KDNK Turki berkembang lebih pantas dari China, India | video

Turki kembali menyinar di bawah Recep Tayyip Erdogan. Ini kita kena akui bro ! Negara Turki yang pernah mengasaskan Empayar Othmaniah yang bertahan selama lebih 600 tahun itu akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan.

Pengajaran ini perlu diamati dengan saksama termasuk kita juga di sini bro ! Kegemilangan 'Melayu' yang membina negara ini jangan sampai 'tercabut' akibat dari anasir luar yang begitu mudah ambil kesempatan atas kelalaian kita sendiri?, dan menghancurkan secara perlahan-lahan. 

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258).

Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui be berapa era iaitu penubuhan, perluasan, kekuasaan dan kejatuhan iaitu antara 1683 hingga 1908 sehinggalah zaman pemerintahan khalifah terakhir Abdul Majid II yang berakhir pada 1924. 

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank untuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

“Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi2 itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika se kiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Itu sekelumit kisah bagaimana jatuhnya sebuah empayar Islam yang terakhir di Turki. Umat Islam menangis. Biarpun negara yang majoriti umatnya Islam seperti Saudi Arabia, Mesir dan lainnya di limpahi 'emas hitam' tetapi saling bermusuhan dan menjadi 'alat' kp Amerika dan Barat. Kini Turki di bawah Erdogan diharap dapat mengembalikan maruah umat Islam yang tercalar sekian lama bila negara Turki mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih pantas dari China dan India serta duduk dalam 10 carta teratas antara negara yg berkembang pesat masa kini. 


Turkey’s economy expanded faster than China and India last year thanks to a surge in spending both by households and the government. Gross domestic product rose 7.4 per cent in 2017, with fourth-quarter output up 7.3 percent, Turkstat reported Thursday, beating the median 6.7 per cent estimate in a Bloomberg survey. Seasonally adjusted output rose 1.8 percent from the previous three-month period, also beating estimates..| Turkey beats China.



ANKARA- Ekonomi Turki berkembang lebih pantas berbanding China dan India pada 2017 didorong oleh perbelanjaan isi rumah dan kerajaan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh 7.4 peratus tahun lepas dengan output suku keempat meningkat 7.3 peratus, demikian menurur Turkstat.

Carta perbelanjaan isi rumah Turki tahun lepas - sumber.

Turki berjaya pulih daripada kelembapan ekonomi selepas cubaan rampasan kuasa tentera pada Julai 2016 gagal dan seterusnya menjadi salah sebuah negara paling pantas berkembang dalam kelompok G20.


Trend tersebut dilihat akan berterusan tahun ini, kata Ketua Pakar Ekonomi Ozlem Yetkin, Aktif Yatirim Bankasi, isi rumah terus berbelanja untuk membeli peralatan, makanan sehinggalah penjagaan kesihatan.

Sebagai perbandingan, ekonomi China berkembang sebanyak 6.9 peratus manakala India 7.1 peratus tahun lepas.

Turkish Lira banknotes are seen in this October 10, 2017 picture illustration. (Reuters)
Bagaimanapun, pertumbuhan pantas Turki mengundang amaran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengatakan jurang akaun semasa negara tersebut mungkin melebar disebabkan permintaan domestik yang kukuh serta harga minyak yang semakin tinggi.

Paras defisit pula dipantau rapat oleh para pelabur kerana Turki sangat bergantung kepada aliran masuk modal untuk membiayai negara tersebut menyebabkan ekonominya sangat terdedah kepada sebarang perubahan sentimen secara mendadak.

Turkish president Recep Tayyip Erdogan. For Turkey, 2015 was a year of two general elections, terrorist attacks in major urban centers, record lira weakness, and the lowest levels of economic confidence since records began. Photo: AP
Jurang dijangka melebar kepada 5.2 peratus daripada KDNK tahun ini berbanding 5.2 peratus pada 2017 yang mana ia akan menjadikannya tertinggal jauh di belakang negara-negara G20 yang lain, demikian ramalan pakar-pakar ekonomi yang dikumpulkan Bloomberg.

Penggunaan isi rumah di Turki merangkumi dua pertiga daripada ekonomi dan secara tradisinya adalah pemacu pertumbuhan negara, meningkat 6.6 peratus pada suku keempat berbanding tempoh sama tahun lalu.
The Yavuz Sultan Selim Bridge in Istanbul, Turkey. (AA Photo)
Perbelanjaan awam terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan meningkat sebanyak 7.4 peratus pada tempoh sama tahun lepas.

Eksport barangan dan perkhidmatan berkembang sebanyak 9.3 peratus sejak tiga bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu manakala import meningkat sebanyak 22.7 %.-  Skrip oleh MalaysiaGazette .

VISITORS to the top of the Galata Tower in Istanbul are treated to a panoramic view of the old town across the Bosphorus. Originally a wooden lighthouse dating from the sixth century, the tower was rebuilt from stone in 1348 by Genoese merchants. It is an enduring symbol of the benefits of foreign capital to Turkey. | The Economist.

Turkey's Infrastructure Boom: Future MEGAPROJECTS 
|Turkey is spending $400+ billion on modernization projects to try and become one of the world's 10 largest economies in the coming decades.

Script:
These are the most ambitious megaprojects in development around the world. No other country, with the exception of China and perhaps India, is undergoing a bigger building boom than Turkey. The Turkish government is overseeing a $400 billion spending spree on infrastructure that it hopes will lay the groundwork for a rapid economic rise. The impressive list of projects includes: The $49 billion Istanbul New Airport that’s about half complete. It’ll replace the 93 year old Ataturk Airport and, with a passenger capacity of 150 million a year, it will be one of the planet’s busiest. Istanbul’s advantageous geographical location also helps. “Istanbul, as a hub, is definitely much better location than Doha and Dubai, or Abu Dhabi, so we have these certain advantages compared to other countries.” 




Gambar fail, tentera berkuda dan infantri Empayar Islam Uthmaniyyah. | Agensi

PETA EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH PADA AKHIR ABAD KE 17








 
Md. Tanjong at 31/3/2018, 1.49am.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video