Resepi AMANAH untuk kekal - [video]

Fakta: Pas dah lebih 60 tahun hayat nya sama lebih kurang dengan hayat Umno. Amanah baru setahun.

Kalo budak, umur setahun tak ramai lagi yang ber sunat, tetapi Amanah nie bro ! awal lagi dia dah 'bersunat'; itu pasal dia boleh celen Pas di Kuale tempoh hari dan menang dalam seyembara dengan Pas yang tua itu, sekalipun kalah kepada UmnoBN Ini adalah fakta tuntas bro, bagi 'budak' bernama AMANAH yg belum pun berumur setahun masa tu tetapi dah 'kerabat' belakang Pas ! dah menang ber gaya pula tu. Itu pasal Pas kelupurr hari demi hari tu..Kah Kah Kah

Sayembara ialah satu bentuk pertandingan antara organisma sama ada secara individu atau secara berkumpulan untuk mendapat maruah, anugerah, pengiktirafan.

Sekarang, Amanah telah mendapat pulangan demi pulangan setiap hari. Maruah dan Pengiktirafan di sambarnya digarapnya oleh ribuan anak muda dan dewasa. Bila ia terus diberi perhatian massa, sama ada dicemuh atau disanjung, itu bermakna ia telah mendapat pengiktirafan secara tidak disedari. Ini mencemaskan Pas dan Umno dalam persaingan ke Putrajaya.

Semenjak parti Amanah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2015, Pas tidak pernah membuka ruang kerjasama dan perbincangan secara rasmi dengan parti-parti pembangkang lain termasuk parti Amanah. Sikap Pas sebenarnya telah mencipta ruang untuk dilihat seolah-olah penubuhan Amanah adalah bertujuan menentang Pas, sedangkan sasaran kita ialah menentang BN satu sama satu melalui Pakatan Harapan. Tetapi Pas yang kelihatannya lebih 'stim' membuli Amanah bro ! Kah Kah Kah 

Amanah adalah satu 'tajdid' kpd gerakan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Bersifat inklusif dan terbuka tetapi teguh dengan prinsip. Prinsip dijunjung akhlak dibendung. Itulah resepi Amanah untuk kekal.



 Kita tidak mahu macam ini bro..Lain di mulut lain yang dibuat kenapa memohon pulak pada dap..sembang punya deraih.orang lain tak boleh..depa tak pa..Lama dah isu hudud, sampai harap kat Umno? Baguih ler, moga Umno dihududkan oleh Pas nanti?Umno tak pernah khianati Pas? Kan gitue bro?

AMANAH pun tak perlukan PAS lagi..jenis talam 10 muka...Resepi Pas = resepi Umno resepi ikatanresepi Berjasa (baru dok pakat) - Kah Kah Kah

Kukuhkan ideologi, resepi untuk Amanah kekal


Sama seperti Umno dan PAS di saat awal penubuhannya, Amanah perlu menumpukan perhatian mengukuh asas ideologi partinya.

KUALA LUMPUR: Sebagai parti baru, sukar bagi Amanah untuk bersaing dengan parti politik sedia ada, terutama pesaing utamanya, PAS yang sudah wujud lebih setengah abad lalu.

Malah tanpa asas idealogi yang kukuh, ramai yang akan melihat parti itu sama seperti PAS. Apatah lagi ia adalah serpihan daripada parti Islam itu.
Itulah kritikan utama ahli panel dalam forum ‘Setahun Amanah: Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor, di sini semalam.

“Amanah kena ada ideologi yang jelas, selain pemimpin berkarisma.
“Apakah Islam yang ingin dibawa Amanah, di tengah-tengah Islam gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa yang terlalu mendominasi,” kata penulis Fathi Aris Omar.

Beliau berkata, Amanah memulakan langkah yang betul dengan membawa wacana ‘maqasid syariah’ namun berhadapan cabaran apabila majoriti masyarakat tidak melihat politik sebagai ‘persaingan idea’.

Amanah ditubuhkan pada 16 September 2015 oleh sekumpulan bekas pemimpin PAS – digelar golongan profesional – yang tewas kepada muktamar pemilihan tahun sama.

Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang konservatif, Amanah dilihat lebih cenderung kepada idea ‘demokrat Muslim’ bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid Ghannouchi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu dilalui parti baru.

“PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme,” katanya.

Beliau menjadikan Parti Sosialis Malaysia (PSM) – yang berdaftar secara rasmi pada 2008 – sebagai contoh parti yang lebih menekankan soal idealisme dan perjuangan, berbanding perseteruan politik.
Beliau juga membangkitkan rekod buruk Amanah dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon Amanah hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Parti itu juga kalah dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, walaupun tidak dapat dinafikan, pertembungan tiga penjuru juga menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional.

Penganalisis Wan Ahmad Fayhsal mengajukan agar Amanah mencontohi Green Party, sebuah parti politik yang terdapat di beberapa buah negara yang menjadikan alam sekitar sebagai antara fokus utama.

Katanya, pendekatan itu akan mampu membawa Amanah keluar daripada bayang-bayang DAP dan membezakannya dengan PAS.
“Amanah kata membawa prinsip maqasid syariah. Maka teruskan membawa perkara itu, misalnya pemimpin parti boleh mengkritik belanjawan negara daripada perspektif itu.

“Masyarakat akan lihat anda berbeza dengan PAS, yang setakat ini tidak mampu berbuat demikian. Tidak perlu habiskan masa bergaduh dengan PAS, mereka ada khalayak sendiri,” katanya lagi.

~ ( sumber).

Terbaik dari Rafizi

PERCAYALAH!! Gabungan Pakatan Harapan Bersama BERSATU Ibarat TSUNAMI bagi Umno BN-Published on Sep 20, 2016 (Suara Media)

  LIVE) MALAM GEMA AMANAH
TARIKH: 24 SEPT 2016
MASA: 8.00 MALAM
LOKASI: Y-SQUARECONNEXION, MUAR BYPASS, SG ABONG, MUAR, JOHOR.

POWERED BY GHB MEDIA TV


Istimewa
Sambutan SeTahun 
AMANAH
Di Bakri, Muar, Johor .
  Kami adalah team yang membawakan kepada anda gambar dan video setiapevent utama Amanah di seluruh negara. Jom bersama kami



 Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, AMANAH adalah satu parti yang penting khususnya dalam suasana dan situasi Malaysia pada ketika ini. Beliau nyatakan pemdirian bersedia untuk bekerjasama dengan PAKATAN HARAPAN yang terdiri daripada AMANAH, DAP dan PKR. 
 Sekitar Malam Mega Amanah di Bakri, Muar, Johor.


Setahun Amanah: Auto and Motorshow.
  Setahun Amanah: Aktiviti Keluarga dan kanak-kanak
  Setahun Amanah: Pertandingan Memancing.
 Pertandigan Gubahan Kolum Kaum India
#SambutanSetahunAMANAH
  Setahun Amanah: Gerai jualan dan aktiviti kebudayaan.
  Jom Memasak Bersama Chef Anis adalah di antara pelbagaiaktiviti menarik yang menanti anda di Sambutan Setahun Amanah di Bakri, Muar, Johor.



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]