Satu 'coalition' saja lawan BN

Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum anjuran Malaysiakini. 

Pandangan dari Faiz Fadzil ini menarik bro kerana dalam forum yang sama itu,  Afif Bahardin menegaskan PKR masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian PAS yg diketuai Tok Sidang depa itu bercanggah dengan Pakatan Harapan. Kenapa perlu teruskan hubungan keliru, sighu dan celaru ini?

PAS diketahui memang nekad menolak kewujudan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan AMANAH. Depa dah pun sejahtera bila telah membentuk Gagasan Sejahtera sendiri. Tak usahlah PH harapkan lagi dengan PAS terutama PKR ! Buang 'stim' rakan2 gabungan PH yang lain dgn perangai semacam ini?.

Kiranya PKR masih impikan Pas untuk harapkan 'undi' mereka? lupakan saja. PH kena berani dgn 'Pakatan' sendiri. PAS hanya akan membeban PH saja. 'No Choice' bro ! Kena jauh dari PAS. Mereka sudah tidak relevan lagi dibuat teman politik.

Tidak ada satu pun kejelasan PAS dalam politik pembangkang, yang ada ialah menongkat Umno BN untuk kesinambungan 'nyawa' mereka sendiri!! 
PAS adalah 'lawan' sebenar PH sekarang ini selain Umno, kerana siapa sahaja berselingkuh dengan Umno,ertinya ia adalah 'lawan' Pakatan Harapan !

PKR di bawah *Kartel sekarang, TIDAK lagi nak berlawan dgn Umno bro, cuma orang-orang seperti Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Bro Jo umpamanya (sekadar sebut beberapa nama) yg memahami erti pakatan dalam PH, yang lain banyak menjaga kepentingan diri dan kantung sendiri terutama kumpulan *kartel dimaksudkan? Inilah perkara 'tersirat' yang boleh diertikan dengan apa yang disuarakan oleh Faiz Fadzil itu. Anwar sahaja yang nak berlawan dengan Umno, yang lain dalam PKR macam mau dengan tidak saja? Kah Kah Kah

PAS seperti dakwaan mereka akan 'membantu' Umno dan tidak akan 'melawan Umno'? Jadi masih mahu lagi percayakan PAS? Berulang kali kenyataan seperti ini diulang oleh Tok Sidang Parti O mereka bro ! Baca juga di sini.


Tanpa sadar terdapat 'pengkhianat' dalam Pakatan Harapan sendiri? Kumpulan 'tersebut' tidak pernah secara berdepan mengiktiraf AMANAH sebagai sebuah entiti baru (baru setahun) usianya, jangan selindunglah, kita tahu siapa mereka itu? Grup ini  seolah 'iri hati' dengan kebangkitan AMANAH yg begitu cepat diterima ramai dan mereka merasakan yang kehadiran Amanah akan menggugat dominasi mereka terutama di Selangor umpanya. Dah laa di Kelantan pun PAS tak benar parti lain selain PKR bertanding? Mereka itu konon dulunya 'membenci' Tok Sidang Pas tapi berperanan 'menyokong' di belakang. Kumpulan ini sebenarnya juga 'khadam' Umno atau lebih tepat sebagai macai dua wajah !!.  Kah Kah Kah

Sebab itulah Faiz Fadzil kata biar hanya ada satu 'pakatan' saja lawan BN sekalipun berdepan dengan dua tiga penjuru, lebih2 lagi macam di Kelantan ! Peduli apanya? 

*Kartel dilihat 'mengkhianati' Pakatan Harapan dan Amanah, lihat saja kenyataan *wakil kartel di forum anjuran MKini bila wakil depa dari AMK Afif Bahardin berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian PAS yg diketuai Tok Sidang depa itu bercanggah dengan Pakatan Harapan..Boleh berkira lagi ke dgn de so called *kartel nie bro? Apa mafhumnya kalau begitu pendirian mereka? Jadi jangan harap apa-apalah dari mereka semua tu, dalang-dalang  yang ramai dalam * Kartel ini akan merosakan citra dan kemaraan PH dalam PRU-14 nanti kalau PH tidak beringat dan ambil *nota terhadap mereka?

Khulasahnya, Pakatan Harapan hanya perlukan SATU Pakatan satu 'Coalition' saja untuk 'lawan' BN bro ! Jadi yang bersekongkol dengan Umno BN hendaklah DITOLAK dengan tegas.

Rakyat mahu ada satu 'coalition' saja lawan BN, kata Pemuda Amanah

Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rakyat mahu hanya ada satu 'coalition' saja untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.

"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam satu forum di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.

"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
"Oleh itu, Pakatan Harapan perlu menyusun strategi untuk berdepan dengan pertembungan itu," ujarnya.

Beliau menyifatkan Amanah menyambung kesinambungan Pakatan Rakyat yang terkubur.

"Kita tidak boleh nafikan Pas yang menamatkan riwayat Pakatan Rakyat dalam muktamar pada 2015 manakala tahun ini muktamar muslimat pula memutuskan hubungan dengan PKR," jelasnya.
Faiz yang juga peguam itu menyifatkan apa sahaja penubuhan parti baharu atas dasar reformasi amat dialu-alukan.

"Bekas-bekas kerajaan dalam Bersatu lebih tahu kepincangan yang berlaku dalam kerajaan," ujarnya lagi.
sumber.



Sisipan Sempoi





Laluan: Pemimpin Kurang Dinamik
Apa punya nasib Pas mendapat Naib Presidennya sebegini jumud cara berfikir. Kalau di P.Pinang Malaysiakini mereka bertempik mahu bertanding semua kerusi? tetiba bila di Kelantan, Pas dan PKR saja dibenar bertanding? Ada nampak bro? Kah Kah Kah
Laluan: Perigi Buta Juga ke?
Dulu orang ini juga laa yang gelarkan pemimpin PAS Pusat duduk dalam 'Perigi Buta' (sini) konon wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta? Sekarang? Sama laa jugak kan? Bila wala'uns dah pakat jadi 'de khadam' UBN, tara tu laa cara berpikiornya !! Kerusi yg dah sedap duduk tu ingat boleh kekal ke? sampai tak mahu lepas kat parti lain, sekalipun dah tahu kali ini semua kerusi Pas di Selangor boleh 'spring' punya sini ! Kah Kah Kah


Itu pasal Pas ngan PKR *kartel boleh berkawan, boleh kawtim hang aku ! Kah Kah Kah


alhusseyn51
Bila tak mhu rampas 'kuasa Umno'? Kekal ler Umno berkuasa selamanya, bersedia pula sokong BN? Sokong sapa tu? Sebab tu ayat lazim yang selalu menjadi wirid mereka ialah Amanah ibarat Khadam DAP, Bukan Saingan PAS. Tanpa di sedari merekalah Khadam totok kepada Umno ! Nak nafi apa lagi? Jelas.
 Bukan ke Tok Sidang seniri dan Umno punya angkara? Cer tanya UAA - Us. Ahmad Awang boleh ceritakan sendiri asbabnya dan siapa yang terlibat untuk mahukan UG di Perak tu? Kenapa putaq cerita, malulah olamak besaq buat cerita selentengan ! Baca sumber ini bro. Tok Sidang jangan bohonglah ! Malu. Dah hilang malu ke?

Ayat lazim yang selalu menjadi wirid mereka ialah Amanah Ibarat Khadam DAP, Bukan Saingan PAS. Tanpa di sedari merekalah Khadam totok kepada Umno ! Jelas. Amanah lahir pun kerana mereka semua ini mahu menyerondoi Umno? dan pemimpin Amanah pula mahu 'melepas' diri dari 'terbelit' dengan Umno nie. Itu saja. 






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?