Panas ! 10 wakil rakyat PAS akan melompat parti ?

Terbetik berita mengatakan kedudukan Kerajaan Pas Kelantan, kemungkinan akan sedikit berubah bro! menjelang Januari hadapan ini? sekalipun kiranya berita ini benar? ia tetap akan memberikan 'impact' besar kepada kerajaan Pas sedia ada, walaupun mereka masih tetap menjadi 'kerajaan' !

Memang kita jangkakan, berita sebegini akan dinafikan oleh Timbalan MB Kelantan bro, biasalah ! Nik Amar hanya kata, ia bersifat 'perang saraf' pihak lawan? Siapa pihak lawan tu? Kah Kah Kah
Kemungkinan ini tetap ada bro ! lihat saja baru2 ini, Kamarudin Jaafar telah memilih PKR sebagai wadah barunya, dan meninggalkan PAS ! kemasukan Kamarudin ini pun dah 'menyesakan' nafas PAS Kelantan bro ! lihat lebih jelas di arkib
Free Malaysia Today ..Ini sudah pun buatkan Pas 'meroyan' sakan bro ! dan berita bagi kemungkinan 10 wakil rakyat Pas kelantan akan sertai AMANAH adalah terlalu merisaukan Pas Kelantan, sekalipun kiranya benar? mereka akan masih selesa menjadi kerajaan ? Mana tau, kalau ada lagi yang berangan begitu? Kemungkinan lebih dari sepuluh itu tetap ada bro ! Tak risau ke? Kah Kah Kah

Kadang kita tertanya kenapa bro? kenapa kemungkinan ini boleh berlaku? Ingat kembali pendedahan Husam Musa? 
FAKTA-FAKTA ISU PENSWASTAAN TEBANGAN BALAK KPK
(2,000 ekar setahun untuk tempoh sepuluh tahun dengan harga bersih RM 1,370 se ekar)... Fakta berikut boleh di baca penuh > Continue Reading
untuk apa? fakta2 ini di muat naik oleh Husam Musa dlm status Fb beliau bro? satu lagi mengenai KPK bro? 
Husam menulis, " Perbezaan KPK Dulu Dan Kini" Kini:
Satu.. See More
Surat terbaru Husam kpd Mohd Amar bin Abdullah, selaku Pemangku MB Kelantan berkaitan HUTAN SIMPAN BERANGKAT - SEKALI LAGI DI BAWAH HARGA PASARAN... Continue Reading  , Beliau Husam hanya ingin penjelasan dari mereka yg berkuasa di Kelantan, kerana surat beliau tidak ada respon dari yang berkenaan? 

Semua pendedahan Husam ini memanaskan 'punggung' pihak tertentu, jadi tidak hairanlah, Husam dipinggirkan selepas era Tgna sebagai Menteri Besar Kelantan.



10 wakil rakyat PAS akan melompat parti ?





KOTA BAHARU: Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lalu, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika melancarkan parti itu di Kota Baharu, pada 11 September.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan itu dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri ini. Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat PAS Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah, kata Kamarul Zaman. “Sebaliknya, wakil rakyat PAS Kelantan yang keluar daripada PAS inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik bai’ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat,” katanya. Ditanya mengenai tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

“Saya lihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat PAS Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada PAS. ”

Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah menang hinggalah beliau bertanding di atas tiket PAS, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili,” katanya.

PAS menguasai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. Kamarul Zaman berkata, jika benar tujuh ADUN PAS melompat parti dan menyertai Amanah, PAS Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.

“Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama tujuh ADUN berkenaan benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.


“Pada masa sama, kemungkinan untuk tujuh ADUN PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil,” katanya. – BERNAMA via NewMalaysianPost.


Sisipan Maknawi

Ziarah ke Pondok Tok Guru Pak Adik. Bagi pihak Yayasan Darul Hijrah telah hulurkan sumbangan sebanyak Rm 3 ribu.Bagi rakan rakan yang ingin turut serta menyumbang boleh ziarah pondok atau menyumbang melalui DERMA KILAT untuk :Pondok Tok Guru Pak Adik, Gelang Mas. Tendong. Kelantan.Kebakaran rumah-rumah pelajar pondok melibatkan sekitar 60 buah pondok telah berlaku lebih kurang jam 8.20 malam semalam.

Pondok Tok Guru Pak Adik, Gelang Mas. Tendong. Kelantan.Kebakaran rumah-rumah pelajar pondok melibatkan sekitar 60 buah pondok telah berlaku lebih kurang jam 8.20 malam beberapa hari lepas..


Dato Husam Musa meninjau sisa kebakaran Pondok Tok Guru Pak Adik, Gelang Mas. Tendong. Kelantan.


Khulasah 

Husam adalah antara tokoh yang disegani di Kelantan bro ! beliau seorang yang 'workable' berkerja kuat, tajam pemerhatiannya, itulah sebab beliau disenangi oleh Tgna dahulu ! 

Kerajinan dan kecepatan Husam menghidu beberapa kepincangan dalam urus tadbir keajaan negeri, tidak disenangi oleh segelintir mereka yg berada dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, lalu beliau tidak tersenarai dalam kerajaan negeri sebagai seorang exco yang sebelumnya memegang satu 'portfolio' penting dalam kerajaan negeri. 
PAS Kelantan masih menggunakan bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS sebagai 'perisai' kononya untuk menghalang ahlinya meninggalkan parti tua yang sudah usang itu bro ! Usang kerana ramai tokoh besarnya turut berfikiran usang jugak ! sedangkan Mufti Perlis pernah menulis berkaitan bai'ah ini sebagai tidak jatuh bro ! lihat Pandangan Mufti Perlis: Bai'ah PAS Tak Jatuh Talak Kalau....
antara yg dinyatakn oleh Dr MAZA, " Mohd. Asri berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah jika yang melafazkan taliq itu tidak berniat talak sekadar untuk meyakinkan ataupun menakutkan, maka talak tidak jatuh.

Namun, katanya, jika dia maksudkan dalam erti kata lain dia memang inginkan talakkan isterinya jika dia melanggar sumpah ataupun janji itu kerana malu ataupun kecewa maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya "wallahu'alam
Cuma sekarang ini, kita nak tanya laa, 

  
Anda boleh nilai sendiri bro !


Comments

  1. pihak lawan tu sapa??? PKR??? DAP??? AMANAH??? ke.. sbb dah berkawan dgn hamno tetiba mereka ni jadi pihak lawan????
    PAS... PAS...

    ReplyDelete


  2. Hidup Ber Integrity...Wajib Me LOMPAT
    Daripada GELAP...Kepada CAHAYA
    Si Tolol Ber GELAP...Men Curi Me REMBAT
    Banjir BALAK...Negeri BINASA



    MULIA Me Lompat...Ke Tempat yg TINGGI
    HINA nya Me Lompat...Ke Dalam 'BANGKAI'
    Bangkai-SONGLAP...Me Rembat Men CURI
    Sorban dan JUBAH...Maruah Ter GADAI


    Me Lompat Di Ibarat...Taraf Me NINGKAT
    Men Cari SYSTEM..."SYSTEM" Ter BAIK
    "SYSTEM" Mem-BERI...Ber Kongsi NIKMAT
    Bukan nya U-TURN...Tunggang TERBALIK


    MURTAD itu....Tunggang TERBALIK
    Jalan yg LURUS....Di Putar BELIT
    Ber NIAT Jahat...Ber 'Sandiwara'-CANTIK?
    Songlap Men CURI...Ummat Ter HIMPIT!


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    AMANAH itu...."SYSTEM" Mem BERI
    Ar-RAHMAN Ar-RAHIM...Sifat"NYA"-TUHAN
    TIADA Pe Nyonglap...Tiada Pen CURI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg MULIA...Tak akan Men CURI
      Orang yg MULIA...Tak Suka Me MINTA
      Orang yg MULIA...SUKA Mem-BERI
      Walau Diri nya...Tak Di Kenal SESIAPA


      Orang yg MULIA...Tak 'Klapak' Glamor
      'Klapak' NOBAT...Ter Kinjat PANGKAT
      Tidak Mem FITNAH...Men Curi HARTA
      "Amanah-NYA" Mnjd...Pedoman HAYAT


      Insan MULIA...Insan yg AMANAH
      Tiada U-TURN...Ponteng & FITNAH
      LURUS..Kudus..Lapang..BerKHEMAH
      Pasrah & REDHA...Ke Hadrat ALLAH




      Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
      Janganlah Seperti...Budak HINGUSAN
      NOBAT & Pangkat...Jadi 'IDAMAN'
      HARTA & Kuasa..."Bangkai" BURUAN


      Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
      Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
      "SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
      Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI


      Langit & BUMI..."SYSTEM" Mem-BERI
      Lihat lah MENTARI...Mem-BERI Cahaya
      Hujan-yg-Turun...Pem-BERIan-ILAHI
      OKSIGEN-Udara...Kesemuanya Per CUMA..




      Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
      Ber Tambah Me LIMPAH...Ber Ganda-GANDA

      Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
      Genggam lah ""AZIMAT""...Wahyu yg"ESA..




      Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
      Me Limpah-LIMPAH...Ber Ganda-GANDA
      Apabila Mem FITNAH...Me Nyonglap RASUAH
      Semua nya BANKRUPT...Muflis BINASA


      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$