Angin Sejuk Melanda PKR? Rafizi Akan Diganti? Ada cerita belakang bro !

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?

Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.

rafizi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.

Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.

Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.

Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.

Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.
Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.

Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.
Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata..FMT

**********
Walaupun desas desus kencang melanda PKR dan kedudukan Rafizi goyang, Mesyuarat MPP sebentar tadi menafikan perkara ini bro ! Kedudukan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung parti tidak dibincangkan semasa Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini lapor themalaysianinsider..baca Kedudukan Rafizi dalam PKR tidak terancam, kata Azmin - 

Cerita Di Belakang


Cerita Di belakang Mesyuarat Khas MPP PKR 
Oleh Mohamad Yasir Yasin

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlangsung semalam 11 oktober berakhir sebagai suatu anti klimaks. 

Mesyuarat menyokong kepimpinan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seterusnya mengeluarkan resolusi empat perkara. 

Pertama, PKR akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu. 

Kedua, PKR komited memantapkan Pakatan Harapan dan keanggotaannya akan diperbesar kepada rakan politik yang lain.

Ketiga, PKR menggesa semua parti menghentikan perbalahan terbuka dan keempat, PKR boleh mengadakan kerjasama dua hala dengan parti-parti politik lain bila mana ada keperluan. 

Bermula dengan petisyen yang ditandatangani 25 ahli MPP yang pro faksi timbalan presiden Azmin Ali menuntut presiden Dr Wan Azizah mengadakan mesyuarat khas, “build up” menjelang mesyuarat itu membayangkan PKR berdepan ancaman perpecahan dalaman. 

Timbul anggapan kumpulan 25 ini memulakan gugatan terhadap kepimpinan Dr Wan Azizah. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang dilantik Dr Wan Azizah berhadapan dengan usul disingkirkan daripada jawatan. 

Sasaran sebenarnya ialah Dr Wan Azizah tetapi dibuat secara ‘pukul anak sindir menantu’. 

Ada dua bentuk mesyuarat di dalam PKR. Mesyuarat MPP bulanan dan mesyuarat MPP Khas. Amalan selama ini jika ada isu-isu besar dalam parti seumpama isu menteri besar Selangor, pendirian parti dalam ‘isu hudud’, diskusi strategi pilihan raya dan sebagainya seringkali MPP Khas diadakan. 

Memadai dengan membuat permohonan lisan kepada presiden dan setiausaha agung parti dan notis mesyuarat pun dikeluarkan. Kehadiran juga dibuka kepada pimpinan lain yang bukan anggota MPP. Tujuannya supaya penyertaan lebih luas dan maklumat boleh diperturunkan ke bawah dengan lebih pantas dan tepat. 

Timbul persoalan apa perlunya kumpulan 25 menghantar petisyen menuntut diadakan MPP Khas sejurus Dr Wan Azizah mengumumkan penubuhan PH? 

Memohon diadakan MPP Khas bukannya isu, namun sehingga sampai mengumpul tanda tangan dan yang menurunkan tanda tangan pula terdiri dari faksi penyokong timbalan presiden, Azmin? 

Difahamkan tidak pernah Dr Wan Azizah tidak bersetuju dibuat MPP Khas. Jadi kenapa sehingga perlu menghantar petisyen? Lebih aneh apabila Azmin sendiri tidak menandatangan petisyen tersebut. Malah naib presiden Shamsul Iskandar yang juga penyokong Azmin juga turut tidak menurunkan tandatangan. Tidak ubah pepatah melayu 'Baling batu sembunyi tangan’. 

Perkara penubuhan PH dikatakan sebagai punca pertentangan dalaman dalam PKR. Benarkah begitu? 

Ada dua pandangan di kalangan pimpinan PKR menyentuh perkara ini. Pertama kalangan yang berpendapat perlunya diwujudkan segera sebuah gabungan parti-parti pembangkang setelah PR berpecah. 

Ada kekosongan kepimpinan dan kekosongan ‘wadah’ yang menemukan semua parti pembangkang. Menangguhkan penubuhan gabungan ini tidak dianggap suatu yang bijaksana. 

Alasan tunggu sehingga PAS bersetuju tidak masuk akal ketika mana semua petunjuk setakat ini mencerminkan ketidaksediaan PAS untuk ikut serta. Wujudkan dahulu PH dan pintu perundingan masih terbuka. 

Termasuk kemungkinan mengadakan ‘electoral pact’ dengan PAS pada pilihan raya akan datang dengan kesedaran perlu mengelakkan pertembungan 3 penjuru. Sementara itu berlaku maka parti-parti pembangkang yang bersedia bolehlah membentuk gabungan bersama. 

Kedua, kalangan yang berpegang tidak boleh ada gabungan baru pembangkang sehingga PAS dilibatkan sama. Harus sabar menunggu dan terus memujuk PAS untuk ikut serta. Abaikan sahaja segala kenyataan-kenyataan pimpinan PAS yang tidak mahu bersama. Berikan mereka masa. Tanpa PAS gabungan pembangkang sukar menarik undi sokongan Melayu. 

Undi bukan Melayu sudah dalam tangan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. PKR hanya perlu bekerja untuk menambah sokongan Melayu. Ini sukar tanpa PKR bekerjasama dengan PAS. Justeru itu, PH yang diumumkan Dr Wan Azizah tempohari adalah kerja gopoh. 

Apabila Dr Wan Azizah membuat keputusan pada akhir persidangan mejabulat dengan mengumumkan penubuhan PH, maka Azmin dan penyokongnya dalam MPP membantah. Sasaran mereka ialah setiausaha agung, Rafizi. Rafizi diserang - membelakangkan MPP, engkar ‘arahan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mempergunakan presiden

Sementara Azmin sendiri tidak tandatangan, 25 ahli MPP yang lain diminta menandatangan petisyen menuntut diadakan MPP Khas untuk membincangkan pertama, isu penubuhan PH dan kedua untuk MPP mengeluarkan arahan baru kepada presiden! Niat tersirat terserlah sudah. 

Apabila kandungan petisyen dan nama-nama kumpulan 25 bocor pada khalayak, perbincangan dan perbahasan terbuka berlaku, ada pro dan kontra. Namun umumnya berpendapat tindakan menghantar petisyen suatu yang tidak wajar. 

Mood rakyat ialah mahukan sebuah gabungan pembangkang. Kelahiran PH dianggap tepat pada masanya. Pintu untuk PAS terus terbuka. Begitu parti-parti pembangkang yang lain. Melengahkan penubuhan gabungan pembangkang meresahkan rakyat. Azmin dan kumpulan penyokongnya gagal membaca sentimen ini. 

Dr Wan Azizah membuat keputusan yang tepat. Buktinya apabila mesyuarat MPP Khas semalam menyokong penubuhan PH. Kedudukan Rafizi juga tidak tergugat. Bahkan difahamkan resolusi yang diterima MPP Khas itu disediakan Azmin. 

Kalau sekadar itu resolusinya yakni menyokong kepimpinan Dr Wan Azizah dan bersetuju penubuhan PH, mengapa perlu riuh rendah menghantar petisyen mendesak presiden? 

Bolehlah disimpulkan beberapa perkara. Pertama, Azmin kini menyedari Dr Wan Azizah ada kelebihan tersendiri – kesabaran, ketenangan, ketahanan, pengorbanan, keihlasan dan gaya kepimpinan yang berterus terang tanpa muslihat dan agenda tersembunyi. Mencabar dan menggugatnya biarpun secara ‘baling batu sembunyi tangan’ akan hanya mendedahkan niat tidak elok. 

Justru Azmin akhirnya akur menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah, sementara Rafizi kekal sebagai sasaran serangan penyokong Azmin. 

Kedua, alasan ‘arahan’ Anwar diengkari tidak dapat dipertahan bila mana Dr Wan Azizah tegas dengan kenyataan 'mana mungkin saya mengkhianati perjuangan yang diasaskan suami saya’. 

Ketiga, Azmin gagal untuk merungkai penubuhan PH. MPP Khas sebaliknya menyokong keputusan Dr Wan Azizah. 

Keempat, Rafizi kekal sebagai setiusaha agung tanpa perlu bertutur sepatah perkataan pun dalam mesyuarat MPP Khas disebalik serangan keras penyokong Azmin semalam. 

Hujah Dr Wan Azizah, ‘Rafizi saya anggap macam anak saya sendiri’ menggambarkan keyakinan beliau terhadap Rafizi. 

Sesungguhnya bukan soal PH yang melahirkan pergolakan dalam PKR. Sebaliknya suatu pertembungan kuasa atau ‘power balance’ yang memenatkan dan hasilnya sangat tidak produktif. Cuma satu pesan saya kepada pimpinan PKR, jangan dipandang rendah ‘kebijaksanaan rakyat’. 

Selamat berjuang! 

* Penulis adalah anggota PKR dan pemerhati politik yang mengikuti dekat perkembangan PKR seawal penubuhan sehingga sekarang.


Rentetan Maknawi
Tajuk   : Bangang2 PAS PKR
Kata Bual : Tok Usin UG Ceroi
Arahan : Tok Usin UG Ceroi

Tok kadang2 rasa malu dgn ulamak2 tok....PKR ajak2 ayam pun ulamak2 tok tak faham....bukti PKR ajak2 ayam tu senang je...kita dh ugut PKR itu hari, jangan bkawan dgn Dap dan Amanah, kalau bkawan kita akan putuskan hubungan dgn PKR. Tapi, selamba je PKR tubuhkan PH bersama Dap dan Amanah. Ertinya, PKR dah cabar kejantanan ulamak2 tok. Kalau tok jadi tuang presideng, dah lama tok kerah anak2 buah tok keluar....bukankah kita dh menyalak dalam muktamar baru2 ni kita kuat bersendirian dgn mukjizat siku dan lutut kita? Mengapa kita masih nk bgantung di bawah ketiak Azmin? Mereka uji kita dgn jawatan Exco dan ahli lembaga kat Perangsang pun kita dah jual maruah? Takkan ulamak2 kita mudah diumpan dengan habuan dunia? Kadang2 tok nak cakap direct je dgn guru tok pasal ni....tapi bila membayangkan tebalnya terompah kayu kat kaki dia, tok tak sanggup mati syahid kerana terompah...

Teehehehehe....
Sape kata ulamak tak pandai bergurau dan buat lawak bodo? Tok sendiri tahu, Ulamak tok bukan saja larang PKR berkawan dengan Dap, bahkan parti tok marah bila PKR berkawan dengan Amanah. Sebab itulah puncanya guru tok tak datang meja bulat.Siapa tak tahu, Ketua Dewan Ulamak parti tok, si Dr Mahfodz tu siap cakap, parti tok akan keluar dari kjaan Sgor sebab PKR bersama Dap dan Amanah dalam Pakatan Harapan. Bahkan, beberapa kali ulamak tok ugut PKR samada memilih Amanah, Dap atau pilih parti tok ahli syurga ini? Tapi...tok harap hangpa semua anggap status Tar Snake ini hanya gurauan dan lawak2 bodo di petang jumaat yang mulia ini. Kita harus ingat, tipu daya dan lawak bodo dari sang Ulamak itu adalah Sunnah....

Dah lama tok tak baca status2 bermutu tinggi dari ulamak tok yg berjawatan sbg AJK Pusat. Status ni tok setuju sangat. Tok pun tak tahu Dap nak beri Kerusi kat Amanah ke tak? Parti tok mampus takkan beri. Usahkan nak beri kat orang, hak orang pun parti tok biasa rampas. Contohnya Damansara....Sg Acheh...Bukit Besi...dan byk lagi....lojik ke parti tok nak serah kat Amanah? Dap takkan 'faraid; kerusi kat Amanah. Tak mcm parti tok, bini pun kena 'faraid" kalau langgar "Bai'ah". Tentu Tar snake meleleh air liur bila tok sebut "Faraid" bini ni kan? Teeheheheeeeee....

Masih teringat sewaktu guru tok memberikan ceramahnya dengan pidato yg memukau, " Jangan kamu cenderung kpd orang yg zalim, kelak kamu dibakar api neraka". Guru tok meneruskan cerita, " Ingatlah kisah di mana seorang penjahit baju enggan menjahit jubah seorang raja yg zalim kerana penjahit jubah berkenaan takut kpd azab Allah yg melarang membantu atau bersekongkol dengan kezaliman". Cerita guru tok.Tapi itu kisah jahit jubah. Bukan kisah peluk dan berdakap...

Beginilah ulamak yg bijak. Tak sia2 perwakilan pilih Tar snake. Memang parti tok tak mahu kpd PAKATAN kerana parti tok hanya mahu PAKATAN BERSAMA ALLAH sahaja sebab Allah kekal. Ciptaan manusia tidak kekal. Faham?Apa ? Pondok Tar snake? Ohhh....memang lah pondok Tar Snake dapat bantuan dari YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA yg dimiliki oleh amno. Mengapa bergantung dengan amno? Kenapa tak bergantung dengan Allah saja untuk hidupkan pondok itu? Ohhh...itu lain...Tar snake dah puas solat hajat,berdoa...minta Allah bantu pondoknya, maka Allah kirimkan Yayasan Pondok 1 Malaysia kepunyaan amno itu untuk pondok Tar snake. Maka, tanggungjawab Tar snake adalah bantu amno semula sebagai membalas pemberian Allah.Apa ? Bergantung dengan Azmin, MB Selangor? Ohhh...memanglah parti tok tidak bersama PAKATAN HARAPAN kerana parti tok hanya bergantung dengan Pakatan bersama Allah. Tapi....di Selangor itu lain...sebab Azmin diutuskan oleh Allah untuk bantu parti tok yang kini telah jadi kera sumbang. Kalau tidak bergantung bawah ketiak Azmin, siapa nak beri gaji kepada menantu guru tok si Din Ayam? Tar snake memang tak mampu nak sara Din Ayam,sedangkan pondok dia pun harapkan derma orang dan Yayasan Pondok 1 Malaysia je. Maka, tiada salah bergantung dengan PKR di Selangor asalkan kita berniat PKR itu Allah utuskan untuk bantu parti kita.Wallahu Aklam.

Tok masih ingat. Dulu orang ini tinggalkan bini dia hanya utk berjuang bersama rakyat. Sanggup tinggal anak bini di rumah.Kali ini, dia 'dipaksa' untuk tinggalkan bini dia dengan "bai'ah cerai talak tiga". Ada guru tok kisah? Ertinya, dalam jemaah tok...kamu mesti bersedia sebilang masa untuk berpisah dengan isteri dan anak2....kecuali guru tok dan para ulamak saja

Tok amat terharu dengan ketegasan Nik Amar. Dia tahu semua bumi Kelantan itu milik parti guru tok, maka dia tetap akan pertahankan Tumpat. Ertinya, samada parti tok buat muka tak malu terhegeh2 mahu kekal dalam Pakatan 2.0 nanti, namun Tumpat tetap milik parti tok.Tok gumbira kerana belum pun parti tok berada dalam Pakatan 2.0, tetapi Nik Amar sudah tunjuk bahawa jangan main2 dengan parti tok. Kalau setakat nak ceraikan laki bini orang pun parti tok boleh buat, apatah lagi mahu pertahankan Kerusi Tumpat. Korang fikir sendiri, bertuah tak kalau Pakatan 2.0 ada kawan seperti parti tok yang tegas??? Yang penting tegas walaupun nampak bodo.....

Setuju. Kita tak perlu gopoh untuk sertai PR 2.0. Kalau nk putus hubungan dengan Dap dulu takpe la kita buat gopoh-gapah dalam muktamar sebab guru kita arah buat jangan ada bahas, kena lulus sebulat suara.Untuk berada dlm PR 2.0 ni, guru tok kata tengok dulu. Mana la tau kot2 umno offer dulu. Sekarang ni Umno buat dekkkk je...


Tok dah mula rungsing. Puas guru tok tegang2 leher sebut parti tok kuat dan telah bersedia untuk bersendirian, tapi ada juga di kalangan pmimpin tok yg lain rasa sangsi dgn jaminan guru tok.Tidakkah mereka yakin bahawa guru tok kalau berckp mesti solat istikhorah dulu? Takkan guru tok main ckp2 je. Mengapa perlu jatuhkan maruah kita nak dikaitkan dengan Dap yg hina guru kita? Mengapa kita perlu bersama Pkr yg terang2 bkawan dgn Amanah dan Dap yg itu jelas musuh kita? Dap dan Amanah itu musuh terang lagi nyata berbanding Umno. Umno sudah terima Hudud. Bulan oktober ni Kelantan akan dapat kuasa utk buat Hudud setelah Parlimen bersidang. Percayalah.Tok risau. Semlm Nik Beduh pun kata Parti kita tak boleh bersendirian. Sebelum tu, MB Kelantan pula kata harap2 Dap akan terima juga parti kita. Kita pun kompius sebenarnya siapa yg buang Dap. Hari ni, si Takiyuddin pula kata macam ini. Tok simpati dengan guru tok yg hanya ada Tar Snake dan Tontowi je yg angguk2 tanpa byk soal. Yg lain ni macam tak yakin je dengan guru tok.Tok risau kalau2 parti kita bersetuju utk bersama dalam Pakatan 2.0 nanti. Kita akan ditertawakan orang. Orang akan kata kita ni bukan menyalak babi atas bukit. Kita ni org panggil menyalak saja2...mcm anjing gila. Skrg yg gila talak bukan yg Bai"ah talak tiga tu....tapi macam puak2 kita pula yg gila talak....Tok malu



Tak payahlah hang bersusah payah Faiz nak pengaruh PKR. Guru tok dah kasi "ubat pengasih' kat Azmin....teeheheheeeee.



Mutaakhir


KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR.
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:
1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015

Pemimpin-pemimpin parti komponen Pakatan Harapan semasa sidang meja bulat 22 September lalu. Parti PKR, yang diketuai presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk, dua dari kiri) kini berkata parti PAS dan PSM dijemput berganding bahu dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015

PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS, PSM, parti Sabah, Sarawak



KHULASAH


Bila Nik Amar bercakap begini, bercakap dgn nada sedikit angkuh ? ternyata Pas merasakan ia seolah Pas 'terlalu penting' sangat untuk duduk dalam Pakatan dua yg baru sekarang ini bro !
Tanpa Pas pun, Amanah dan DAP boleh bergerak sendirian ! yang tidak mahukan PR 2.0 ini hanyalah segelintir pimpinan PAS seperti yg di atas ini, termasuklah Tok Sidangnya yang kerap kata Amanah itu sebagai 'pengkhianat'? dan DAP pula sebagai 'musuh #1'nya ? 

Hari ini, Amanah pula tetapkan syarat bagi penyertaan PAS dalam PH bro ! syaratnya ialah, PAS perlu patuh kepada prinsip yang dipersetujui di bawah pakatan yang dibentuk awal bulan ini..aku rasa Pas payah nak ikut syarat2 nie kecuali, Hadi dan geng siku & lutut wajib berundur serta wajib terima serta patuhi dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat? Kalo dulu, berkawan dalam PR pun dok tunjuk ranggi dia? hidung tinggi terpacak ! berkawan dengan Umo jer, hidung Pas jadi pesek ! Kah Kah Kah Kah Kah
Manakala puak dan kumpulan 25 dlm PKR pula, semacam 'menempelak' dan memandang 'sinis' terhadap Wan Azizah, kononnya DSWAWI 'terlampau cepat' dok umum pembentukan PH bro ! 
Mudah kalam, walaupun isu Rafizi tidak dibincang dlm Mesyuarat Khas MPP PKR tadi, bukan bermakna kedudukan Rafizi boleh selamat sangat bro ! Rafizi dilihat bersekutu dengan Presiden dan Bro Saif, manakala kumpulan 25 pula bersekutu dengan Azmin Ali? Ia seolah menampakan suatu rembasan angin sejuk dalam PKR sendiri..sekarang masing2 cuba tunjuk 'cool' bro ! tapi bara apinya belum padam? 
Kita nampak macam PKR ini tak ada 'stand' yg jitu bro ! sebelah PAS dia mau, PH pun dia mau...mahu masukan PAS sekali? Dah lama sangat PAS dok wirid kata yg dia tak akan sertai gabungan yg ada 'pengkhianat' tu ! Tak paham ke puak 25 dalam PKR nie? 
Tak payahlah dok susah payah ajak orang yg tak sudi,biar ke dia apa nak jadi pun ! Dah bosan, dah meluat dengan perangai degil, sombong, angkuh, ketegaq buih Pas nie bro ! Tak payah dok layan lebih2 laa..kan Nik Amar pun dah kata, "PKR tidak perlu harapkan PAS" ! kalo tak paham lagi? saja bangang laa...
Cuba tengok 'wayang', 'arahan' Tok Husin UG Ceroi kat atas sana tu,   anda pasti tahu 'permainan' dan 'lawak2' separuh masak dari PAS. 





Comments


  1. Apakah "Makna...ERTI"....AMANAH?
    Ber Mula nya "AMAN....Damai"...Di HATI
    Mem-BERI...Me Nyampai...Haq-HAQ ALLAH
    Mem-BER Dengan...PERCUMA n FREE


    Mem-BERI kan CAHAYA...Me Nyuloh Ke ZALIMAN
    Men Nerangkan WAHYU...Free-PERCUMA
    ""AMANAH"" Tak Minta...Upah GANJARAN
    ""AMANAH"" Tak "HINGIN"...NOBAT dan GLAMOUR


    ""AMANAH" Tak Mintak...Upah GANJARAN
    ""AMANAH"" Tak "HINGIN"...NOBAT dan GLAMOUR
    ""AMANAH""-Miracle...Anugerah TUHAN
    ""AMANAH"" Untuk...Insan Ter MULIA


    Ke Ajaiban ""AMANAH""...Anugerah TUHAN
    ""AMANAH"" untuk...Insan Ter ISTIMEWA
    """"SELFLESS""" Tak Dapat..."Di-BELI-di-UMPAN"
    NYAWA dan "RAGA"...Galang Ganti-NYA


    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Moga CAHAYA Mu...Terang Ben DERANG
    Dakap Junjung lah...""Amanah-ALLAH""
    Langit & Bumi pon...Gumbira RIANG



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video