 juzuk 355, menggariskan sifat2 jahil itu seperti berikut;

1. Orang yg hafal quran atau Hafiz, tetapi menentang guru tok, mereka adalah "Jahil Hasanah".

2. Mereka yg profesional atau ahli akademik mahupun profesor, tetapi melawan dan tidak sependapat dengan guru tok, mereka adalah "Jahil Makruh".

3. Mereka yg melawan guru tok dan keluar dari Jemaah, itu adalah seberat2 jahil iaitu " Jahil Harbi"., contohnya Husam Musa.

Manakala lawan bagi 'jahil' adalah 'Alim". Apakah itu 'Alim" mengikut kitab tersebut?

" Sesunguhnya sifat 'Alim' itu hanya satu iaitu barangsiapa yg bersetuju dan sentiasa wala' dengan guru tok hatta seorang pelacur mahu pun kaki minum arak atau tidak pernah solat sekalipun, mereka itu dianggap "Alim Dunia" dan sekiranya mereka sanggup pula berkorban untuk guru tok darjatnya dinaikkan sehingga menjadi " Alimul Akhirat"." (Muka surat IXIXXX).

Wallahu Aklam.


TERBARU!!!! Husam Musa MASUK AMANAH!! KAMI AKAN AMBIL ALIH KELANTAN!!! Suara Rakyat



Comments

  1. Aku nak tergelak bila Hadi sebut camni..“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,”

    Habis tu Hadi ini ikut mazhab apa? Imam Syafie dah meninggal dunia, tapi pandangannya diikuti sampai sekarang. Itulah karamah orang terdahulu yg berterusan sampai sekarang. Walaupun TG Nik Aziz tak sehebat Imam Syafie tetapi karamah politiknya di Malaysia berjalan sampai sekarang dan menjadi modul utk generasi politik baru.

    Modul politik TG Nik Aziz tak perlukan RM90juta utk menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Mat Safian

      Bukan hang saja nk tergelak, ramai orang tengok al-marangi dah gelabah

      kah kah kah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?