Carilah 'kawan' sepakat selain PAS bro ! Video

Umno dan BN sekarang ini ketawa berdekah-sakan bro ! Ketawa kerana melihat persengketaan antara Pas dengan DAP dan Amanah juga dengan PKR. Semua tak kena dengan Pas melainkan Umno saja, bagi Pas yang jujur dan ikhlas hanyalah Umno dan BN.


Yang bangang adalah Pas, demikian mafhum yang dibaca oleh Umno melalui beberapa orang kuat mereka seperti Syed Ali Alhabshee dan Hishammuddin Hussien. Umno mengambil manfaat di sini, tetapi Pas masih dibuai mimpi enak kononnya Umno adalah abang depa yang terbaik. Kah Kah Kah

Apa juga 'kecelaruan dan kebejatan' Umno dulunya tidak lagi membekas pada tubuh batang PAS. Kerana marahkan Cina tanpa asas kukuh , habis semua gabungan Pakatan Harapan menjadi musuh tegar kepada PAS. 

Pas sekarang coba jadikan parti politik mereka itu 'sebagai agama' seperti kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin, politik tidak menentukan halal haram dalam hidup..Cantek sekali bola tanggung yang dismash oleh Asri ini bro ! Tepat dan amat menyakitkan parti bulan tua yg kekeringan modal tu sejak tidak lagi bersama kumpulan progresif yang senantiasa menjadikan PAS dulunya disegani dan dihormati tapi BUKAN PAS yang sekaramh ini bro, yang sekarang ini banyak kalamentongnya. Kah Kah Kah


Guru Haron kata DrM gadai prinsip kerana berpakat dengan DAP. Saya mahu lempar kemusykilan kpd guru itu, macam mana pula dengan parti agama yang terus duduk bersama DAP dalam kerajaan Selangor. Apakah kedudukan itu tidak jejaskan prinsip? Kalau DAP "haram" bagi parti agama, kenapa tidak menjauhkan sahaja, tinggal kerajaan Selangor. Atau bagi kata dua kepada peneraju kerajaan Selangor agar buang orang DAP.
Apakah kerana parti itu ada kepentingan di Selangor ia dihalalkan dan bertaklik ia tidak membabitkan prinsip. Kalau rasa kerana keredhaan Allah tidak payah orang parti itu pegang jawatan Exco atau apa-apa cau sahaja. Jangan pula beralasan kerajaan Selangor dicapai bersama maka terus nak berlonggok di situ.
Mungkin guru akan bersabda, kerana kemenangan bersama dan dapat manfaat jawatan dan kuasa kita kena pertahankan. Islam suruh pertahankan hak. Ah ayat power lagi. Trims. Teingat hamba akan guru Yahya.(
Mohd Sayuti Omar II) ~ Baca sini bro ! .

Saifuddin Nasution: Saya Orang Melayu,
Orang Cina Saudara Saya, Orang India Juga Sahabat Saya - Published on Jun 12, 2016
Kuala Kangsar, Perak 11/06/2016 - mediarakyat

‘PAS bukan agama’

Faiz berkata ayahnya tidak taksub dengan sesuatu pemikiran, dan dapat membezakan antara PAS dan Islam.
“Beliau mahu mendidik ahli PAS supaya dapat membawa PAS atas nama agama dan bukannya agama atas nama PAS,” kata Faiz, yang kini memegang jawatan timbalan ketua Amanah, parti yang lahir selepas kemenangan puak konservatif pada Muktamar PAS tahun lalu. ~
ruj sini.

Itulah beza antara kepimpinan Mujahid Besar Ust. Fadhil Nor dengan pimpinan PAS sekarang bro ! Beliaulah yang membawa obor PAS diterima secara terbuka oleh pelbagai kaum dan tidak pernah tunjukkan sifat ultra-Melayunya, malah sering ingatkan ahli Pas semasa itu untuk hormati kaum lain. Inilah yang membawa Pas gemilang dan diterima oleh pelbagai kaum kemundiannya sehinggalah PAS memainkan 'isu' ultra melayu dan perkauman sempit seperti Umno juga, kerana pimpinan PAS sekarang sudah berkalang kepentingan sesama pimpinan kononnya atas nama kepentingan Melayu dan Islam? Lalu jadikan Umno menjadi sahabat karib mereka yang dahulunya tidak terlintas langsung oleh Almarhum UFN. Ingat ! PAS bukan agama bro ! Pas hanya wadah. Tetapi wadah Islam yang dicanang PAS sekarang tidak lagi encerminkan Islam yang murni yang diamal oleh Muslim yang jujur dengan agamanya. Pas sekarang mempergunakan Islam bagi kelangsungan kepentingan beberapa kerat pemimpinya tanpa akhlak dan adab Islam seperti yang dituntut.
 
Hubaya! Hubaya!
Tak Payah Layan PAS 
Biaq Pas kayuh dengan Umno saja.

Dah berkali kali PAS menyatakan tidak berminat sertai PH malah hanya mahu menguatkan Blok ketiga PasIK. Tetapi ada pimpinan PH masih ketegaq mahukah bersama PH
Malaysiakini ? Tak serik lagikah 'permainan' PAS wahai Azmin? Sedangkan TITM sendiri dah kata Pas sedia kerjasama tetapi bukan dengan Amanah dan DAP (sini). Jadi tak payahlah PH terutama PKR sendiri dok belai dok layan PAS ini bro ! Buang masa.

"Hadi Awang Jumpa Najib Razak Boleh, Saya Kena Pecat Sebab Jumpa Mat Sabu", itu kata Husam Musa, lihat Video nya bro ! Ini antara permainan Pas dalam menyatakan 'cara Islam' mereka bro ?! Kah Kah Kah


Bagaimana yang INI? :
 
Pas boleh saja menghina kawan dan lawan sesama Muslim dengan bahasa kesat seperti jebon, barua,
munafik, dan lainnya, sedangkan di dalam surah al Hujurat melarang kita sesama Muslim melemparkan gelaran dan kata-kata kesat.

Pas boleh khianat kawan seperti kes Kota Damansara dan beberapa kerusi di Terengganu dalam PRU13 dan beberapa kes lagi, sedangkan Islam melarang perbuatan khianat.

Maslahat rakyat yang diperjuangkan cuma hudud, sedangkan Islam menuntut kerajaan menjaga kesejahteraan hidup rakyat seperti menyediakan prasarana yang baik, peluang pekerjaan dan lainnya.

PAS menyampaikan Islam agak jumud dan kasar, sedangkan Islam menggalakkan dakwah dengan pendekatan terbuka, kasih sayang, tinggi diplomasi dan toleransi, mulia bahasa dan akhlaknya.
 

Angkuh dengan semua pihak, sentiasa mendabik dada parti PAS yang terbaik, jika tidak memilih PAS akidahnya terpesong.
Betulkah Islam versi PAS begitu atau hanya sekadar persepsi sahaja? ~ ruj. sini .

Jadi carilah kawan lain dari PAS yang lebih jujur dalam persahabatan dan tahu erti melawan kezaliman berbanding Pas. PAS dah 'kiok' dah kena lapah pun. Siapa lapah? Tak kan tak kenal? Siapa tak kenal tandanya 'pendek umur'? Kah Kah Kah.


Pertimbangan segera.

Masa sudah suntuk dan sekiranya PRU14 diadakan dalam waktu terdekat dan kita masih lagi sibuk membicarakan PAS perlu bersama PH bagi menentang BN kita akan kalah dengan teruk sekali. 

Carilah kawan sepakat lain dari PAS bro. Anggaplah Pas dah tidak ada lagi dalam kamus PH dan mereka tidak lagi penting untuk dibuat kawan.

Sepatutnya PH perlu mempersiapkan jentera dengan memutuskan perkara penting seperti berikut:

i) Pengunaan satu logo - Majlis Presiden PH perlu membuat keputusan segera samada mahu terus guna parti masing masing atau bersedia mengunakan satu logo; tak kira samada nak daftar baru, ambil alih parti yang sedia ada dan jenamakan semula atau mengunakan logo parti yang sedia ada, yg sudah dikenali dan diterima ramai sebagai contoh logo KeAdilan.



ii) Selesaikan pengagihan kerusi secepat mungkin. Jangan tunggu disaat akhir baru nak muktamadkan keputusan. Calon pilihan di kerusi Parlimen dan DUN tersebut perlu turun padang dari sekarang.



iii) Selesaikan Kerajaan Negeri Selangor - PAS perlu dikeluarkan dari Kerajaan Selangor dan Azmin selaku MB Selangor perlu mengiktirafkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor.


iv) Perkukuhkan Pakatan Harapan setiap negeri. Jentera negeri perlu bersiap sedia dari sekarang.

Usah dirayu lagi pada PAS yang sudah tidak sudi bersama PH. Jangan buang masa dan fokus kepada mempersiapkan jentera PH bagi menghadapi BN dan PAS pada PRU14 nanti. 


Tanbih dari (Abe Awang Malaya) ! 
Kalau tak nak lawan PAS, buat apa tubuh Amanah...?
Kalau Amanah yang baru berusia 8 bulan berjaya mengatasi PAS di Sungai Besar, tidak bolehkah Amanah menggunakan masa 2 tahun untuk melenyapkan saingan PAS dalam PRU-14...?



Azura Manja
 
Azura Manja




Sekarang Pas Penasihat kepada BN, lepas ni BN pula jadi Penasihat kepada Pas. Hahaha.

Kepala-kepala masam dalam Umno secara tak disedari PAS, mereka dah mula nak 'seligi' PAS ? Itu pun PAS masih tak sedaq habaq lagi. Apa makna kalo Tok Pa kata, PRU 14 nanti, Kelantan adalah milik BN? Maknanya Pas yang terlalu percayakan Umno tu akan jilat jari laa bro? Kah Kah Kah

Jadi kalo nak selesai dan tak mahu malu nanti, lebih baik kawin jer dengan Umno? Rakyat pun senang nak pilih mana satu?, kerana sekarang nie pun Pas dah macam Umno, lebai Pas pun lepas cakap sedap mulut saja macam perangai Umno dulu-dulu..Kah Kah Kah


Pas boleh pening dengan telahan macam ini bro ! Tapi mana ada Pas nak tanya apa pasat boleh jadi macam tu? Kepala depa lagi keras dari batu di Batu Caves tu bro ! Kah kah Kah. telahan Kit Siang ini nyata benar bro Kit Siang tu Tok Nujum Politik berpengalaman, dia tau apa yang dia cakap?

Bukan takat 10K saja
PAS hilang undi di SBesar malah 12K bro ! lebih dari yang LKS jangka ! Di Kuale Pas hanyut 8K undi bro ! Jumlah keduanya dah cecah 20K ! Kah Kah Kah  Ada Pas kisah? Sebab itu marahnya Pas kat DAP tak tertahan-tahan lagi bro ! Kah Kah Kah

Pas sedia kerjasama tetapi bukan dengan Amanah dan DAP

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak memihak kemenangan kepada parti pembangkang telah membuka mata Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun kerjasama itu bukanlah dengan Amanah dan DAP..(sumber)

Cantik sangat tu TITM, cakap sedia kerjasama? dengan siapa? Umno laa tu? elok segerakan, jangan tunggu lama sangat, nanti puteh mata pula? dah ramai kepala-kepala Umno dok kiliaq misai nak ambik balik Kelate tu? Tak sedaq habaq lagi ke? 

Konon dengan Amanah dan DAP dah putus arang sebab atas prinsip Pas maka Amanah dan DAP tidak boleh terima dan tak mungkin berlaku? Perinsip apa tu? Kah kah Kah. Konon kata titm ini, pasai masa kerjasama dalam PR dulu sampai Pas hilang prinsip yang PAS perjuangkan, sampai Pas fikir tidak ada parti yang sanggup begitu?. Kah kah Kah

Berbelitlah cakap macam nie bro titm ! Cakap pasai prinsip ke bila mesyuarat majlis PR pun Tok Sidang Pas tak hadir berapa lama Malaysiakini  - lepas tu kata, ikut suka sayalah nak hadir atau tidak? Prinsip hapenya macam nie? Dah laa tak hadir, Tok Sidang sebaliknya tempelak Guan Eng pula bila ditegur dan bukannya nak terima kasih? Prinsip ke macam tu? Tak payah cakap pasai prinsip laa bro? Bagi tahulah 'niat' sebenar dengan jujur untuk bersama Umno bagi membolehkan PR ditalkinkan ! Kan senang? Tak payah dok songeh banyak-banyak? Kah Kah kah




***********************

PAS Dalam Dilema

Kini Pas berada dalam dilema bro ! Bila dah terperangkap dalam perangkap Umno? Pas berada di persimpangan yang kian sulit dan memeningkan bro ! Macam-macam kenyataan dari walaaunn dan pimpinan mereka bro ! Bila kalah di PRK lalu, ayat-ayat lazim terpacul dari mulut para lebai ini, 'takdir Allah', 'kemenangan sebenar di akhirat' dan sebagainya dijadika pelapik atas kekacewaan yang dialami mereka. Kah kah Kah

Semua tu helah lebai dan walaunn saja bro ! yang sebenarnya hati mereka 'sakit'? Amanah yang macam budak-budak baru belajar tu dapat memintas perlumbaan di PRK tu, itu yang dilema bro ! Mana tidaknya, puas depa tenyeh PH dan Amanah, nyamuklah, tak sampai 2 tahunlah dan sebagainya, tau-tau 'budak' Amanah nie ropanya dapat vitamin A, itu yang depa tak boleh tahan tu? Kah kah Kah

Dilema lain seperti menyusutnya ahli mereka saban hari cukup memeritkan citra mereka untuk bersama Umno. Ahli bawahan tak semuanya setuju persemendaan Pas-Umno ini bro, walauunn lain macam terpaksa 'menyapu' beban yang dibawa dan yang keluar dari Tok Sidang mereka yang terlalu gemarkan untuk terus bersama Umno ? tapi dah namanya 'walaunnn' yang siap sedia dan setia ber 'walak'? Apa nak buat ! Tahan juga laa..Buatlah apa yang patut untuk 'cover line' ? Kah Kah Kah

Kelate yang jadi 'permata' Pas dah tak berapa nak selamat dah bro ! Amno dok telan ayaq lioq tu? 'hint' dari menteri-menteri Amno dok bunyi merata sejak PAS sering 'bergaduh' dgn DAP dan Amanah atawa Pakatan Harapan bro ! Umno tak harap sangat ke Pas nie, Pas saja yang 'termonyeh-monyeh mahukan dokongan Amno, bila adanya

‘test power’ dlm PRK baru2 ini, Pas tahu mereka tidak akan menang tapi saja gatai tunjuk kuat kononnya ! Habis kuat, tonggek laa..Ini juga dilema Pas sebenarnya ! kah Kah Kah

Waimma kelate pun 'sakit' Pas nak 'maintain', apa lagi negeri-negeri lain? Nanng bo tinang nang koi bo ti koi laa jawabnya, bagi sapa yang tak tahu maksudnya ialah "orang bukan orang hantu bukan hantu”. Itulah Pas bro ! Kah kah kah

Dilema ini akan berterusan dan menghantui PAS  sehingga PRU ke 14 selagi mereka bersenandung dengan Amnao?. Kah Kah Kah


Petikan:


"Kalu rumoh kite tebako.. Kite tepon bomba.. Bombamari.. doh doh bomba cina.. Eh tak nak ah bomba cina.. Kite nok bomba melayu.. bakpe pulok.. bombacina haram.. Bodo lah kite.. rumoh tengoh terbako oo.. Sekarang Negara kite sedang terbakar.. Kite perlukan rakan-rakan bukan Islam untuk membantu kite memadamkan kebakaran yang melanda…"-- Ustaz Azhar Idrus ( Original )
 
Sisipan Maknawi




Islam Bangkit
Tak jadi masalah pas tak ada lepas ni dlm PH pun..tak apa. Sebab dlm masa 2 tahun PRU 14 ini. Penyokong2 yg undi Pru 13 sendiri lihat Amanah mengantikan Pas Dan melihat sendiri sendiwara pas dlm berjuang. Sekurangya sikit demi sikit ahli pas keluar. Malahan tertubuhnya Amanah bertambah dari pas dan umno.


Nukilan (Paya Datok)
(11:116) Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.~agak jelas 


~ULASAN: Pandangan bodohnya Nik Amar..

Amanah ditubuhkan untuk menggantikan Pas di dalam PR yang kini di panggil PH (Pakatan Harapan). Seharusnyalah mesti bersetia kawan dengan rakan-rakannya bukannya khianat kepada rakan seperti Pas.

Amanah di tubuhkan BUKAN untuk bertanding keseorangan seperti kera sumbang yang bodoh sombong seperti Pas yang ingin bersendirian tetapi dalam masa yang sama ingin menjadi penasihat(pencacai) kepada Umno.

Amanah sedari awal lagi berkeyakinan bahawa untuk berhadapan dengan Umno-BN di gelanggang pilihanraya untuk ditundukkan mestilah secara berpakat dan berkerjasama dengan parti komponen yang lain seperti PKR dan DAP. Manakala pula Pas dengan riak serta sombongnya menolak untuk berpakat dengan pembangkang yang lain.

Amanah berkeyakinan untuk bergerak ke Putra Jaya mestilah memperkukuhkan kerjasama rakan Pakatan Harapan. Manakala Pas pula menyertai pilihanraya bukan untuk menang tetapi mencari keredhaan Umno.

Banyak lagi yang boleh di pertikaikan di sini tetapi cukuplah hanya sedikit panduan sekadar renungan bersama betapa dangkalnya pemikiran Nik Amar.. (
Kameel Abuya)



Tamparan hebat buat pas . Mereka ini dahulunya dijulang dizaman era TGNA tetapi sekarang mereka yg bijak berpolitik dan mengetahui pengkhianatan PAS kpd pengundi dan PAKATAN RAKYAT telah berhijrah kpd sebuah parti yg membawa "rahmah untuk semua" memandangkan PAS sudah menjadi parti asobiyah( hanya untuk bangsa ).sedangkan Islam itu untuk semua.

Leman Raja Lawan
Bila kalah pandai pulak bg ayat menang diakhirat....waktu maki sumpah seranah dan melebel org tak ingat akhirat...

Pejuang Islam apa camtu!!!



Apakah walaunn Pascai tak pernah makan limau mandarin? Allah yang mencipta warna warni berbagai (mukhtalifan alwaanah) Memang hotak walaaun tersumbat akibat dendam kesumat gila yang tidak diajar Islam. Malu bila Pas yang bercakap pasai Islam, tetapi akal terlalu semput. 


Pasca PRK Sg Besar & Kuala Kangsar : Mengapa PH wajib mengelak "duri hijau" yang ditabur BN
(Continue Reading)


Nukilan 
Memba Amanah SP (Ahmad Dhuha Sobri)
Walaun PAS cakap besar Konon2 niat PAS nak tumbangkan Selangor ngan Pulau Pinang PRU14.. Meh sini aku ajar sejarah... Masa gerakan Reformasi 1999.. PAS menang besar, tawan Terengganu , tawan Kelantan.. Undi Melayu menangkan PAS.. undi cina masa tu tak menyebelahi Pembangkang.. selepas kematian Almarhum Ustaz Fadzil Noor.. Naik lah Ulama Jahat Haji Hadi sebagai Presiden PAS..masa tu dia MB Terengganu..hari2 cakap pasal istilah2 Islam.. retorika nak buat negara Islam.. bila DAP tak setuju dgn pembawaan Haji Hadi.. Haji hadi hari2 serang DAP.. sampai cakap Lim Kit Siang ubat tamat tempoh.. UMNO gunakan Haji Hadi sama macam hari ni.. Haji Hadi masa tu dgn jawatan MB Terengganu cakap Bongkak..cakap besar.. dipergunakan UMNO untuk serang DAP..Kononnya mahu kalah kan DAP, apa jadi dalam PRU 2004??
PRU 2004 Cina bersatu.. Undi DAP bertambah, walaupun mainkan isu Hudud..Haji Hadi bukan jer Hilang jawatan MB..Hilang Terengganu.. dari 28 Dun , PAS tinggal hanya 4 Dun di Terengganu.. Kerusi Marang Haji Hadi pun kalah pada Man Bakar.. Kelantan hanya berkelebihan 1 kerusi.. itupun atas faktor TG Nik Aziz.. PKR pun hampir2 tiada kerusi parlimen yg tinggal hanya Parlimen Permatang Pauh.. PKR terjebak dgn kejahatan mulut Haji Hadi..masa PRU 2004 bukan orang cina jer menyampah dgn PAS.. Negeri 95 % Melayu mcm Terengganu dan Kelantan pun buang PAS sebab kan perangai buruk Haji hadi.. Org Melayu tak heran langsung dgn menifesto negara Islam dan Hudud haji hadi.. Haji Hadi mempunyai sejarah melingkupkan Barisan Alternatif, hari ini dia musnahkan pakatan Rakyat.. inilah Agen UMNO dan Ulama Jahat yg menghalang kita dari menumbangkan UMNO...
jadi toksah berangan angan angan nak kalah kan DAP..musuh PAS bukan DAP..yg akan lawan PAS masa PRU buan DAP tapi UMNO.. tapi PAS terbawa2 dgn Kebodohan , dedam kesumat dan Kejahatan Haji Hadi.... sebelum Haji hadi ngan PAS simpan angan2 nak tumbangkan DAP di Pulau Pinang.. baik fikir macam mana nak lari lepas Kelantan tumbang2.. masa PRU2004 1 lawan satu pun Kelantan hampir tumbang. (Ahmad Dhuha Sobri)


Keris Mas Sejati
Adalah lucu bila Tuan Ibrahim arini mau semua parti pembangkang kembali bekerjasama padahal presideng terus menikus tentang salah laku Najib manakala Nik Amar pulak sakit ati bile mengata Amanah tak kuat tanpa sokongan PKR & DAP. Lagi kelakar, Nik Abdoh bendul ketawakan taring Mahathir dah tercabut * Nampak? tinggal yg bongok je memimpin PAS skrg ni. Kalau yg 'ada' akai skit pon mungkin Tuan Ibrahim yg bawak 2 keris time tgk hj hadi cucuk pulut aritu - KMS
Nasir Khan Akbar Khan


Almarhum TGNA, terlalu jauh pandangannya berbanding dgn pemimpin PAS yg ada hari ini.. (Nasir Khan Akbar Khan)

Leman Raja Lawan
June 19 at 1:19pm ·

PAS ANGKUH & SOMBONG WALAU KALAH KE DUA-DUA PRK

Walaun PAS bukan tahu apa pasai Politik.....
Depa dok perasan jadi tentera badar bulan pose ni....
Depa dok bayang Amanah dok hilang Deposit mcm kat Sarawak..
Kalau komen jer, dok sebut Amanah hilang Deposit..
Last2 PAS hilang 70% Undi.....
BARU TAW......
RUPANYA HAT UNDI PAS SELAMA NI, 70% TU BUKAN ORG PAS........
Itupun pasai UMNO bantu PAS main isu Perkauman ngan Hudud..
Kalau tak PAS tinggai 20% lah dari undi PRU13 dulu.......
Nak sedap kan hati, kata PAS sorang2.. korang pakat ramai2..
Padehai hangpa pakat dgn UMNO.. siap guna TV3 lagi..
Ini kawasan luar bandar..kalau kawasan bandar dan separa bandar , lagi besar lah PAS kena titik.....
Hakikatnya........

SUNGAI BESAR
PRU 13 - Undi PAS 18 ribu - PRK hari ni - Tak Sampai 7 ribu
PAS HILANG 12 RIBU UNDI......

KUALA KANGSAR
PRU 13 - Undi PAS 14 ribu - PRK hari ni tinggai 5 ribu..
PAS HILANG 8 ribu undi..

Kalau Tak sedar.. tak muhasabah lagi tak tahu la...

Itu pun sanggup kata AMANAH pelari kursi PAS.....

Kita bertanding dulu sebagai PAKATAN RAKYAT, JADI KURSI YG MENANG DULU DISOKONG OLEH DAP & PKR......
BUKAN HAK MUTLAK PAS (PAS HILANG 70% UNDI TANPA DAP & PKR)

Kami tak kata kami kuat.......

AMANAH baru berusia 9 bulan...
Hangpa dah tua bangka 60 tahun
Undi hampa merosot 70 %

Kami baru first time....ok le tu
Satu pencapaian yg memberangsangkan

KAMI KALAHKAN HAMPA DI SUNGAI BESAR & KAMI KALAH TIPIS DGN HAMPA DI KUALA KANGSAR

PAS YG SELALU DOK SOMBONG, BONGKAK,CAKAP BESAR & PERASAN KUAT..........

MEMANG PERANGAI HAMPA NI HUDUH SGT......
SUKA MEMPERKECILKAN USAHA ORANG & SUKA MENGHINA ORG

PRU 14 toksah bayang Selangor ngan Perak la.........

Kerusi Marang ngan Kelantan pun boleh PAS tumbang........

Kalau Kelantan tumbang......
Jgn kata nak buat Hudud.....
nak buat Kuliah agama kat Masjid pun jgn harap.......

Kat Terengganu dulu, UMNO rampas, dgn Masjid2 PAS depa pi runtuh......
Masa tu baru kenai mana satu anti Islam.


Sekarang masih berlaku tapi dgn cara berlainan. Ada je anak buah hadi tak nak bersalam sbb tkt kena samak. Islamkah begini? Apa dakwah yg berjaya di bawa dgn cara ini?. Sudah ramaikah org kafir memeluk islam dgn cara dakwah yg di bawa? (Menjadi AkuLah)


Aku nak tambah sikit, bila Pas tidak memperbaiki akhlak, adab dan budi (sikap dan tutur kata) pimpinannya, bererti dia sedang musnahkan hidupnya, organisasinya dan lain yang berkaitan.




Sebaik-baik akhlak adalah Ahli AMANAH...
kena maki hamun oleh orang PAS & UMNO BN di bulan ramadhan semua pakat diam jer tak balas...Allahu Akbar
Salute Ahli Amanah dan Pakatan Harapan
Aiman Shaukie
Nie baru 9 bulan bro aji ! Nyamuk gigit sedap ek ? tu baru nyamuk kurang Vitamin C, lagi 9 bulan baru dapat tambah Vit. A ! Amacam? Kah Kah Kah


PAS
yang semakin jahat
semakin sasau kelamkabut. Semua ini kerana bercakap Islam tanpa ilmu, maka jadilah walaunnta dan walaunnti penuh dengki dan tidak boleh lagi pertimbang diri. Kerja harian mereka mencipta 'fitnah' di sana sini
 
Cantiknya
Bahasa Walaunn

Otai Reborn
Apabila walaun semakin cetek pemikiran nya maka smkin terserlah jahil nya tu...huhuhu (Otai Reborn)

Otai Reborn
pengikut PAS ni terdiri dari puak puak yang suka mengata orang , kamu harus mengucap dan banyak banyak beristirafar dan Kembali kepangkal jalan !! (Otai Reborn)

Otai Reborn
celakalah kamu yg memagari ilmu Allah dgn menyebarkan dakyah jahat ....org Penang masih mendengar azan..selesa beribadah pada Allah.kamu jadi penghancur keharmonian..!!! (Otai Reborn)

utk renungan bersama :-
apabila ada seseorang yang mengkafirkan saudaranya maka salah satu dari keduanya akan tertimpa kekufuran. [HR Muslim].
dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh. [HR Muslim].
Pis perlu dipersalahkan sepenuhnya bila melahirkan ramai lebai2 mulut longkang dalam surau & masjid kerana mereka telah merosakkan imej Islam di bulan yg suci ini - KMS


 Khulasah.

Dengan perangai celupar mulut tanpa akhlak Islam seperti yang diajar syariat, Pas merasakan mereka yang terbaik? Sebaliknya akhlak mereka yang kian merosot teruk itulah yang akan menjahanamkan mereka dan PAS sendiri lebih awal dari yang mereka jangkakan kerana paksi Islam ialah adab, akhlak dan tingkahlaku penganutnya, bukan ilmu yang sarat di kepala. Ilmu akan tidak berguna kalau paksi akhlak ini tersasar. Ahmad Shauki seorang penyair Arab ada menyebut: 



“Agama ini seluruhnya adalah akhlak, barangsiapa memperbaiki akhlaknya maka baik pula agamanya. ~ Ibn Al-Qayyim






Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]