JPH | UMNO-BN Makin Sentap - Video

Jelajah Pakatan Harapan (JPH) menggamit ribuan pendengar dan ini adalah gelombang rakyat beb! Rakyat bagaikan ombak tak ber  tepi memenuhi setiap ruang di mana JPH itu diadakan.

Kebangkitan rakyat ini rata-rata dilihat sebagai 'penolakan' terhadap penguasaan Umno-BN. Pun begitu Umno memandang sinis dengan perkembangan ini bro ! Kehadiran ramai tidak mencerminkan jumlah undi, demikian kata Salleh Said Keruak. Masalah dengan pembangkang ialah “mereka beranggapan sesuatu yg dikehendaki itu sudah menjadi milik mereka, sedangkan ia belum lagi menjadi kenyataan dan mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir dalam ceramah itu sebagai bentuk undi.” Lihat sini

Tapi Sheh! apasal cepat sangat 'response', biasa kalo cepat sentap tu makna nya Umno-BN dah gabra, ketaq lutut dengan perkembangan ini? Perbezaan yang Sheh sebut itu jauh beza dari apa yang berlaku sekarang ini. Gelombang terkini bukan gelombang berkelocak tepi pantai? Itu gelombang kecil beb! Gelombang ini akan membongkar 'isi perut laut' UMNO-BN yang selama ini banyak  'menyusahkan' anak negeri saja.  Itu yang Umno gabra bin kalut tu? 

Gelombang seperti ini akan meratai seluruh pelusuk negara. Lagi la Umno tidur tak lena beb! Betul kata Bro Salleh tu. Kehadiran ramai tidak cerminkan jumlah undi. So & So, janganlah bimbang sangat . Rakyat hanya nak mendengar pandangan lain selain TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dll. Berilah peluang kat rakyat pula buat pilihan mereka tanpa ditipu, ditakut-takutkan, dimanipulasi dan disogok. Kalah menang adalah adat dalam politik. Bukannya jadi berdosa pun kalau rakyat jatuhkan Umno dan BN. 

Banjir manusia di ceramah PH adalah datang dari kesedaran depa sendiri. Bukan senang nak sedarkan manusia. Manusia marhaen dan tertindas saja yang selalunya akan cepat sadar? Yang diulit kemewahan jarang sangat mahu sadar, lebih2 lagi yang sedang memegang kuasa. Bila sudah di luar kotak 'kuasa' mcm Rafidah yg mengamuk sakan dengan pengampu2 Umno. Beliau kinisudah tidak berkepentingan apa2 lagi? Mudah dia hantam Umno & pengampu2 nya.  

Kebanjiran ramai di ceramah PH ini adalah tanda kesedaran rakyat telah bermula. Hal sebegini memang tidak disenangi Umno dan PA$ kerana ceramah PAS pun sunyi dan sepi. 

Rakyat tidak rela lagi bersama PA$, hanya walaun bengap saja lagi yang masih tercokoh dalam parti itu. Umum beranggapan PA$ hari ini dah jadi Umno. Dah dicelup dengan karat bighu UMNO tu. jadi PA$ tidak perlu lagi kepada rakyat. 

Maka PH jadi altenatifnya kini. JPH tetap menjadi ruang untuk mereka hadir, mendengar sambil menilai benar atau betulnya segala yang dibangkitkan demi masa depan negara dan rakyat sendiri.

Puluhan ribu pendengar di Guar Chempedak, Kedah
BUKTI KEDAH DILANDA GELOMBANG RAKYAT TUNTUT PERUBAHAN
Gelombang Pakatan Harapan (PH) kini bergerak dari utara ekoran sambutan hebat pengundi di Kedah dan Perlis terhadap Jelajah Pakatan Harapan (JPH) kelmarin dan malam tadi. Selepas berjaya menarik puluhan ribu penyokong di Kedah, JPH membuat kejutan lagi di Perlis, negeri yang selama ini kurang cenderung dengan himpunan politik. Dalam himpunan JPH di Utan Aji malam tadi, ribuan rakyat Perlis menyertai perhimpunan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu..| JPH Utara .

PERLIS BANGKIT
Di antara penceramah malam tadi ialah Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad
Politik Perlis yang biasanya sejuk telah panas malam tadi apabila mereka menyertai JPH di Utan Aji.

Kehadiran yang positif di Perlis menyusul selepas kehadiran ribuan hadirin di Guar Chempedak, Kedah pada Khamis lalu. Pakatan Harapan (HARAPAN) mendakwa kira-kira 4,000 orang hadir dalam perhimpu nan di Perlis, negeri paling kecil di Malaysia, malam tadi. ADUN Indera Kayangan Chan Ming Kai berkata kehadiran ceramah di Gunung Medan Utan Aji, Kangar sangat berbeza dengan hadirin pada tahun 2013.

"Saya pernah anjurkan sebuah ceramah besar pada 2013, yang mana kehadiran di antara 2,000 ke 3,000 orang. Tetapi majoriti yang hadir ialah orang Cina.

"(Kali ini) di samping hadirin orang Cina terdapat orang Melayu juga," katanya. JPH Perlis .

Bro ! Jumlah kehadiran 4000 orang diceramah JPH di Utan Aji, Perlis malam kelmarin tu padanlah dengan negeri paling kecil di Malaysia . Kira ramai laa tu. Kali ini bukan saja Umno 'pening'? Tapi memba kamcingnya PA$ pun sentap juga. Bukan sentap sikit tu? Sentap sampai terputus 'urat angin' ! PAS dah lama kemaghau sokongan di Perlis. Hingga kini tak ada wakilnya di DUN dan juga di Parlimen bro ! Kalut jugalah Lebai nak pulun.

'Peghelih'  panggilan orang *utara adalah kubu dan sarang Mursyidul Am PAS bro! kalau begini sambutan yang PH terima? teruklah PAS nak pulun nak bagi seimbang balik? Pakai spring lagi laa Lebai ! KAHKAHKAH

TERKINI: MAT SABU-GUAR CHEMPEDAK:PIDATO SELAMATKAN MALAYSIA PH KEDAH

UMNO PUJUK DIRI


UMNO terpaksa pujuk diri bro; Nak buat macam mana? Mereka hanya harapkan Tee Vee 3, saluran 1 dan dua dan media prima mereka saja bagi menjelaskan segala yang disediakan? Soal betul salah tidak diambil pot sangat. Yang penting rakyat menonton. Ramai juga yang 'termakan' dengan olahan berita depa bro ! Umno kalo depa buat apa-apa program? Takkan tak mahu rakyat hadir dengan jumlah besar bagi menunjukan patuh dan taat rakyat dengan progam mereka? Jadi UMNO dan PAS juga terlalu berbangga dengan jumlah kehadiran di program mereka? Jadi tidak salahlah kalau PH ber sandar kepada jumlah besar yang hadir dalam progam JPH misal nya boleh membantu naikkan 'rating' untuk penolakan terhadap UMNO-BN serta melemahkan 'urat sendi' Umno? Biasanya kalau orang2 besar Umno hadir dalam satu2 program yang perlukan kehadiran ramai, macam-macam disediakan, bas percuma, makan & elaun turut dijadikan 'minyak pelincir' bagi manampakkan konon nya bahawa program anjuran Umno atau PA$ cukup hebat dan dpt menarik sejumlah manusia ramai? Tak apalah bro ! Pujuklah diri tu kerana kehadiran dalam JPH ini tidak pernah dipaksa, jauh sekali disediakan bas, kereta dan seumpamanya. Mereka semua datang sendiri, keluar belanja sendiri malah menyumbang lagi derma pada setiap JPH yang diadakan? Kan 'awesome' tu?; bagi rakyat yg sadar untuk menikmati perubahan? Janganlah jeles bro ! KAHKAHKAH 

KHULASAH 

1. Jelajah PH yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan rakyat berbilang kaum sebagai sokongan besar terhadap PH. Umno  nampaknya semakin kalut bro, PA$ pun tumpang kalut sama la juga? Maklumlah memba ketat?.

2. Kebangkitan sebegini jarang terjadi dan UMNO serta BN pula terpaksa bersusah payah mencari jalan untuk alihkan sokongan yang boleh mengancam masa depan dan kelangsungan kuasa mereka ini? 

3. Sekarang macam-macam akta dan undang2 direka, diperkenalkan bagi mengekang kebangkitan rakyat. Rakyat ditakut2kan melalui kepelbagaian akta itu seumpama 'Rang Undang2 Anti Berita Tidak Benar'. Makin banyak dicipta akta dan undang-undang, semakin bercambah sokongan kepada PH.  

4. Gelombang yang memberi harapan menggunung kepada rakyat itu amat menakutkan Umno dan BN. Kebangkitan tsunami Melayu sudah mulai dirasai mampu menggugat Umno dan BN termasuk di seluruh negara.

5. Tidak dapat dinafikan gelombang kebangkitan ini akan memberi kemenangan yang tidak dijangka kepada PH untuk menerajui kepimpinan kerajaan menjelang pilihan raya umum yg akan datang. Ia bukan saja berlaku di utara, sebaliknya kebangkitan tsunami Melayu sudah mulai dirasai mampu menggugat Umno dan BN termasuk di seluruh negara. 

6. Khurafat hanya UMNO sahaja mampu menjaga Melayu sudah tidak lagi dipercayai rakyat. 

EKONOMI !!! RAKYAT HANYA JADI PERKAKAS DAN ALAT PENGELUARAN SAJA ?
Tanpa rokok, tanpa alcohol, tanpa smart phone, tanpa mobil..rakyat boleh meneruskan lagi kehidupan bro! Rakyatlah yang berikan pembuat semua ini kaya raya, Tanpa makanan, semua yang kaya itu akan kelaparan. Petanilah yang berusaha 'menyediakan' keperluan itu semua. Tetapi mereka petani inilah yang paling miskin bro ! Ini perlu pada perubahan.


Md. Tanjong at 1/4/2018, 11.00am.



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video