Produk terbaru - Kondom berperisa doghian beb !

Orang mahu menggunakan kondom sekarang, tetapi mereka juga mahu merasakan seolah-olah tidak memakainya ! Kah Kah Kah

Hebat Malaysia bro. Kita dah jadi pengeluar kondom terbesar donia daaa ! Macam-macam perisa (flavor) dok ada ! kondom pun ada perisa doghian, ada perisa 'banana', oren, rasa lagu mana yer? boleh rasa ke? atau hanya aromanya saja semerbak mewangi? cobalah nanti baru hangpa tahu ! Kah kah Kah

Menggunakan kondom nie ada kebaikanya tetapi jangan salah guna daa. Apa makna bila kita jadi pengeluar kondom terbesar dunia? Adakah penggunaan yang tidak 'betul' turut berlaku dan menyebabkan masalah sosial berleluasa? Kondom tu murah jer, anak muda pasti terpikat? itu yang menyebabkan kita melihat gejala pembuangan bayi begitu berleluasa dan menyesakan dada kita ! ramai suami menggunakan kondom ini dgn isteri sendiri untuk menjarakan zuriat, okey laa tu. 

Apa pun, ramai yang menyalahgunakan peralatan ini terutama remaja yang 'liar' dan kurang didikan dan pegangan agama, sebab itu kita melihat pusat-pusat hiburan, hotel, kedai dan pasaraya mudah menyediakan peralatan ini dan alat-alat lain untuk tujuan yang mereka saja tahu. Hebat Malaysia.

Syarikat Malaysia pengeluar terbesar kondom dunia pelbagaikan produk
FMT Reporters
| August 4, 2016




Karex Berhad yang memperkenalkan kondom berperisa durian baru-baru ini, bercadang mengeluarkan kondom mengikut saiz alat sulit pengguna.

KUALA LUMPUR: Karex Berhad, syarikat Malaysia yang merupakan pengeluar kondom terbesar dunia, bercadang menghasilkan kondom tempahan khas mengikut saiz alat sulit.

Untuk matlamat itu, Karex mengambil alih syarikat pengeluar kondom berjenama TheyFit yang dijual di Eropah.

TheyFit sudah menyediakan alat ukur boleh dimuat turun daripada Internet dan dicetak untuk mengukur panjang serta lebar alat sulit lelaki dan seterusnya memilih satu daripada 95 saiz kondom paling sesuai dengan mereka.


gambar hanya hiasan
 Karex merancang menggabungkan TheyFit dengan pemasaran kondom ONE yang akan dijenamakan semula sebagai kondom “myONE Perfect Fit” pada musim luruh nanti.

“Orang mahu menggunakan kondom sekarang, tetapi mereka juga mahu merasakan seolah-olah tidak memakainya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, dipetik majalah Forbes.

Jelasnya, persepsi terhadap kondom mula berkembang dan reka bentuk kondom turut mengalami perubahan sepanjang 50 tahun lalu.


Gambar hanya hiasan
 Selain TheyFit, Karex baru-baru ini turut mengambil alih Pasante, pengeluar kondom di United Kingdom yang turut memasarkan produknya kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, Tesco dan Costco; serta kondom berjenama ONE di Amerika Syarikat yang terkenal dengan pembungkusan menonjol dan pelanggan muda.

“Peralihan strategik ini membolehkan syarikat berkenaan menguasai lebih banyak rantaian nilai dalam industri ini,” kata Kenneth Yap yang menguruskan Dana Ekuiti Asia KAF, iaitu dana yang memegang saham Karex.

“Jika mereka boleh menjual lebih banyak kondom pada harga 30 sen berbanding 3 sen, margin keuntungan bersih mereka sebanyak 20% boleh dipertingkatkan lagi,” katanya.

Untuk tujuan itu, Karex bercadang memanfaatkan jenama ONE yang berpangkalan di Boston dengan pembungkusan menonjol mereka, mula muncul di pasaran Malaysia tahun lalu dan akan dipasarkan ke Singapura tidak lama lagi.


gambar hiasan
 Sempena musim durian baru-baru ini, ONE memperkenalkan kondom berperisa raja buah itu, menurut laporan Forbes.

Karex dijangka mengeluarkan 6 bilion kondom sepanjang tahun ini, berbanding 5 bilion kondom yang dihasilkan empat kilangnya di Malaysia dan Thailand, tahun lalu.

Jumlah pengeluaran pada 2015 itu terdiri daripada kira-kira 15% pasaran dunia, di mana kebanyakannya dieksport ke lebih 120 negara, menurut laporan Forbes.


~ sumber .



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?