Mencari Kematangan Siasah Dalam Berpolitik - [VIDEO]

Kematangan bersiasah dan berpolitik secara sehat dan matang sudah tidak ada lagi dalam PAS bro ! terutama PAS Kelantan Selangor dan Terengganu? (Hadi tidak anggap Amanah ancaman besar PAS) .. Sejak sambutan 'Fastaqim' di KB semalam, nada Tok Sidang makin mengada2 sikit, dulu dgn Amanah? apa pun tak kena, tambah2 semalam Harakah melaporkan, Kadir Sheikh Fadzir yg berucap di pentas H60K menegaskan, "Tanpa PAS, Mana-mana Pihak Tidak Boleh Menang P'raya"?..lapor Harakah...lagi laa naik tocang segala Paschai dalam stadium tu bro ! Kah Kah Kah 

Bila ada saja pujian yg dihambur depan para penyokong taksub melampau, mereka sebenarnya 'dibunuh' dengan halus dan lembut bro ! Pujin itulh yang 'membunuh' Kenyataan Presiden 'Ikatan' di atas menunjukan PAS seolah menjadi 'terlalu besar' sampai ada pihak tak boleh menang p.raya kalau tanpa Pas? Waa dahsyat nie sampai tara tu puya 'statement'? Kah kah Kah 
Kedah tungging di Pru 13 dulunya, Terengganu bungkuih bro ! Mana pi Pas masa tu? Mana? Patutnya T'ganu boleh sapu bersih? tetapi bawah Tok Sidang, Pas semedang dapat 'kalah' saja? T'ganu tu lubuk Pas bro ! Tapi Tok Sidang sendiri hanya bertahan sepenggal saja..Kah Kah Kah

Amanah, walaupun pernah dinista sedemikian rupa oleh Pas, mereka tetap menunjukan kematangan bersiasah bilamana mereka hadir di H60K bro, lapor Sinar Harian (Kepimpinan Pas perlu berubah) Hasan Mahmud Al-Hafiz seorang ahli Pas berkata,

"Sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik. “Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu kerana hendakkan perpecahan. “Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat,” katanya. -SH
Bolehkah Tok Sidang mau dengar cakap2 macam nie? Inilah benih2 pemikiran matang yg perlu keluar dari mulut orang cerdik pandai 'agama' bukan sentiasa mencemuh, mengherdik, melabel, memperli dan sebagainya dari orang yang digelar 'segala ulul' oleh DHMA itu, supaya Pas tidak lagi mengamalkan politik haprak bro ! kadng lgi teruk dari Umno?...
Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka..Inilah tahap 'kematangan' Pas yang makin merudum bro ! Kah Kah Kah
**********
Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS
OLEH ZULKIFLI SULONG,
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 10 October 2015
Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.

Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.


Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar, kiri) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.

Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.
Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.

Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.
Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.
Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.

Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.
Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.

"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.
Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.

"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.
"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.
"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

Kebencian PAS terhadap Amanah berpunca daripada hakikat yang pemimpin parti serpihan itu dulunya rakan seangkatan pemimpin konservatif parti Islam.
Tetapi, mereka lebih progresif dan memilih untuk meneruskan kerjasama dengan bekas PAS yang kini menjadi musuh, iaitu DAP yang sekular dan PKR di bawah Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi.

Apabila kumpulan progresif menubuhkan Amanah, mereka dilabelkan sebagai "pengkhianat" oleh PAS, yang berikrar tidak akan bekerja sama dengan mereka lagi.
Apa yang berlaku kepada Suhaimi turut juga dialami seorang lagi pemberi kuliah, Roslan Ismail, yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Besi, Terengganu.

Katanya, pada 1 Oktober, beliau menerima surat makluman diberhentikan daripada memberi kuliah di Surau Darulsalam, Paka tempat beliau berceramah sejak puluhan tahun lalu.
Ekoran itu, pada 2 Oktober, Roslan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Amanah, kepada naib presiden parti itu Datuk Dr Mujahid Yusof di Kuala Terengganu.

Apa yang dihadapi Suhaimi dan Roslan turut dialami ramai ahli dan bekas pemimpin PAS di seluruh negara.
Kerana perbezaan pendapat, mereka disisihkan pemegang jawatan PAS sekarang yang menang melalui kempen agresif menyerang pihak yang berbeza pendapat.


Ekoran itulah sambutan dan penyertaan ke dalam Amanah menjadi fenomena di seluruh negara. – 10 Oktober, 2015..TMI

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS



Mencari Kematang Siasah



Mat Sabu: Amanah sedia tanding 3 penjuru lawan PAS jika terpaksa


Bila ramai asatizah dan lainnya yg bukan asatizah 'dihalau' oleh Pas hanya atas alasan2 remeh dan enteng..maka kuliah pun disekat, dihalang. sekalipun mereka cukup berotoriti lebih dari lebai2 Paschai yang berteraboq tu ! UAA dan Ust. Ghani Shamsuddin pun mereka boleh halang bro ! betapa pula asatizah lain..
Sebagai contoh kecil, bila Ketua Penerangan PAS Pahang disisihkan hanya kerana dia dituduh menyertai Amanah (pada hal tidak pun).. beliau terus mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah? Kononnya lagi, pasai dia celen Shiekh Tontowi (Nasrudin Hasan) sebagai Naib YDP Pas kawasan Indera Mahkota dan menang pula tu..sejak tu, beliau dilabel sebgai 'penentang ulama' lalu disisihkan! Kah Kah Kah 
Agaknya Panglima 'Siku dan Lutut' tak sempat bersilat kot tahun 2013 dulu nie? pasai buah siku dan lutut baru dipelajari tahun 2015 baru nie saja, tu pasai kalah ! kah kah kah
Inilah politik tidak matang segala Paschai bro ! sama2 depa sendiri pun bergasak sakan hanya kerana yg kalah tu di'anggap' ulama tersohor? pada hal tiada beza dengan Paschai yg lain, ilmu dan ulama dalam diri dipisahan..dah macam sebijik Umnuuu ! Kah Kah Kah


Matang SatuFastqim lebih Aula lebih utama


Mana rumah kami? - Mangsa banjir Kelantan
Penduduk mendakwa, selepas 10 bulan ditimpa musibah banjir, kerajaan masih gagal menyediakan kediaman kekal seperti yang dijanjikan sebelum ini. - Astro AWANI
Lebih 100 keluarga mangsa banjir Kelantan, yang masih menghuni kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani dan khemah sementara di Bandar Utama, menagih janji kerajaan membina rumah kekal untuk mereka..
Muhafandi MuhamadAstro Awani
******
Tak apa bro ! nanti lepas 'Fastaqim' kita boleh sembang sambung balik pasai cerita dok dalam khemah nie? Depa dok tengah riuh rendah dengan program besaq tu? untuk hadapi PRU 14? sekali pun depa Paschai dok habaq depa tak mau menang ! cuma nak cari redha saja ? Laa nie depa dok tengah bincang masalah besaq negara bro? tu pasai depa berhimpun ramai2! melimpah ruah stadium khabornya?  masalah kecik macam 'janji' nak bina rumah kekal untuk saki baki mangsa banjir dulu nie? bukan sangat agenda depa bro? masalah tu 'kacang' jer bagi Paschai Kelantan !
Begitulah 'kematangan' berpolitik dalam Pas bro ! depa selalu baca kitab 'fiqh awaliyat' (fiqh keutamaan) sampai khatam ! tapi dalam tindakan? Nahi bro..Nahi. Biaq kokok berderai2..tau2 ekoq berlemoih taik ! Kah Kah Kah

Matang Dua ?
Takut nak tunjuk muka?


Menteri Diarahkan Jangan Hadir Kenduri Shafie Apdal?
Menteri nafi arahan jangan hadir kenduri Shafie
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan ketidakhadirannya dalam majlis kenduri anak lelaki Datuk Seri Shafie Apdal disebabkan arahan pihak tertentu.
Salleh berkata, beliau tidak hadir ke majlis perkahwinan anak naib presiden Umno itu kerana berada di Labuan atas urusan rasmi.
"Tak betul (ada arahan). Saya di Pulau Labuan atas urusan rasmi semalam dan hari ini," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak Shafie, Mohd Shazwi dengan Siti Aimira Suhaidi di sebuah hotel di Kuala Lumpur...Malaysiakini
Baca (Kenduri Shafie Apdal jadi majlis orang pencen) , (Menteri nafi ada arahan jangan hadir kenduri Shafiedan ( Resepsi anak Shafie Apdal tiada kelibat majoriti pemimpin Umno)
*****
Apa dah jadi bro? Tak kan orang pencen jer yg pi bro ? walaupun ramai tetamu kehormat lain yg hadir, tetapi ramai juga VIP dalam gomen yg tak sampai? Al- maklumlah ! matang politik susah nak cari, bila dah tak berkenan, ada saja helah dan madahnya, atawa segheyau nak 'layoq' (tunjuk) muka? kot2 jadi cerita lain? masa depan boleh 'gerhana' beb ! Kah Kah Kah
Ini cerita dalam Umno bro ! lama dah kita tak lihat 'kematangan' dalam tindakan? ini kes kecil jer! Kenduri punya pasai tu, banyak laa helah kalo tak mau hadir tu? sekalipun dulunya kawan aqrab, kawan kamcing bro !!!!

Matang Tiga
Kalo dah tak berkenan?Orang lain pun jangan berkenan?


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR melakukan kesilapan dengan menerima keanggotaan Datuk Saifuddin Abdullah kerana beliau selama ini menyusahkan Umno dan BN.
"Dia yang mahu meninggalkan Umno. Semoga tuhan berkati dia.

"Saya rasa PKR melakukan kesilapan dengan menerimanya. Dia (Saifuddin) kalah di Temerloh (semasa pilihan raya umum lalu)," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas penyertaan Saifuddin bersama PKR hari ini.
"Ini bukan kehilangan bagi Umno dan BN. Dia sentiasa jadi liabiliti," katanya tetapi mengakui bahawa Saifuddin seorang yang baik.
Tengku Adnan juga menolak dakwaan Saifuddin sebelum ini yang mendakwa bahawa orang ramai tidak mengundinya pada pilihan raya lalu kerana kecewa dengan Umno.
"Terus teranglah, semua rakyat mahukan calon yang disukai, bukan kerana parti mereka," katanya.
Menurut Tengku Adnan keahlian bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu di dalam Umno secara automatik gugur selepas menyertai PKR.
Saifuddin sebelum ini diberi surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September lalu.
Mesyuarat meja bulat itu menyaksikan pembentukan pakatan pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan.
Pada sidang media hari ini, Saifuddin memberitahu bahawa tindakannya keluar parti adalah disebabkan kerana tiada tindakan yang dikenakan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung wang yang dideposit ke akaun peribadinya berjumlah RM2.6 bilion..baca kenyataan bawah tu bro !
(PKR silap, Saifuddin liabiliti, kata Ku Nan)
******
Lebih kurang macam Pas laa juga Umno pun, kalo ada saja 'ahli' luar biasa mereka 'berubah angin', masuk wadah lain? yang 'baik' jadi 'tak baik'..Nasib kau laa Datuk ! Pas pun apa kurang kata kat profesional mereka dulunya? Pengkhianat ! dan 'Pengkhianat' tu laa yang julangkan Pas sewaktu Pas dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dulunya tu ! Susah nak cari 'kematangan' politik sekarang ini, lebih2 lagi bila agenda'bangsa' dijadikan ubat mujarab untuk kekal berkuasa? 'asabiyyah laa tu.

Matang Empat"Lambang Kekuatan"?

Dulu Tok Moh Pas habaq, Hudud tu 'nyawa Pas'?Mamat nie pula kata, 'Fastaqim 'lambang kekuatan Pas'?Bercelaru laa puak2 nie ! di manakah agaknya boleh dapat'kematangan' berfikir dalam Pas nie? Tapi nak kata apa bro! Perkasa yg teruk macam tu pun, depa ajak jadi memba, boleh 'co-operate' lagi? Kah Kah Kah
****
Lambang kekuatan sebenar Pas ialah bilangan kerusi di dewan rakyat.
Utk makluman adik adik sebelum pru 1986 Pas buat ijtimak di kok lanas. Duit derma jihad yg dikutip berguni guni kerana bilangan yg hadir sangat ramai.
Dalam pilihanraya umum 1986 Pas menang satu kerusi parlimen ulang suara pas menang satu kerusi parlimen iaitu Parlimen Pengkalan Chepa..
Gemulah cikgu mat fakhruddin bekas Pengarah Pilihanraya Pas sebut acap kali "rosid bilang selai selai" ( merujuk kpd spr - tan sri rashid setiausaha Spr masa itu- bilang kertas undi tiap tiap helai) dia tak kira org hadir tempat ceramah.
Apa pun tahniah kerana dgn kedatangan pelancong politik hari ini dan esok sambal daging dan toto sungguh laku sekali..Capkapalayar Limaribukawan

Matang Lima
Merah boleh! Oren Nahi bro 
Sebahagian peserta 
yang hadir di Himpunan Fastaqim (H60K), 
hari ini. -Foto Sinar Harian
Merah tak pa, tapi jangan oren’Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.
Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang ini.
Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’..Sinar Harian
******
 Kah Kah Kah.. Dalam gurau ada sindirnya bro ! Memanglah PAS dengan merah tidak mengapa, kawan sekoleh kan? hari2 dok bermain aci lon..apa nak heran lagi? dengan oren saja ta boleh bro ! Pengkhianat ? tu pasal paschai nie pakai 'topi merah'...dah jadi 'burung belatuk' 'berjambul merah'? mungkin dia terperasan kot? depan dia tu semua 'berjambul' putih? jadi nak elak segan silu tu, gurau pi laa sikit bro? tau2 hadirin suka bebenor gurauan tu, apa lagi? naik tocang laa? 
Bahasa menunjuk budi bro ! walaupun itu satu gurauan ? tetapi ia menampakan 'kecetekan' faham jagat politik ! apa salahnya jangan timbulkan 'selentengan' sedemikian? Tumpukan saja kepada 'fastaqim' kamu tu, jelaskan agenda, matlamat dan gerakerja yang hangpa nak buat? bukan jadi Pak Lawak pentas sebegitu? orang melayu terutama Paschai memang gemar melawak bro ! kalo tidak filem P.Ramlee tak pecah panggung laaa...Tak matang sangat laa paschai bila dapat 'mic' ! kah kah kah
Bro n sister
"Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja. Saya nak pecahkan KHURAFAT, bukan hanya Pas yang faham Islam. Orang lain pun ada yang faham Islam. Apabila tidak bersama bukan bermakna dia menentang. Ada benda yang kita boleh duduk sekali. Berkawanlah dengan orang-orang yang membuat kerja dakwah"."JANGAN MENDABIK DADA hanya kita seorang yang buat kerja dakwah. Setiap orang berjuang di bidang masing-masing.."YBH Dr Rozaimi Ramli~Pensyarah UPSI~Ahli Majlis Fatwa Perlis"Bai'ah (Sumpah) boleh dirungkai dengan membayar kafarah"~Ibnu Taimiyyah ~Said Hawa

Matang EnamNoh Omar kena 'balun' ?

PETALING JAYA: Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.


Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang..NewMalaysianPost..(Anina hentam Noh perbodohkan rakyat)
*****
Matang lagi Anina dari bekas menteri tu bro !Anina bercakap dgn fakta bukan auta ! ini pasai laa si anina tu terpinggir dari Umno sekarang ini...Ada ke patut Noh minta MB S'langor 'return' balik 30% dari dua syarikat lebuhraya milik S'langor pada hal S'langor tidak tidak pernah menjanjikan 30% saham anak syarikatnya kepada rakyat TETAPI Putrajaya sememangnya mencanangkan bahawa kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat..Awat Noh tak desak Putrajaya pulangkan kutipan GST itu?
Inilah ketidakmatangan cara ahli politik 'picisan' yg cuba 'membakar' sentimen rakyat khususnya di Selangor? last sekali dia si Noh ini 'dibakar' oleh orang dia sendiri si Anina tu ! 
Anina lebih matang berhujjah bila dia menyebut, “Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat.” 
Agaknya inilah yg menyebabkan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyuarakan supaya disiplinkan pemimpin 'badut' dalam parti komponen BN ? Kah kah kah

Matang TujuhTak boleh berhujjah ?Telepon Amanah Di Godam?Godam Dan Sabotaj Telefon SU AMANAH Kerja Jahat Siapa?

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengarah setiausaha negeri di enam buah negeri membuat laporan polis selepas telefon mereka didakwa digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir berkata nombor telefon setiausaha di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan digodam kerana didakwa menghantar mesej palsu berkaitan "keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu". "Kita arahkan agar setiausaha negeri yang nombor telefonnya digodam untuk tampil membuat laporan polis," katanya ketika dihubungiMalaysiakini pagi in... more »
*****Ini satu lagi keroja tak matang bro ! khianat macam nie? apa untungnya? apa yang dapat? berhujjahlah secara sehat, kalau tidak mampu? diam lebih baik ! 
Matang Akhir
Kredit imejTheantdaily
Lelaki Cina memelihara gadis Melayu yatim piatu
Sudah diketahui umum yang hubungan kaum di negara kita di masa lepas lebih baik berbanding kini.
Tiada orang seperti Ali Tinju dan Jamal Md Yunos, yang mencetuskan api perkauman dengan kenyataan-kenyataan mereka, dan terlepas daripada dikenakan tindakan yang menjadi satu kebiasaan hari ini.
Kita mungkin boleh berpura-pura yang semuanya masih elok, tetapi hakikatnya, ketegangan sudah memuncak, di bawah pemerintahan Umno Baru.
Nasib baiklah, masih ada manusia yang tidak memandang warna kulit, kaum, agama dan bangsa, dan mengutamakan kemanusiaan mereka.
Stanley Yeong ialah salah seorang daripada mereka.
Yeong baru-baru ini berkongsi pengalamannya membesarkan anak angkat perempuannya beragama Islam sejak berusia sembilan tahun.
Gadis itu kini sudah berkahwin...sambung baca di bm.theantdaily.com
******
 Cerita yg dikisahkan  oleh V Shuman ini mempunyai nilai hubungan antar manusia dan manusiawi bro ! Inilah nilai kematangan dlm hubungan antar manusia..Stanley Wong patut dicontohi dari sudut ini.


Beliau turut menempelak si Ali Tinju dan Jamal Md Yunos yg sering mencetuskan api perkauman dgn kenyataan dan tindakan mereka, walaupun nampak pura-pura dan hipokritnya, tetapi tindakan mereka itu memberi satu impak buruk dalam hubungan kaum di nagara kita.
Kenapa meniupkan 'asabiah'? satu faham yg telah ditolak secara total seluruhnya oleh Islam? tak payahlah aku bawakan dalil lagi di sini..baca (شرح حديث من دعا إلى عصبية ومن مات على عصبية  ) Nabi s.a.w menjelaskan siapa sahaja dari orang Islam yg mengaku Islam menyeru kpd 'asabiah, mereka itu bukan dari kalangan pengikutnya Nabi Muhammad s.aw ! Apakah Umno seperti Jamal dan Ali bukan menyerukan kebangkitan 'asabiah? bila menganjurkan himpunan baju merah dulu? Ni pun dia nak buat lagi? tapi dihalang oleh polis ( Jamal pertikai bidang kuasa polis) dia Jamal masih 'degil' mahu meneruskan  Perhimpunan ‘Selamatkan Negeri Selangor Daripada Kerajaan Pakatan Caca-marba’? Kah Kah Kah 
Siapa daa 'caca marba'? apasal pi kaco Selangor? Lu sudah tak ada kerjakah? Tak malukah cerita atas tu? Itu baru orang 'respect' bro ! bukan buat 'heboh' tak tentu pasal macam tu...kah kah kah Di manakah kematangan politik yang ada dalam tubuh badan Umno? tubuh badan Pas? Himpunan 60K tu? Untuk apa? apa yang mau tunjuk? (Himpunan 60k - Sinar Harian)

Nik Abduh kata, Penganjuran Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) bukan kerana ramai ahli Pas meninggalkan perjuangan parti.
Pengarah H60K, Nik Abduh berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini..?(Himpunan 60K bukan kerana ahli keluar parti | Perak Today)Kah Kah Kah...
*****
Jangan bohonglah, jangan kapurrr laa sama orang bro !Pas dah 'ketaq' setengah mati bila lahirnya Amanah dan seterusnya Pakatan Harapan bilamana di sesetengah tempat seperti di Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan lain negeri..berbondong2 anak muda yg meninggalkan Pas..lagi mau 'tipu' ke? 
Kalo H60K mau cakap ia berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini..? Apasal tidak sertai 'Bersih 4' tempohari? apasal menyendiri? Memang pun sekarang Pas juga meniupkan 'asabiah kumpulan sendiri, sebab itu dia selesa dok berkepit dengan Umno, jadi payah laa bro ! Kah Kah Kah


Mai cerita sikit pasai H60K bro !depa kata bukan nak tunjuk hero? Kah Kah Kah'Fastaqim' adalah 'digunakan' Pas dari ayat yang terdapat dalam Surah Hud ( ayat 112-113) - iaitu 'perkataan (فَاسْتَقِمْ)' yg terdapat pada awal ayat 112 Surah Hud ! فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ * وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ  
[ سورة هود الآيات:112-113]
Mafhum ayat, "Hendaklah kamu berlaku lurus sepertimana yg diperintahkan (istiqmah) - serta orang yang taubat bersama engkau dan janganlah melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa2 yg kamu kerjakan (112)"Dan janganlah pula kamu cenderung kepada orang2 yg berbuat zalim, nescaya nanti kamu disambar api neraka dan tidak ada bagimu wali selain dari Allah, kemundian kamu tidak mendapat pertolongan" (113)
Berdasarkan ayat Hud:113 - Adakah Pas betul2 'istiqamah' di atas 'platform' PAS itu sendiri? Jadi, kalau mereka betul2 nak 'Fastaqim', janganlah lagi 'cenderung' kpd puak2 yg berlaku zalim kpd rakyat ! jangan  lagi cenderung seperti sebelum ini, sampai Perkasa pun depa buat jadi memba yg pernah menyerang DSAI dengan membaling kasut dalam sebuah mesjid di Alor Setar sedikit masa lalu...(Perkasa biadap serang Anwar dalam ) - begitu juga dengan Umno melalui beberapa himpunan seperti Himpunan Baju Merah, menjadikan 'asabiah kaum seagai agenda mereka ? amat malang lagi, pemimin2 utama PAS sering dilihat begitu rapat sekali dengan pimpinan2 utama Umno sehingga menjengkilkan ahli2 bawahan, bahawa PAS sudah tidak istiqamah lagi dengan dasar perjuangan asalnya? Inilah sikap 'melampau' Pas seperti disebut dalam ayat 112 di atas, melampau dalam menuduh kumpulan yg dulu ahlinya sebagai 'pengkhianat'? melampau dalam mengherdik dengan kata-kata 'melampau' seperti ; 'salak babi dalam bukit', 'barua', 'broker' dan seumpamanya, sedangkan mereka lebih mafhum akan dosa pahalanya,? hanya kerana mereka kumpulan yg menubuhkan Amanah sekarang ini tidak lagi mahu bersama mereka, kerana dah pun dihalau dengan 'Sekeping CHAI' bermutu tinggi? melampau dengan mereka cipta 'Bai'ah Talak Tiga' hanya kerana menghalang ahli yg menangi PRU berubah wadah...Kah Kah Kah
Habis? Program H60K itu untuk apa sebenarnya? ia hanya ingin 'menunjukan' kepada Pakatan Harapan bahawa kami (PAS) masih gagah perkasa ! riak di air, dah tahu jantan betinanya bro ! Kah Kah Kah



Anda sendirilah nilaikan 'kematangan' cara pikir Pas dan peranan yg dimainkan oleh segala Paschai bro ! Cara pikir Pas memang tahap 'separuh masak' bro ! tak matang laa tu..nak suruh kumpulan profesional setia kpd jamaah pertama mereka? dalam keadaan mereka 'diperlakukan' dengan berbagai 'perilaku hodoh' oleh Tok Sidang Pas dan yang lainnya, sehingga mereka dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dan lainnya?. 


Amanah Nafi Wujud Pelekat 'Oren Ganti Hijau'
Published on Oct 16, 2015Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menafikan kewujudan pelekat bertulis ‘Oren Ganti Hijau’ yang didakwa mensabotaj beberapa poster program anjuran Pas dan kemudahan awam di negeri itu..Sinar TV
*******Ini kerja orang bangang bro ! Sabotaj.Tak akan ada orang Amanah nak merosakkan 'reputasi' dia sendiri? Tentu sekali bukan? Mustahil dari Amanah.Jadi? Sapa punya keroja macam 'pelesit' nie? akal yg waras akan mengatakan kumpulan yang sedang 'sakit' dengan kehebatan Amanah ini, terutama bila Kelantan munculdengan ahli Amanah paling ramai menyertainya ! Kumpulan yg 'sakit' begini akan buat apa saja di luar kewarasan akal yang sehat bro ! Kematangan dalam perbezaan pendapat dan lainnya ditolak ke tepi bro ! Jadilah 'fikrah' mereka dungu, jumud dan bercelaru arah, mereka sudah tidak mampu berfiki lagi.
Kalau Telefon SU Amanah pun boleh digodam oleh kumpulan tertentu? Setakat nak buat pelekat 'Oren Ganti Hijau' ? Kacang sajalah bagi 'yg tidak matang' tadi bro ! Memang mereka lebih pintar 'baling batu, sembunyi tangan'..kerja orang bacul bro !! Kah Kah Kah Kah Kah




Comments


  1. MATANG adalah..."Jiwa" DEWASA
    "Jiwa" DEWASA...Arif BIJAKSANA
    Suka Mem BERI...Bukan MEMINTA
    Suka Me LIHAT...Manusia GUMBIRA


    Dewasa-BIJAKSANA...Matang SEMPURNA
    Tak Hingin Ter KINJAT...Nobat HINGUSAN
    Budak-Budak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
    "Mabuk" HARTA ...Di Perdaya kan SETAN


    BudakBudak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
    HARTA dan Kuasa...Di Perangkap SETAN
    FITNAH Ponteng...U-Turn dan AUTA
    Per JANJIAN Setan...Wajib TUNAI kan


    Budak-Budak HINGUSAN...Akal nya CETEK
    Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
    Sumpah SERANAH...Merampus MEREPEK
    Ter Serlah BODOH...Ber Lagak GARANG


    Wahai Sahabat...Amanah BUDIMAN
    Jadi lah MATANG...Ber Lapang DADA
    Arif BIJAKSANA..."Men-Dakap" TUHAN
    "Men-Dakap" AMANAH...Erat SEMPURNA


    "Mendakap" AMANAH....Erat SEMPURNA
    Suka Mem BERI...Bukan Men CURI
    Mem BERI Itu....Sifat Yg"ESA
    HARUM Me Wangi...Mulia ABADI..


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    MATANG itu...Luas SEMPURNA
    Mem BERI Ber Kongsi...Kurniaan TUHAN
    Nikmat"NYA Ber Tambah...Ber Ganda-GANDA..


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO