Bila Gerakan Harapan Baru, DAP, PKR & NGO Bersatu Tenaga [VIDEO]

Bila pembangkang betul2 bersatu dan memperkuatkan serta meningkatkan usahasama mereka, mengelak pergeseran kecil, merajuk, rasa wadah sendiri kuat, hebat, orang lain punya wadah direndah2kan, dipandang hina misalnya? maka impian menjatuhkan UBN tidak akan berhasil..sebesar mana pun isu yang membelit rakyat? bila tiba PRU, UBN masih menang lagi !

Begitulah antara ucapan ceramah Mat Sabu dalam rakaman video di bawah bro ! Kali ini, pembangkang mesti bertekad merampas Putrajaya, bahana berbagai isu yang menyesakan dada dari 1MDB, kenaikan tol, sampai Rani Kulup pun membuat laporan polis, PAS menjalinkan hubungan mesra dengan PERKASA ? Biarkan mereka bro ! itu semua memberikan nilai tambah kepada Pakatan Harapan untuk tidak lagi mengajak PAS bersama...dia PAS lebih selesa dengan 'semangat' 'asabiyah melayu macam Perkasa?, macam Umno? Pasai tu, PAS bersungguh2 menjalinkan hubungan baik tanpa banyak soal dengan dua entiti itu, sekali pun PERKASA hanyalah sebuah NGO ! tetapi kerana ada 'persamaan' dengan mereka? maka PAS pun teruja bro ! sekalipun 'mulut' dia menolak PERKASA dan UMNO? Kah Kah Kah






Tol naik hingga 80 peratus

Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di negara ini semalam mengumumkan kenaikan kadar baharu tol melibatkan 14 lebuh raya di Lembah Klang manakala satu di Johor berkuat kuasa pada Khamis ini..Lagi...

Laporan atas tu dari Kosmo bro ! Kosmo nie adik beradik 'Autasan' tapi bila di lapor macam nie? Tak kan auta kot? Kalo ini macam bro ! bukan tol saja naik? barang lain 'sure' ikut naik ? tak caya hangpa tunggu? harga barang laa nie pun tak larat nak bertepih ? naik tol lagi...rantaian sebab dan akibat nie? makcik dan pak ngah kat kampung tau barang akan naik, bukan barang saja? macam2 akan naik ! rakyat dah tak larat kelupoq bro ! GST yg dok ada pun? puas berpekin (berkira) nak belanja, takut 'terlebih bajet' nanti 'off syoru' pulak ! Kah Kah Kah

Gambar Hiasan
Sayur bukan lagi makanan 'murah' bro ! ia akan ikut naik? kalau ada saja sebab dan alasan bagi peniaga naikan? kita tak dapat kekang kenaikan ini ! melainkan kita tidak menaikan kadar beberapa perkhidmatan 'tersedia' dengan sesuka hati hanya kerana untuk menjaga 'kroni' dan seumpamanya? 

Peniaga tidak wajar menaikkan harga barangan sesuka hati kepada pengguna susulan kenaikan kadar tol pada Khamis ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.
Peniaga tidak wajar menggunakan alasan kenaikan kadar tol untuk menaikkan harga barangan sesuka hati, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.
Ini kerana kenaikan kadar tol itu hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang..baca lagi..Peniaga tiada alasan naik tol, naik harga barang



Komen seorang netizen
Waduhhh pedih woooo
Kehkehkeh


*****
Menteri dah start bunyi bro ! Kah Kah Kah
Depa penaik tol boleh? rakyat tak boleh naikan harga barang? mana aci lagu nie bro ! alasan depa pasai yang naik tu libat lebuh raya kat Lembah Kelang saja? 
Macam la lori tu dok ambik barang, hantaq barang sekitar Lembah Kelang saja ? Segala sayur, segala buah, segala mak nenek barang lain? tak pi cari tang lain ke? Kat Pasar Chow Kit tu, Lembah Kelang punya keluaran ? pakai kebuloq laa orang KL, PJ, Shah Alam, Kelang, Sg. Buloh dan, dan....kalau harapkan 'product' bahan2 mentah ini  di persekitaran yg depa sebut tu saja? Kah Kah Kah


Lebih baik PAS bekerjasama dengan Umno, berbanding Perkasa, jika ia berhasrat memperbaiki peluang untuk memenangi kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata badan bebas peninjau pendapat awam, Merdeka Center.

Ketuanya Ibrahim Suffian juga memberi amaran perikatan tidak formal antara PAS dan kumpulan sayap kanan Melayu itu, yang diumumkan pada Selasa boleh merumitkan keadaan antara PAS dan rakan-rakan bekas dalam pembangkang.

"Dalam usaha meningkatkan kedudukannya, PAS sepatutnya bergerak lebih rapat dan mewujudkan kerjasama rasmi dengan Umno supaya ia boleh meningkatkan peluang pilihan raya pada PRU ke-14," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

PAS lebih baik bersama Umno berbanding Perkasa, kata penganalisis


****
Apa pulak bro? dah elok sangat dah tu ! PAS+Perkasa lagi mantop beb !
Tak tau ke? dengan Umno dah sedia terjalin? yang nie? nasik tambah bro ! baru ngammmmm !
Dengan rakan2 bekas dalam pembangkang? dia dah kata depa tu semua 'pengkhianat' bro ! yang tak khianati dia hanyalah Umno dan Perkasa saja...tu pasai depa boleh kautim baguih punya ! 
Kah Kah Kah








Jangan jadi macam nie bro?


Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya. 

Wartawan kini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.
Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain. 

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi. 

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor. 

...See More - http://greenboc.blogspot



Pun Jangan Jadi Macam Nie bro?




Ibrahim Ali: PAS 'lucu, dungu dan jumud'
Published on Mar 5, 2015Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mengecam keras tindakan pemimpin PAS yang melarang anggota-anggota parti itu menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan berkata sikap Majlis Syura PAS itu sebagai "tidak demokratik, bodoh, lucu, dungu dan jumud."
Beliau mengulas kenyataan setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang menggesa PasMa dibubarkan sebelum anggota-anggotanya dibenar bersama parti Islam itu..kiniTV

'PAS tiada maruah ke? Tak malu?' - Tajuddin Rahman
PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.

"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.


"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

*******
Umno jeles bro? 
apasal bro Tajuddin kata kat PAS camtu?
"PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," ? 
DAP sebenornya bukan tendang PAS bro ! depa sendiri yg tolak DAP..itu kalam yg depa cakap masa Muktama 61 dulu? baca 2 kenyataan ini bro, Putus hubungan dengan DAP, ketetapan Muktamar PAS ...
dan Majlis Syura Ulama Pas sah putus hubungan dengan DAP ... habis mau kata DAP lagi ke bro? Umno memang laa mahukan PAS hanya bersenandung dengan dia sahaja ? Selama nie pun memang PAS dah bermain 'kayu tiga' ? bro ! dgn Perkasa dia mahu, dgn PKR dia mau? dengan Umno telah laa dia pulun ? apa yg bro Tajuddin kata tu ada benarnya bro ! 
Kalau ada maruah? Dia tak laa bekepit dengan Umno-PERKASA?
Kalau ada prinsip? Tak laa dia duduk menongkoi menongkat dlm rumah PKR tu? PR pun dah ditalkin bro ! kalau ada malu? tentu laa Tok Sidang hadir mesyuarat di Parlimen dan mesyuarat pimpinan utama PR dulunya, Hidung Pas? memang tak mancung pun ! tapi dok sorong seghondoi situ laa dgn Umno dan PKR ! laa nie 'jinak' sangat pulak dah dengan PERKASA? 'cinta tiga segi' tu?Kah Kah Kah

Bila PH bersatu tenaga bro, PAS membenci pakatan ini?. Jadi harapan untuk menumbangkan UBN tetap diteruskan sekalipun tanpa PAS. Kabilah baru ini tetap berjalan terus..Selamat tinggal PAS ! 



Tol naik: Rani Kulup report Polis..
Terkenal dengan laporan polisnya terhadap bermacam-macam isu, Abdul Rani Kulup Abdullah tidak ketinggalan membuat satu aduan terhadap 18 syarikat konsesi tol yang mengenakan kadar baru mulai hari ini. 



Dikenali dengan gelaran ‘Kipidap’ yang sensasi sejak beberapa bulan lepas, presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia dilaporkan membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis kegemarannya di Dang Wangi semalam. 



Abdul Rani, yang juga dikenali ‘Ayahanda Arka’, membuat aduan iu agar syarikat-syarikat konsesi tol menangguhkan kenaikan tersebut, lapor harian Kosmo! hari ini.




“Saya mewakili semua rakyat Malaysia berharap kenaikan kadar tol dapat ditangguhkan kerana ia akan menambah beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang akibat cukai barang dan perkhidmatan dan kenaikan harga minyak,” beliau dipetik berkata 
(Rani 'Kipidap' Kulup buat aduan polis isu kenaikan kadar tol .. )..The Malay Mail

*******
Baguih juga Rani Kulup nie bro !
Dia tahu di mana patut laksanakan tugas untuk
Jalinan Muhibbah antara kaum, satu martabat juga tu?
Memang sesuai dia jadi Presiden MJMM Malaysia bro !
Jadi, dia tahu kerja yg dia nak buat, sorang2 pun dia buat bro !
bukan mcam PAS? bila dah sendiri? lintang pukang jadinya ? Kalaulah NGO MJMM yg ber Presidenkan Rani Kulup nie bersatu dengan PH ? alangkah indahnya? bersatu tenaga tu membawa berkat bro ! bertambah kuat? tapi mahukah 'kipidap' nie bro?
Kah Kah Kah


PKR sahkan Saifuddin Abdullah kini ahli parti


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengumumkan bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) dengan secara rasminya kini menganggotai PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 Oktober, 2015

Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah dengan secara rasminya kini menganggotai PKR, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan hari ini.

Beliau mengesahkan khabar angin dan laporan yang memetik sumber semalam menyatakan bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan menyertai parti pembangkang tersebut hari ini.


Dr Wan Azizah juga berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melahirkan rasa gembira mengetahui keputusan Saifuddin menyertai barisan pemimpin pembangkang...TMI


******
Kah Kah Kah ! Ku Nan kata 'Saifuddin' nie sampah bro ? sapa lawan Umno? 'sampah' laa? Macam Pas juga perangai tu? Pas ngan Umno kawan rapat kan? pelan2 salin laa perangai Umno tu? Betul laa Pas dah ganti Umno? ganti perangai? Perkasa tu tak dak sapa yg berkenan? tau tau peluk mesra beb? Kah Kah Kah

Moga kemasukan SA ini memantapkan lagi Barisan Pembangkang yg sedia terjalin dan Anwar pun gumbira dengan perkembangan ini bro ! baca kenapa beliau tinggalkan Umno dan menyertai PKR ! Sekarang dah ada dua 'Saifuddin' dalam PKR bro !


Akhirkalam
Satu perkembangan menarik barisan pembangkang bro ! satu majlis setiausaha Pakatan Harapan dibentuk dan telah bermesyuarat pertama kalinya bro! hari ini. di bawah ialah kenyataan media PH.
Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berjalan lancar.
Pakatan Harapan semakin mantap apabila berjaya menganjurkan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Setiausaha Agung dari setiap parti hari ini.

Mesyuarat yang diadakan buat pertama kali di ibu pejabat PKR itu dihadiri oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung KEADILAN; Loke Siew Fook Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Haji Mohd Anuar Tahir Setiausaha Agung AMANAH, menurut satu kenyataan media yang diemel kepada Suara pakatan daily.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat seumpama itu adalah menyambung tradisi amalan Pakatan Rakyat sebelum ini; bahawa pentadbiran dan perjalanan harian Pakatan Harapan diuruskan melalui sebuah Majlis Setiausaha.


Kenyataan itu juga menyebut, Mesyuarat Majlis Presiden yang pertama akan dilakukan pada hari Isnin 19 Oktober 2015 jam 11.30 pagi di Parlimen sebelum perikatan baharu itu secara rasminya merancang aktiviti politik secara bersama.....Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berjalan ...

KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN
MESYUARAT PERTAMA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Setiausaha Agung dari setiap parti telah bermesyuarat buat pertama kali pada hari ini di ibu pejabat KEADILAN. Perkara ini menyambung tradisi dari amalan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa pentadbiran dan perjalanan harian Pakatan Harapan diuruskan melalui sebuah Majlis Setiausaha.

Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan menetapkan perkara-perkara berikut:
1. Mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada hari Isnin 19 Oktober 2015 jam 1130 pagi di Parlimen. Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah badan tertinggi yang dianggotai oleh pimpinan tertinggi dari setiap parti yang menentukan dasar dan hala tuju Pakatan Harapan. Mesyuarat pada hari ini membincangkan perkara-perkara yang akan diangkat dalam mesyuarat Majlis Presiden pada hari Isnin 19 Oktober 2015.
2. Penubuhan dan pelancaran Pakatan Harapan di setiap negeri. Jadual Jelajah Pakatan Harapan yang bertemakan ‪#‎bebasrakyat‬ ‪#‎bebasAnwar‬ akan dimuktamadkan dan diangkat untuk kelulusan Majlis Presiden minggu depan.
3. Persediaan awal ke arah merangka satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policy Framework) yang bakal ditandatangani ketiga-tiga parti.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yakin sebuah pakatan yang lebih kukuh dan bergerak bersama akan meningkatkan tekanan terhadap Dato’ Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan.
MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
15 OKTOBER 2015
YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung KEADILAN
YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
Haji Mohd Anuar Tahir

Setiausaha Agung AMANAH

*******
Ini satu perkembangan menarik sebenarnya, yg diharapkan dapat bersatu tenaga dalam menghadapi tenaga besar BN nantinya ! Inilah antara pekara yang dimaksudkan oleh Mat Sabu seperti dalam video di atas.



Anwar dan keluarga..penyayang keluarga dan rakyat ! Inilah sosok yang digeruni UBN, punya kekuatan tersendiri, teguh berperinsip, sosok yang mampu rapatkan saf pembangkang dengan berkesan dan kali ini sosok ini terus diyakini mampu kembalikan gemilang pembangkang sekian kalinya untuk kembali bersatu teguh.. 

#bebasanwar
#bebasrakyat




Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$