Panas ! Ramai Wala'uns dengar ceramah Amanah dalam gelap

Bila ceramah Amanah boleh menarik wala'uns untuk hadir dengar apa yang disampaikan oleh penceramah Amanah dan Pakatan Harapan, ia sudah mencukupi bahawa ceramah PH dan Amanah punyai sesuatu yang baru dan segar untuk dikongsi bersama. PRU 14 makin hampir.

Mat Sabu dan Bro Saif PKR pun dah memadai untuk menarik 'crowd' datang bro ! Barulah betul2 'crowded' ! Kah kah Kah

Kat Batu Kurau dalam Parlimen Larut, sebuah pekan kecil mampu menarik sejumlah 1000 pendengar sudah kira A balong laa bro ! yang menariknya ahli Pas juga ramai hadir tetapi depa duduk dalam 'gelap' dengar sampai habis. Ini satu perkembangan baik bagi Amanah. Pelan-pelan depa berubah laa..

Di satu sisi lain mungkin ceramah Pas sudah tidak menarik lagi seperti di era UFN dan Nik Aziz dulu lalu ceramah Amanah adalah alternatif terbaru mengisikan kekosongan dan kelompongan yang di tinggalkan PAS kerana sejak mendekati Umno, Pas sudah ketandusan isu untuk diketengahkan. Mana ceramah depa nak menyengat lagi? Kah Kah Kah




Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah


 Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap. Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap.

Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.

Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.

"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin
anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.


Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.
Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.

~ sumber .


Sisipan Maknawi

  Ceramah Pas kian sepi sunyi
  PAS akan sunyi tanpa aura
Bang Mat dan rakan2 pro
Walau apa kamu kata dulunya ,
kata kepada insan ini, sewaktu dia bersama kamu dalam PAS dulunya..
macai DAP, tak wala kepada Presiden,
mendahului Presiden serta berbagai 
kata nista dan fitnah ...

PH lebih menghormati beliau daripada
10 Ustaz dlm AJK PAS PUSAT skrg ini.
Walau pun ada gelaran DATO, 
ada gelaran Dr,
ada latar belakang agama,
PH lebih percayakan Abg Mat dari kamu.
 
  Lagi Ceramah PAS
Tiada Sambutan Orang Ramai...
Ini Kes Berat ni...
Fenomena biasa ceramah PAS sekarang  
  Ceramah PAS Hanya Beberapa
Kerat Saja Orang Yang Datang..
.. 


Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO