Kenali Mat Sabu kenali AMANAH ! Video

Mai kenali Mat Sabu bro ! Ramai walaaunta walaaunti kanyaq dalam Pas belum kenali susuk ini dengan mendalam. Aku tak mahu cerita panjang cukup hangpa tengok sini siapa sebenar beliau di dalam status politik Malaysia.

Melayu diseru jadikan demonstrasi Baling iktibar kezaliman Umno BN

Mat Sabu baru berusia 62 tahun, muda 2 tahun dari aku sendiri, tetapi aku tetap panggilnya 'abang' dan kami pernah terlibat dlm 'Demo Baling 1974 '  di KL sekitar awal 1974 dahulu bersama Bro Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pelajar termasuklah 'Ustaz Halim Arshat' yang pernah menjadi Setiausaha Agung PAS tahun 1989 dulu.

Segala asam garam ditempuh, dirempuh, dimamah dikunyah, ditelan. Semasa beliau bergelimang dalam Pas di awal 1978 dahulu, di manakah walaunn kanyaq yang dok gelarkan susuk ini dengan berbagai gelaran buruk begitu berada? entah2 masih menyusu atau belum zahir lagi ke alam buana ini? Rupanya masa 'dia' belum baligh lagi? Mat Sabu dah start pegang mic bersyarah merata ceruk ! Kah kah Kah


Walaaunn yang baru besar dalam Pas tu termasuklah whats de so called 'ulama' yang bersepah dalam Pas sekarang ini termasuk yang menggelar 'mat sabun' kepada beliau, adalah orang-orang yang baru muncul setelah Pas berada dipuncak hasil kerja kuat kumpulan ' Progresif ' dalam Pas seperti beliau, Khalid Samad, Mazlan Aliman, Hanipa Maidin, Salahuddin Ayub, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz A. Ghani Samsuddin, Dr Dzul, Hatta Ramli dan ramai lagi yang tak perlu disebut di sini. Mereka semuanya remaja dan belia ketika itu yang tertarik kpd perjuangan Pas yang tiada sesekali tunduk dengan Umno. 

Mereka tertarik dengan ketokohan 'ulama' Pas yang tulen ketika itu seperti Us. Fadhil Nor, Nik Aziz, Hassan Shukri, Yusof Rawa dan lainnya (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga Us. Fadhil berseloroh di depan mereka katanya, kalo budak-budak nie tak ada akan sunyilah Pas, begitulah akrabnya mereka dengan UFN, seorang ketua jamaah yang disegani kawan dan lawan kerana ketegasan dan teguh prinsip perjuangannya.

Pernah UFN meminta senarai nama calon untuk pru ketika itu, bila diberikan dan UFN meneliti senarai nama tersebut, dengan spontan beliau berkata, " Hangpa ingat nak buka pondok ke? " kerana senarai nama yang dicalonkan itu, penuh nama-nama 'ustaz' sahaja ! begitulah 'matangnya' UFN melihat  masa depan Pas bersama anak-anak muda yengki yang begitu mesra dengan beliau. Senarai tadi diminta dibuat semula.

Tetapi bila PAS diterajui oleh Tok Sidang sekarang ini dan Tok Sidang ini mula berjinak dengan UMNO yang tidak pernah ada dalam kamus ulama2 tulen Pas seperti di atas, sehingga sampai ke peringkat menjadi 'khadam' Umno tegar, maka kumpulan progresif yang diketuai oleh Mat Sabu selaku orang lama dalam Pas sudah tidak betah lagi bersama Pas. Jalan keluar diambil sementelah pula mereka tidak disenangi oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'ulama' Pas dan mereka digelarlah dengan berbagai seperti 'puak sekular' untuk 'menghalalkan' kumpulan ini diusir keluar dari PAS kerana kumpulan ini tidak bersetuju dengan cita-cita UG untuk bersama Umno.

Dari sinilah kita melihat mereka diserang bertali arus oleh Tok Sidang dan krewnya saban hari kerana setelah dihalau dari PAS, maka AMANAH pun tertubuh. Begkaklah hati segala walaun dan sekutu mereka kerana Amanah adalah 'saingan' tengit PAS untuk kelangsungan sebuah tatanan siasah dan politik Islam di Malaysia. Amanah lebih inklusif dalam pernyataan Islamnya berbanding Pas yang sudah dimakan anai-anai kesombongan para walaunn dan 'ulama'nya. Kah Kah kah

Hasilnya keluarlah kalam seperti 'pengkhianat' broker, tolol, nyamuk, anjing menyalak babi atas bukit dan lainnya, konon Kiasan PAS laa tu? Tentu bukan dituju kepada Umno, tapi kepada pihak mana? Terbaru seorang 'ustaz' menggelarkan Mat Sabu sebagai 'Mat Sabun' suatu gelaran menghina keterlaluan, lihat video nya bro ! mereka begitu gumbira bersorak ketika mereka bernama 'ustaz' dengan ketayap lebai atas kepala, konon inilah kematangan Pas yang diwar-warkan? Terlalu jauh Islam yang mereka nak tonjolkan dengan perangai dan kata-kata biadab seumpama ini.

Inilah yang aku katakan, ustaz sampul macam nie baru habis 'menetek' semasa Mat Sabu bersama Pas. Beliau 'ustaz sampul' ini (aku maleh sebut nama) nya bro ! baru 10 tahun (masih di sekolah rendah) ketika Mat Sabu 'berjuang' dalam Pas ! Sebab itu mereka tidak pernah tahu dan tidak pernah 'teruji seperti halnya Mat Sabu yg sentiasa berdepan segala mehnah semasa bersama Pas dan sekarang bersama Amanah. Adakah layak mereka digelar 'ustaz' ? Mulut laser seperti itu hanya sesuai menjaja ikan di pasar malam saja bro ! Kah Kah Kah

Tetapi Mat Sabu yang tahan uji ini tidak langsung terkesan dengan ceramah menghina dari 'ustaz' seperti itu, malah beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini. Sambil membahasakan dirinya sebagai "abang", bekas timbalan presiden Pas itu berkata, ahli Pas perlu sedar bahawa sejarah membuktikan parti Islam itu tidak pernah menang pilihan raya ketika bersaorangan. "Kepada saudaraku ahli Pas, adik-adikku yang ku kasihi. Kamu boleh terus undi calon Pas, tapi tak boleh menang pilihan raya. I'm sorry to say thatruj.sini . Sebab itu aku sudah tidak lagi hormat pimpinan Pas yang ada sekarang terutama orang-orang seperti 'ustaz' di atas.

Ralat - Beliau Abdullah Khairi telah mohon maaf dengan Mat Sabu Penceramah bebas keluar video khas pohon maaf kepada Presiden Amanah . Jadi aku sendiri di bulan yang mulia ini juga mohon maaf kepada beliau atas beberapa ayat dalam posting aku ini yg merendahkan beliau. Maafkan aku bro !



Putra Penang's photo.



Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.
Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.
 
Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.

Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.
Rakyat yang mahukan beliau memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.
Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.
Mat Sabu, seperti orang lain juga, dia berbuat silap. Jika ulama berbuat silap, tentulah orang biasa sepertinya turut berbuat silap. Namun, kesilapannya tidak menjadikan rakyat mengabaikan perjuangan yang dibawanya. Mereka bersama dengan Mat Sabu, seorang manusia biasa yang bukan malaikat dan bukan nabi. Rakyat tidak menganggap Mat Sabu lebih daripada seorang manusia.

Tidak ada apa yang diharap daripada orang seperti Mat Sabu kecuali dia terus menjadi ikon rakyat untuk menumpaskan Umno. Bersama-samanya berbaris nama-nama besar lain; Anwar Ibrahim, Wan Aziziah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ribuan anak muda dan wanita yang berpadu hati menentang Umno / BN.
Fokus kami bersama Mat Sabu ialah lawan Umno sebab rasuah, lawan Pas sebab bersekongkol dengan perasuah..


-Zolkharnain Abidin

~ Dari Fb Putra Penang.


Tak Guna Julang Keris Jika Takut Tegur Kezaliman..
Published on Jun 6, 2016
Ucapan Saifuddin Nasution Di Pekan Sungai Besar pada 4 Jun 2016
-
Zulkiply Harun .




Ust Hassanuddin Seru Orenkan Sg Besar, Tolak Parti "Khunza"
Published on May 17, 2016
Naib Presiden AMANAH, Ust Hassanuddin Yunus berucap di Malam Mesra Bersama Pemimpin di Sungai Besar 16 Mei 2016 - Zulkiply Harun .

Sungai Besar: PKR, DAP "Solid" Bantu AMANAH
Published on Jun 5, 2016
Ucapan para pemimpin Pakatan Harapan dan NGO selepas penamaan calon di Sungai Besar 5 Jun 2016..
Zulkiply Harun .
PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar: Kenapa Pakatan Harapan Bertanding?
Rafizi Ramli
Published on Jun 7, 2016

Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah yang pertama sejak 1999 bila parti-parti pembangkang yang besar iaitu Pakatan Harapan dan PAS bertembung.
Ramai yang bertanya apa perlunya Pakatan Harapan bertanding? Kenapa tidak dibiarkan sahaja PAS bertanding kerana yang penting Barisan Nasional ditumbangkan dahulu.

Ia tidak semudah itu, ikuti penjelasan saya kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan untuk bertanding.
Mohon sebarkan seluasnya terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Kenapa Pakatan Harapan Bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuale...Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah yang pertama sejak 1999 bila parti-parti pembangkang yang besar iaitu Pakatan Harapan dan PAS bertembung. Ramai yang bertanya apa perlunya Pakatan Harapan bertanding? Kenapa tidak dibiarkan sahaja PAS bertanding kerana yang penting Barisan Nasional ditumbangkan dahulu. Ia tidak semudah itu, ikuti penjelasan saya kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan untuk bertanding. Mohon sebarkan seluasnya terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.. (Rafizi Ramli)
 

Respon facebookers

Abe Awang Malaya
4 hrs ·
Sebenarnya, saya dah lama geli-geleman tengok telatah si Abdullah Khairi ni..... tapi sebab tak ada keperluan sangat untuk bantai dia selama ni..... Maklumlah, saya kan sibuk nak lawan macai UMNO dan wala'un PAS, mana ada masa sangat nak follow kerenah ustaz-ustaz rebus tak empok macam ni.

Rupa-rupanya, sekarang baru tahu, si badigo ni wala'un PAS.....!!! Hor hor hor... haram jadah sungguh.... Patutlah suara macam setan.(Abe Awang Malaya)

Rasid Jamaldin
5 hrs ·
Laluan muka ostat
Muka ostat muka ketat.
Mengelar Abg mat sabu sebagai "mat sabun"
Tak payah laaa do gelar orang degan gelaran yang tak elok.

Malu la sikit kat orang cina orang india.
Hang kata rujukan Hang alquran dan Hadis.
Abg mat ada anak ada isteri jaga laa maruah kerluarga Abg mat sama hang OSTAT.
Dok gelak orang macam walaun tepi jalan ja. (Rasid Jamaldin)

Ahmad Dhuha Sobri

Ahmad Dhuha Sobri

Asik add lepas tu asik left, dek kerana tak tahan penat jari dok tekan button left maka ostard Dollah Carrie pon secara rasmi menutup app wassap....
Woiiii hang kata hang terer SOUND DIRECT...
Rupanya teloq takde udah kena kulum LIONS...
Kahkahkah....(Kameel Abuya)



FB ~
Muhamad Nur Ismail
Lepas ni kita pon dah tak minat nak panggil2 lagi kuliah kat tempat kami.. mula2 nak naik dulu, kita usahakan lah ke sana ke mari.. tapi takper lah itu rezeki Allah yang bagi.. Kerana mulut badan dan hati rosak binasa..(Abdul Malek Hassan)


Realiti di ceramah parti lebai dalam bulan Ramadhan yang mulia

Mat Sabu 
berjiwa besar

Kempen Amanah di Kuala Kangsar semakin diterima rakyat
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak ambil hati terhadap perbuatan menghina beliau dengan kata-kata buruk sebagaimana yang viral di media sosial.

"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.
"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.

Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mata Sabun' pada hari penamaan calon semalam, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu..
teruskan baca bro ! .

Ulasan

~ Mat Sabu (MS) telah melibatkan diri dalam politik Islam dgn penuh istiqamah selama hampir 38 tahun bro ! satu jangka panjang yang penuh ranjau dan durinya.

~ MS sepanjang penglibatannya bersama rakan2 seperjuangan (kumpulan pro) bermatlamat menjatuhkan Umno BN yang hampir-hampir kecundang dalam PRU 13 yang lepas. 

~ Pas yang didokong sebahagian besar oleh 'ulama' terutama selepas Hadi menjadi Presidennya telah condong dan cenderong memberi tongkat kepada Umno, menyebabkan MS dan rakan2nya yang bermati-mati mahu menumbangkan UBN menubuhkan Amanah setelah mereka dinyahkan dari saf utama kepimpinan Pas di Muktamar ke 61 tahun lepas. 

~ Inilah permulaannya MS dan kumpulan progresif dilabelkan berbagai gelaran bermula kononnya sebagai 'pengkhianat' kepada perjuangan Pas? Label itu diberikan sendiri oleh Hadi hanya kerana kumpulan ini tidak lagi bersama PAS. Ia dilihat akan menjadi ancaman besar kpd Pas dan kini telahan itu ternyata benar. 

~  Label melabel oleh Tok Sidang diikuti dengan taat dan patuh sekali oleh segala walaaun di bawah yang turut disenangi mereka. Maka terbaru rakyat menyaksikan seorang 'ustaz' menggelar MS sebagai 'Mat Sabun', satu gelar yang dilarang oleh Islam sendiri [Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)]. Banyak lagi ayat-ayat seumpama ini melarang kita menggelar sesama manusia terutama sesama Islam dengan gelaran buruk.



Wajib Baca
➖➖➖➖➖➖


Saya Tujukan Status Ini Khas Buat Ustaz Abdullah Khairi

Assalamualaikum Ustaz, masihkah ustaz ingat BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI? Kami pernah menjemput Ustaz untuk memberi ceramah di tempat kami sekitar Mei, 2014. Sahabat saya Faiz K Jnr adalah orang yang menjemput Ustaz di airport. Malam sebelum ceramah kami semangat bergotong-royong untuk memastikan BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI bersedia untuk menyambut kedatangan ustaz. Sebelum sesi ceramah, kami jamu Ustaz dan anak ustaz dengan Masak Asam dan Kari Kambing. Berselera sungguh kita menjamu selera malam itu. Sambil makan, ustaz membuka cerita tentang betapa bebas dan senangnya berceramah di negeri Pulau Pinang kerana kerajaan negeri tidak menyekat ceramah-ceramah agama di sana.

Untuk pengetahuan Ustaz, majoriti AJK dan penggerak BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI telah berhijrah ke Parti Amanah Negara (Amanah). Sekarang pengurusan Balai Islam Bukit Rambai telah diambil-alih oleh orang-orang dari parti ustaz, iaitu PAS. Namun kenangan bersama Ustaz tidak kami lupakan, kami menghormati ustaz kerana ilmu dan kerja-kerja dakwah ustaz selama ini. Malah penghijrahan kami dari PAS ke Amanah juga atas dasar ilmu dan prinsip perjuangan. Kami percaya parti itu hanya alat untuk perjuangan Islam, dan kami rasakan PAS bukan lagi alat yang sesuai untuk tujuan itu. Walau bagaimanapun, kami tetap menjaga adab dan akhlak kami dalam menghadapi perbezaan ini.

Ucapan ustaz yang memperlekehkan pimpinan kami dengan panggilan menghina secara tidak langsung menghapuskan rasa hormat kami pada Ustaz dan menjatuhkan maruah ustaz sendiri. Sebagai pendakwah yang terkenal, seharusnya Ustaz memberi contoh yang baik pada masyarakat dalam menghadapi perbezaan politik selaras dengan slogan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ yang diwar-warkan parti Ustaz. Ustaz sepatutnya menegur perlakuan Presiden, Ketua Pemuda dan pimpinan-pimpinan PAS yang sering menggunakan pendekatan melabel dan memperkecilkan orang lain dalam berpolitik, sebaliknya Ustaz pula yang bertindak sedemikian.

Belajarlah dari pimpinan-pimpinan Amanah yang tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina, berhikmahlah dalam menguruskan perbezaan dan berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Sesungguhnya tanggunjawab sebagai seorang pendakwah itu besar di sisi Allah.

Saya bukan Ustaz, tapi saya tahu menilai yang mana buruk dan yang mana baik.

‪#‎PemudaAmanah‬
Kredit Rizal Belon



Kenapa Mat Sabu dan kumpulannya 
digelar munafik dan pengkhianat oleh PAS, 
ini jawapannya!

1. Sh Said Hawa, menantu imam hassan al banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.


3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10. Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

*13. Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ. Apa sudah jadi?

Soalan :

a. Mengapa hukum boleh berubah2 mengikut zaman, dimana logiknya?.

b. Adakah hukum dibuat mengikut selera politik sempit kepartian?.

c. Adakah hukum dibuat untuk mempertahankan sesebuah organisasi atau menguntungkan tokoh2 tertentu sahaja atau untuk menjaga airmuka.

d. Adakah sesuatu hukuman yang hendak dijatuhkan berdasarkan suara jamaie dan melalui mesyurat secara syarie.

e. Adakah hukuman dibuat oleh tokoh2 tertentu sahaja dengan membelakangkan ahli2?

f. Sebelum berhukum mengapa tidak merujuk sejarah untuk mendapatkan panduan dan ikhtibar daripadanya?.

g. Atau hukuman dibuat untuk syok sendiri dan sememangnya dirancang untuk menimbulkan kekecuhan?

Ahli2 bawahan menjadi kalut, huru hara dan dalam keadaan paradok kerana terdapat dua hukuman yang berbeza. Hakikatnya telah mewujudkan konflik dan krisis berpanjangan yang tidak menguntungkan mana2 pihak.

Rakan seperjuangan berdekad yang pernah tidur sebantal semarkaz bermasam muka. Pentas2 dakwah, surau, masjid dan markaz digunakan sebagai tempat menghamburkan kata2 kesat dan tempat melepaskan kemarahan serta tempat "menembak rakan2" seperjuangan dahulu. (sumber facebook).

Bagi Hadi, Najib dan ahli orang UMNO tidak perlu dimusuhi. Pulak dah ... alasan untuk kesejahteraan Islam. AMANAH tu parti kafir? Munafik ...?

baca juga Hadi memang sudah "ngam" dengan Najib dan tidak akan hadir untuk perhimpunan Anti Najib! 

Hadi kenapa jadi begini? .
 

~ (SUMBER)

Politik Samseng
Bukan amalan demokrasi

Sidang media Pakatan Harapan Perak yang diketua Asmuni Awi.
Ropanya masih ada saki baki amalan bermain 'sarkis' oleh pihak tertentu untuk melemahkan kemaraan Amanah dalam PRK di Kuale bro ! Amalan ini amalan rimba namanya, ugut mau pecahkan sistem pembesar suara di ceramah PH malam tadi. Ini semua kerana 'termakan dedak' pihak tertentu tentunya? Hentikanlah kebodohan sesat sebegini. ~ sumber .

Comments

  1. Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber AMANAH
    AMANAH yg Teguh...Ber Sinar Ber CAHAYA
    CAHAYA Menyuloh...PenCURI = Perasuah
    Menyuloh Onar...Pem FITNAH Pendusta
    Menyuloh Menerangi...PUNCA Masaalah
    Yg Men CURI Mem FITNAH...Itulah PUNCA Nya!


    Men CURI Itu...Luas TAFSIRAN Nya
    Harta yg Di Ambil...Tanpa Kerelaan
    Harta Yg Di Songlap = TIRIS Di Sengaja
    Projek Di Mark-UP...Rakyat Di Bebankan
    Tender Ter TUTUP = Rakyat BUTA Tak Tau APA
    HUTANG Di Timbun...Rakyat Jadi HAMBA
    Beratus2 Biliyun...Di PAKSA Membayarnya
    RAKYAT Di Timpa...BALA Derita
    Sebejat2 FITNAH...Men CURI lah Pangkal Umbinya!


    Ber ZINA Itu Pun...Men CURI Juga
    Men CURI 'HAQ'...Ke LUHURAN Yg'ESA
    Men CURI Maruah...Individu dan KELUARGA
    Men CURI Susila...Syak-Wasangka pun Ber Leluasa


    Lesen2 JUDI Halal...Pun Men CURI juga
    Men CURI Batasan...Hukuman Yg'ESA
    Men CURI Kewarasan...Yg Tamak dan Terpedeya
    Akibatnya MUFLIS...Lesu Kecewa
    Keluarga Berantakan...Anak2 Jd Mangsanya


    FITNAH pilkuda Itu...Pun Men-CURI Juga
    Men-CURI Kesucian...Batas-Hukum-"NYA"
    Men-CURI "KBNARAN"...Rakyat pon Di DUSTA
    Men-CURI Kemenangan...Agar BN Terus Ber KUASA
    Akhirnya Sedondon Men-CURI...Dgn Se Lahap2nya
    Dan FITNAH Itulah...IBU Men-CURI yg Sebejat2 CILAKAnya!!




    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Jgn lah Sesekali...Jadi Pen CURI
    Pen CURI Itu...Di Murkai TUHAN
    Jd lah Pengaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
    Yg Kaseh Mem-BERI...Cinta dan HARAPAN
    Yg Kaseh Mem-BERI...Sumbangan dan BAKTI
    Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Mintak Di Puji
    Semoga Sahabat2...Di LIMPAHI Nikmat-NYA dan DiRahmati








    ReplyDelete
  2. memang benar apa yang dikata, realiti..!

    ReplyDelete
  3. Masa zaman reformasi 1998 dulu seingat aku, tak ramai orang suka pi masjid dengar kuliah. Bila masyarakat mula berjinak2 dgn politik, masyarakat mula kenai org2 PAS mcm Mat Sabu dan Mahfuz. Bak kata org, time tu kalau cawangan PAS nak cari duit lebih kena panggil dua orang ni, barulah derma byk dapat.

    Cara penyampaian ceramah Mat Sabu dan Mahfuz mula menjadi ikutan penceramah2 politik lain. Mana2 penceramah politik yg ikut stail Mat Sabu dan Mahfuz berucap, akan cepat dpt follower. Dlm tempoh keadaan tu mana2 ustaz yg berjaya apply stail Mat Sabu dan Mahfuz dlm kuliah mereka berjaya jg dapat follower di masjid2. Stail ini berlanjutan kpd ustaz2 PAS sahaja tapi belum diikuti oleh ustaz2 biasa yg tidak berpolitik.

    Disitulah bermulanya kuliah agama bercorak penyampaian ala-politik. Ia bukan salah Mat Sabu dan Mahfuz tetapi ia satu situasi yg diambil kesempatan oleh ustaz2 gila glamour. Tapi masa tu belum ada lagi ustaz2 berani menyanyi dlm masjid. Stail yg ada hanyalah berkuliah dgn nada tinggi, sergah2 dan menunjukkan emosi garang. Pendek kata, lagi kuat suara, lagi kerap dapat jemputan.

    Era ustaz menyanyi dlm kuliah dipelopori oleh Ustaz Akhil Hayy, dgn berpakaian jubah berserban, anak2 muda yg berjiwa rock suka penampilan ini. Aku ingat lagi, pepatah yg selalu Akhil Hayy sebut, "Rock tapi alim". Aku pun heran siapa bagi gelaran ustaz dekat dia. Hanya kerana bapak dia ustaz, belum lagi layak dia guna gelaran ustaz. Yg hairannya, dia sendiri bahasakan diri dia ustaz.

    Bermula dgn Akhil Hayy, ustaz2 yg takdak follower mula dpt idea cara nak banyakkan follower, mereka guna kaedah menyanyi macam Akhil Hayy. Tambahan pulak zaman tu byk orang akademik yg berhijrah jd ustaz, kononnya belajar di Jordan, Syria dan apatah lagi. Timbullah Syahrir Long, Halim Nasir dan banyak lagi. Tp dua orang ni lah yg popular. Zaman ni internet baru nak tumbuh kat Malaysia, org banyak guna VCD, kaset.

    Masa ni lah jugak Ustaz Shamsuri Ahmad popular, dgn nada bersahaja. Tapi dia memanglah ustaz betoi, dulu dia mengajar kat SMKA Al-Irsyad, kemudian pi Matrikulasi P.Pinang. Tp gaya penyampaiannya ada stail penceramah PAS skit.

    Kemudian timbullah Ustaz Kazim Elias, dia mmg real ustaz, penyampaiannya dulu serius, berjubah dan berserban. Dia tak glamour dulu tapi bila AJK Masjid Batu, Permatang Pauh kerap jemput, dia mula glamour. Seingat aku, cara dia berkuliah takdak menyanyi. Lepas tu dia mula masukkan nyanyian P.Ramlee. Inilah permulaan trend bernyanyi dlm kuliah agama yg merupakan bencana kepada pemikiran aqidah umat Islam.

    PAS telah berjaya membuatkan org ramai pergi masjid tapi tak berjaya nak kawal metode dakwah penyokong-penyokongnya. Metode penyampaian mereka dah jadi trend kpd ustaz2 muda zaman sekarang. Maksudnya, zaman sekarang ni kalau berdakwah, tak lawak orang tak pi masjid. AJK masjid pun terpaksa selang-selikan hari kuliah dgn panggil penceramah2 pak lawak supaya org pi masjid.

    ReplyDelete
  4. Bro Mat Safian
    Tengkiu bagi pencerahan kat sini..

    ReplyDelete
  5. hang dok cerita bagai2 pokoknya penyambung hasrat org tongsan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]