Sangkaribut dalam PPBM

Samada tuduhan bahawa Tok Din (Muhyiddin Yassin) mahu mengawal parti baru ini atau tidak? terlalu awal untuk kita rumuskan bro ! Parti tu pun baru berapa hari saja? Baru nak tumbuh bulu kata orang. Sangkaribut dalam PPBM sudah bermula...Kah Kah Kah

Apa pun, bila Tok Din mula berjinak dengan pemimpin Amanah secara solo dengan Salahuddin Ayub beberapa hari dahulu, ia mengundang sedikit tanda tanya seolahnya Tok Din buat pandai sendiri tanpa pengetahuan Mukriz mungkin? Ini pun jadi sangkaribut ke? 

Misalnya Khairuddin Abu Hassan masih belum memutuskan sama ada akan menyertai PKR atau DAP, selepas satu (spekulasi) bertiup mengenai beliau selepas PPBM yang menceritakan kekecewaan bekas pemimpin Umno itu terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan pendedahan ramai ahli dan penyokong PPBM semakin mempersoalkan sikap Muhyiddin yang tidak bermusyawarah dalam mengambil sesuatu keputusan?.


Kalau tak sampai sebulan lagu nie punya dok ada? dah jadi macam Parti O Pas tu laa agaknya bila keputusan besar pun tidak dimusyawarahkan antara sesama jentera parti? Cuma tunggu kehancuran laa sahaja. Kalau tiada angin ribut? pokok seteguh mana bagaimana pun boleh bertahan?!

Agaknya inilah antara sebab si Mukhriz tu dulu ter pelanting dari kerusi MB tu?. Lembab. Kah Kah Kah

Semua yang diperkatakan ini akan menjadikan Umno makin senang hati menghadapi pakatan pembangkang baru ini?

Muhyiddin makin tidak disenangi kem Dr M dalam PPBM?


Muhyiddin didakwa mahu mengawal parti keseluruhannya dan mengenepikan Mukhriz dan Dr Mahathir.

muhyiddin-bersatu_mukhriz_600

 PETALING JAYA: Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa suka membuat keputusan bersendirian mula tidak disenangi ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan, menurut sumber dalaman.

Bercakap kepada FMT, sumber itu berkata ramai ahli menuduh presiden PPBM itu menganggap parti itu milik persendiriannya.

Mereka juga kecewa bekas timbalan perdana menteri itu yang tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping sikapnya mengenepikan “orang Mahathir”.

Sumber tersebut berkata kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan cara Muhyiddin yang tidak berbincang dengan mereka sebelum melantik beberapa penjawat parti.

“Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya,” katanya.
“Beliau mengenepikan semua penyokong Mahathir dalam parti.”

Sebelum ini, ketua sayap wanita PPBM, Anina Saadudin menepis dakwaan parti baharu itu lesu dengan tidak ada kegiataan rancak menambah bilangan ahli, selepas didaftarkan awal bulan ini.
Sumber juga mendakwa Muhyiddin kelihatan masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah, malah tidak selesa berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Ia menimbulkan tanda tanya sama ada PPBM di bawah kepimpinannya mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Penyokong Dr M kecewa
Rasa tidak senang itu bakal memburukkan keadaan, menurut sumber kepada FMT, dan Muhyiddin juga berdepan serangan daripada pemimpin PPBM lain termasuk mereka yang sebelum ini terlibat dalam Deklarasi Rakyat.
“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” dakwanya.

Sumber itu berkata corak kepimpinan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan penyokong tegar Dr Mahathir seperti bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malah, ia berpendapat Khairuddin mungkin akan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga berhasrat membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menyatukan kembali Dr Mahathir” bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.

~ sumber

Sisipan Sempoi

Tudiaaa… Tudiaaa…
Baru tiga minggu Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
mendapat pengesahan ‘cop halal’….
Tapi dengar cerita
dalam PPBM ada orang buat hal!
Dalam PPBM sudah mula bergolak,
walaupun belum cukup sebulan penubuhannya! 
  KAH KAH KAH 

 PPBM tak lesu, jumlah mohon jadi ahli ‘meletup’

Anina Saadudin berkata pasukan sukarelawan
sedang menyelinap ke pelosok negara mengumpul
keahlian dan permohonan secara online juga
sedang rancak di alam maya 
  2 minggu berlalu,
PPBM di bawah Muhyiddin masih lesu

Kesunyian yang menyambut parti baharu
ini berbeza dengan publisiti yang
menyelubungi parti itu sebelum penubuhannya.

 
 
Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.
Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.
 Bukan main lantang lagi Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir bila bersuara…
Baru-baru ini Mukhriz mendakwa, kononnya
ramai ahli UMNO yang nak keluar dari parti
Melayu tu sebab nak sertai PPBM. 
 
Continue reading


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]