Ribut kuat landa PKR ! ?

Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah


MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.




PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.
“Ini ialah coup de’etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,” tulisnya di laman blog.

Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.

“Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

“Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

“Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

“Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras,” katanya.

Ahli PKR seumur hidup itu juga mendakwa, Azmin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas antara Ahli Parlimen yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya terhadap Najib.

“… berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer…,” katanya.
Chegubard juga membangkitkan kesetiaan Azmin kepada PKR kerana ramai yang mengatakan Anwar sayang Azmin kerana dia seorang yang setia.

Namun, katanya, tentu ramai yang masih ingat bagaimana Azmin mengerakkan jentera budak – budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana Anwar tidak tunaikan kehendaknya menjadi Menteri Besar Selangor.

“Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan UMNO kini adalah hasil ciptaan budak – budak Azmin.

“Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak dikenakan tindakan.

“Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia menghadap ‘God Father’ dahulu.

“Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan ‘network’ God Father untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan,” katanya..FMT

baca lagi - 
Jangan salah Pakatan Harapan, jika parti berpecah – Amanah

Bro n Sis..


Chegu Bard atau Badrul Hisham, menerusi laman Blognya , ( chegubard.blogspot.com ) semalam turut mendakwa terdapat satu kumpulan dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 September lepas. 




Tuduhan Chegu Bard itu bagaimana pun telah disangkal oleh Azmin Ali dengan berkata, ianya jelas berniat jahat? Beliau berkata dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan individu yang bankrap...baca lagi di www.themalaysianinsider.com



Chegu Bard seterusnya membuat pendedahan ini  
-Klik dan Baca bro


Azmin menipu bila nafi wujud tuntutan mesyuarat MPP tergempar


Ini antara yg ditulis oleh Chegu Bard bro !.
"3. Azmin pula dalam beberapa media menafikan wujud apa yang saya tulis sebelum ini dan mengatakan saya bankrap. Saya nak bagi tahu Azmin, ya saya tak sekaya kamu yang banyak duit dalam politik ini, ya saya kais pagi makan pagi namun saya belum bankrap. 

Adakah kerana saya bekas MPP, bekas ketua Cabang maka saya tak boleh beri pandangan. Bapa angkat merangkap god father Azmin juga bekas pemimpin Umno elok je dia komen hari-hari.

4. Ini semua penafian dangkal malah Azmin jelas menipu. Saya tulis dengan jelas dan saya tampilkan bukti salinan petisyen tersebut. Tetapi biasalah Azmin memang biasa, seperti sebelum ini umum taat setia bersama satu - satunya calon MB dari Pakatan Rakyat tetapi dia melobi diri sendiri termasuk menggunakan jaringan bapa angkatnya dan akhirnya memalukan presiden PKR sendiri maka kali ini jika dia menipu lagi maka tidak pelik.

Bro n Sis, anda sendiri mampu menilai? siapa yang berkata benar? dan siapa pula yang main kongkalikong? Untuk 'clue' ! aku sendiri lebih tertarik dengan kenyataan Chegu Bard bro ! Anda ingat semula 'Sg. Aceh'? Siapa 'main' siapa? bilamana PAS tiba-tiba 'cross exam' meletakan Yusni Mat Piah di sana? Siapa di belakang semua 'perancangan' ini ? dan ianya 'direstukan' ? Ia mungkin ada hubungkait dengan 'isu' yg sedang kita 'mamah' sekarang ini? Aku tanya saja bro ! bukan buat tuduhan pun ! Tak kan tanya tak boleh ? Kah Kah Kah

*********

Sisipan Maknawi



Orang2 yang jujur seperti Husam tahu, betapa PAS dan PKR yang sekarang punya 'negeri' terkaya di Malaysia, bukanlah terhasil oleh 'insan terplih' dalam PKR dan PAS yg tak sedar diri dek untung !Mereka merasai kerusi2 empuk di T'ganu dahulu, Selangor sekarang ini atas 'elemen' seperti yg disebut Husam dlm 'printscreen' di atas..mereka cuba 'singkirkan' Wan Azizah dan PAS tentunya akan berpelukan dgn PKR di S'gor, kalo betul? memang 'bangsat' perencanaan mereka?..Selangor menjulang menang adalah atas sebab musabbab seperti kata Husam ini..dan 'politicking' di Selangor misalnya tentulah ada 'asasnya' bro ! kalo tidak, tentu ianya tidak 'dihebahkan' oleh 'individu' tertentu ?

Bacalah kemelut dalaman PKR yang belah bahagi antara kumpulan azmin dan bukan azmin...menarik bro ! banyak rahsia dibongkarkan oleh Chegu Bard, Selepas ini '25 Azminites' aka 'Kumpulan 25 Azmin' ini, akan 'selamat berehat dalam aman' bila kembalinya PRU 14 nanti ! Rakyat dah bosan dengan 'perangai' kumpulan ini yg di'syaki' cuba 'menikam' Presiden sendiri ? kerana 'percaya' dgn 'mainan' licik dari 'sekutu' mereka sekarang ini? Kah Kah KahBaca - Berjayakah Wan Azizah Lepasi Cabaran 'Coup De Tat' Azmin



Pas?Tinggalkan saja parti yang rasakan diri kuat sendiri, rasa hebat sendiri, rasakan orang lain tak se gahnya, rasa mereka 'suci bersih' dalam mainan politik massa...Pas sudah tidak diperlukan lagi bro ! biarkan dia sendirian..dia cuma suka dengan Umno, dan dengan PKR pun, bukan suka sungguh ? Suka ada makna? Kah Kah Kah
Dah lama dia dok tibai memba PR tu ! saja laa nie, dah tak ada sapa nak berkawan? buat pi laa muka hemoi, muka tak malu, pasai rasa dia 'kuat' di s'langor tu? Padan laa dengan puak PKR (yang berkuasa) sekarang nie pun ! tak sedaq dek untung ? Kah Kah Kah



Sekarang di bawah Presiden PKR inilah, PAS tanpa segan silu, maruah PAS dicampakan ke 'longkang', yang PAS meludah dulu ini, dia kembali 'menjilatnya'? Kalo nak citer bab layak tak layak? apasal Ganu hanya 'sepenggal' dan kemundian serah balik kat Umno? Layakkah anda mengatakan Wan Azizah tak layak? sedangkan parti anda, mati2 mempertahankan 'hubungan' PR asal yg dah hancur luluh itu? akibat 'mainan' PAS sendiri? masih dok menongkoi dalam rumah PKR? yg Presidennya adalah DS Wan Azizah sendiri ! Kah Kah Kah

DS Wan Azizah Ismail...
ada percubaan singkirkan WAWI ? sila baca penafian Azmin? Ribut kuat landa PKR !Tuduhan komplot terhadap Wan Azizah berniat jahat, kata ...







Pas mana gheti 'muhasabah' bro?Kata kat orang, beri amaran sana sini? tahu laa dia !Dia selalu suruh orang 'bertaubat'?, dia sendiri? tak perlu bertaubat sama ke? Rumah Pas sendiri nak 'runtuh' nak 'pecah' dok syok tengok rumah orang lain tak betul? nak pecah? Awat? Pas seronok ke tengok PH yg baru nie berpecah? memang dia harap begitu bro ! dia tak sedaq lagi kabilah baru nie bergerak pantas, sepantas 'porsche' di lebuhraya ! PH lebih dinamik, bertenaga dan ada harapan gantikan parti2 tua yg tak mau berubah ! Kah Kah Kah

blog2-pakatan.blogspot.com




Mengenali 
Personaliti Dalam PKR

Pandangan memba2 di FB

Abe Awang Malaya
Janganlah bandingkan Azmin Ali dan Rafizi Ramli...... Rafizi tak main politik berpuak-puak macam Azmin.... Dia lurus dan straightforward.... Tugas Rafizi hanya lawan UMNO dan BN saja.
Rafizi Ramli (dan Saifudin Nasution) ialah tulang belakang Pakatan Rakyat (sekarang Pakatan Harapan).... Rafizi tidak ada kroni.... Dia hadir ke Himpunan Bersih atau pergi ceramah seorang diri sahaja.
Jasanya kepada PKR dan Pakatan tidak terkira besarnya..... Dialah yang mendedahkan bermacam-macam skandal, penyelewengan dan rasuah pemimpin UMNO..... Dia yang mula-mula mendedahkan kes lembu NFC yang melibatkan Sharizat Jalil, skandal 1MDB yang melibatkan wang berbillion-billion ringgit, isu GST, Wang Amanah Pencen, wang Tabung Haji, wang KWSP dan banyak lagi yang didedahkan.

Debat Rafizi Ramli-Khairi Jamaludin tentang PTPTN yang disiarkan secara langsung melalui TV Awani telah menarik perhatian seluruh negara...Abe Awang Malaya


MP PKR yang tidak mahu menandatangani komitmen kepada Ketua Whip Parlimen bagi usul undi tidak percaya kepada PM yang boleh dianggap sebagai ketidaksetujuan mereka terhadap usaha untuk membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari penjara ialah :-
Azmin Ali (Gombak)
Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang)
Surendran (Padang Serai)
Lee Hoy Sian (Petaling Jaya Selatan)
Zuraida Kamaruddin (Ampang) - telah tandatangan tetapi menarik balik..Abe Awang Malaya


Keris Mas Sejati
Kawan2 jangan gundah gulana. Usah baling batu pada anjing2 yg menyalak girang(ayat mantik). Tiada MP PKR yang bantah penubuhan Pakatan Harapan. Ia hanya petisyen supaya Presiden beri lebih masa untuk mengkaji kesan hubungan PKR-PAS bila PH diumumkan. *Hubungan yang aku fikir tak perlu!! - KMS

Orang pas marah sbb Amanah tarik orang Pas.
Utk makluman amanah telah berusaha utk mengelak ahli pas drp menyertai Amanah namun apakan daya barang baik mestilah byk peminat yg mengerumuninya.
Ibarat berjual nasi kalau kedai demo tak laku jgn dimarah kpd kedai lain.
Cubalah pelbagaikan lauk jgn setiap hari sotong aja hidangannya. Kari sotong, goreng sotong, sup sotong, percik sotong, kuzi sotong, singgang sotong, kerutup sotong , kerabu sotong.....jemu juga orang.
Cuba tukar kpd kambing, biri biri, unta, lembu dan ayam. InsyaAllah ramai lah yg akan masuk ke kedai pas semula.

Jgn sempitkan Islam kpd hudud semata mata. Islam itu luas maka marilah kita bekerjasama utk Islam. Tukar wadah tukar parti bukan bermakna tukar Tuhan dan tukar Agama ya akhie...Capkapalayar Limaribukawan


Rakan FB lain

Difahamkan di Perak ramai yg secara senyap telah meninggalkan keadilan saperti mana yg berlaku terhadap pas, mereka secara senyap2 menyertai Amanah. Bila disapa mereka kata "mereka masuk Amanah kerana parti lama mereka tidak amanah"


Pembangkang, 
jangan bertelagah seperti budak-budak


KOMEN pembaca Semut Harian


EmptyBarrel: Adakah pemimpin Pembangkang tak cerdik? Mengapa mereka bergaduh sesama sendiri sedangkan mereka belum mampu menumbangkan BN?

Mereka seakan fikir rakyat akan terima sahaja tindakan mereka, hanya kerana bencikan kerajaan sedia ada. Selepas mendapat sokongan kuat, nampaknya mereka berasa hebat dan selagi kerajaan BN banyak buat kesilapan, okay bagi pembangkang bersikap kebudak-budakan dan bertelagah sesama sendiri.
Sedarlah pembangkang! Sebelum segalanya terlambat dan anda diketepikan sekali lagi.
Adakah mereka mahu Malaysia kekal diperintah BN? Berjaya atau sebaliknya, mereka yang menentukannya.
Kita mahu saksikan prestasi sebenar mereka.

Alister Henry: Biarkan mereka musnah. Anak Sarawak yang anti-BN boleh memilih calon-calon bebas. Ini mungkin mengajar mereka jangan bodoh sombong dan lebih merendah diri. Mereka seharusnya bekerja untuk rakyat!

MusaNg: “...Tidak seperti DAP Sarawak, PKR negeri tidak bebas membuat keputusan sendiri untuk mengenepikan PAS...”
Terima kasih kerana menjelaskan perkara ini.
Namun masalah antara PKR Sarawak dan DAP Sarawak perlu diselesaikan dan saya jemu dengan mereka kerana menyulitkan usaha merampas Putrajaya dalam PRU14.
Pendapat saya, Sarawak, seperti Sabah, merupakan kunci kepada kemenangan dalam PRU14.

Namun dungu-dungu di PKR Sarawak dan DAP Sarawak sibuk bertelagah kerana selesa menyandang jawatan di kantor sedangkan mereka perlu ke pedalaman memenangi hati para pengundi.
Nampak gaya, Adenan Satem akan menang selesa di Sarawak pada 2016 dan menerajui negeri untuk Umno/BN pada PRU14.


Komen pembaca ini terhasil bagi rencana, Pakatan Harapan Sarawak tutup pintu untuk PAS  di terbitkan pada Okt 2.


Apa kata PAN


BILA ULAMA BERSAMA PROFESIONAL 
BILA KEMAJUAN BERLANDASKAN ISLAM 
BILA YANG BUKAN ISLAM MULA MEMBERIKAN SOKONGAN
BILA AMANAH MULA SEMAKIN MENYINAR
BILA ITU JUGA GOLONGAN JUMUD MULA MENGHAMUN
BILA ITU JUGA GOLONGAN YANG MULA TERANCAM AGENDA 
MEREKA MULA MENCETAK FITNAH 
BILA ITU JUGA GOLONGAN YANG MENDOKONG DAN MENYOKONG UMNO MULA RESAH GELISAH
BILA SAATNYA SUDAH TERNOKTAH
BILA SAATNYA GANDINGAN MULA MENGUKUH
BILA SAATNYA RAKYAT MALAYSIA MULA BERPAYUNG
BILA SAATNYA PASTI DINANTI
BILA MANA UMNO DIKUBURKAN
BILA MANA MALAYSIA DISELAMATKAN
BILA MANA RAKYAT MENGECAPI KESELESAAN HIDUP
BILA MANA UGAMA ISLAM MENERAJUI MENYEMPURNAKAN 
KESEJAHTERAAN PELBAGAI BANGSA

KAMI HARAPKAN ISLAM BERSATU....BERSATU menjadikan BN TERSEMBAM DI BUMI MALAYSIA

*OBOR yg dibawa oleh AMANAH untuk memerdekakan MINDA yg sekian lama terbelenggu dengan Apa yg ada bukanlah sesuatu yg MUDAH,,,,,Itulah hakikatnya.
NAMUN Sebagaimana susahnya terbina TAMADUN ROM, ITU KAMI BINA,KAMI DOKONG SEBUAH PARTI YANG MEMBAWA OBOR ISLAM ITU RAHMAT UNTUK SEMUA........PARTI AMANAH NEGARA!Johari Nyamuk Mengigit




Comments

  1. Bila Manusia...Suka di PUJA
    Bila Manusia..."Prasan" di NOBAT
    BURUAN Mereka...Adalah HARTA
    HARTA Mem Beli...Kuasa & PANGKAT



    BURUAN Mereka...Adalah HARTA
    HARTA Mem Beli..."Chai" & MACHAI
    AMANAH-yg-SUCI...Tiada ber HARGA
    Putar KHIANAT...Ber Lagak PANDAI


    Buruan Mereka...Adalah HARTA
    Mudah di "UMPAN"...Ber Million-MILLION
    AMANAH-Rakyat...Di Klentong AUTA
    Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN


    Buruan Mereka...Adalah HARTA
    Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN
    Rakyat Di Per BODOH...Di Keliru Di AUTA
    Di Lanyak Bagaikan...Durian MENTIMUN


    Buruan Mereka...Adalah HARTA
    Tak SEDAR Diri...Syirik & MURTAD
    HARTA & Kuasa..."Menguasai" JIWA
    Tunggang TERBALIK...Sesat & KHIANAT


    HARTA dan Kuasa..."Menguasai" JIWA
    ALLAH...Tiada..."Ber-Makna"...LAGI
    AMANAH yg SUCI...Di Langgar NODA
    Syirik & MURTAD...Fitnah pon Ter JADI


    Takde Se SIAPA...Yg Suka Pen CURI
    Takde Siapa...Yg Suka Peng KHIANAT
    FITRAH yg Kudus...AMANAH yg SUCI
    KASEH Mem-BERI...Sayang kan UMMAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?