Dua Cabaran Menarik dari Mahfuz dan Kit Siang ! [Video]

PRK Kuale dan Sg. Besar tinggal dua hari lagi bro!
Orang Pas cabar Pas jangan tunggu lama-lama, pi laa percepatkan penyatuan yang depa dah pasang niat sekian lama dari sebelum Nik Aziz meninggal lagi sekitar 2008 dulu. Sekarang niat yang tertunda lama tu dah ada 'pelincirnya' bro ! Nampak pakat bersetuju belaka..Tunggu apa lagi? Azam sudah habih berazam dah ! Luncurlah cepat ! Walaaunta dan Walaaunti pun dah tak sabor tu ! Baguih dah, boleh dah berbuka bersama dengan menteri depa. Kah kah Kah


Itulah cabaran menarik dari dari AP Pokok Sena, Mahfuz Omar. Kalau cabaran ini tak berjawab? Nampak sangat kata tak sepakat. Nak jawab bukan payah kata Mahfuz, Pas kena korban dan lepaskan satu kerusi yang ditandingi di PRK kali ini, tak kira laa kerusi mana pun, Kuale ke atawa Sg. Besar? Barulah nampak macam 'adik beradik' seiya sekata, lagi pun Pas bukan pentingkan kemenangan pun ! Bukan penting kuasa sangat, saja 'seronok' kaco daun saja ? Ada Berani? Kah kah Kah

Terkini! Calon Pas yang berbau harum manis memang sporting hadir di majlis iftar Amanah bro!  Mat Sabu kata,"Sepatutnya Pas yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai Pakatan Harapan baca sini. Pas memang sukar menang di Sg. Besar bro ! Elok laa tarik diri. 

Kehadiran Dr Rani ini cepat saja dapat reaksi balas dari walaunn bro! Depa kata, kehadiran calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman ke majlis berbuka puasa anjuran Amanah semalam adalah memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Itu reaksi Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas kedatangan Adun Meru itu yang mengejutkan banyak pihak..
sini.

ulasan: Ada ke majlis yang dianjur Amanah, tetiba jemputan datang dari Azmin? masuk akai ke? Azmin pun berada dalam majlis Amanah! macamana Dr Rani penuhi undangan MB? Konon kata walaunn tu Dr Rani hadir majlis ini bukan layan PAN (bahasa walaunn panggil Amanah). Nak tanya sikit kat walaaun, apasal Dr. Rani jer yang dijemput? bukan walaaun lain termasuk yang melenting sangat nie tidak dijemput? Kah Kah Kah  
Sementara itu, kata Abe Awang Malaya, Kalau tak ada orang jemput, dan kalau Wak Rani itu tidak mereng otaknya, dia tentu tak akan datang ke majlis berbuka puasa Pakatan Harapan di Sungai Besar.... Wak Rani itu calon PAS...!
Mesti ada orang yang ajak Wak Rani datang.... tak mungkin orang Amanah yang ajak..... Semua orang tahu bahawa orang yang membawa Wak Rani ke majlis itu ialah Azmin.
Soalnya, apa tujuan Azmin...??? ~
Abe Awang Malaya.


Cabaran lain datang dari Lim Kit Siang bro ! LKS mencabar Menteri  Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri supaya dedahkan satu persatu setiap hari sehingga hari mengundi apa yang didakwanya ucapan anti-Melayu dan anti-Islam oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. (ruj kat bawah)

Cabaran yang dilontarkan oleh Kit Siang sendiri itu dibuat setelah menteri UMNO yang terbabit semalam beriya-iya mahu membukukan segala ucapan Ahli Parlimen Gelang Patah itu yang kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.


Tuduhan 'anti-Melayu' ini begitu sinonim dengan Umno dan Perkasa yang kadang-kadang tu 'over' sangat bro untuk difikirin dan diterima pakai? ironisnya, peliknya pula tuduhan seperti ini terhadap DAP selalu timbul masa kempen di PRK atau mana-mana PRU yang sudah sudah termasuklah di Sungai Besar sekarang ini bro ! Kalo dari Umno dan sekarang sekutunya Pas kian meniru apa yang Umno pernah dan sedang buat ini. Sebab itu Ismail Sabri dicabar mendedahkan satu persatu setiap hari sehingga hari mengundi apa yang didakwanya ucapan anti-Melayu dan anti-Islam oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. So n so, Umno bolehlah mulakannya dari sekarang..dah lengkap 100 muka, boleh laa buat buku dan serahkan kat LKS ? Kah kah Kah.

Cabaran Satu


Mahfuz: Penyatuan Pas-Umno jangan tunggu lama-lama
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA KANGSAR - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.

Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai ‎Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.

"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari  mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini..
sambung baca lagi.



Video 
Wajib Dengar beb !
PEDAS! Ariff Sabri hentam Najib "Rakyat Lupa Dia MENIPU" - Selamatkan Malaysia K. Terengganu
Published on Jun 9, 2016
Deklarasi Rakyat 2016, Selamatkan Malaysia 2016, Deklarasi Selamatkan Malaysia, Deklarasi Mahathir, Selamatkan Malaysia Kuala Terengganu..Lu Gua.

Cabaran Dua

Dakwaan anti-Islam: Tak perlu buku, dedah bukti satu sehari pun boleh – Kit Siang)


SEKINCHAN, 14 JUN: Menteri  Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri dicabar mendedahkan satu persatu setiap hari sehingga hari mengundi apa yang didakwanya ucapan anti-Melayu dan anti-Islam oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Cabaran yang dilontarkan oleh Kit Siang sendiri itu dibuat setelah menteri UMNO terbabit semalam beriya-iya mahu membukukan segala ucapan Ahli Parlimen Gelang Patah itu yang kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.

“Nak buat buku kita boleh tunggu. Tapi beliau sepatutnya sudah boleh berikan satu contoh bermula semalam sehingga hari mengundi pada 18 Jun ini ataupun lima contoh kononnya saya anti-Melayu dan anti-Islam sepanjang penglibatan 50 tahun saya dalam politik,” kata Kit Siang dalam sidang media di sini pagi tadi.
Menurut beliau, Ismail berhutang penjelasan dengannya dan masih menuntut menteri itu memberikan sekurang-kurangnya satu contoh setiap hari..
terus baca lagi .


Laluan JEBONESTA


Laluan JEBONESTA
JEBONESTA TOLAK POLITIK PERKAUMAN.
Sokong AMANAH berpolitik dan berdakwah.. (
Rasid Jamaldin)

sumber foto
Pemimpin Umno memang selalu dan terus putar serta mainkan sentimen politik benci antara kaum bro ! Kenapa timbulkan kebencian ini? Kerana sekarang ini rata-rata kaum tionghua beralih arah, tidak lagi mengundi UBN juga PAS? Sebab itu depa 'marah' sangat kat puak nih? Bagi melampiaskan 'geram' tak bertempat ini, maka keluarlah kata nista seperti 'Cina Babi' (Cina BABI) Lepas tu cakap tak salah pula kalau kata begitu kat depa, pasai depa makan babi? pandai pula depa kata depa kilas balik? sini.

Panggilan bersifat menghina nie tak salah? Kalo gitu buat apa puak Umno pi dok gelar depa macam tu, saja nak bagi sakit hati? Dah lepaskan geram begitu? Tau pula nasihat orang cina balik  jangan sensitif gelaran macam tu? Apa punya turrrr cakap macam nie daa? Di satu sudut lain, Jamal khabarnya tidak akan minta maaf, atas ucapan itu dan berkata "saya tidak kata Cina babi.” pulak dah! Penafian ini rasanya ada pasai bro ! boleh jadi BN akan hilang banyak undi kerana 'CINA BABI ?



Cina Babi bahan serangan DAP - Published on Jun 10, 2016 - minaq jinggo .

Sisipan
Untuk diFikirin

Fikirin tu adalah untuk orang yang mahu berpikior bro ! Cuba renung yang ini >
"Jangan Sesekali Percaya Pada UMNO" - ATGNA (Mur.AM)
"PAS, UMNO Bersatu Atas Nama Agama" - Nik Abduh (KPP)
"Nik Aziz Mahu PAS Berbaik Dengan UMNO" - Nik Amar (TMBK)
"PAS Sedia Maaf UMNO" - Takiyuddin Hassan (SUA Pas)
"UMNO Bukan Sejahat Firaun" - Ust Hadi Awang (Pres.PAS)

Berbagai versi yg kita lihat, salah ke wujudnya (
#‎HarapanBaru‬ ‪#‎PartiAmanahNegara‬ ‪#‎PakatanHarapan‬. ) Siapa pengkhianat TG?? Siapa pengkhianat rakyat sebenarnya..? Lihat guna mata hati. (#‎PRKKualaKangsar‬ ‪#‎PRKSungaiBesar‬ ‪#‎UndiAmanah‬ ‪#‎TolakBN‬) ~ (Ahmad Dhuha Sobri)


Yang SEBENARNYA diungkapkan oleh Calon AMANAH Pakatan Harapan :
"Kalau kita menyokong pemimpin rasuah jawab la depan Allah."
AMANAH tak pegang anak kunci syurga, tetapi menjalankan AMANAH sebagai Khalifah Allah di atas bumi. Membawa misi penyelamat dan rahmat kepada sekalian alam.. (
Ahmad Dhuha Sobri)


Seia sekata beb


Hang berdosa kalau tak undi aku bro..!!!

Sg Besar & K.Kangsar citra disaji..
Ini pandangan nak pakman beri..
Seeloknya menarik diri lah kesemua parti..
Biar saja Pi$ bertanding seorang diri..
Biar saja parti PI$ beroleh kerusi free..
Kerna berdosa jika selain PI$ diberikan undi..
Bakal ditimpaNYA celaka andai diengkari..
Ikut saja Fatwa terbaru Al Marangi..
Nescaya pintu syurga terbuka luas menanti..

KAH KAH KAH (Azman Yusoff) aka Sepai Malaya.
Maka anggok2 kepala walaunta walaunti..
Zuriyazi Zack

Carilah Maknawinya

LGE menyantuni Nik Aziz suatu ketika dahulu. LGE membelek2 'tongkat' Nik Aziz. Adakah mereka 'rasis' satu sama lain? Nahi bro ! Tidak. Tetapi Umno dan kini Pas bermain begitu lama hikayat rasis ini. Agaknya 'tongkat' itulah diibaratkan kpd MCA dan MIC ? kalo dipatahkan? akan meghudumlah Umno ! Sebab itu Umno menggunakan Pas supaya menjadi 'Khadam' nya yang baru untuk seligikan DAP ini seperti halnya Ismail Sabri itu yang dicabar oleh LKS seperti di atas !


PIS kian Melalut
Maknawinya apa? Maknawinya ada 'makna' laa tu. Ruj. sini .
Nak berbaik dgn Umno tak dak ler salah, pi laa nak berbaik, tak dak sapa nak larang. Sejak bila Umno gheti undi Pas nie? Nak baik dgn DAP? Hari2 sumpit DAP bolehkah berbaik? Kalau ini sahaja tujuan Pas dekati, berbaik dgn Umno?, teramat rugilah perjuangan parti bulan ini selama ini? Kah Kah Kah
Kebuloq juga 'undi' Umno yer?
PIS ke yang perlu undi Umno? atau Umno yang perlu undi PIS? Kah Kah Kah


Macam mana orang tak maki?
Ayat dia sengaja ajak orang maki balik...kononnya politik matang, dgn Umno kita mesti cakap lembut tak boleh maki dah.
Islam demo jenis terpilih ko Nik Amar?
Balah buah nanar...1-1 adil dah takleh kato gapo. (
Islam Bangkit)

Sergeant Hasan
Ini hapenya, kenapa pilih warna 'tok sami' mcm demo kata tu? Kalo Tok Sidang demo pun pakai? apa pula nak kata? 'politik matang' PIS kian celaghu kian melalut? Cakap siang-siang perati laa sama bro ! Bila terantuk, tau pulak sakitnya? Kah kah Kah
 

Realiti pembohongan...demi politik..(Islam Bangkit)

Islam Bangkit



Comments


  1. Kpd Shalehudin Ayob, sbg timb. presiden AMANAH..

    "FITNAH yg dibawa oleh pas smenjak fitnah pilkuda t.hari adalah dek krn WANG besar.."

    Tiada FITNAH yg lebih besar selain drpd WANG @ harta!

    Dan krn WANG @ hartalah manusia sggup mmbuat FITNAH!

    Ddlm Quran..

    "Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL.." Dan SYIRIK kan lah mrk dgn harta..!

    Dan SYIRIK itu lah ibu/induk sgl FITNAH, apb manusia dijerat/umpan lalu harta @ WANG pun bertakhta didada nya..

    Apb WANG/harta tlh bertakhta didada..AMANAH yg mutlak suci pun lenyap dan sirna..

    FITNAH tipu Putar belit ponteng u-turn tunggang TERBALIK = Murtad ddlm tindakan dan kata2 pun terserlah dan NYATA!


    Dan FITNAH tipu putar belit u-turn tunggang TERBALIK = Murtad itu bergelumang jijik dgn Hadis dan Al-Quran!

    Dan golongan Munafiq yg Murtad ini duduknya.."Fi-darkil-asfalan-minan-NARR.."..di ayat yg lain "Hum-fiha-holidun"

    Sbb itu ddlm hadis disebut sbg.."Sejahat2 dan srosak2 makhluk diatas muka bumi ini.."!

    Mrk ini bukan lg kafir @ kafir harbi dan juga bukan lg sjahat Yahudi Nasrani dan Majusi..ttpi serosak2 dan sjahat2 makhluk dbumi yg akan dhumban kdlm..."Fi-darkil-asfalan-minan-NARR..ddasar Jahannam yg paling terbawah sekali!"

    Nota:

    Murtad = Tunggang TERBALIK @ tunggang langgang, yg terang NYATA ddlm hujjah kata2 dan tindakan

    Syirik = Didada yg besar dan bergelora adalah harta@ WANG...dimulut cakap hudud ttpi diHATI songlap dan rembat BALAK!



    ReplyDelete
  2. PAS akan jadi mcm UMNO, takut berdebat depan penyokong sendiri. AMANAH kena cabar PAS berdebat sehari suntuk sehingga pilihanraya utk jatuhkan moral ego PAS. Jgn tunggu PAS serang, terus serang bertubi2 sampai depa takdan nak rancang apa2. Biaq depa tunggin tebalik kelam kabut nak jawab semua hujah AMANAH.

    Mcm ni saja cara nak ajaq ustaz2 yg mengaku ulama padahal depa ni ulama' suuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]