Coba Kalau Kena Kat AMANAH dan PH ?

| إنا لله وإنا إليه راجعون | Musibah menimpa lagi ke atas PA$. Kali ini Markaz PAS di sebuah kampung di Yan Kedah musnah dilanda ribut petang semalam. Kita doakan moga mereka cepat sadar dan kembali normal.

Coba kejadian seperti ini terkena kpd Amanah & Pakatan Harapan? Lebai dan walaunsnya ramai2 pakat menuding jari telunjuk mereka yang semua ini adalah 'bala' ! Tapi bila 'terkena' kpd mereka yang sudah berulangkali itu, lebai akan cakap: Ini semua ujian dalam perjuangan ? 

Teringat satu ayat dari surah Al-Baqarah 59 berkaitan orang2 yang mengubah hukum Allah yang sudah jelas kebenarannya. Mereka di kategorikan sebagai orang yang berbuat 'FASIK' ?  

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ
"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang lalim itu siksa dari langit, karena mereka berbuat fasik." QS. Al - Baqarah 59 ]


Bila PAS dan para lebai dan walaunsnya mengambil UMNO dan BN serta membantu mereka dalam kerja2 kemungkaran dan tidak lagi mahu membetulkan mereka dalam kerja2 jahat serta menyusah kan rakyat, senantiasa pula 'menyerang Amanah seolah PAS dan Lebai dari kumpulan bukan pembangkang? Maka di situ ujud ciri - ciri 'al-fusuq wan Nisyan' ? Lebai PIGs tidak lagi mahu membaca ayat2 berkaitan 'thoghut', tidak mahu lagi membaca ayat2 berkaitan 'murakanah' iaitu kecenderungan menongkat puak penzalim? tidak kedengaran lagi ayat2 seperti dalam surah Q.S Al-Maidah[5]:8-10

يآيُّهَا الَّذيْنَ آمَنُوْا كُوْنُوْا قَوَّامِيْنَ الله شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ صلي  وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلى الاَّ تَعْدِلُوْاقلي هُوَ اَقْرَبُ لِلتَّقْوىصلى وَاتَّقُوا اللهَ قلى اِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بما تَعْمَلُوْنَ. وَعَدَ اللهُ الَّذِيْنَ امَنُوْاوَعَمِلُوْ الصّلِحَتِ لا لَهُمْ مَّغْفِرَةٌ وَّاَجَرٌ عَظِيْمٌ. وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْاوَكَذَّبُوْا بِايتِنآ اُولَئِكَ اَصْحَبُ الْجَحِيْمِ. (الما ئدة: ۸–۱۰)
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan. Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh, (bahwa) mereka akan mendapat ampunan dan pahala yang besar. Adapun orang-orang yang kafir mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka. “ (Q.S Al-Maidah [5]: 8-10)..


| Kebencian PA$ dan Lebai2nya terhadap AMANAH begitu sengit, begitu juga terhadap PKR, PPBM dan DAP. Adakah  kita jumpa apa-apa keadilan dalam tutur kata mereka atau dalam perbuatan mereka? Yang ada mereka terus membenci tahap gaban terhadap semua komponen Pakatan Harapan ini. Sejak dari awal lagi, PH telah begitu lunak terhadap Pas dengan membuka pintu seluas nya untuk bersama-sama duduk dalam satu saf bagi melawan UMNO BN, tetapi dengan angkuh mereka menolak atau memberikan mcm2 syarat yang ganjil seumpama mahu menjadi 'King Maker' atau kena ikut acuan mereka? Ini semua dari penolakan itu, kecenderungan dengan menongkat Umno BN menyerlahkan sifat2 'fasik' dalam tubuh badan PA$ sebenarnya! Yang diperintah telah lebai2 gantikan dengan yang tidak diperintahkan kepada mereka. Iulah maksud umum Q.S Al-Maidah[5]:8-10. Wallahu'alam.

Kejadian Markas PAS di Yan yang dilanda ribut ini patut diambil iktibar dengan penuh kesadaran oleh PAS dan siapa sahaja. Setiap kejadian ada sebab dan musababnya. Coba kalau ini berlaku kpd AMANAH misalnya? Lebai dan Walaunsnya akan 'wirid' tak berhenti bahawa ini semua adalah 'BALA' ? Tapi kalo kena ke dia? kena kat Lebai, habis sangat dia nanti kata ini adalah asam & garam dalam perjuangan seperti yang berlaku semasa ucapan Ketua DUP Kedah di Muktamar Batu 9 Alor Setar dahulu. Mudah sangat mulutnya 'berdoa' supaya AMANAH 'Jahanam' ! Itulah PAS dan lebainya, mahukan saingan seperti Amanah supaya jahanam? Tetapi Allah Maha Besar. Wallahu'alam.
 
MARKAS PAS KG. GELAM DILANDA RIBUT


Ribut kuat yang melanda Yan di Kedah petang semalam turut memusnah  salah sabuah Markas Pas di Kampung Gelam.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di sebuah laman pengguna facebook turut menyindir kejadian ribut yang berlaku sekiranya ia berlaku di kawasan Pakatan Harapan.

“Innalilllahiwainnalillahirajiun…Ni bala atau ujian. Kalau kena ke PH mesti lebai Pas cakap bala kan,” ujar status tersebut. Sebanyak lima keping gambar dimuat naik kejadian ribut berlaku di kampung tersebut.

Di laporkan dalam kejadian petang semalam sebanyak 31 buah rumah di beberapa buah kampung di Yan, Kedah rosak teruk akibat dilanda ribut petang semalam. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Besar, Kampung Haji Hashim Gelam, Kampung Alor Pinggu dan Kampung Haji Lateh. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang menyebabkan beberapa buah rumah, pada sebahagian strukturnya ranap dengan keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Katanya, antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Besar, Kampung Haji Hashim Gelam, Kampung Batu 11, Kampung Alor Pinggu, Kampung Haji Lateh dan kawasan Sungai Limau Dalam.

“Kita menerima maklumat kira- kira pukul 7.30 malam dan seramai 15 anggota bergegas ke lokasi untuk membantu mangsa serta mengalihkan pokok yang tumbang,” katanya menerusi kenyataan di Alor Setar semalam.

Kepingan zink yang terbang ketika ribu berlaku petang semalam di Kampung Gelam.
Jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 186 orang, namun tiada laporan kecederaan setakat ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Bashiroh Hashim, 48, berkata, kejadian ribut mengakibatkan banyak rumah di kampungnya di Kampung Alor Pinggu rosak teruk apabila bumbung diterbangkan angin ke kawasan sawah berhampiran.

Ketika kejadian, Bashiroh sedang makan petang bersama suaminya sebelum dikejutkan dengan angin kuat yang merosakkan sebahagian bumbung. “Ribut seperti pusaran angin itu turut meranapkan bangsal kambing di belakang rumah,” katanya ketika dihubungi.

Turut terjejas teruk rumah ibu mertuanya yang terletak bersebelahan rumahnya apabila keseluruhan bumbung diterbangkan ke kawasan sawah berdekatan. Katanya, kejadian ini pertama kali berlaku sejak dia menetap di kampung itu kira-kira lima tahun lalu.

| sumber .

Terang dan Jelas MUSUH Pas tidak lagi UMNO. Maklumlah, AMNO yang tolong suapkan PAS ? Kalo tidak kebulorq laa puak tu..KAHKAHKAH


Dua perkara tidak selamat akibatnya (pengakhirannya), kezaliman dan kejahatan - Ali B Abi Thalib


موضوع
Adil itu sedikit .. dan kezaliman itu banyak
Tetapi cita-cita itu besar .. " Dan Allah Maha Besar"



Mat Tanjong at 1.55am: 9/3/2018


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?