Nasi lemak anak dara punya pukulan - [video]

Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan...

Meletup bro ! Bisnes kecilan nasik lemak anak dara dari Sungai Petani nie (aku punya home town) laa tu meletup dalam sekelip mata saja bro ! Siapa sangka, anak dara punya pasal, ia terheret Azmin Ali sama untuk cakna dengan masalah yang menimpa anak dara ini yang berniaga di Shah Alam. 

Itulah tuah badan, hai nasiblah kau tu pompuan, anak dara pulak tu, berpelajaran pula? tuahnya datang kerana selepas dikompaun RM2,000 kerana meniaga tanpa lesen sah, gadis ini mendapat perhatian MB Azmin untuk menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan.

Inilah orang kata, susah cari senang jumpa bro ! semua beri tumpuan kat anak dara Kedah nie pasai jarang boleh jumpa sampai seorang emm bee boleh beri perhatian sebegini. 

Inilah gamaknya 'pukulan' nasi lemak anak dara yer ! semua pakat prihatin dan ambik berat, kalo Pak Mat Tempe laa, belum tentu lagi boleh jadi macam nie bro, silap haribulan kena 'angkut' habis.

Kah Kah Kah


Nasi Lemak Anak Dara: MB Temui Gadis Beri Sokongan Dan Nasihat

SHAH ALAM, 30 SEPT: Perniagaan Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi viral dan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Seksyen 7, di sini, pagi tadi.
Selain dari menjual nasi lemak, gadis ini juga merupakanseorang model untuk jenamanya shawlnya sendiri 
Kunjungan Mohamed Azmin sebagai tanda sokongan kepada pemilik gerai itu, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang gigih menjalankan perniagaan bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

  Gadis Nasi Lemak
 "Anak Dara" Siti Hajjar Ahmad

Published on Sep 28, 2016
Nama : Siti Hajjar Binti Ahmad 24
Asal Sungai Petani Kedah
Tempat Berniaga : Flat PKNS
Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Kelulusan : Ijazah Kejuruteraan
Elektronik Perubatan
Universiti Tun Hussein Onn

Mohamed Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu  dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan secara sah dan menasihatkannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai orang ramai yang berusaha mengubah nasib mereka dan mempertingkatkan pendapatan menerusi inisiatif keusahawanan.

 Anak dara ni datang  dari Kedah tak bawa apa-apa, beranikan diri cari makan dgn berjual nasik lemak
Siti Hajjar Binti Ahmad. Umur dah 24 tahun. Anak ketiga dari lima adik beradik. Tinggal kat Sungai Petani, Kedah. Sye degree fresh graduate electronic engineering (medical electronic) dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan insyaAllah Oktober nie sye akan konvo dengan beralaskan cgpa 3.33.
Itu cerita ringkas anak dara nie mengenai diri dia..
“Saya menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan.

“Langkah ini selaras dengan dasar kerajaan mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Negeri menyeru penjaja di tepi jalan memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.

Hal itu bagi memastikan faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan penjaja terpelihara.



~
Selangorkini .



Mat sentol -Anak dara





Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$