Pelbagai Reaksi Muhyiddin Digugurkan

Bila TS Muhyiddin Yasin, selaku TPM digugurkan dari senarai kabinet DS Najib dalam rombakan kabinet terbaru! Pelbagai reaksi diterima dan didengar bro ! aku rangkumkan sekadar perlunya sahaja. Paling 'hot' bila Ummi Hafilda turut meriahkan berita negara bro ! beliau telah isytiharkan keluar UMNO depan rumah Muhyidin! lihat beritanya di  Ummi Hafilda isytihar keluar Umno depan rumah Muhyiddin <  Kah Kah Kah

Masa Mahathir di puncak kuasa dahulu, DS Anwar Ibrahim juga pernah di pecat dan digugurkan bro ! tetapi isunya berbeza sangat ! 
kali ini giliran TS Muhyiddin Yasin 'mengulangi' peta dan lakaran sejarah ! Sejarah berulang bro ! dan akan berulang hingga kiamat nanti ! cuma watak dan pelakunya berbeza ! yg lain sama sahaja !!!





Reaksi 1
Umi Hafilda: Saya malu jadi ahli Umno


Ummi Hafilda isytihar keluar Umno depan rumah Muhyiddin

Saksi pertama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali pada Selasa mengumumkan keluar Umno berikutan kekecewaannya terhadap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Ummi yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan Ahli Umno Gombak.
“Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno hari ini (Selasa).
“Saya malu mengaku ahli Umno kerana apabila kebenaran ditentang dengan cara yang kotor seperti ini. Saya tidak ada jawatan (dalam Umno) tetapi berani menegakkan kebenaran,” kata Ummi kepada pemberita di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini, Selasa.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dilaporkan, pemecatan Muhyiddin berikutan kontroversi kenyataannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Ahad lalu..
NewMalaysianPost.com

Macam kenal jer makcik ni..
Lepas Muhyiddin dipecat dari TPM baru sekarang rasa nak malu jadi ahli UMNO..
Masa jadi saksi kerajaan fitnah Anwar dahulu tak pernah rasa malu ka?.. atau RASA BANGGA JADI AHLI UMNO FITNAH ANWAR ??!!!

Tak ada 'effect' tak ada kesan pon makcik keluar ahli UMNO.. lain ler kalau Mat Maslan 'keluar' Umno?.. barulah rakyat rasa legaaa ?? Kah kah kah


Reaksi 2
Dari Azmin Ali



SHAH ALAM - Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari barisan Kabinet baharu selepas beberapa hari beliau ‘menegur’ kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan Perdana Menteri itu perlu menjawab kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sambil menyifatkan pengguguran dalam rombakan kabinet Najib itu hanya menjerumuskan Malaysia ke dalam gaung krisis susulan kontroversi syarikat pelaburan negara itu.

Beliau berkata, penamatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara sebagai salah seorang anggota panel siasatan skandal 1MDB juga memberi gambaran buruk terhadap Najib.
“Ia memberikan gambaran (bahawa) Perdana Menteri bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan regimnya dari disiasat oleh panel bebas atas pelbagai salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas rombakan kabinet hari ini yang menyaksikan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ia digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi..Sinar Harian


Reaksi 3
Hadi harap Kabinet baru teruskan 
tugas dan t/jwb dgn adil dan telus..



KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa Pas Pusat di ibu pejabat Pas di sini.  Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.  Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua ahli Pas supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan..Mkini-PAS harap kabinet baru adil, telus..Sinar Harian

Ayat lazim ? selalu kena tunggu dan lihat..lembab.
macam gaya sokong saja..dalam PAS,profesional disingkirkan, dalam Umno sesiapa anti 1MDB akan tersingkir ? so apa lagi PAS ? bergabunglah dgn umno sekarang untuk pertahankan dengan siku dan lutut ! tu pasal PAS kelamkabut..tak maju? pasai macam nie laa dok ada ??


Reaksi 4
Tak perlu sedih, 
kata Shafie Apdal



KUALA LUMPUR - "Tak perlu sedih, tak perlu risau kalau berjuang untuk rakyat, " kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang ditemui di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas lanjut berhubung pengguguran beliau dari Kabinet.

Shafie sebelum ini memegang jawatan Menteri Luar Bandar yang kini diganti Datuk Seri Ismail Sabri.
Walau diasak dengan pelbagai soalan beliau hanya melemparkan senyuman dan mengatakan tidak perlu bersedih dengan apa yang berlaku.Shafie keluar daripada kediaman Muhyiddin kira-kira jam 4.20 petang turut kelihatan tenang dengan diiringi beberapa orang pegawai khas beliau.Selain beliau, turut kelihatan memberikan sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee, bekas calon Ahli Parlimen Shah Alam, Zulkifli Nordin dan adik Menteri Besar Selangor, Umi Hafilda Ali..Sinar Harian


Reaksi 5
Rombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan



Datuk Ahmad Yakob berpendapata memang ada krisis dalam kepimpinan UMNO dan Kerajaan Persekutuan sekarang tetapi enggan mengulas lebih lanjut kerana bukan perkara di dalam parti PAS.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berpendapat penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin disebabkan ada krisis kepimpinan dalam UMNO dan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata keadaan itu mungkin menyebabkan berlaku sebagaimana tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas timbalannya sendiri.
“Saya sebenarnya tidak dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku…isu-isu yang berlaku dalam Kerajaan Pusat..The Rakyat Post


Cer baca ayat 'perenggan akhir' tu - memanglah PASChai ramai yang kalabulmalami pasal 'isu-isu besar negara' ? selalunya Pas Kelantan akan lepaskan isu2 sebegini kat Husam Musa? kan begitu Datuk? Manalah Paschai tau sangat pasai nie? Hudud memang mahir laa...tapi masih 'tergantung'? kata nak 'table' sangat2 dah hari tu? banjir masuk DUN Kelantan pun nak pulun juga? Kalo Husam pun dah disingkirkan? apa yang depa Paschai nie nak tau lagi pasai 'isu-isu' macam nie?? Tu pasai profesional kena seiring dlm majukan Pas, sekarang tinggal puak PasChai saja? Mana laa nak 'paham' sangat? Kah Kah Kah


Reaksi 6

Muhyiddin: 
Pengundi sudah lebih daripada meluat



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam. - Foto Bernama


Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat


SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 

Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang..Sinar Harian



Reaksi 7
Facebook Najib Diserang Netizen



Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak"..Malaysiakini


Reaksi 8
Rombak kabinet dan pecat 
Peguam Negara bermotif 1MDB – PAS



Nasrudin menyifatkan rombakan Kabinet Najib tidak membawa apa-apa maksud lain selain melupuskan pengkritik 1MDB. 

KUALA LUMPUR, 29 Julai:
Penstrukturan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat hanya bermotifkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sahaja.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata ia termasuk pemecatan mengejutkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah ditamatkan perkhidmatannya semalam meskipun akan bersara pada 6 Oktober ini.
“1MDB yang diasaskan oleh Perdana Menteri telah bergelut dengan hutang yang berjumlah RM 41.5 bilion.
“Sehingga sekarang, kontroversi ‘bailed out’ tersebut belum selesai. Ini tidak termasuk pelaburan kontroversi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam bon dan anak-anak syarikat 1MDB”, katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Jelasnya tindakan melucutkan jawatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan kabinet hanya kerana mengkritik dan menyuarakan isu berkaitan 1MDB memperlihatkan pemerintahan autokratik yang diterajui Najib..The Rakyat Post

Mamat nie marah nampak? apasal nak marah? dalam Pas pun macam nie laa juga dok ada bro ? Tak ingat ke? keputusan AJK Pas Pusat yg diwakili Mat Sabu dlm kes Selangor dulu? pun kena 'overrule' ? Sapa yg pakai 'kuasa veto' tu? enta juga yg kata tu? lupa ke? Cepatnya lupa? Cer rujuk - 
www.themalaysianinsider.com  
atau klik sini Hadi tidak perlu rujuk PAS Pusat untu .. yang ini bermotifkan apa bro? Kah Kah Kah 


Khulasah !


1. Muhyiddin Yassin rela dan redha digugurkan daripada Kabinet kerana vokal dan kritikal dalam skandal 1MDB sebuah syarikat yang sarat dengan hutang ? demi rakyat dan 'Integriti Negara' ??Maka, ramai yang 'bersedih dan duka' dgn pengguguran beliau dari kabinet sehingga ada yang 'mencela' Umno dan meninggalkan parti kramat itu seperti yg ditunjukan oleh Umi Hafilda ! beliau nekad keluar Umno kerana 'marah' agaknya? dan malu nak mengaku ahli umno sekarang ini? 
Boleh jadi Muhyiddin teringat maksud Hadis Nabi s.a.w untuk berkata benar sekalipun pahit? Maka beliau sedia ambil risiko !!
Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok. P.Ramlee mengingatkan tentang 'Rukun Penyamun' ! Siapa yang 'belot' dgn rukun tadi? ertinya belot kepada ketuanya? akan menerima padah? Mungkin beliau 'teringat' rukun ini? yang digariskan oleh 'Chief Penyamun' lakonan P.Ramlee? 

2. Reaksi dari beberapa 'susuk' dalam Pas atau Puak2 PasChai, langsung 'lesu dan layu' saja bro ! semua reaksi dari Pas yang  aku 'penaik' atas tu, macam kata orang utara, pakat 'tikam turut' saja...tak ada satu idea 'memberangsang' pun ! 
Masa PKR nak tukarkan MB Selangor dulu? nak tukar TSKI ! bukan main riuh rendah olamak Paschai pertahankan TSKI? sampai sanggup Nasruddin Hassan Tantawi mencadangkan agar PAS menubuhkan GERAK 2.0 untuk membela Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya telah dizalimi kerana cubaan memecat beliau daripada jawatan Menteri Besar Selangor..PAS Wajar Bela Khalid Melalui GERAK 2.0 – Nasruddin dan MSU PAS pula kelamkabut keluarkan fatwa bahawa haram memecat Khalid Ibrahim kerana dia tidak melakukan kesalahan syarak..Padahal PKR telah menjelaskan dengan panjang-lebar lengkap dengan bukti, kenapa Khalid wajar ditukarkan... tetapi mereka tetap dengan fahaman songsangnya kononnya Khalid Ibrahim telah dizalimi.

Tetapi bila Najib melucutkan jawatan Muhyidin sebagai Timbalan Perdana Menteri tanpa memberikan sebab dan alasan yang konkrit, apa reaksi Haji Hadi...? Mana fatwa Harun Din...? Tidak haram ke..? Kenapa tak kata Muhyidin telah dizalimi...? Kah Kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?