From Umno with Love Untuk PAS - Video
Walaupun usul rang undang-undang persendirian Hadi telah mendapat laluan untuk dibentangkan di Parlimen.
Bagaimana pun Menteri di JPM Azalina Othman Said kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan.
"Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan.
Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal, bukan kandungan usul itu," katanya.
Menurut Azalina orang yang bertanggungjawab kepada kandungan usul itu serta keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.. (ruj. sini)
Kasihan juga kat Pas yang begitu bersemangat bila RUU Persendirian berkenaan dibenarkan dibentang tetapi tidak dibahas atas kemahuan Tok Sidang sendiri bro ! Apa nak dikata jang ! cuma Umno sendiri semacam bermain 'wayang' saja dalam 'isu' ini ? Mana tidaknya, dua orang menteri masing-masing cuba 'bermain kata' dalam hadapi usul yang telah dibentangkan itu. Azalina Othman Said, pencadang usul ini cuba mengelak dan kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan.
Seorang menteri lagi, Nazri Aziz dilihat seakan 'menyindir' Kerajaan Kelantan yang terlampau bernafsu mahu laksanakan undang-undang syariah dengan lebih tegas, dengan mengatakan Kelantan
berlaku banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).
Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka. "Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah," katanya (sini) .
Ada dua 'persoalan' dari kata-kata dua orang menteri dari Umno ini bro !
Pertama - apa maksud Nazri Aziz bila ia berkata,
"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah,"?
Kedua bila Azalina sebagai pencadang usul RUU persendirian ini cuba mengelak dan kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan. Aku tinggalkan untuk pembaca memikiornya sendiri !!
Satu hal lagi bila Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa akan berjumpa dengan semua ketua penerangan parti komponen BN pada Rabu ini untuk membincangkan isu berkaitan usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian iaitu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.“Ada kata RUU ini jendela kepada hudud… banyak sangat yang salah faham,” (sini)
So n so, semua ini adalah 'from Umno with love to U Pas' Kah kah Kah
'Kelantan nak hudud
kerana banyak jenayah'
Zikri Kamarulzaman
Kelantan mahu melaksanakan undang-undang syariah lebih tegas kerana penganut Islam di negeri itu tidak takut dengan hukuman sedia ada, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata muslim di negeri lain - seperti di Selangor - lebih taat mengikut ajaran Islam dan ia tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.
"Kelantan (digelar) Serambi Mekah (tetapi) berlaku banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).
"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut, tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) lima tahun pun tak takut, sebat enam kali lagi tak takut," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membawa usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut PAS usul berkenaan - yang dibawa melalui rang undang-undang persendirian - adalah untuk memperkasa mahkamah syariah terutama di Kelantan.
Bagaimanapun Abdul Hadi memohon rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahas pada sesi parlimen akan datang.
Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka.
"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah," katanya..~ sumber .
Lambat
Kenal Umno?
Pas Tahan Lasak?
Hadi: Pas tahan lasak, tak kecil hati. Itulah yang Hadi kata ketika mengiringin calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad sebelum masuk ke Dewan Jubli Perak untuk proses penamaan calon, hari ini..(ruj. sini).
PAS
cari KAWAN?
Pas laa nie dah nak berkawan dengan semua orang pula dah,,Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti Islam itu kini lebih cenderung kepada pendekatan untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh politik sedia ada..
Beliau berkata, kesediaan Pas berdamping dengan pelbagai parti politik termasuk parti pemerintah hanya untuk mencari persamaan, sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera.
"Kita perlu mengambil pendekatan strategik, (iaitu) meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan meramaikan musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, (tapi) untuk menunjukkan kebaikan. (Sinar Harian)
~ from Umno with luv 2 u bros!

Sisipan SempoiRakyat kelantan mesti Marah dengan kenyataan Nazri Aziz ni
kelantan mahu hudud kerana banyak jenayah - Nazri Aziz - Ija Rahman tv
Bagaimana PAS pula ?
PAS pun bukankah 'berimamkan' UMNO?
Patutnya Umno yang 'berimamkan' PAS ..
Ini dah terbalik ? Kah Kah Kah
Bila masa MCA, MIC ikut cakap DAP?
Depa tu semua ikut cakap Umno laa..dan Umno pun kadang tu ikut cakap depa !!
Depa ikut Umno tu sama naik dgn penubuhan Umno, itu yang British (Pak Teh) mahukan dulu nie,,dah lama dah 60 tahun lebih dah. Tapi bila PAS pi 'join' sama berimamkan Umno, baru laa sama, maknanya hasrat Pak Teh sudah terkabul selengkapnya..from Umno with luv bro !
Kenal Umno?
Dia kona lagi...
Sekejap kata begitu, Tok Sidang pula kata begini,
Baru 2 hari lepas puak lebai hantam DAP, ini dah mola kona pula?
Hari tu dgn nada sombong kata umno dah terima dakwah Pas-Ikatan (Pasik)...sehinggalah ketua 'muslimah Umno', Azalina berpadu dgn Tok Sidang di parlimen mencadangkan usul...
Hebat drama bersiri lebai...
Penamaan Calon PRK: Penyokong PAN Digasak 'Abang'
Published on Jun 4, 2016
KUALA KANGSAR - Hari penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar di sini, hari ini bukan sahaja mengubah suasana Bandar Diraja Perak malah menonjolkan tanda sokongan para pengundinya,- Mynewshub Channel
Yer ker? Dah susut 200K pun mengaku kuat juga?
Pasai Pas terlalu berdisiplinlah yang jadi lagu tu? Rosak strategi macam nie?
Yang keluar dari Pas tu kerana tak mahu 'duri Pas' selalu mencocok mereka, dan mereka yg keluar tu bertambah lagi disiplinnya.
Yang bermasalah dalam pas tu Tok Sidangnya dan segala pengampunya..Itulah 'duri' sebenar bagi Pakatan Harapan ! Legaaa bila duri ini tercabut !!
~ from Umno with Luv.. Kah Kah Kah
Keris Mas Sejati
June 4 at 8:42pm ·
Hilang 200 ribu ahli bukan satu jumlah yg sikit. Ia bukti Tok Sidang bukannya ketua yg bagus. Kononnya ahli PAS bertambah 300 kali ganda selepas pembersihan parti hanya retorik bahkan sebenarnya PAS terkesan dengan kemunculan AMANAH. Budak2 yang baru nak belajar politik je yang percaya Tok Sidang boleh bawa jemaah ke syurga. Akhlak? Bermula dgn mengizinkan senarai cai, menyokong Umno yg dibelenggu pelbagai skandal , melabel manusia ibarat haiwan berulang kali bukanlah akhlak yg Nabi ajar. Jadi celah mana pimpinan PAS boleh bawa walaunta ke syurga? Dengan beli harakah? - (Keris Mas Sejati)
~from Umno with Luv - is it a real luv? a true luv? or it's a plastic luv? U hv de answer bro !
Pas tak sekuat mana di SB n KK...
Trend di S'gor n Perak berbeza dari negeri lain...
Isu 1MDB dan 2.6b masih panas utk lawan BN...
Untuk lawan Pas kecik punya hal jer...
Antara bahan2 untuk checkmate pas antaranya isu balak, mangsa banjir yg masih berkemah macam di gaza dan tidak bantah bersama mp pembangkang yg lain di parlimen tempoh hari...
Pun masih banyak isu lain yang boleh diketengahkan.. Akan sentiasa sokong Umno? Baik yong masuk Umno perabih ! bubarkan PAS, habis cerita. So de answer is..real luv 2 Umno? from Umno with LUV bros ! 2 U Pas ! Kah kah Kah
Keluarkan PAS dari kerajaan selangor...
Tak perlu tunggu prk
Pas Tahan Lasak?
Hadi: Pas tahan lasak, tak kecil hati. Itulah yang Hadi kata ketika mengiringin calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad sebelum masuk ke Dewan Jubli Perak untuk proses penamaan calon, hari ini..(ruj. sini).
Kalo tahan lasak, Pas tak akan dampingi Umno, tak akan buat blok ke 3, tak akan rendahkan PH dgn menyumpit Amanah, DAP dan PKR saban masa..
Cakap nak berdepan dgn siapa pun, dengan Umno? Bersimpuh Yob ! Bertembung dgn Azmin di Pusat Pencalonan PRK Kuala Kangsar, terus hamburkan yg Pas akan berdepan dengan siapa pun..tak apa laa kehadiran Pas dlm PRK Kuale nie hanya - From Umno with Love Untuk PAS ! Kah Kah Kah
PAS
cari KAWAN?
Pas laa nie dah nak berkawan dengan semua orang pula dah,,Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti Islam itu kini lebih cenderung kepada pendekatan untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh politik sedia ada..
Beliau berkata, kesediaan Pas berdamping dengan pelbagai parti politik termasuk parti pemerintah hanya untuk mencari persamaan, sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera.
"Kita perlu mengambil pendekatan strategik, (iaitu) meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan meramaikan musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, (tapi) untuk menunjukkan kebaikan. (Sinar Harian)
Cari kawan tu bagus bro ! tapi kalo asyik perlekeh kawan, sapa nak berkawan?, dah berkawan elok2 itu hari masa PR pun, kawan pakat cabut, pakat blah, Pas asyik sumpit memba PR saja, anjing, babi, serigala, tolol, baruah, broker, pengkhianat, khadam dok di mulut saja? Sapa nak berkawan, sekali orang tak percaya, sampai bila pun orang dah tak kebuloq !
Nak cakap memang sedap bro ! bunyinya macam lembut longlai mendayu-dayu, kononnya nak meramaikan kawan sebanyak mungkin laa, bukan meramaikan musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, (tapi) untuk menunjukkan kebaikan.? Ayat dah cantik, tapi kelaku dan perangai belum terjamin, ayat2 power Tok Sidang meremeh dan menghina berbagai pihak saban masa tak kunjung berhenti ! Macam mana nak berkawan?
Sapa yang kebuloq nak berkawan? hari ini pun kalau 'salam' dari Ustaz Ahmad Awang kpd Sidek Noor sampai 3 kali (maaf aku tak boleh panggil ustaz) [pasai latar dia bukan ustaz sangat pun] tidak dijawab malah membalas "Ana tak nak jawab salam enta"? (SINI) Bukankah itu cara walaaunn menjauhkan kawan? “Apakah ini ajaran Islam sebenar?” kata Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. Depa lebih luv Umno ever n 4 ever sekarang ini? Kah Kah Kah
PAS tu MATANG ke?
Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim mengatakan wajib segera menjawab salam yang dikirim oleh seseorang melalui surat, namun yang wajib disegerakan bukan menjawab dengan tulisan, tetapi menjawab dengan lisan ketika membaca surat tersebut.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
إِذَا انْتَهَى أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَجْلِسِ فَلْيُسَلِّمْ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ فَلْيُسَلِّمْ فَلَيْسَتْ الْأُولَى بِأَحَقَّ مِنْ الْآخِرَةِ
“Apabila salah seorang kalian sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam. Dan tidaklah (salam) yang pertama lebih berhak daripada (salam) yang kedua.” (HR. Abu Daud dan al-Tirmidzi serta yang lainnya Hasan shahih).” Maknanya, kedua-duanya adalah benar dan sunnah.
Peristiwa di atas menunjukan betapa de so called 'ulama' Pas (memang bukan pun ulama) tidak boleh bezakan antara hubungan ukhuwah atas sifat pribadi seorang Islam dengan hubungan dalam perbezaan berorganisasi ! Kematang Pas yang didendangkan oleh walaaunn yang mengaku taraf 'ulama' dah pun hancur dan muflis. Ketaasuban 'ulama' begini memalukan.
~ from Umno with luv 2 u bros!
Comments
Post a Comment