Mahfuz dapat 'gelaran' sempoi - [video]

Orang PIS nie pasai gelar, label orang yang tak senada dengan mereka (cara walaun) yang tatang kepimpinan Tok Sidang tanpa perlu pikior sikit wajarannya betul atau tidak, memang 'champion' lah bro ! Depalah jhooranya, tak ada sapa boleh 'lawan' dah !

Terbaru 'Haiwan Politik' pulak diberi gelaran  dekat Mahfuz Omar yang mencabar supaya penyatuan Pas-Umno dipercepatkan dan jangan tunggu lama-lama. Nasib kau laa Mahfuz, orang Pis sendiri dah mula 'serang' hang tu? Kah Kah Kah

Mahfuz sekarang ini dilihat berkonfrantasi dengan kepemimpinan PAS apabila dilihat lebih cenderung kepada Amanah dan beliau juga tidak hadir Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini atas dasar kesihatan. Beliau menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar medan terbaik penyatuan UMNO-PAS.

Beliau berkata,  PAS dan UMNO perlu segera bersatu untuk menarik sokongan pengundi Melayu bagi menjamin kelangsungan parti dan kuasa politik Melayu Islam.

“Masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun (esok) atau hari mengundi pada 18 Jun untuk PAS dan UMNO membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini
sini . Ini agaknya yang Pas marah sangat kat Mahfuz nie? Kah Kah Kah

Melabel ahli sendiri yang tidak selari fikrah dengan kumpulan 'agamawan' dalam Pis nie begitu gampang begitu mudah gitu, semudah alif ba ta semudah menelan air sejuk saja bagi walaunn PIS. Mereka sanggup 'celakakan' Mahfuz dengan gelarkannya 'Haiwan' politik celaka? Sikit punya berat ke gelar begini? Hanya kerana Mahfuz bukan dari golongan 'mullah' PIS bukan dari keumpulan 'orang-orang suci' dalam Pis. 

Hanya kerana Mahfuz ada kelainan dan berbeza fikrah dari pimpinan walaunn saja. Mereka langsung tak boleh nak raikan perbezaan, masih statik dan jumudnya fikrah PIS. Itulah Pas (Pis) bro ! dari walaunn bawah sampai walaaun atas atau pemimpin kecil-kecilannya macam AJK Pas Pusat Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyifatkannya sebagai haiwan politik celaka. Nampak saling tak tumpah kuah PIS nie bro ! Sebijik macam Tok Sidang?. Kah Kah Kah

Percayalah ! AMANAH akan menjadi parti yang lebih baik dan berakhlak berbanding PIS untuk memperjuangkan dasar yang sama.
Momentum penerimaan pengundi di SB dan KK terhadap calon Amanah (PH) semakin baik dan kalau 2 hari kempen terakhir jentera PH dapat menembusi kawasan 'hardcore' melayu dan juga pengundi atas pagar terutama pengundi muda (21-40 thn) tidak mustahil Amanah bakal menang. In Shaa Allah.


MAHFUZ 
‘HAIWAN’ POLITIK CELAKA
Muhammad Sanusi Md Nor
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan sebagai ‘pembohong’ apabila enggan bersemuka dengan Datuk Rizal Masnor berhubung isu sewa jet peribadi membabitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kritikan Datuk Mahfuz Omar kepada partinya sendiri akhirnya mendapat respon daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyifatkannya sebagai haiwan politik celaka.

“Siapa Mahfuz jika dia tidak bersama Pas? “Di mana Mahfuz jika ahli Pas tidak menjulangnya keluar dari sejarah lampau. Kini, demi kepentingan politik peribadinya bersama beberapa kerat tokey dedak dalam UMNO, dia tergamak menabur pasir dalam periuk nasi yang pernah dia menumpang kenyang ketika ramai ahli lain berkorban menjulangnya dengan mengikat perut,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Datuk-Mahfuz-Omar
Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan Pas sering mengkritik partinya sendiri dan dilihat tidak sekata dengan pemimpin Pas lain. Mahfuz dilihat lebih gemar mengambil tindakan berlainan seperti menghadiri majlis anjuran Pakatan Harapan dan terlibat dalam Deklarasi Rakyat pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah dan Yang Dipertua Pas Sik juga mempersoalkan apa tujuan Mahfuz spin kenyataan pemimpin Pas sejak kebelakangan ini bagi menimbulkan sangka buruk orang kepada parti.

“Apa tujuan Mahfuz spin kenyataan (Ketua Pemuda Pas Pusat) Nik Abduh (Nik Aziz) untuk menimbulkan sangka buruk kepada Pas? Ini bukan kali pertama. Kenyataan Idris Ahmad (Naib Presiden Pas) pun pernah dia spin. Apa Mahfuz mahu daripada Pas…Apa lagi yang dia tak dapat daripada jemaah para mustadha’fin ini?,” soalnya.

(sumber)

Snapshot
PRK Sg. Besar & Kuale
Ayah calon Amanah, Datuk Abdul Shukur Siraj meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ‘memotong kepala PAS’. “Saya suka dia (Azhar) bertanding, (dia boleh) potong kepala PAS,” kata Shukur ketika berbual dengan Wan Azizah yang juga Presiden PKR.

Ayah calon PAN berusia 81 tahun itu berkata demikian ketika Wan Azizah datang melawatnya yang terlantar sakit di katil di rumah kediamannya.
Wan Azizah hadir melawat Shukur sambil ditemani anaknya, Azhar yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Dalam perbualan lanjut dengan Wan Azizah, Shukur berkata PAS tidak memahami bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa sokongan DAP atau PKR. ~
sumber.
__________________________
  
“PAS ini, 
dia harapkan DAP dengan PKR sahaja.

    Kalau DAP dan PKR tak sokong dia, 
dia habis (tetapi) dia tak faham,” katanya.
__________________________
 Datuk Abdul Shukur Siraj

Mari kita lihat Islam versi Pas dengan Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah....
Abdul Karim Aswad

Orang PAS ingat dia je Islam...
Mokhtar Senik label orang lain sebagai munafikin Ibnu Salul dan tentera Ahzab...
Mari kita lihat Islam versi Pas dengan Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah..(
Abdul Karim Aswad)

Islam versi PIS
Panggil artis untuk meraih undi...
Dulu haram sekarang halal...kikiki
Parti Islam akhir zaman..
Panglima Utara.
Kabornya Apek dan Wahid tidak dijemput? Bulan2 puasa pun paa jadi syaitan tipu orang...kiki..Kah kah kah
Panglima Utara




Laluan BIJAK DALAM POLITIK.
Jagan bazir masa.
Politik matang bukan sokong kepada Pas.
Pas bakal dibaham oleh umnoBn.
Menentang kezaliman umnoBn perlu digerakan degan bijak bukan politik buang masa.
Rasid Jamaldin.

 'Yang Nanar' yang berpinar?



Jika warna Oren ini " nanar":
Pasti kan semua orang FELDA, Tok Sami dan penganut BUDHA jangan undi PAS selagi ada pilihanraya diMalaysia ini..(
Aimanazizan Ridwan)

Nik amar datang jauh dari kelantan untuk berkempen, tapi yg dikempen hanyalah warna oren menyerupai pakaian tok sami.. sepatutnya bagitau lah pas kelantan selepas era atgna dan husam musa apa kejayaannya...rumah mangsa banjir dah siap atau belum, hutang negeri dah capai 1.34bilion... jadi TMB, nak dengar satu idea yg bernas pun belum ada, yg tahu cuma bergantung kpd telor umno..(Hanuman Ikan).
Mungkin kerana sedang tertekan dengan penerimaan positif pengundi terhadap calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik  membuka mulut mereka.
Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali. Kelihatan habis pakat sasau dan melilau sekali..Kah Kah Kah

Anda 
Mampu menilai
yang 'matang' yang 'terlentang'?



Petikan 'ucapan', kata-kata sebelah jalur kanan itu melambangkan mutu dan kualitas orang-orang yang bercakap, tiada apa yang boleh menambah ilmu politik melainkan kata-kata 'busuk' dan tiada nilai. Itulah politik terlentang namanya, Kah Kah Kah



Kak Wan cuba menerang sesuatu dlm gerakerja merayu undi.
PIC of De Day
Mat Sabu mengambil peluang melelapkan mata seketika dalam kesibukan berkempen dan menunaikan tanggung jawab dan Amanah kepada rakyat.
Jarang ada pemimpin rakyat begini, beginilah kehidupan sebenar beliau, di mana saja boleh lelap, sejak dia berkecimpung dalam politik Islam melawan UBN dari 1978 hingga sekarang.  Pemimpin Pis yang ada sekarang tidak mampu berbuat begini, takut jubah dan segheban tertanggal ! Kah Kah Kah

Mat Sabu: Jangan Sia-Siakan Undi Anda,
Kalau Nak Lawan Barisan Nasional, Kena Undi Amanah
Published on Jun 13, 2016
Sungai Besar, 10/06/2016 - mediarakyat.



Comments



  1. Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    CAHAYA Azali...Menerangi MAYA
    Songlap Men CURI...Perbuatan DURJANA
    Jika Patimah Men CURI..Ku Potong Tangannya
    Begitulah TEGASnya...Sabda Baginda
    Men CURI Penyebab...Berantakan lah Sgl
    Men CURI Punca...BOBROK Binasa
    "Negara" Di CURI...BALA Menimpa
    Tunggang TERBALIK = Murtad pun NYATA
    Bak GEMPA Melanda...Jeritan DERITA!


    Hanya Sang Pen CURI...Yg Serba TAK Kena
    Memaki HAMUN...Meng "Gelar" Meng HINA
    Sanggup Mem FITNAH...Ber Dalik Ber DUSTA
    PONTENG U-Turn...Dah Jadi AMALAN nya
    Demi "Survival" Men CURInya...Tidak Terbuka


    Men CURI Kecil pun...Dah SAKIT Di Rasa
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Kan Jahannamlah SEMUA
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Ber POLIS Ber Tentera
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Rakyt Hanya Mampu Ternganga!




    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    Sama samalah Kita...Merenong Meng HALUSI
    Bhw "PUNCA" Syirik dan MURTAD itu...Adalah Krn Men CURI
    Yg Ber "Tuhan"kan HARTA...Ber "Tuhan"kan NAFSU Serakah DIRI
    Yg Ber "Tuhan"kan KUASA...Ber "Tuhan"kan EGO yg KEJI
    Yg Tergamak Mem FITNAH...Ber TOPENGkan Quran & Hadis NABI
    Yg Tergamak Menyebut "hudud"...Walhal Mrk lah Sang Bapak Sgl Pen CURI





    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Songlap Men CURI Itu...Wajib Di HAPUS kan
    Jd lah Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Di Cintai-TUHAN
    Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan Di TAMBAH Di Gandakan
    Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan KUDUS Di Ingatan
    Se Suci Se MURNI...Se Indah7 Ke INDAHAN
    Bak Ber SAYAP Terbang...Nun Tinggi Di KAYANGAN



    ReplyDelete
  2. Haiwan politik?...aku dah kata dah, geng2 tok sidang ni semua minat binatang, depa lulusan zoologi.

    Parti PIS dan jadi parti Zoo...

    ReplyDelete
  3. mat sabu dah mula pancit ... tak lama lagi tak larat la dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]