Hentikanlah Pujuk-pujuk PAS ! [VIDEO]

Hentikanlah. Rentikanlah pujuk PAS tu bro ! PKR tak payah hangpa pujuk lagi, orang kalo semawa pun takat sekali dua saja..nie apa ni? seluloi (kerap) sangat dok pujuk Pas suruh sertai Pakatan Harapan? Depa bukan budak kecik lagi bro ! dah berjanggut, bersegheban, berjubah lagi, tak kan tak matang kot? lebih dari boleh pikiaq bro ! Kah Kah Kah

Pas berpatah arang dengan Pakatan Harapan

 | October 12, 2015
Ia mendakwa sudah serik dengan permainan DAP yang sering menjadikan parti itu sebagai mangsa serangan.
tuan-haji-man,pakatan-harapan
PETALING JAYA: Pas membuat keputusan tegas untuk tidak menyertai Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan permainan DAP.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah serik dengan permainan DAP dan tidak akan membiarkan ia menjadi mangsa serangan.

“Bagi Pas dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.
“Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP ‘serang’ Pas selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,” katanya yang dipetik daripada Antarapos.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Ahad dilaporkan berkata, PKR masih mengharapkan Pas menyertai gabungan itu.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR juga dalam kenyataan media mengharapkan penyertaan Pakatan Harapan diperluas kepada Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Susulan kenyataan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan PKR supaya menghormati dasar dan perjuangan Pas yang tidak mungkin dikorbankan semata-mata kerana mahu menyertai Pakatan Harapan...Free Malaysia Today



Siapa Khianat Siapa?

PAS selalu mendakwa yg mereka di khianati? betul ke dakwaan bertali arus Pas tu? Macam la Pas nie teraniaya, kena luku, kena main? Begitu laa kononnya dari segala dakwaan Pas nie bro ! Dia Pas yang mulakan 'pengkhianatan' ke atas ahli sendiri dan sekutunya DAP dahulu, kenapa tidak direnungnya puas-puas ? Selalu mereka lupa apa yang merka 'kerjakan' dahulu ? 

Tanya profesioal dalam PAS bro ! kereta sapa hampir 'terbakar' sebelum muktamar dahulu? Dr Hatta, Dr Dzul - sampai bengkak2 badan dan mulut? angkara siapa? aku tanya saja, tentu ada hubung kait dengan dakwaan mau bersihkan kumpulan 'sekular' dalam PAS! Bila dah 'bersih' dan depa pun buat wadah baru ! macam2 hangpa kata, hangpa sumpit depa hari2 'non-stop' tanpa henti? elok ke perangai macam tu? ulama pula yang buat begitu !

Di situlah hangpa kata depa nie semua 'pengkhianat'? pasai dah tak bersama hangpa lagi ! Khianat apa? Siapa yang khianat? bila PAS sendiri 'halau' mereka (dlm ayat mahu bersihkan mereka kumpulan sekular) ini dari dalam Pas ? Hanya mahu kumpulan 'ulama' Paschai saja mendominasikan PAS ? Tu yang hangpa 'ulama' yang hanya bermodalkan sekeping CHAI mahukan bukan? 

Lol..kenapa bising2 dong? dah mereka angkat kaki pergi, mau dikatakan 'pengkhianat' sih? Apakah anda yg gelarkan diri sebagai 'ulama'? waras berfikir sedemikian? Anda yang khianati mereka, anda pula yang jadi sasau tak tentu arah? Hari2 kelupurrr kata mereka pengkianat ? Sendiri 'khianat' anak buah yg banyak berjasa menjulang PAS ke persada? tak mahu cerita ke? mau tutup ke? Kah kah Kah

Itu cerita PAS dengan puak profesional yg dulu jadi ahli PAS paling dinamik sampai HQ Pas di Jalan Raja Laut, KL itu pun, kumpulan inilah yang berusaha keras memindahkannya dari Markaz lama di Taman Melewar itu serta banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka tanpa siapa pun yang tahu? Pengkhianat lagi ke? Masa tu ulama Paschai yang bersepah nie, dok isap puting lagi ! Kah Kah Kah

Di Selangor upamanya, PAS dan Umno dah pun sempat pegang kerajaan kurang lebih seminggu begitu? Bila mana TSKI memecat semua exco PKR/DAP. Kerajaan PAS-Umno ini hanya dijatuhkan bila dua ADUN PAS tidak menyokong Khalid, bila mereka berdua tanda tangan surat dan akuan bersumpah menyokong DS Wan Azizah bersama 28 ADUN lain dari PKR dan DAP ! 

Jadi, Penubuhan Kerajaan PAS-Umno nie nak panggil apa? Bukankah ini 'pengkhianatan' terbesar PAS vs PR bro ? Bukti apa lagi nak habaq dia 'Khianat' semangat PR bro ! Walaunn dan segala Paschai tu tak mau percaya apa lagi? nak bukti sampai tara mana, nak habaq Pas 'khianat' PR bro ? Tobat depa PAS tak mengaku ?Macam nie nak ajak masuk kelambu PH sekali lagi? boleh rabak kelambu tu depa 'kuntau' bro ! Kah Kah Kah

Di sinilah 'turning point' Tok Sidang Pas begitu bara, begitu memuncaknya marah beliau terhadap dua ADUN tu, sekaligus marahkan DAP sama yg 'merosakan' rancangan PAS mau UG dengan Umno? Memang PAS dah bersalin kulit bro ! Bau Umno memanjang..Kah Kah Kah

AMANAH, dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara? Nokhtah


Dua Dalam SATU

Dalam satu perkembangan, PJ Pas Selangor kata, Pas tidak rela berkerjasama dengan Perkasa bro ! cuma 'bercumbu2' saja kot? Kah Kah Kah - 
Bila dah kena henyak kiri kanan ? baru nak dok nafi itu ini, yg Perkasa pula bro ! depa kata sedap juga kat Pas nie ! rugi laa Pas kalo enggan kerjasama dengan Perkasa? sikit punya kamjat ke tu ? Kah Kah Kah - bacaan lengkap di bawah

"Pas menolak sebarang kerjasama dengan 
pihak-pihak yang membawa sentimen perkauman.. More ››

Yang ini apa bro? bukan kerjasama?
"Kerjasama itu bagaimanapun hanya melibatkan 
isu-isu nasional dan tidak menyentuh kerjasama politik..More ››

isu2 nasional tu libatkan politik laa bro..nak pisah macamana? apa punya turrrr bercakap macam nie? betul laa Pekasa tu sebuah NGO..tetapi tidak laa pula halang dia nak cakap pasal politik? selama nie pun memang dia 'bermain politik'? kah kah kah

*****
Kalo dengan Perkasa yg macam nie pun? Pas jalinkan 'hubungan' ? maknanya Pakatan Harapan tak payah laa pujuk2 Pas lagi ! elok dia bermain2 dengan Perkasa, dengan Umno sahaja..buang masa pujuk2 dia bro !




Khulasah !

Kalo TITM yg mewakili PAS kata, Pas dah berpatah arang dengan Pakatan Harapan..pencinta kedilan pun lagi berpatah arang dengan PAS..

Selagi PAS, khususnya Hadi tidak mengubah sikap memusuhi dan memerangi Amanah termasuk berperanan menjadi benteng Umno BN, adalah 'Bangang' namanya sebarang usaha memasukan PAS ke dalam Pakatan Harapan. Bawa masuk saja, ibarat bawa dan sebar penyakit berjangkit..habis akan punah ranah ! elok sangat dah PAS dok sorang2 di 'Pulau Kazambou' !

Tok Sidang pula rasanya payah sangat nak ubah sikap memusuhi Amanah dan DAP bro, lagi pun kawe tengah baguih punya dok kawtim dgn Umno ! Sekarang, Umno jadi 'sandaran' terbaru PAS yg sapa pun susah mau pisahkannya? Kalo dia masuk pun? buat rosak program saja bro ! Kah Kah Kah

Hentikanlah pujuk2 PAS, PH akan lebih selamat TANPA PAS, biarlah dia nak lawan 3 penjuru ke? hapa ke? itu dia punya sendiri uruslah..dia pun dah kata berpatah arang dengan PH ! Patah arang nie kira putuslah. 

Pertembungan sesama pembangkang sekarang adalah di antara team perut melawan team prinsip. Pkr akan sondoi belakang depan asalkan perut buncit. Maaf sahabat (tertentu saja) dlm PKR.

PKR minta perkukuhkan pakatan. Tetapi dalam masa yg sama PKR nie cuba membawa masuk 'musuh' dalam pakatan. Jangan main wayanglah dan bermuka-muka. Apa sebenarnya matlamat PKR?? Menjahanamkan Pakatan Harapan pula dengan memikul 'biawak hidup' PAS dalam PH ? Cukup-cukuplah bersandiwara. Nokhtah

BN bermaharajalela kerana tahu parti pembangkag lemah!!! Dilemahkan oleh PAS dan PKR!!! Rakyat jadi mangsa!!!..Tol naik lagi? Pembangkang (PKR-PAS) dok lawan main aci lon? sampai bila? Juz forget it bro ! PAS tu dah 'out-class' dah out dated' bro ! Nokhtah 


Kah Kah Kah


Sisipan Ringkas



Satu perkara lagi bro ! seperti kata rakan blogger,  KELAB GREENBOC   bahawa Resolusi PKR semalam memang cacat ! baca untuk pencerahan - 

Resolusi PKR Cacat, Cuba Khianati Rakan-rakan Dalam PH



Kata dulang paku serpih nie...Ibarat sendiri meludah ke langit..semua dah maklum
alim ulama PAS sekarang ini teramat cenderung dan mesra Umnuuu? Bersepah bukti bro ! kalo tak 'cenderung' tak kan sakit pun 'depa' boleh dok pi ziarah hang aku? kah kah kah

Kalo dah yakin bagus laa..hangpa PKR ngan PAS sudah laa kerjasama ! We're Out bro ! so n so, paham laa kut ?


Tu je nak kabo...



Umno pun pujuk2 Pas bro ? Kah Kah KahJangan laa Umnuu marah bila Pas nak berbaik2 dgn Perkasa?apa salah Perkasa? pasai dia 'rasis'? Umnuuu pun apa kureng?Kah Kah Kah..Sapa kata Pas malu? Pas tatak malu punya bro ! itu pasat laa dia kautim sama Perkasa, Pas pun kautim juga sama Umnuuu, lama dah pun bro ! jangan laa kata kat Pas camtu ! Memang pun Pas muka tak malu ! Kah Kah Kah

akhirkalam


PERKASA sebuah NGO...PAS sebuah parti politik.....Sememangnya TIDAK ADA KERJASAMA POLITIK kerana keduanya BERBEZA structure kewujudan......ITU ATAS KERTAS.....BAWAH MEJA?
DENGAR SENDIRI....NILAI SENDIRI.......PERKASA AKAN MENGISI 60K di KOTA BHARU....Rujuk minit 9:20
PAS dan PERKASA BUKAN BERSETUJU SAHAJA seperti yg diwarwarkan. Statement oleh Setiausaha POLITIK TGHH, Dr Shamsuri adalah cuba mengelirukan suasana.......PEMBOHONG.
SILA rujuk minit-minit berikut....Dengar dan nilai sendiri:-
4:26 BERKERJASAMA5:46 BERKERJASAMA6:29 BERKERJASAMA8:09 BEKERJASAMA9:20 FASTAQIM10:08 BEKERJASAMA
NOTA KAKI# IBRAHIM ALI AHLI POLITIK ATAU seorang PENGATIH TEKSI SEPERTI POK YEH JURULATIH BERUK LEVEL 4?..



[VIDEO PENUH] Sidang media PAS dan Perkasa:Bekerjasama atau Bersetuju?


Tengok betul2 bro !Kunjungan hormat Ibrahim Ali 9 (Perkasa)untuk berkerjasama? Pasai apa nak nafi? Kah Kah KahTang mana 'indah' dan 'cantiknya' Perkasa nie di mata Pas bro?Kah Kah Kah
Kunjunjungan Anwar Ibrahim sahaja yg kena sumpit ! tidak ada 'warm welcome' bro ! tu anwar dgn bro Saif pergi berkunjung, mengadap Pas di KT ! tapi pulang dengan hampa...nokhtah




Comments



  1. Apakah "Makna-ERTI".. Pen CURI
    Apakah "Makna-ERTI.. Pe NYONGLAP
    Pen CURI Pe Nyonglap...Me Nyamun SEMBUNYI
    "KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP


    "KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP
    Projek...ESOS...Komisyen...& BALAK
    Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me NYONGLAP
    Ber Million-BILLION...Tak "Siapa" yg NAMPAK?


    Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me ROMPAK
    Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
    Sanggup Mem-FITNAH..U-turn...Me-NYALAK
    Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PARANG"?


    Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PARANG"?
    Se Tiap Pe-NYULOH...Di Anggap Peng KHIANAT??
    Pem-FITNAH Pe Nyonglap..."Mafia" yg CURANG
    MUSUH Ter-JAHAT...Kepada UMMAT


    Tak Se SIAPA Suka...Dengan "MAFIA"
    Pem FITNAH Pe Nyamun...Songlap Men-CURI
    "MAFIA" pon Tak SUKA...Kalau Di AUTA?
    Pen-CURI pon Meng Gila...Kalau Di KHIANATI??



    Jangan Me NUDUH...Tanpa Ber BUKTI?
    VellFIRE Range ROVER...Bukan nya "MAHAL"??
    ESOS dan Balak...London Dan TURKI???
    Mudah nya "MAFIA"...Songlap Me NYUNDAL????


    Di Pasar MALAM...Menjual AYAM
    Kapcai BURUK pon...Susah nak BELI
    Dengan BMW...Handsome Me LARAM
    Alangkah "MAGIK" nya..."Mafia" Men CURI






    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Insafi lah NAFAS Mu...Di Beri PERCUMA
    Jangan lah Mem-FITNAH...Me Nyundal RASUAH
    Nanti Ter BAKAR...Panas Me NYIKSA


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Jadi lah Hamba"NYA...Yg Suka Mem-BERI
    Mem-BERI itu...Sifat"Nya-TUHAN
    Semakin Mem-BERI...Ber Ganda2 Di LIMPAHI...















    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video