Masuk PAS untuk Cuci Dosa? Biaq betul bro !

Masuk Pas untuk cuci dosa? Biaq betul bro ! Ini cakap perwakilan di muktamar Pas yang berlangsung sekarang ini. Wakil Johor, Samsudin Jaafar, berkata, “Saya bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berada dalam jamaah ini bagi menghapuskan dosa". Aku dah tak boleh nak pikiaq dengan puak-puak walaaun ini, depa ingat masuk Pas boleh 'cuci dosa' ke? Kah Kah Kah

Kalo ini macam senang laa bro, rasa bersalah, rasa berdosa? cepat-cepat masuk PAS, setel ! Habis yang berada di luar PAS, guano pulok? Inilah akibatnya taksub membuta tuli. 

Bila ajaran Islam yang murni yang dibawa oleh Baginda (صلی اللہ علیہ وسلم) tidak difahami dengan betul, tidak faham bagaimana uslub Islam yang cantik itu dilaksanakan dan diamalkan. inilah yang terjadi? 

Islam menyediakan cara yang terbaik untuk manusia terutama Muslimin dan Muslimat untuk sentiasa dilihat bersih tanpa dosa-dosa kecil dan besar, antaranya ialah dengan selalu, sentiasa membersihkan jiwa sendiri yang kotor dengan kembali kepada sifat2 'mahmudah' atau sifat-sifat terpuji dan menolak seluruh sifat-sifat tercela atau 'mazmumah' yang bersarang dalam jiwa dan diri seseorang itu, semua ini dikenali dengan 'Tazkiyatun nafs'. Apabila semuanya itu dilakukan, maka akan menjadi bersih yang selanjutnya mempuyai pengaruh, dampak positif hasilnya pada prilaku, tingkah laku dan perkataan, pengaruh itu akan membekas pada lidah,mata,telinga dan anggota tubuh lainnya.

Buahnya yang paling nyata adalah perlakuanya yang baik terhadap Allah dan terhadap manusia juga makhluq lain serta makluq di muka bumi ini. Adabnya kepada Allah berupa komitmen melakukan seluruh kewajibannya kepada Allah dan menjahui segala bentuk prilaku dan perbuatan yang menyebabkan murka Allah, termasuk mengorbankan harta, jiwa dan raganya berjihad dijalan Allah.(Al-Mustakhlas fii Tazkiyatul Anfus, hal. 5-6)

Jadi Tazkiyatun nafs pada hakikatnya adalah proses pembersihan jiwa dan hati dari berbagai dosa dan sifat-sifat tercela yang mengotorinya, dan selanjutnya peningkatan kualiti jiwa dan hati tersebut dengan mengembangkan sifat-sifat terpuji yang diridhai Allah Swt, serta potensi-potensi positifnya dengan mujahadah, ibadah dan berbagai perbuatan baik lainnya, sehingga hati dan jiwa menjadi bersih dan baik serta berkualiti. Yang selanjutnya menjadikannya mempuyai sifat-sifat dan prilaku yang baik dan terpuji. Sentiasa beristighfar kepada Allah juga menjadikan diri seorang itu lebih tenang dalam menjalani kehidupan.


Inilah antara remedi dan panduan Islam dalam menangani kemelut 'dosa' yang sentiasa bersarang dalam diri sesorang samada kecil atau besar kecuali mereka yang menyengutukan Allah atau syirik yang tiada ampun dariNya.(waliyazubillah). Semua orang berdosa dengan Allah dan jalan keluarnya ialah bertaubat dan membersihkan jiwa masing2 seperti di atas. Bukan dengan cara masuk PAS. Itu ajaran songsang namanya !


MUKTAMAR PAS - June 2, 2016 at 7:22 pm
 

MASUK PAS UNTUK CUCI DOSA?

Gambar sekadar Hiasan
Perwakilan PAS menyifatkan keputusan untuk menyertai perjuangan bersama parti itu adalah bertujuan untuk menghapuskan dosanya sebelum mati.

Wakil Johor, Samsudin Jaafar, berkata disebabkan dosanya yang masih banyak membuatkannya terus istiqamah bersama perjuangan parti Islam itu.

Oleh itu beliau meminta ahli PAS menilai kembali perjuangan mereka bersama parti itu apakah mengejar pangkat dan kedudukan ataupun sebaliknya.

“Ramai yang bertanya saya, macam mana boleh terus istiqamah bersama perjuangan PAS, saya jawab bahawa saya banyak dosa.


Muktamar Pas 2016: Masuk Pas Untuk Hapus Dosa
Published on Jun 2, 2016

Perwakilan Johor, Samsudin Jaafar mendakwa, individu yang berada di dalam Pas adalah terpilih untuk mencuci dosa dan beliau juga kesal apabila 80 peratus ahli Pas Johor bertindak keluar parti.
Beliau bekata demikian ketika perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Pas Ke-62 di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.,..Sinar TV
 
“Saya bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berada dalam jamaah ini bagi menghapuskan dosa.

“Keyakinan kita berada salam jamaah ini bahawa suatu masa nanti kita akan bertemu Allah dan akan dipersoalkan di sana (akhirat) nanti,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62, di Pengkalan Chepa hari ini.

Sementara Samsudin berkata, PAS Johor berdepan kesukaran apabila kehilangan 80 peratus ahlinya di negeri itu ketika berkonfrantasi dengan Parti Amanah Negara (PAN).


By Haspaizi Mohd Zain


~ sumber


Comments

  1. Betul la kata orang...yang tinggal dalam PAS kini cuma walaunta-walaunta bangang yang tak boleh berfikir, cakap ikut lubang bontot. Dah terlalu lama disesatkan oleh ulamak penipu gitulah jadinya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]