Orang atas makan Musang King - Video

Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat, begitu kata orang kuat PERKASA yang selama ini menjadi penampan kuat Umno, lihat video ini bro ! atau buka video kat bawah tu nanti. Kah Kah Kah

Begitulah Umno yang senantiasa menggula2kan orang melayu yang tidak menyokong mereka, lebih-lebih lagi yang menyokong mereka bahawa kiranya Umno tumbang, Melayu akan bangsat di tanah air sendiri, mereka terus mendendangkan de so called 'khurafat' bahawa kalo tiada Umno, bukan Melayu dan bangsa asing akan perintah Malaysia?; sebab itu Pemuda Amanah kata, buanglah khurafat Umno bela Melayu sini. Kalo Umno nak bantu Melayu? Dah lama Melayu senang. Hanya Melayu Kroni dan Chukong yang kenyang? 

Aku pernah tinggal di Kg. Kerinchi dan Pantai Dalam pertengahan tahun '70an dulu , bila baca kisah dua kampung ini yang berubah wajah hasil pembangunan melulu dan kesengsaraan Melayu ibu kota, aku jadi sebak bro, mana tidaknya? kawasan dan kampung tersebut dihuni hampir 100% orang Melayu. Sekarang Melayu Kota kian terhimpit di kampung halaman sendiri. Melayu kian bangsat di bumi sendiri. Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat dan semakin bangsat?

Ng menunjukkan isi durian
Raja Kunyit yang dijual pada harga RM45 per kg.
mStar
'Musang King' durian termahal dan tentunya sedap bukan kepalang sudah tentu tak mampu rakyat marhaen nak beli nak makan bro? Durian kampung terbujai bijik jugalah kut mampu nak beli, tu pun arganya berapi daa ! Jadi siapa yang mampu? Orang2 ataslah yang makan 'Musang King' tu !

Najib Abdul Razak (kanan) bersama rakannya, Badrul Amin Abdul Rahman menceritakan kesempitan kewangan anak muda hari ini.
Benarkah Umno bela Melayu? Baca Berita Penuh ini bro. Ada pula seorang pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Masjid Jamek di ibu negara  mendedahkan mereka tidak cukup belanja, maggie mee pun pecah tiga dan majoriti mereka terpaksa berhimpit di rumah sewa sebab asrama yang disediakan terhad,” demikian dedah seorang penuntut Diploma E-Dagang ruj. di sini. Jadi, budak-budak kolej macam nie nak makan 'Musang King' ke? Maggie pun bahagi tiga?

'Musang King' ! Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana; benarkah UMNO bela Melayu?

Mai kita cakap bahasa mudah bro ! bahasa orang kampung ! orang melayu rata-rata sejak selepas merdeka 1957, depa bagi 'solid' undi kat Umno atau nama asalnya PEKEMBAR (Parti Kebangsaan Melayu Bersatu), bila kata 'kebangsaan' tu parti bangsa melayu lah, manakala orang cina ada MCAnya, India dgn MIC nya ! ketiga parti ini bergabung membentuk satu .
'Perikatan' kemundian memakai nama Perikatan ini dalam pilhanraya. Umno tidak pernah bertanding secara solo, begitu juga gabungannya MCA dan MIC juga tidak pernah bertanding secara solo bro!  Dalam pilihanraya umum pertama tahun 1955, PAS hanya menang satu kerusi sahaja di Krian, Perak.

Dalam akhbar cina pada (2/9/2016), kalau pandai beli baca "China Press". Muka depan atas sekali sebelah kanan masalah ekonomi malaysia semakin teruk dgn nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik. Orang Atas menasihati orang ramai ikat perut dan berjimat tidak membeli barangan yg tidak perlu. Sedangkan akhbar melayu hanya menyiarkan hiburan, kemalangan, bom sana sini, dadah, dan lain2 yg remeh temeh melekakan melayu..mereka tidak menyiarkan tajuk demikian takut rakyat panik. ‘Panjat’ Baitulmal banyak kali tapi kami tidak dipeduli, luah gelandangan. Jadi apa sebenarnya peranan Baitulmal? Berita beginilah yang tidak akan pernah disiarkan takut rakyat panic?

Semua jenis perniagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk sogo. Pusat perniagaan Nilai 3 di seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di pertama complex. Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kemudian CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018.

Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah..sekadar ingatan buat diri sendiri & teman2 yg memerlukan.

Dyana Sofya Mohd Daud -tegur Pemuda Umno jangan rendahkan Melayu
Tindakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menyenaraikan ‘bukti’ DAP yang didakwa tidak menghormati kaum Melayu disanggah pemimpin muda Melayu DAP, Dyana Sofya.
Dalam satu artikel bagi menjawab kenyataan Razlan, Dyana berkata semua individu dilayan secara sama rata dalam DAP sedangkan pemimpin Umno memandang ahlinya sebagai 'macai' manakala rakyat sebagai 'pak turut'.

Malah ujar Dyana, Umno tidak henti-henti menghina orang Melayu dengan menggunakan ketakutan bagi melemahkan mereka untuk kepentingan politik.
"Razlan perlu faham bahawa kaum Melayu ingin bebas dari sebuah parti politik yang kononnya mewakili mereka tetapi hakikatnya menipu mereka.
"Malangnya apabila ada mana-mana orang Melayu yang berani menentang Umno, mereka terus diberi amaran bahawa seluruh kaum itu akan ‘musnah’ jika Umno kehilangan kuasa.

~ sumber.

Orang atas makan Musang King, luah warga kota menjelang merdeka


 Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik. Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik.

Sekumpulan wanita berusia lebih 50-an kelihatan mesra berbual sambil memerhati dua rakan mereka membersihkan ikan bilis di Blok 6, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur, pagi minggu lalu.
Tidak jauh daripada mereka, tiga kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain badminton dengan pelbagai barangan permainan lain di atas hamparan plastik.

Namun, dalam senda gurau kaum ibu berkenaan terbuku kebimbangan tentang 'kemaruk' pembangunan projek komersial dan kediaman mewah di sekitar penempatan flat yang dihuni mereka sejak tahun 1989 itu.

Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.
Ibu kepada enam anak, Halimaton Saadiah Chan Abdullah, 57, berkata, projek kondominium menghampiri sejuta ringgit seunit di sekitar Kerinchi sehingga ke Pantai Dalam seolah-olah hanya mahu menghalau orang Melayu dari kawasan itu.

“Kita ni megah saja merdeka masuk ke 59 tahun tetapi orang Melayu nampaknya semakin dijajah rumah mewah dan dihambat jauh dari pusat bandar raya.

“Orang atas makan Musang King. Kita orang bawah ini makan durian busuk sajalah. Pemimpin Melayu sendiri hanya tahu sumbat Melayu dalam sangkar merpati.

Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat'
Published on Aug 26, 2015

Mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa orang Melayu akan menjadi 'bangsat' sekiranya Umno gagal memerintah pada pilihan raya akan datang, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata dengan pemerintahan BN sekarang pun, orang Melayu telah menjadi sedemikian. KiniTV
Kadang2 Tok Him nie boleh pakai juga pendapat dia..Kah Kah Kah

“Anak-anak kami sudah tak mampu lagi memiliki rumah sendiri dekat sini. Apa yang pemimpin Melayu kita buat, tidak tahulah. Boleh pula biarkan saja berekar-ekar tanah dibuat kondo, apartment harga dekat sejuta tapi nanti, siapa isi?
"Kerajaan macam tiada perancangan untuk orang Melayu tinggal. Sekarang ini, Melayu mampu tengok bukan mampu beli (rumah),” luahnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 28 Ogos lalu.


Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?
Berkenaan kemampuan Melayu memiliki kediaman ditawarkan di kawasan itu, semakan Malaysia Dateline mendapati, masih terdapat 60 unit kediaman kuota Bumiputera belum terjual setakat Mac tahun lalu bagi fasa pertama Pantai Sentral Park iaitu Inwood Residences.

Harga ditawarkan kepada unit Bumiputera itu pula bermula RM775,718 manakala fasa kedua projek berkenaan, Secoya Residence setinggi 41 tingkat mempunyai 243 unit kediaman dengan keluasan bermula 1,050 hingga 1,670 kaki persegi.


Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah. Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah.
Kesemua tujuh fasa kediaman bagi projek di Pantai Sentral Park itu dilaporkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan mencecah RM3 bilion
Trafik makin teruk
Lela Khidir Lela Khidir Sementara itu jirannya, Lela Khidir, 52, memberitahu keadaan trafik di Jalan Kerinchi juga semakin kritikal sebaik sahaja pusat komersial, kompleks pejabat dan apartment servis seperti ‘The Park Residence’ dan ‘Nexus Bangsar South’ tidak jauh dari Flat PKNS Kampung Kerinchi mulai dihuni sejak beberapa tahun lalu.

“Masalah parkir semakin teruk. Lihat saja sekitar Pantai Hill Park dari Jalan Pantai Permai ini sehingga ke Pusat Komuniti Lembah Pantai. Kereta bersusun sudah jadi macam PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“Itupun projek Pantai Sentral Park sedang rancak berjalan. Tapak yang dahulunya menempatkan rumah panjang sebelum mereka berpindah ke PPR, dengarnya dulu mahu dibina sekolah tapi nampaknya yang naik projek mewah saja. Apa jadi nanti 5, 10 tahun akan datang?” soalnya.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline mendapati dua blok kondominium, “Saville@The Park - Bangsar” bersebelahan Pusat Komuniti Lembah Pantai sudah siap sepenuhnya dan mungkin bila-bila masa akan diisi penghuni.
Kompleks kediaman mewah terletak bersebelahan Kondo Rakyat yang merupakan flat kos rendah sejak tahun 1990-an itu menyerlahkan jurang ketara sosio-ekonomi antara kelompok rakyat miskin dengan kelas berpendapatan tinggi

Masyarakat tempatan bimbang projek mega di Kerinchi dan Pantai Dalam lama-kelamaan akan mengusir mereka.Masyarakat tempatan bimbang projek mega di Kerinchi dan Pantai Dalam lama-kelamaan akan mengusir mereka.












Tidak jauh dari Pusat Komuniti Lembah Pantai itu juga terpacak papan tanda projek membina “rumah kos tinggi” sebanyak 235 unit terdiri daripada rumah sesebuah dan rumah berkembar selain rumah kelab dan kolam renang.
‘Billboard’ gergasi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kerinchi dan Jalan Pantai Permai pula menggambarkan Pantai Sentral Park sebagai projek “pembangunan yang ikonik di Bangsar South”.
Projek kediaman mewah yang dikatakan satu-satunya dikelilingi kawasan hijau di bandar raya itu dilihat mencakupi kawasan yang amat luas sehingga menghampiri rizab hutan, Taman Rimba Kerinchi dan Bukit Gasing yang termasuk dalam negeri Selangor.
Pemerhatian turut mendapati hanya tinggal Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam dan Surau Al Falah dikekalkan pada ketika kawasan lain saujana mata memandang sedang disiapkan bagi projek bercampur melibatkan tujuh fasa kediaman itu.

Hanya tinggal tanah kubur dan surau sebagai bukti Pantai Sentral Park yang menggantikan nama Pantai Dalam pernah dihuni masyarakat Melayu?Hanya tinggal tanah kubur dan surau sebagai bukti Pantai Sentral Park yang menggantikan nama Pantai Dalam pernah dihuni masyarakat Melayu?
Bagi generasi kelima keturunan Abdullah Ahmad iaitu pengasas Kampung Kerinchi, Abdul Hakam Jamaluddin, 31, pembangunan rakus berkenaan dilihat semakin menggila sejak Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

“Tanah yang dimajukan sedikit pun tidak diperuntukkan untuk rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya adalah orang Melayu. Nama Kerinchi dan Pantai Dalam pun sedang diganti dengan ‘Bangsar South’ dan ‘Pantai Sentral Park’. Surau Al-Falah yang juga surau Jumaat itu asalnya dipenuhi Jemaah.

Keriangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ini bermain ketika dewasanya belum pasti mampu memiliki kediaman yang mencecah berjuta ringgit.Keriangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ini bermain ketika dewasanya belum pasti mampu memiliki kediaman yang mencecah berjuta ringgit.
“Malangnya, kini sudah lama kosong sebab sudah hilang kariahnya tapi dikekalkan hanya mencandukan agama untuk kepentingan pembangunan,” luahnya ketika turut serta bersama Malaysia Dateline meninjau situasi pembangunan memihak kepada golongan kaya di kawasan berkenaan.
~ sumber.

Sisipan Sempoi
Sayang ! 'Kehandalan' mereka tiada ertinya bagi melayu bandar yang miskin yang sepatutnya menjadi 'agenda' mereka...Pejuang rakyat ke mereka ini?ruj sini

dari fb Suara Rakyat

Ini cara Umno selesai masalah rakyat? Rakyat bersungut sikit, mintiri seropa hilang pedoman? Kalo ada kesilapan dari urus tadbir yamg merugikan rakyat, tentulah rakyat merungut ?  kalo ini cara menteri layan rakyat? siapa sebenarnya yang bebal? Hutan pun hangpa bedal? Nak pi duduk mana lagi? Kah Kah Kah 
dari fb Suara Rakyat
ruj. www.sinarharian.com.my


Amalan rasuah adalah amalan jijik, amalan orang malas, tapi ingin kaya dan bergaya? amalan oleh yang ada 'kuasa'? menyebabkan masyarakat menjadi naif dan lemah, tidak ada lagi kemanusiaan..rakyat kian dihimpit tersepit !
Luahan netizen
Luahan rakyat juga !

Sekolah Minta Derma Kertas, Duit Peruntukan Takde - Dan, Kita Bayar GST Untuk Apa? Semua cukai, lesen yang kita bayar mahal-mahal, banyak-banyak di Malaysia semuanya ada sebab tersendiri. Samada masuk ke kantung kroni, tambahkan kekayaan peribadi, ataupun menjadi projek songlap duit beramai2, yang pasti rakyat dah puas berbakti pada kerajaan kita yang baik hati sangat-sangat neh.. Hai laa Malaysia, sampai tara nie punya dok ada? Kah Kah Kah

Rakyat mangsa banjir bukan nak Tugu.. Tapi mereka nak rumah !! Tak kan Parti O nie pun nak main tugu-tugu juga? Tak kira laa sapa yang huloq buat tugu tu, membazir tu amalan dari mana bro ? Bila dah memba dengan Ameno, tak banyak, sikit pun depa tiru jugak...Kah Kah Kah



Harap telah ada pihak yang tampil hulurkan bantuan...Secebis kisah sengsara anak bangsa



Rayuan penduduk kampung Taburan Damang, Kota Belud..harap MP hantar wakil, jgn tunggu time PRU baru nampak muka..Raja Mohd Shahrim


Sabah bukan miskin.. tetapi kaya dgn hasil bumi, kaya dgn minyak.. kaya dgn gas.. cuma miskin dari aspek kesedaran politik rakyatnya..Raja Mohd Shahrim

 Old story still haunt

Orang yang kenakan Anwar dulu inilah yang nak selamatkan Malaysia? Kah kah Kah                                                                           

Mat, 39, dan pasangannya, Sue, 33, bersama anak mereka antara ribuan warga miskin kota yang menerima sumbangan NGO pada pagi hari minggu..MDateline
Di sebalik tawa anak muda ini, mereka terpaksa berjimat dan berkerja sambilan untuk meneruskan pengajian ketika kos sara hidup semakin meningkat.






DEMI SURVIVAL POLITIK, MELAYU(UMNO) SELESA MELIHAT BANGSANYA TERUS ME-LAYU
Ada orang melayu dan UMNO marah bila ada yang meletakkan melayu dalam premis yang sering terkait dengan rasuah. Hingga ada yang mempertikai ada bangsa lain yang terlibat memberi dan menerima dalam urusan rasuah orang melayu.

Pokoknya siapa yang terlibat dalam isu rasuah sama ada pemberi dan penerima tetap bersalah. Lihat yang terkini, SPRM mengganas dengan beberapa tangkapan dan mayoritas yang ditahan mereka berbangsa melayu. Maka apakah kita perlu tinggal dalam kepompong sindrom penafian apabila ia melibatkan melayu.

Perlu juga difikrkan mengapa rasuah itu boleh berlaku. Penguatkuasaan undang-undang secara terpilih, tahap ekonomi yang rendah disamping kos kehidupan yang mencanak tinggi. Sikap ketelusan itu semakin menapis dalam negara kita akibat semua rakyat terhimpit dengan keperluan mendesak.

Maka hari ini apa yang perlu ialah orang melayu itu sendiri membuktikan mereka perlu keluar dari tempurung ketakutan kesan indoktrinasi golongan bangsawan negara bahawa hanya mereka dan parti mereka saja yang boleh memastikan keberlangsungan hayat bangsa melayu itu dijamin. Sementelah itu merekalah sebenarnya petualang yang menjual serta mengadai nasib anak bangsa melayu.

Melayu perlu segar dan mekar dengan idea dan sikap agresif bersama adunan bangsa lain agar tidak dilihat eksklusif hingga memencilkan kewujudan bangsa lain. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu(UMNO) yang akan terus membiarkan bangsanya me-layu demi survival politik lapuk mereka.

Muhammad Syafiq Azmi
30 Ogos 2016 | 3.31 PM
Melaka

Akhirkalam
“KEJAHATAN TIDAK KEKAL!”;
Sepatah kata Imam Sya’rawi al Mutawalli, ulama’ Mesir kontemporari.
Itu nasihatnya ketika Presiden Mesir menemuinya, tidak lama sebelum Sya’rawi meninggal dan Husni pula jatuh.
Sepatah kata ulama’ kebenaran yang berani dan tulus: Kejahatan Tidak Kekal!
Husam Musa
Santai akhir
Umno sekarang..dari Fb Sham ShammKAH KAH KAH 


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]