Husam Menyarung Jersi Oren - Video


Ikuti madah dan gurindam Husam Musa, sosok yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sejak terpecat dan dipecat dari PAS. tumpuan diberikan kepada beliau agak meluas sekali.

Hari ini, beliau akan mengumumkan pendirian beliau untuk menyertai suatu pertubuhan atau partai pilihannya untuk sekian kalinya setelah tempoh bertenang seperti dakwaan beliau tamat sekaligus Husam akan menamatkan penantian beliau itu. Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi. Bekas Naib Presiden Pas itu, telah secara rasmi mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). 


Esok, Saya Menyarung Jersi Baru


Husam ketika mengumumkan beliau mengambil pendirian untuk menyertai Amanah.

SAHIH Husam  menyertai Amanah -
Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara  di Cyberjaya malam in

"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.
Turut serta di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu serta sebahagian besar pucuk pimpinan Amanah.

Penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.
sumber

Turut hadir pada malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Datuk Husam Musa (dikiri) bersama Presiden Mohamad Sabu (tengah) dan Salahuddin (kanan). Amanah bakal jadi parti utama negara, kata Salahuddin
Amanah parti kecil hari ini tetapi penuh yakin akan menjadi parti penting dan utama yang berjuang untuk semua pada  suatu masa nanti, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

"Kita akui, kita parti kecil hari ini tetapi percayalah kita akan menjadi parti penting negara yang memperjuangkan semua pihak di suatu masa nanti," kata Salahudin di majlis sambutan di Ambang Merdeka di Putrajaya malam tadi.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menjadi tetamu khas majlis malam ini.
Salahuddin meminta ahli-ahli Amanah tidak rasa rendah diri dengan kecilnya parti Amanah sekarang ini.
"Kita bermula dengan parti kecil tetapi percayalah ia akan menjadi besar satu hari nanti," kata Salahudin.
sumber

Detik yg ditunggu. Baru kejab Dato Husam Musa isi borang keahlian parti Amanah. Alhamdulillah 


Dato Paduka Yb Hussam Musa telah menyerahkan borang menjadi Ahli Amanah sebentar di majlis makan malam cyberjaya..
beliau telah sah menjadi jemaah AMANAH..


Kini, menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas.


Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa.

Saya menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi s.a.w.


Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman.

Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya.
Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990.



Wadah yang saya harapkan dulu, se akan telah 'terjual'. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi.


Berdiam diri bukanlah pilihan. Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun. Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.

Saya?


Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus a.s ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita.

Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas pedoman Al Qur'an melalui kisah Yunus a.s itu menerpa.

Dunia bukan tempat istirehat.
Bersendirian? Juga bukan pilihan.

Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.
Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian.

Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula.
Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti.

Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.
Dan mengumumkan parti baru pilihan saya.

Husam Musa
29 Ogos 2016
26 Dzulkaedah 1437



PAS akan tewas lawan UMNO - Husam Musa
"PAS akan tewas jika lawan UMNO dalam plihan raya dan indikasinya ialah orang ramai sudah bosan dan tidak ada orang hadir ikuti lagi ceramahnya," kata Adun Salor, Datuk Husam Musa..KiniTV
PERKEMBANGAN politik Pas mutakhir dilihat semacam adanya sesatu keganjilan. Sikap keganjilan yang diperlihatkan pas itu cukup menyeronokan umno-bn. Semenjak tertubuhnya pada tahun 1951 hinggalah ketitik muktamar ke 61 di Kuala Selangor pas mula bertukar angin.

Partai Islam itu sebelum ini dilihat agak shadid(keras) dan agresif terhadap lawan politik mereka. Pantang saja bila bertembung dengan musuh tradisi mereka(umno), pas tidak mahu mengalah untuk berlawan. Cuma tidak pernah menang di gelanggang pertandingan.

Muktamar ke 61, pas bertukar wajah. Perjuangan baru pas tidak lagi melawan arus sebaliknya bertukar angin. Pas kini menjadi lunak dengan musuh tradisinya.

Era politik pas bertukar dan terbalik arus. Ia dilihat oleh public oponion satu langkah daripada menifestasi keganjilan yang mengelirukan? Di balik keganjilan semacam zahirnya sesatu rahsia tersembunyi yang perlu diperhalusi.

KDL

KHULASAHDengan kemasukan Husam ke dalam AMANAH..maka sunyilah PAS. PAS semakin sunyi bro.
Pas akan sunyi dari suara membela rakyat.
PAS telah kehilangan kekuatan.
Pas hari ini bukan saja kehilangan ahlinya yang selama ini berkerja kuat malahan pemimpin yang mempunyai suara di parlimen atau Dun sudah meningalkan Pas.
Pas ibarat Bas kehilangan penumpang dimana pemandunya sudah kehilangan arah tuju.
Apa lagi yang tinggal dalam Pas hanya lebai yang menghukum dan walaun yang persis ahli umno terlebih totok .

Husam Musa sebenar nya adalah seorang yg setia pada parti,
Namun berani brsuara,jika ada yang tidak betul didalam parti dan negara.
Kita perlu ' insan seperti ini' bro !





Comments

  1. kemas dan terbaik..dato husam
    semoga golongan ulamak haramjadah di kelantan x senang duduk dgn pendedahan demi pendedahan yg bakal di robek..di dedah dan di telanjangkan kpd umum..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?