Ini yang ditunggu bro ! Husam Musa pilih GHB

Husam Musa, tokoh dan permata 'besar' Kelantan ini tidak menarik minat kerajaan negeri kelantan untuk 'menebus guna' segala kemahiran yang ada padanya, TGNA semasa hayat beliau, nampak susuk ini punyai kehebatan khusus dalam menerajui beberapa program besar khususnya di kelantan bro! 

Sayangnya, grup UGs kelantan dilihat 'memesongkan' Husam dan menyingkirnya terus dari berada dlm barisan utama kerajaan negeri, beliau pernah digelar 'MB Swasta' kerana gigih perjuangkan nasib mangsa banjir besar kelantan awal tahun 2015 lalu, memberi 'fokus' khas bagaimana perlu laksanakan program membaikpulih dgn menyiapkan 'blue print' khas bagi penyediaan ganti rumah kekal dan sebelumnya penempatan sementara (transit) di khemah2 yg dpt menampong pelbagai kapasiti keluarga besar dan kecil.

Husam yang memiliki Ijazah Ekonomi dari Varsiti Malaya ini bukan sebarang susuk dalam PAS sebenarnya bro ! Beliau amat disenangi oleh TGNA dan Tgna adalah gurunya dlm 'berpolitik' dan 'beradab dalam agama' ...

Husam dilihat begitu 'istiqamah' dlm PAS melebihi istiqamah UGs bro yg entah apa2 itu? cukup komited dgn 'perjuangan'..tetapi PAS selepas Tgna mempersiakan susuk ini kerana sesuatu sebab yg anda sendiri boleh fikirkan ! sama macam PAS Perak meminggirkan Nizar Jamaluddin di sana !

Ini yg ditunggu bro ! dalam 'kenyataan para 2' di bawah ! dapat disimpulkan bahawa Dato Hj. Husam Musa telah memilih GHB sebagai wadahnya yg baru untuk terus bersama perjuangkan impian baru Malaysia #harapanbaru.

Husam sayang PAS ! tetapi PAS tidak sayangkan Husam..itu yg boleh aku simpulkan..ini bukan soal merajuk dan kecewa? tetapi lebih kepada 'memperkasakan' wawasan baru untuk tidak lagi bersama 'UMNO' ! 

Biarkanlah UGs dan PasCHAI tidur dan bermimpi dgn 'keikhlasan Umnuu' moga mereka 'bahagia' bersama rakan barunya yg dikasih dan acap diwirid sementara lelapkan mata ! agar mimpi mereka membuahkan 'hasil lumayan'...Kah Kah Kah



Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya
[al-Mâidah/5;2]

Saya dijemput untuk hadhir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadhir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab,
Pertama : Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?


“If you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl, but whatever you do you have to keep moving forward.”-Martin Luther King Jr.
Kenangan gambar ambo waktu muda kerja bawa beg dan fail mengiringi al-Marhum Tok Guru. Al-Fatihah buat guruku.
Pasca Muktamar PAS 2015 dan menjelang PRU 14, apa langkah politik seterusnya?
Buka untuk dengar pandangan rakan-rakan di sini.................
Terima kasih atas pandangan..Dato Haji Husam Musa


Kedua : Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al Marhum Tok Guru Nik Aziz - meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib di gantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha al 'birri' dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.
Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Asry Ramadhan
Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu di anggap taghut sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.
Hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan. 

Kenangan bersama al Marhum Tok Guru dua tahun yang lalu..

Derita rakyat adalah derita kita bersama. 
Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.
Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumba lah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'
Sekian.
Husam Musa
3 Syawal 1436H


masdar - Fb Dato Haji Husam Musa



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?