Arus Fikrah 'Kacau dan Sakit' Vs GHB ?

Sesiapa saja yg nak 'berubah' untuk suatu yg lebih baik dan lebih sasa ! tentu ada saja 'gangguan' dari kalangan tertentu, baik dalam wadah politik mau pun mereka yang di luar 'pentas' politik ! Orang cerdik pandai laa katakan bro !
Ini tabiat dan tabienya manusia bro ! mereka ini cukup ragu dengan masa depan Malaysia ! seolah masa depan malaysia mesti diterajui oleh yang telah ada nama ? teringat kalimah 'tok nenek', orang tua2 dulu? kalo langgar pantang larang tu? siap bro ! mesti ikut 'resam tok nenek' sekalipun semarak 'khurafat' di dalamnya? kah kah kah

Kaedah yang benar ialah 'Yang Lapuk, Yang Jumud dan Bobrok mesti berundur dan ditinggalkan !...Yang BARU, Progresif, Yang PEDULI Rakyat WAJIB mara ke depan, mara ke muka demi pertahankan maruah agama, maruah Islam dan tanahair, keadilan dan kesejahteraan umat. Negara mesti diselamatkan bro ! banyak sangat 'hiruk pikuknya' dari 'atas' dan rakyat di bawah cukup tertekan angkara 'tangan2' durjana yang tidak putus2 'menyusahkan' rakyat.


Fikrah 1 
Tidak Yakin ?


Kacewakah depa geng GHB tu bro?
Sukar bertahan? pasai kecewa? ...
apa penunjuknya? apa ukuran naqli dan aqlinya?
hanya pasai depa tubuh #harapanbaru?
hanya pasai depa habis pupus dlm pemilihan di muktamar 61?
kalau itu saja kayu ukurnya? 
meleset sangat laa andaian ini ~ bro ?.....
Depa baru nak masuk gelanggang bro ? Belajaq 'silat' belajaq 'kuntau' lama dah..tunggu laa ! sampai masa depa bertanding nanti?

Kalau depa kecewa ? 

Takkan laa depa nak teruskan perjuangan ! orang kecewa biasanya 'bunuh diri' mcm di Japang tu? Brader kita yg 'form' GHB tu adalah para 'pejuang' politik, dah lama dah 'asam dan garam', rempah dan kari dalam PAS yg depa semua pernah 'rasa'..depa tahu yg mana boleh 'makan'? yg mana pula tak boleh makan !
Terasnya, depa adalah 'pejuang' bro ! perjuangan depa tu sungguh2 pula bro !
Tak kan tak nampak kot? ada beza langit bumi PAS dgn 'GHB' tu !..satu mau sangat kat Umno BN tu bro ! yang depa nie pula tak ada laa nak kat Umno tu? tu pasai kena 'mufaraqah' ! Kah Kah Kah

Semangat depa cukup kuat bro ! siri 'jelajah' depa pun boleh tahan punya sambutan ! nampak dah ada 'tapak' yg selesa, lagi pun penerimaannya? hampir seluruh generasi muda dan tua.. rakyat berbilang bangsa lagi ! Ini konsep 'keterbukaan' namanya bro ! Bukan hanya dok berkisaq dlm khemah 'melayu' sahaja ! Kah Kah Kah


Ya ! depa kecewa bro ? depa semua 'KECEWA' dengan tindakan pimpinan PASChai bro ! Slip 'Chai' nan sekeping ditabur di edar bagaikan 'pitih raya'..depa kecewa dgn Hadi sang ketua yg maukan kumpulan sekular dipinggir terus dan berkata muktamar dulu adalah medannya yg sesuai 'membuang' mereka ini? 


Jadi? Salahkah mereka? mereka sebenarkan dihalau, diperambat keluar? bila dah keluar, depa binalah rumah baru ! pasai apa puak2 Chai aka PASChai dok meroyan tak habis2 ? Pelik sungguh perangai dan akhlak PasChai nie bro? yang lagi pelik..depa PasChai yg 'menumpang' rumah orang? tuan rumah suruh keluar, berpeluh2 depa tak nak keluaq? macam2 kalam 'keluaq'..depa dok ejas ! cer perati kat Penang dan Selangor? tau lah hangpa sapa depa tu? kah kah kah


 Tiada yg mustahil bahawa GHB tidak mampu bertahan lama dan mampu menawan Putrajaya bersama parti gabungan pembangkang baharu...Mau ingat sikit! Pas dulu pun parti serpihan Umno tapi boleh bertahan sehingga sekarang...tu 'agaknya' laa nie balik dok berkepit dgn Umno? takut dia pula yg akan Pupus? 
Kah Kah Kah



Fikrah 2
'Ultra Kiasu' Lesu



GHB hanya menang jika diberi laluan ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu tetapi Ridhuan Tee tidak yakin ultra kiasu sedia berkongsi.
Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menjangkakan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal merintis penubuhan parti baru bagi menggantikan Pas, akan terkubur selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Prof nie tak habis2 dgn 'ultra kiasunya' bro ? siap habaq GHB akan terkubur? lepas Pru 14 nanti ! hebat telahan tok nujum  depa bro? kah kah kah

hangpa tau ke apa benda 'ultra kiasu' tu? mudah kalam kiasu tu bermaksud  'ketakutan terhadap kehilangan dan rasa terancam' jadi Prof nie nak bagi tau, puak2 yg 'form' GHB tu takut kehilangan 'sesuatu' secara melampau !? tu yg tubuhkan GHB tu ! Kah Kah Kah


Apalah bro ! kalo Geng GHB tu takut hilang jawatan umpamanya, atawa rasa terancam? baik depa 'remain de seat' dlm PAS sekalipun sebagai ahli biasa..tapi, pasai depa tu semua bukan sembarangan ahli? mereka perlu bangkit, berjuang, dan melakar wadah baru untuk 'melawan Umno-BN' yg mana PAS dah mampu nak buat, nak melawan kerana asyik 'berseloka' dgn irama sama dgn Umno? tu jer pasai bro ! kok mana kata depa 'kaciwa'? dan 'takut hilang jawatan? kah kah kah Tapi aku nampak...

aku nampak laa..idea 'ultra kiasu'nie sebenarnya tak laku sangat bro! istilah yg mamat nie pakai?jarang orang pakai bro!
saja nak bagi meriah 'bahasa' depa saja ! pandangan dan fikrah nie lebih mewakili suara Umno-BN ! bro! Kah Kah Kah

Jadi ! tugas mereka, cuba timbulkan 'keraguan' terhadap potensi dan peluang GHB sebenarnya ! kita dah kenal lama dah 'kempen' puak2 cerdik tak cerdik nie bro ! sebabnya GHB secara tuntasnya akan menggugat dan mampu memberi saingan 'sengit' terhadap 'penguasan Umno-BN' dlm PRU nanti ! Maklumlah ! depa nie dah lama jadi 'gurkha' Umno ? Selain tu, setiap kemenangan PRU bukan semata menerusi proses PRU? Masih ada juga 'tangan2 ghaib' 'behind de screen' bro! kah kah kah 


Fikrah 3
'Spring' melantun2 ?


Pasai 'bermadah'? Sapa boleh celen 'ana'? Kah Kah KahInilah 'tahap' Pemuda PAS Baru bro !..Semua yg orang lain buat ! Gopoh laa, tak sabaq laa..belum ranum laa, bla bla bla..
Aku sebenaqnya, tak minat langsung ngan mamat nie bro !apa yg dia merepet ? aku pun tak tau? spring laa? Hang kata kat sapa? Sapa yg spring? sendiri dia yg 'spring'? tak mahu bilang? Kah Kah Kah
Tak ada sapa yg 'spring' sampai nak pi jln raya nak tuntut mcm mung kata tu bro ! pasai tu GHB dilancarkan bro ! Baguih punya 'bodekism' enta bro? sebijik macam Umno punya madah dan riwayat !cumanya GHB tu 'spring' keluar dari PASCHAI jer bro ! Laa nie GHB tu 'spring' baru bro ! nak celen 'spring lama' PAS 4 PASChai Only ! Boleh tahan ke? Kah Kah Kah

Fikrah 4
'Wali' ? 



Cerita pasai ingatan supaya jangan 'anggota parti' PAS
yg dilontar oleh HA ini, menarik juga bro ! 'Jangan Jadikan
DAP sebagai ketua atawa wali - dia harap depa tau fadhilatnya?
DAP tidak 'Beriman dan Budiman'? kata HA..


KOMEN DAN ULASAN  :

Dalam PR TIDAK ADA SESIAPA yang mengambil DAP sebagai ketua ?  Ketua Pembangkang ialah DSAI. Keputusan dibuat secara konsensus, MENERUSI PERBINCANGAN DAN MUAFAKAT. Malangnya Haji Hadi selalu tak hadir. Dahlah tu semedang  buat komen di luar sidang...Kah Kah Kah


ADAKAH HAJI HADI BERTAALUF SIYASI DENGAN UMNO ?

Di tangan Haji Hadi semuanya hancur. Patutkah DAP dipersalahkan ? cerminlah, muhasabahlah diri sendiri. Jangan meroyan, usah mamai disiang hari dengan mengucapkan kalimat yang serupa, wali, wala’, sekhah, kepimpinan ulama dll untuk mengelabui mata umum tentang kelemahan beliau.,keroja tak buat ( Sidang P'limen..pi buat kerja lain? )
Di bawah Haji Hadi semuannya berkecamuk . Semasa Nik Aziz masih  ada keadaan masih terkawal.Bila Nik Aziz meninggal, Hadi mula menunjukkan taringnya, menyebabkan mercu kejayaan PAS yang unggul  merudum. PAS tenggelam dan berkecamuk  dengan pelbagai krisis.
Semua krisis yang berlaku kerana masalah dalaman PAS sendiri  bro ! Kemelut kepimpinan yang gagal ditangani dengan baik. Lebih tepat kerana kepimpinan Haji Hadilah yang sangat bermasalah. Beliau bertanggung jawab memecahbelahkan perpaduan PAS. Senang saja menggunakan gaya ala politik UMNO yang memangsakan dan membunuh peribadi pemimpin yang tidak disenangi.
DAP dan kumpulan berwibawa di sekelilingnya dijadikan mangsa dan sasaran. Dengan mempergunakan modus operandi itu, beliau memimpin PAS. Adakah PAS dan umat Islam mendapatkan manfaat daripadanya ? Islam itu sempurna. Bukan hanya HUDUD saja ! Melawan riba juga hukum, melawan rasuah juga keutamaan, Urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang baik juga model Islam, melawan pembaziran juga sangat diseru oleh Islam dan negara berkebajikan juga rahmat dalam  Islam.
Tidakkah tujuan PAS ditubuhkan kerana melawan UMNO yang totok sekular? 
UMNO yang menolak Islam yang syumul. Kini setelah 64 tahun ditubuhkan kenapa berjinak-jinak pula dengan UMNO ? Apakah PAS dan Haji Hadi masih tidak kenal watak dan sifat UMNO bila tersepit ?
Sangat malang di saat Pakatan Rakyat sedang kuat dengan sokongan 52 peratus undi popular, Haji Hadi memainkan politik yang mengkucar kacirkan PR yang membawa kemenangan PAS secara bersama.
Beliau menjadi punca kemusnahan PAKATAN RAKYAT. Jadi bila ada yang mahu memulihkan kekuatan PAKATAN RAKYAT semula, mengapa timbulkan masalah lagi. Lagi pun mereka telah dikeluarkan daripada kepimpinan PAS menerusi politik kotor memfitnah dan memburuk peribadi menerusi label. 
Corak politik ini TIDAK pernah wujud semasa kepimpinan presiden PAS yang terdahulu. Haji Hadi yang mencorakkannya kemudian berlindung di sebalik KEPIMPINAN ULAMA yang gagal membawa rahmat untuk semua..
 disesuaikan dariDaulah Rakyat


Fikrah 5 - Gertak !
Kecut, Meroyan, Bimbang !!!

Gertak lagi?Sapa nak heran dah bro ?Masa dok elok2 tak mau nak jaga 'silaturahim' !Ketua Umum pun hangpa boleh perambat ? Kah Kah Apa yg PASChai tak kata kat GHB yg senada dgn PKR,'anwarinas' laa..WAWI tak layak laa..Kat Ptg Pauh itu hari PRK ! dah lupa ke apa yg YMP buat? Nak Boikot laa ! mcm2 hangpa buat? Ada bro turun pi bantu? ada ayah chik turun? 
Nasib baik ada grup G18 ! Ada Mat Sabu, Ada Mujahid, ada Dr Dzul ada Kak Jah dan yang lain macam depa tu yg turun bantu..sampai berpeluh ketiak nak pastikan WAWI menang di sana? Nak harap PasChai? tok sah harap laa..orang tau apasal kepala2 besaq PasChai  termasuk bro, tak turun bantu, kempen sama? Takut WAWI 'menang' dan jadi 'Ketua Pembangkang'? Kan begitu bro? Alih-alih laa nie dok 'gertak' konon? 
Ohh, untuk pengetahuan bro ! Rafizi tu (Setiausaha PKR) dah nyatakan sokongannya kat GHB ? Kalau Setiausaha dah keluar kalam macam tu ! kira dia laa tu bro? lagi pun sampai kini, tak ada pula bantahan dari WAWI sebagai Presidennya? Tak kan tak boleh nak paham lagi kot? Kalo nak putus? boleh dah bro ! Tak payah dok gertak gertak bro ! nanti bertambah retak, nanti boleh hilang rentak ?..Kah Kah Kah..lihat - Haron: Hubungan PAS dan PKR putus sekiranya...


*********************


Khulasah

1. Ramai dah kata, Pas dah tak wujud lagi walau ramai PasChai nafikannya ! mereka Pas mendakwa bahawa 'Bahtera' depa yg 'Selamat'? orang lain punya - 2 tahun saja dpt bertahan bro !?
Bukan apa tu? nak bagi sedap hati sendiri saja ! berbondong2 akan 'hijrah' nanti bro ! Kah Kah Kah






2. Cerdikkah PAS? Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh. 


Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP?
Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan. 
Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan? 
Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan! ...
Inilah arus fikrah 'kacau' dan 'sakit' 





3. Gaji Haram? Ada ke?


Sapa susuk PAS yg kata 'gaji haram' tu bro?Puak nie pasai hukum hakam? A balong laa bro ? Kah kah kahNie jawapan dari Mujahid Yusuf Rawa, 
"Jangan sebut gaji haram, anda yang kecewakan rakyat, kata Mujahid kepada PAS
Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa..TMI 

aku nak tambah sikit lagi bro, yg dok menongkoi dlm Selangor tu? tak haram ke? dah lama PR berkubur? Ada lagi ke PR tu? Rakyat mengundi PR bro ! bukan PAS alone? Kalau PAS 'alone' ? lama dah punggah !! 

Nie kira2 mudah !


1) Dun Kota Damansara (Selangor) 
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang) 
3) Dun Panti (Johor) 
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Parlimen Labuan. 

Habis semua tu dapat kat UmnoBN bro? Sapa punya 'belit' punya 'kamjat' punya 'khianat' PR dlm kes nie bro? lepas tu mau sembang bab 'haram'..Kah Kah Kah.






CHINA PRESS..Pas kini sudah bersedia untuk sendirian.Xin Xi Wang (Harapan Baru / New Hope) akan bersama di dalam Pakatan Rakyat 2.0. ..Ustaz Ahmad Awang Supporters



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video