Berkenalan dengan Calon AMANAH PRK Sg. Besar

Teka teki siapa calon Amanah di Sg. Besar sudah terjawab malam tadi. Sekarang pertandingan tiga penjuru antara Umno, Pas dan Amanah tidak dapat dielakan lagi.

Pas yang katanya sebagai parti pembangkang dilihat tidak langsung mengusik Umno, malah kalau ada ahli Pas yang maki hamun Umno? Ianya mendapat amaran dari Pas sendiri supaya hentikan semua itu sini . Bukan itu saja, DAP menjadi 'punching bag' kepada Pas setiap hari, depa sumpit DAP cukup-cukup sampai dah tak ada bahasa nak sumpit DAP tu (Perang mulut PAS-DAP makin menjadi-jadi). Itulah Pas yang mengaku di dalam tubuh badan mereka penuh kesumat dan dendam yang tidak diketahui apa sebenarnya? Agaknya Islam yang didokong Pas difahami begitu? Kah kah Kah

Tapi dengan rasa tak malu, memang PAS dah hilang malu. Tanpa segan mereka dah mula rasa panas semacam jer bro ! Tetiba mereka Pas merayu kepada ahl-ahli Amanah supaya pulang kepada Pas semula? (PAS harap ahli AMANAH pulang padanya) Kah Kah kah. Konon mereka (ahli Amanah) akan hilang nikmat wala' ! Kah Kah kah kah kah kah. aku nukil sikit apa kata Ketua Pemuda Pas di Muktamar'

"Mereka tak rasa lagi nikmat istilah wala (setia pada pemimpin).
“Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah-istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu hari ini.


Woitt ! Nak suruh orang Amanah balik jadi walaunta ke? Nahi Nahi Nahi Nahi Nahi Nahi bro! Cukup laa, jangan bagi aku gatal  dan loya tekak Nik Abduh oii ? Belayar laa dengan bahtera walaaunn kamu tu. Wala tu bukan nikmat tapi 'niqmah' ! Nak wala' dengan siapa? Tok Sidang? Minta ampunnn ! lagi laa seghabuttt ! Istilah agama dalam Pas sahaja ke? Orang di luar Pas tak gheti ke istilah2 nie, jangan mengarutlah Abduh! Islam bukan milik Pas sahaja, satu dunia belajar Islam bukan pun melalui 'ulama picisan' Pas ! Pi jual auta nie di lain tempat laa...Kah kah Kah 



Azhar calon
Pakatan Harapan di PRK Sungai Besar



Azhar Ab Shukur (dua dari kiri) calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan meletakkan Ketua Amanah Sungai Besar Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar untuk menentang dua calon lain dari BN dan Pas pada 18 Jun ini.

Biodata ringkas calon.
~ Nama penuh:  Azhar B Ab Shukur

Azhar, 51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.

Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.

Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.

Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.

Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.

Esok Pakatan Harapan akan mengumumkan  pengisytiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.

Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.




Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar yang diadakan malam tadi.
~ sumber satu .

Ringkasan Biodata 
Calon AMANAH Sg. Besar.

*MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR*

*MAKLUMAT PERIBADI*

Nama : *USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR*
Umur : 51 Tahun
Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)

*PENDIDIKAN*
Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)

*KERJAYA*

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2017-kini)
• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)
• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)
• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)
• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)
• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)

*PENGALAMAN*
Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.

*PENCAPAIAN*
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)

*JAWATAN DALAM PARTI*
Ketua AMANAH Sungai Besar


Jangan Undi Pendekar Mustar 
Pesan Mat Sabu
Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika berucap memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur, 50 meminta supaya pengundi memberi peluang kepada calon pembangkang itu.

“Kita mahu Barisan Nasional kalah, jangan tersilap pilih. Jangan undi Pendekar Mustar,” sindir Mat Sabu, merujuk kepada penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan PAS yang sedang bermuktamar di Kota Bharu ketika ini.


Parti Amanah Negara (PAN) hari ini mengumumkan Azhar Abdul Syukur sebagai calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
~ sumber dua .


Tiga penjuru 
di PRK Sungai Besar setakat ini 


 
 
Pakatan Harapan menamakan Pengerusi Parti Amanah Negara Sungai Besar, Azhar Abd Shukur sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini. Pengumuman yang dibuat oleh Presiden parti itu Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekincan sekaligus menyaksikan tiga parti telah menamakan calon masing-masing iaitu BN, Pas dan PAN menjelang hari penamaan calon Ahad ini. BN meletakkan ADUN Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi manakala Pas pula menamakan Dr Abdul Rani Osman (ADUN Meru) ~ sumber tiga .


Di MUKTAMAR PAS,
HENTIKAN POLITIK MAKI HAMUN UMNO – BN


PAS perlu mengamalkan politik matang dan meninggalkan budaya politik  menyerang dan memaki hamun musuh termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata ia  selaras pendekatan yang diperkenalkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menjaga imej ulama.
Beliau berkata, golongan ulama PAS sepatutnya menunjukkan akhlak terpuji dengan menggunakan pendekatan Islam dalam siri ceramah politik.
“Seolah-olah perjuangan kita ini kecil apabila hanya bantai UMNO, BN. Kita alim ulama sepatutnya perlu lebih praktis. ~
sumber .

Kah Kah Kah politik matang? Matang bendenya bro? Kalau jamaah lain dari Umno hangpa sumpit bagai nak rak, segala 'fitnah' tanpa bukti hangpa boleh kata DAP 'beri arak' Amanah pun tertubuh? (Malaysiakini) Hangpa tak mengaku pasai politik pondan Pas sendiri yang mahu bersihkan 'de so called' kumpulan progresif yang kata Tok Sidang sebagai kumpulan sekularis dan perlu dibersihkan dari dalam Pas. Semua ini kerana perangai dan kelaku hangpa sendiri dengan "CHAI' yang memalukan itu hanya untuk 'menghapuskan' progresif Pas. Kenapa tak mengaku ini? Kenapa menuding ke arah DAP? Dap tak ada kena mengena langsung urusan ini.

Selepas dihalau, hangpa gelar mereka sebagai 'pengkhianat' ? Manusia 'ulama' jenis apa kamu ini? Matang ke begitu? Ini orang kata matang yg mankaq ! Buah kalo mankaq, orang  lempaq buang bro ! begitu juga Pas, rakyat yang celik, yang cerdik yang absah, semua menolak 'politik matang' Pas yang sememangnya muflis akhlak sekarang ini. MT


Comments

  1. Saya berdoa agar ALLAH merahmati pencalonan Ustaz Azhar Bi. Ab Syukur. Saya juga berdoa agar para pengundi di Parlimen Sungai Besar memberi undi kepada beliau.

    Berbalik kepada sindiran saudara Mat Sabu kepada puak yang mengaya kan pakai ala Hang Tuah yang sudah ketinggalan zaman itu saya berharap para pengundi di parlimen tersebut dapat menangkap makna yang tersirat.Kalau masih belum mampu izinkan saya menjelaskan nya. Sebenar nya perjuangan PASchai merupa kan perjuangan bermusim. Bila perjuangan nya jenis bermusim, percaya lah bahawa PAS akan pupus akhir nya.

    ReplyDelete
  2. Sdr Saadun Sulaiman

    komen bagus dari anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO