Che Det- Anwar bertaut semula - Foto dan video menarik !

"Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun. 

Che Det berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain. Pertemuan pertama ini berlaku selepas 18 tahun 2 hari..sejak 3 September 1998..

"Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik matang dari Che Det dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Che Det yg mengorbankan segala emosi dan segalanya," kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, "Ia satu permulaan politik baru untuk negara."

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan.

"Saya datang bagi sokongan moral kepada beliau karana lawan akta ini. Sebagaimana saya tulis dalam blog saya, saya juga menentang akta ini," kata Tun Dr Mahathir kepada media selepas bertemu Anwar di mankamah.

Che Det berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain.

Meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan keluarga..itulah sifat DSAI..tidak akan berubah walau apa pun ujian yang menimpa dirinya..moga Allah berikan 'sinar pembebasan' buat beliau dan untuk kita semua..insya Allah..


Pertemuan bersejarah antara Anwar dengan Tun Mahathir hari ini.  Anwar seorang pemaaf, menghulurkan tangannya bersalam dengan orang yang menzalimi keluarganya.



Dr Mahathir jumpa dan bersalam erat dengan Anwar di mahkamah

 
Tun Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan bertemu serta bersalam dengan Anwar.Tun Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan bertemu serta bersalam dengan Anwar.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang sangat bersejarah itu.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan beliau bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.

Turut serta datang bersama Mahathir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, ketua sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan Mahathir, Datuk Kamarudin Jaffar dan pembantu khas Mahathir, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin ini sangat teruk sejaka Anwar dipecat dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Ia semakin bertambah buruk apabila Anwar mengetuai pembangkang dan mencabar kepimpinan negara di bawah Mahathir.

Namun suasana mula berubah apabila Mahathir mula menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir bersama tetamu yang lain duduk di galeri awam selepas berjumpa Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Tun Dr Mahathir bersama tetamu yang lain duduk di galeri awam selepas berjumpa Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Pelbagai pihak memberikan tekanan agar kedua-dua pemimpin ini melupakan permusuhan antara mereka bagi membolehkan usaha bersama mereka mahu menjatuhkan Najib berjaya.
Usaha Mahathir menubuhkan Deklarasi Rakyat disokong Anwar melalui satu kenyataannya. Namun begitu, Anwar berubah arah apabila Mahathir terus menyerang beliau selepas itu.
Orang kepercayaan Mahathir, Khairudin Abu Hassan pernah membawa mesej dari Anwar dipenjara agar menemukan keluarga Anwar dengan Mahathir tetapi tidak berjaya. 
Khairuddin ditahan polis mulai 18 September 2015, beberapa hari sebelum pertemuannya dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.
Khairuddin ditahan 24 hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, lima minggu ditahan di Penjara Sungai Buloh dan dimasukkan 11 hari ke wad Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam denggi.
Semasa di penjara Sungai Buluh beliau berjumpa dengan Anwar dan membawa pesan itu keluar.~ sumber .



Pertemuan bersejarah antara Anwar dengan Tun Mahathir hari iniSelepas 18 tahun, Tun M salam dengan Anwar
Published on Sep 5, 2016
Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad
hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi
menyatakan sokongan terhadap permohonan
Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta
Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016. KiniTV



Tun M doa agar saya berjaya, kata Anwar
Published on Sep 5, 2016
KiniTV



Kalau Anwar Ibrahim tidak berdendam
Kenapa Kita nak berdendam pulak,
Aku lebih suka jika Kita dpt lupa hal peribadi dan 
bergabung tenaga selamat kan negara dari mufliss.
Qalsom Bee)




Inilah akhlak terpuji insan yang bernama Anwar Ibrahim
yang berjiwa pemaaf. Salah satu antara sifat2 mulia ada
dalam jiwa insan ini.
Masa ini sangat susah cari insan seperti ini berjiwa besar
 dan pemaaf orangnya.
Jika nak dibandingkan dengan olamak donia,
huh macam langit dengan bumi.
Anwar tidak halau dan memberi gelaran yang tidak baik
walaupun pada musuhnya.

Sekian -
Aimy Lavender
 
~ FB Dr Wan Azizah Wan Ismail

Harap maklum bahawa DS Anwar Ibrahim telah memfailkan satu permohonan segera untuk mendapatkan injunksi sementara (interim) untuk menghentikan pelaksanaan Akta MKN. Maklumat seperti berikut.
#BebasAnwar #TakNakDiktator

Laluan Sejarah
Kenangan Sejarah Hitam ANWAR
dalam episod #HariIniDalamSejarah.



 2 September 1998: Anwar dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KewanganRakyat sudah lupa? #BebasAnwar

Pada 2 September 1998,
hari Anwar Ibrahim dipecat
sebagai Timbalan Perdana Menteri,
beribu penyokong berkumpul di kediamannya.
Malam itu bergegar takbir dipimpin Ahmad Zahid Hamidi,
Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu.
Zahid Hamidi kata: "Saudara-saudara!
Malam ini kita berikrar akan pertahankan Anwar Ibrahim
 ke titisan darah terakhir. Allahuakbar!"

Zahid bertakbir depan Anwar, tapi sampai hari ini kekal
dalam UMNO dan
berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Lim Kit Siang tak hadir dan tak pernah bertakbir,
sampai hari ini beristiqamah sokong Anwar.
#BebasAnwar
 



 3 September 1998: Anwar Ibrahim disingkir dari UMNO,sekaligus tersingkir sebagai Timbalan Presiden parti.

Pada kira-kira pukul 12.30 malam, 22 minit sebelum 
Mahathir umumkan keputusan, Anwar berjalan keluar dari bilik mesyuarat & berkata ringkas kepada wartawan: ''Biar PM buat kenyataan. Saya tiada urusan lagi di sini".

Sehari sebelum ini, Anwar dilucutkan jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri
Kewangan Malaysia. Apabila ditanya wartawan,
Mahathir kata ia tidak ada kena mengena kerajaan.

 
   



 
Tepat 17 tahun yang lalu, DSAI disabit kesalahan
oleh mahkamah tinggi, dihukum penjara 6 tahun.
Masih segar dalam ingatan. 17 tahun yang lalu,
kira-kira pukul 10.45pagi,
Anwar Ibrahim disabit oleh Mahakamah Tinggi,
dihukum 6 tahun penjara.
#Reformasi #BebasAnwar 




26 Ogos 2008: 8 tahun yang lalu pada hari ini,
Anwar kembali ke Parlimen selepas 'berehat'
selama 10 tahun berikutan konspirasi politik tahun 1998.
Anwar menewaskan lawannya
Arif Shah Omar Shah (BN) &
Hanafi Hamat (AKIM) dengan majoriti 11,567 undi.
Daripada jumlah 47,410 undi yang dibuang,
Anwar memperolehi 31,195, manakala BN &
 AKIM masing-masing mendapat 15,524 & 92 undi.




Percayalah, kezaliman tidak akan
kekal berkuasa selamanya.
Kezaliman juga tidak akan bebas selamanya.

Bersabarlah, kerana ujian ini sementara buat
insan-insan yang tabah. Bersabarlah dan terus berjuang

 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]