Kejutan Husam Di Kelantan

Kejutan Husam sudah bermula di Kelantan sehari selepas kepulangan beliau ke Kelantan setelah beliau mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Datuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu selepas umum sertai Amanah semalam



Husam disambut oleh ramai para penyokong dan pimpinan Amanah Negeri Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh. semalam

Berbagai sepanduk menyatakan sokongan kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz itu dipamerkan sebagai tanda sokongan kepadanya.

Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.   

Selepas mengadakan sidang akhbar, Husam diiringi dengan puluhan buah kenderaan yang dilengkapi bendera Amanah ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah dalam Dun Limbongan.


Penubuhan 16 cawangan baru itu sebagai simbolik kepada penerimaaan rakyat Kelantan khasnya bekas ahli Pas kepada Husam dan juga parti Amanah. 


~ sumber.


KHULASAH  
INTI ucapan Husam Musa 2 hari lepas dan semalam..

~ Anda menuduh barisan ini (AMANAH) sebagai pengkhianat, sebenarnya pada hemat saya, pemimpin PASlah yang telah mengkhianati rakyat Malaysia" ----- Husam Musa.

~ Husam berkata parti barunya sangat berpotensi untuk diterima dengan meluas.

~ "Bagi orang Pas yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru Nik Aziz mereka kena menyertai Amanah kerana hanya Amanah serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

~ "Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk Amanah kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh Pas dulu," katanya    
   
                             


Sambutan Meriah
untuk Husam Di KB







Kredit Fb ~Mohd Sayuti Omar II.


 
Alhamdulillah.
Program pertama Amanah di Dun Limbongan, Pasir Putih.
Sebanyak 17 cawangan Amanah Dun Limbongan telah ditubuhkan serentak hari ini untuk memenuhi kriteria sbg Dun yang akan ditandingi oleh Amanah dalam PRU 14 nanti. fb 
Dato Haji Husam Musa                      


Comments

  1. Aku dok riki orang2 pro PAS yg bukan ahli PAS di area Bkt Mertajam, byk yg boleh terima Husam walaupun depa agak kurang sokong AMANAH. Ni memang petanda baik. Depa tak kritik Husam tapi byk yg timbul rasa tak puas hati dgn kerajaan kelantan.

    - Safian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$