Bila wala'uns 'over steam' !

Kekadang tu, bila kewarasan semakin hilang, yang mengambil tempatnya ialah emosi berlebihan bro ! kerana teruja sesuatu secara berlebihan, maka pertimbangan akal sehat sudah punah dan garapan sedih atau gembira atau apa saja akan tersasar dari disiplin ilmu yang dirasakan sudah 'mencukupi' ?

Begitulah yang terjadi kepada ketua Dup Pahang Mokhtar Senik yang muatkan status fbnya dengan mengaitkan 'cuaca' dengan pemergian Haron Din, Mursyidul Am Pas pagi tadi di USA. 

Rata-rata netizen 'menghentam' laman fesbuknya dengan berbagai cemuhan. Antara yang menulis  balas 'cara' ratapan Mokhtar Senik itu ialah Miqdad Zakaria Ketua Amanah Parlimen Marang bahawa kejadian sesuatu itu tidak ada sangkut pautnya dengan sesuatu kejadian seperti perubahan cuaca dsbnya. selanjutnya anda boleh rujuk di sini.

Bila Putra Rasulullah صلى الله عليه وسلم bernama Ibrahim meninggal dunia di Tahun ke 10 Hijrah dan kebetulan berlaku gerhana matahari, Rasul kemundian masuk ke mesjid dan salat gerhana hingga matahari kembali terang, kemundian Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengadap para sahabat baginda lalu bersabda kepada mereka dan berkata,
(وقال لهم: "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله") rujuk sini. Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda (alamat) Kebesaran Allah Taala. Maksudnya bukan terjadi gerhana atas sebab kematian seseorang atau atas apa-apa sebab lain. Wallahu'alam.
Bila 'keghairahan' 'pemujaan' kepada siapa pun berlebihan sangat? Inilah yang terjadi, ia akan ditertawakan dan dicemuh bro ! hilang kewarasan dan pertimbangan ilmu. Hasilnya kedangkalan wajaran 'ilmu' diperlihat dan dipertontonkan kepada umum? Kalau nak jadi wala'uns pun, janganlah over steam bro ! Simpanlah sikit yang tak cerdik tu...

Mokhtar Senik 'diserang' kerana kaitkan cuaca dengan pemergian Dr Haron Din


Status Mokhtar Senik di laman facebook yang mengundang kontroversi.Status Mokhtar Senik di laman facebook yang mengundang kontroversi.

Ketika umat Islam di negara ini berduka dengan pemergian ke rahmatullah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat (AS) pagi tadi, lain pula halnya dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Rata-rata netizen mempersoalkan dakwaan Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang itu bahawa cuaca di negara ini mendung sebagai meratapi pemergian Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) itu.

Reaksi mereka ekoran kenyataan Mokhtar di facebook mengaitkan keadaan cuaca dengan pemergian Allahyarham ketika negara bercuti sempena Hari Malaysia.

"Boleh dikatakan cuaca di Malaysia hari ini redup dan suram di seluruh negeri. Bukan kita hanya makhluk bernama manusia menangisi pemergian seorang murabbi ummah malahan awan, pohon-pohon serta seluruh makhluk lain turut menangisinya," ujar Mokhtar di laman Facebook beliau pagi tadi.

Walau bagaimanapun, ruang komentar status Facebook pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun ekoran pembabitannya dengan kumpulan Al-Maunah itu dibanjiri cemuhan.
Antaranya, individu yang menggunakan nama Greg M Cohen yang berkata, pada masa ini memang merupakan musim tengkujuh seperti kelazimannya sebelum ini.

"Makin lama makin mengarut puak-puak ni. Dah bulan September sampai bulan 12 ni masuk musim hujan dan angin kuat," ujarnya.

Lain pula dengan Hasiah Muhamad yang memberitahu cuaca di utara tanah air panas terik.
"Kami kat Kedah panaih meletit ni...adoiii....," katanya.

Sementara itu, Namza Lintar pula berkongsi maklumat bahawa Kelantan dan Perlis juga panas hari ini. Sementara itu, Lokman Lazim menganggap, "Terus menerus membangangkan pengikut."
~ sumber .


 قبر ابراهيم بن الرسول محمد في مقبرة البقيع بالمدينة المنورةKuburan Ibrahim bin ArRasul Muhammad s.a.w di perkuburan Baqi'Madinah Al-Munawwarah.  www.alhayatnews.com





Comments

  1. Biasalah tu... ulama politik saja yg depa nampak sampai ada kesan pd cuaca. Banyak lagi tok2 guru pondok yg lebih warak meninggal dunia tak pulak dikaitkan dgn cuaca.

    Sebab tu kot depa digelar over steam...apa maksud ntah! yg aku tau..maksudnya 'tercabut' kepala akai...kah3.

    ReplyDelete
  2. teruskan bro...
    sy akan link blok sdr nnti.

    ReplyDelete
  3. allahumma lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhika wa 'azimi sulthanika...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?