Posts

Showing posts from 2018

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Image
Membaca ngomelan Nik Amar, si Lebai yang tidak tahu dan jahil mengenai 'money matters' ternampaklah kebangangan yang teramat bro! Lalu semaraklah Lebai memuji DAP yang dulunya bagai nak rak punya benci dan berkempen tolak parti Cina tu.  Hadi gesa tolak DAP kerana tidak bersih, bukan Muslim | sini | Sekarang angin Lebai nie dah berpusing pusau macam 'hurricane' beb ! Tiba2 DAP dah jadi 'baik' di mata lebai? Lihat | Video ni bro !  | Bila Najib serta Umno dan BN dah kena 'screw' dalam PRU14. Tidak ada lagi kelibat Lebai-Lebai PA$ dari Presiden, timbalannya serta lebai2 yg mengampu UmnoBN termasuklah lebai2 'Pasu Bunga'. Entah ke mana mereka membawa diri?  Di PRK Sg. Kandis pun Pas dan lebai serta walauns terus berikan Umno bernafas dengan terus menyokong Umno . Lebai tidak letak calon pun. Takut spring sekali lagi. Nak selamat terus jadi khadam Umno abadi. Itu yang afdhal bagi Lebai. KAHKAHKAH Memang satu kesilapan besar manusia ini dibe...

No Entry ! Untuk Ahli parti komponen BN Masuk komponen PH - Video

Image
Bila Pakatan Harapan menyapu bersih negeri2 Pantai Barat kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis..Ramai dari ahli parti komponen BN yang bercambah itu tersangatlah berminat untuk masuk parti komponen PH ini. KAHKAHKAH Demikian diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan beb !. Mereka disaran menjadi ahli bebas dan boleh menyokong Pakatan Harapan sebagai ahli bebas saja. Pengumuman dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya. | Siapa ahli parti komponen BN yang tak jadi ahli mana2 komponen Pakatan Harapan sama ada PPBM, PKR, DAP atau AMANAH ! Mereka sekarang TIDAK dibenarkan untuk lompat parti kalo pun depa menang PRU 14 yang lepas. Ini adalah satu tindakan terbaik dan terpuji seperti di putuskan oleh Majlis Presiden PH bro ! Semua ini tentu ada sebab2 nya. Aku alukan sangat2 sebab dan asbabnya ini bro! . Puak2 BN ni bukan boleh diberi muka. Esok lusa ada saja ...

Mengisi agenda kemenangan PH - Video

Image
Sekarang adalah masa bagi kerajaan baru memberi tumpuan penuh dan fokus kepada agenda untuk mengisi kemenangan yang penuh gemilang yang diraih dalam PRU14 lalu.  Kemanisan awal yang di kecapi oleh Pakatan Harapan ini hendak nya diisi dengan penuh hemah dan hikmah. Kemanisan ini mesti dikecapi oleh seluruh rakyat yang telah memberikan kepercayaan penuh mereka untuk melihat Malaysia dipandu dengan penuh bijak sana oleh kepimpinan baru yg dilantik nanti oleh PM.  Rakyat sedang memerhati dan melihat semua janji dalam manifesto dilaksanakan untuk membawa rakyat kepada kualiti hidup yang lebih baik di bawah kerajaan baru. Sekarang adalah masa berkerja dengan penuh tanggungjawab. Tidak ada lagi budaya mengampu, rasuah, tidak amanah dan belit. Selamat Majujaya kepada barisan kepimpinan baru. Rakyat mengharap anda semua memperbetulkan segala kesilapan mega yang lalu oleh UMNO dan BN.   AGENDA ISI KEMENANGAN

Hari2 Getir UMNO dan HARAPAN Baru. | Video

Image
Dunia ini umpama roda. Berpusing beb ! Kalau statik? Seumpama dunia tidak berpusing. Kata orang arab , وقتك هو عمرك   mafhumnya - waktu kamu itu adalah sebenarnya umur kamu. Macam2 berlaku di hari2 pertama sejak Tun Mahathir mengetuai Kerjaan Malaysia. Ada yang katanya nak bercuti? Ada Lebai nak lagi beryugi? Ada yg masih beremosi dan ada yang bercakap tak tentu isi ?  Umno & BN kecundang habis kali ini. Untuk bangun semula rasanya ianya akan ambil masa sangat panjang bro! Silap haribulan Umno -BN hanya akan tinggal sejarah sahaja. PRU14 kali ini betul2 UMNO dan BN ditalkinkan.  Aku kutip berita2 penting sahaja sejak PH menang hingga ke hari ini. Harap hangpa semua terhibur !! KahKahKah . RAKYAT BERPESTA Rakyat berpesta rai Tun Mahathir sebagai PM

Tahniah Rakyat ! PH Menang | Foto Menarik Berbicara \ Video

Image
Rakyat Menang. Itulah yang dapat diungkap setelah keputusan rasmi PRU14 diumum oleh SPR. Ramai berjaga berjegeh sampai ke pagi bro ! Ramai kata kemenangan ini hampir mustahil. Kali ini hanya foto menarik dikepilkan dengan sedikit ulasan. Apa pun Tun Mahathir telah selamat angkat sumpah di Istana Negara awal malam ini. Malaysia bermuhasabah Rakyat Malaysia telah berani berubah, tekad dan nekad, kebulatan hati dan tindak-tanduk rakyat itu ada harganya.. | Layar Sini .

Ini peluang Melayu menebus maruah - Tun Mahathir | Video

Image
Aku bersama-sama ratusan orang ramai sempat bersama-sama ikuti siaran langsung ucapan Tun M di skrin besar di Sg. Petani. Mereka nampak cukup bersemangat dan mendengar penuh tekun amanat yg disampaikan Tun. Moga esok (hari ini) warna Malaysia mekar bak mewangi dengan sejambak HARAPAN ! Pecah rekod Siaran Langsung Ucapan Tun Mahathir diikuti secara langsung oleh 266,000 penonton dari seluruh dunia

PRU14 | Dari Dapur Pakatan Harapan | Video

Image
Esok akan menentukan samada Pakatan Harapan mampu beralih ke Putrajaya atau terus kekal sebagai pembangkang. UMNO - BN dan PAS perlu diatasi kiranya hasrat pembangkang mahu di realisasikan.  Ikuti beberapa 'masakan' dari dapur Pakatan Harapan di hidangkan kepada pembaca. Dapur masakan ini begitu menyelera kan bro ! Maklumlah yang menyediakan 'masakan' ini, bukan sebarang 'chef' bro ! Mereka adalah 'pakar' masakan bertauliah dan disegani ramai. Mereka adalah 'pakar' masakan politik ternama. Ikuti 'masakan' mereka. KAJIAN INVOKE PH dijangka menang 111 kerusi Parlimen, BN hanya 54 di Semenanjung. perintah 7 negeri – Invoke

PRU14 | Yang Belit Yang Terbelit - Video Terbaru

Image
PRU14 tinggal 2 hari saja lagi bila artikel ini mula ditulis. Dua hari yang akan melihat 'Perubahan Besar' untuk Pakatan Harapan menjuarai negara. Insya' Allah. Itu impian semua rakyat yg prihatin dengan nasib dan masa depan negara. Lagi dekat PRU14 lagi banyak celoteh pimpinan dari bagai parti. Setiap kenyataan pimpinan besar mulanya sebagai percobaan untuk membetulkan kekusutan lawan. Tetapi kemundiannya lawan pun membalasbalik, ditenyeh semula oleh seterunya. PAS, BN dan UMNO coba sedaya upaya meyakinkan orang ramai bila mana PH coba persoalkan tindak tanduk mereka.  Maka ada yang membelit awalnya, depa sendiri pula yang terbelit kemundiannya. KAHKAHKAH PAS KECAM   WAN AZIZAH

UMNO-BN Dan PAS Bukan Lagi Pilihan Rakyat - Video

Image
Umno BN dan sekutu ketatnya PAS bukan lagi pilihan rakyat yang mahukan perubahan besar menjelang PRU14 pada 9hb May 2018 ini bro! Bukti cukup jelas lagi terang benderang. Hanya walauns &  macai Umno saja lagi yang tidur lena dibuai janji demi janji dari pemimpin mereka?  Sokongan padu sekarang ini beralih kepada PH. Pakatan ini (PH) adalah 'Pakatan Rakyat' yang baru 'menggantikan' PR sebelum ianya terkubur dek kerana 'ada' parti 'parasit' dalam PR dulu yang mahu sangat bersenandung' dengan UMNO? KAHKAH. Sekarang ini PAS sentiasa canang sana sini kata dia amalkan siasah 'matang dan sejahtera'? Sejahtera nak mai celah mana wahai Lebai? Ketiga-tiga mereka kini senjata baru untuk menangkan PH.

Cara Pas menipu, Pengkritik PAS kena label - Video

Image
PAS Menipu? Takkan Lebai nak menipu? Lebai kalo menipu? Bukan sembarangan beb ! Sungguh punya tipu bro ! Kaw punya tipu? KAHKAHKAH

Warna-warna penamaan calon PRU14 - Video

Image
PRU14 yang dinanti-nantikan banyak pihak telah tiba hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara. Walaupun bahang pilihan raya boleh dirasai di mana-mana, dengan bendera dan sepanduk parti mula dipasang lama sebelum tarikh rasmi berkempen bermula hari ini. Namun di celah-celah kehangatan itu masih terdapat aksi dan insiden lucu dan manis yang memeriahkan suasana, dan membuktikan rakyat Malaysia masih berupaya melalui semua persaingan itu dengan sikap positif, rasional dan manusiawi. Walaupun bersengketa dan saling saling kata-mengata, calon PAS, Ibrahim Ismail, dan DAP, Teh Kok Lim di Parlimen Taiping sempat berpelukan semasa menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

PRU14, Inilah Semangat Juang AMANAH

Image
Syabbas diucapkan kpd tiga pejuang AMANAH ini. Mereka adalah Wan Anwar, Idzham dan Jaafar disifatkan sebagai ‘unsung hero’ untuk AMANAH. Mereka adalah 'tokoh AMANAH Selangor bro! Tetapi 'pengorbanan' mereka cukup mengkagumkan 'High Class' gitu.   Ini semua adalah semangat dan kerja kuat dari pimpinan atasan AMANAH serta kebolehan mereka mengurus keutamaan serta perbezaan dan PR mereka yang cukup berkemahiran. Tahniah kepada barisan pimpinan utama AMANAH Selangor dan juga AMANAH Pusat.  Mereka bertiga ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Ketiga-tiga mereka patuh dengan keputusan jamaah dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pengganti mereka.  Bukan senang bro ! S epatutnya mereka menjadi calon AMANAH, namun terpaksa bertukar di saat akhir kerana pelbagai sebab yang terpaksa diselesaikan oleh parti mereka. Inilah Semangat Juang AMANAH YANG TERPUJI.  Baru saja kita lihat seorang orang kuat UMNO bila tidak terpilih sebagai calon kali ini, terus mera...

'BISA'kah PAS menjelang PRU14? | Video

Image
Tidak berapa lama lagi kita akan menghadapi Pilihan Raya ke-14 (PRU14) yang di jangka akan menjadi pertarungan yang amat sengit. Menjelang pilihanraya ini berbagai rintangan baru telah di letak di hadapan pengundi-pengundi untuk menyukarkan lagi tugas mereka membuat penilaian bagi menunaikan tanggungjawab mereka. Pihak media umumnya pun sedang mengalami masalah yang amat sukar untuk menjalankan tugas mereka dengan adanya Undang-undang Anti berita tidak benar yang baru saja berkuatkuasa kerana "tidak ketentuan" status maklumat.  Pilihanraya adalah hari untuk rakyat menjadi raja sehari dan bukan untuk 'kerajaan' bermaharajalela menekan rakyat. PAS macam biasa beb ! Lebai dan Walauns sering 'mendakwa' parti depa tu cukup ' berbis a ' kononnya? Berbisakah PAS dan Lebai? Pertandingan sekarang ini hanya antara dua saja. BN dan PH. PAS tak masuk senarai, parti ini hanya tukang sibuk dan tukang kipas BN saja. Depa nafi. Itu Lebai punya passallah....

Gelagat PAS yang Memual dan Memalukan ~ Video

Image
OPSSS ! JANGAN TAKAJUIT  

| Marang & Rhu Rendang Mahu dirampas UMNO? - Video

Image
Umno yakin rampas Marang? Rampas Marang pula tu dari 'orang' kesayangan Umno? Biar betul bro? Itu kawasan 'Tok Sidang' PAS tu. Tok Sidang penyandangnya. Umno pun yakin juga nak gabuih kerusi DUN Rhu Rendang bro ! Itu juga Tok Sidang PAS punya ! Tok Sidang jadi penyandangnya di situ.  Sakan Umno kali ini? Tak bagi peluang lagi kat Tok Sidang?. Dah habis pikir ke Umno? Umno - PA$ bukankah adik beradik sepusat sepusing? Apasal mahu kaco Tok Sidang punya tempat? KAHKAH KAH  Keyakinan Umno kali ini kata Ketua Umno Bah. Marang, kawasan berkenaan bukan lagi kubu kuat PAS. Beliau percaya pengaruh PAS akan berakhir pada PRU kali ini? Gamaknya dia melihat reaksi rakyat sampai begitu yakin Rhu Rendang akan jadi milik UMNO?. Ini kerana hampir 10 ribu ahli Umno di kawasan itu akan membantu serta pengundi atas pagar dan pengundi PAS yang tidak berpuas hati dengan parti mereka. Dia ingat semua nak undi Umno, lalu Umno pun berangan nak rampas kawasan itu?.| Malaysiakini . Bekas...

JPH | UMNO-BN Makin Sentap - Video

Image
Jelajah Pakatan Harapan (JPH) menggamit ribuan pendengar dan ini adalah gelombang rakyat beb! Rakyat bagaikan ombak tak ber  tepi memenuhi setiap ruang di mana JPH itu diadakan. Kebangkitan rakyat ini rata-rata dilihat sebagai 'penolakan' terhadap penguasaan Umno-BN. Pun begitu Umno memandang sinis dengan perkembangan ini bro ! Kehadiran ramai tidak mencerminkan jumlah undi, demikian kata Salleh Said Keruak. Masalah dengan pembangkang ialah “mereka beranggapan sesuatu yg dikehendaki itu sudah menjadi milik mereka, sedangkan ia belum lagi menjadi kenyataan dan mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir dalam ceramah itu sebagai bentuk undi.” Lihat sini .  Tapi Sheh! apasal cepat sangat 'response', biasa kalo cepat sentap tu makna nya Umno-BN dah gabra, ketaq lutut dengan perkembangan ini? Perbezaan yang Sheh sebut itu jauh beza dari apa yang berlaku sekarang ini. Gelombang terkini bukan gelombang berkelocak tepi pantai? Itu gelombang kecil beb! Gelombang ini aka...

KDNK Turki berkembang lebih pantas dari China, India | video

Image
Turki kembali menyinar di bawah Recep Tayyip Erdogan. Ini kita kena akui bro ! Negara Turki yang pernah mengasaskan Empayar Othmaniah yang bertahan selama lebih 600 tahun itu akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan. Pengajaran ini perlu diamati dengan saksama termasuk kita juga di sini bro ! Kegemilangan 'Melayu' yang membina negara ini jangan sampai 'tercabut' akibat dari anasir luar yang begitu mudah ambil kesempatan atas kelalaian kita sendiri?, dan menghancurkan secara perlahan-lahan.  Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258). Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui be berapa era iaitu penubuhan,...

Hilang Daya Tarikan | PAS Makin Dijauhi | Video

Image
Semput seketika, sesak dada PAS bila empat bekas Pesuruhjaya Pas sertai AMANAH. Mereka adalah MK Ibrahim Abdul Rahman yang dilantik Pesuruhjaya Pas pada tahun 1999-2001; Zulkefly Mohd Omar (2004-2009); Taufiq Abdul Ghani (2009-2014) dan terkini pada Khamis lalu Dr Rosli Yaakup (2005-2006) mengumumkan beliau menyertai AMANAH.. MD . Perkembangan ini boleh melemahkan urat 2 angin Lebai2 PA$ bro !  Silap haribulan, Lebai boleh sembelit. Hari 2 Lebai dan walaun PAS pakai 'bedak' cantik2 bro ! Dia duduk kat mana2, dia berlabon dia coba menarik perhatian orang. Tapi sayang tak berapa kerat pun yg terpesona dengan PA$ yang tua renta tu. Cakap 'orang tua' dah tak ' fit ' lagi bro, bersembur liur, pelupa pulak tu, kena hantam sikit dgn ahli mula laa kelamkabut, mula bercelaghu nak jawab! Tonton video ini bro ! KAHKAHKAH. 

PAS Bukan Pilihan Orang Cerdik bro ! | video

Image
Bila Dr Asri bertanyakan rakan karibnya Dr Maszlee Malik yang memilih BERSATU sebagai landasan politiknya, sudah istikharah kah dengan keputusan itu? Sahabat baiknya itu menjawab: Sudah.

Orang AMANAH Kena Cekap Baca Politik larr | Video

Image
'Haram Undi PAS' | ' Haram undi PAS, pahala undi HARAPAN ' demikikian tajuk  'hot' di Portal Malaysiakini . Aku memang duk tunggu 'keberanian' Pimpinan AMANAH seperti ini larr ! Buat apa nak berselindung lagi?. Kita tahu di mana 'posisi' PA$ dlm 'GAME' politik hari ini bro| Kita Tahu dan cukup tahu. Lama sangat dah kita hadham 'kerja buat' dan 'perangai' serta 'akhlak'  ADAB Lebai2 PA$ sewaktu berhadapan dengan AMANAH. Apa yang depa tak kata kat AMANAH? Dari Presidengnya turun sampai hampir kesemua lebai 2 ikutan 'almarangi' menyumpit seranah, maki dan bagai lagi. Contoh terbaik ketika upacara perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 dahulu di Dewan Sekolah Rendah Darul Ulum A. Setar Kedah . Laungan ' JAHANAM PAN ' yang ditujukan kepada AMANAH itu dimulakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir berkumandang sewaktu pembukaan muktamar itu. Lihat Video nya bro ! . Selepas ikrar ...

Coba Kalau Kena Kat AMANAH dan PH ?

Image
| إنا لله وإنا إليه راجعون | Musibah menimpa lagi ke atas PA$. Kali ini Markaz PAS di sebuah kampung di Yan Kedah musnah dilanda ribut petang semalam. Kita doakan moga mereka cepat sadar dan kembali normal. Coba kejadian seperti ini terkena kpd Amanah & Pakatan Harapan? Lebai dan walaunsnya ramai2 pakat menuding jari telunjuk mereka yang semua ini adalah 'bala' ! Tapi bila 'terkena' kpd mereka yang sudah berulangkali itu, lebai akan cakap: Ini semua ujian dalam perjuangan ?  Teringat satu ayat dari surah Al-Baqarah 59 berkaitan orang2 yang mengubah hukum Allah yang sudah jelas kebenarannya. Mereka di kategorikan sebagai orang yang berbuat 'FASIK' ?   فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ "Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-o...

MCA, Nazri, Robert Kouk & Jho Low. Apa Sudah Jadi? Video

Image
Ini berita menarik bro ! Tuduhan oleh seorang blogger yang dikira sebagai berita palsu tersebar mendakwa Robert Kouk seorang insan terkaya di Malaysia menuduh beliau menyalurkan dana pada DAP, pantas mendapat reaksi balas dari UMNO. MCA mengecam menteri Umno Mohamed Nazri Aziz kerana memanggil Robert Kuok sebagai "pondan" kerana didakwa membiayai DAP, dengan mengatakan ahli perniagaan hartawan itu adalah ikon kepada rakyat Malaysia. ( Baca Sini ) Pengerusi Biro Keharmonian Agama Ti Lian Ker berkata serangan Nazri ke atas hartawan yang berpangkalan di Hong Kong tidak selari dengan budaya Malaysia. "MCA berpendapat Robert Kuok adalah seorang ahli perniagaan yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara umumnya. "Beliau adalah ikon perniagaan kita dan dihormati oleh rakyat Malaysia dari semua latar belakang etnik. Beliau tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang isu politik, apatah lagi untuk bertanding dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14)." Baca Sini ...

Kejahatan takkan menang – Polis Indonesia - Video

Image
Kebatilan itu Pasti Lenyap dengan datangnya Kebenaran. Kebatilan apa pun juga adalah PALSU semata. Yang PALSU tidak ada NILAI seumpama seorang yg 'membeli' sekeping ijazah kedoktoran untuk dilihat pemegangnya hebat dan berstatus? Tetapi itu hanya sebuah 'kepalsuan' dan kepalsuan ini akan terbongkar akhirnya bagaimana pun ditutup si pelakunya untuk tidak kelihatan palsu.Gelang emas tidak sama gelang suasa bro ! Bila kebenaran dan yang haq datang, yang batil, yang palsu akan lenyap..demikian maksud sepotong ayat al-Quran | وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا | QS.al-Isra’ : 81 | dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ : 81) Bila Indonesia hari ini merampas sebuah kapal layar mewah milik hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh dgn meng gunakan wang 1MDB, di Bali itu tentulah ia mengundang pelbagai 'persepsi...

Maharaja Lawak Mega | PA$ adalah Juaranya

Image
Gelagat PAS yang terus mesra & berjanji akan berikan tongkat kpd Umno menjelang Pru14 ini nanti cukup jelas berdasarkan kata bual pemimpinnya saban waktu berapa tahun ini terutama selepas Pru13 di mana Umno hampir tumbang.  Hadi Awang berkata, jika nak tadbir Malaysia pilih PAS atau Umno FMT , TV14 . Hadi masih meniupkan semangat 'assabiyyah sempit yang ditolak Islam. Jelas PA$ dan segala walaunnya dikehendaki oleh Chief Lebainya untuk mengundi Umno atau Pas sahaja nanti. Sekarang siapa yang jadi Maharaja Lawak? Doktor gigi ke atau TS Rashid? Dr. gigi asal Terengganu itu menyindir bekas Pengerusi SPR kerana suruh bergabung dengan UMNO. Marah Doktor Gigi Pas tu bro !  Masihkah Dr. Gigi ini tidak faham lagi betapa seluruh pimpinan atasan PA$ yang 'gila dedak' itu terhegeh-hegeh menyandar diri dgn Umno punya laa nak dapatkan perhatian Umno. Jadi penasihatlah, mau jadi 'king maker' ler. gagasan sejahteralah dan seumpamanya.. Akhirnya RUU355 tersadai di pelab...

PH Kelantan Pantara Kaum Sempena Tahun Baharu Cina 2018

Image
Kemesraan yang ditunjukan sempena Tahun Baru Cina oleh barisan Pimpinan Pakatan Harapan Kelantan ini menjadi tanda aras betapa hubungan antara kaum di Malaysia amat perlu bergandingan antara satu sama lain.  PH tidak pernah merendah2kan atau memomokan bangsa lain atas dendam politik seperti yang berlaku terhadap sebuah 'parti suci' dgn berbagai kata nista dan tuduhan seumpama 'Kafir Harbi' yang ditujukan kepada DAP misalnya. . Malaysiakini . Sebab itu ada lebai PA$ yang 'nak tanam seseorang' kat jirat Cina hanya kerana 355 !! sedangkan RUU355 itu dah tak tau ada di mana? KahKahKah Pakatan Harapan seperti Parti Amanah misalnya begitu komited utk menghidangkan erti sebenar penyatuan Melayu dan Islam TANPA menimbulkan ketakutan atau mengugut kaum dan bangsa lain. Prinsip dan Wawasan ini terbukti mendapat sokongan dan dokongan pelbagai kaum merentasi negara.  

PA$ Dan Lebainya Semarakan Perkauman?

Image
PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam waktu berhadapan Pilihan raya Umum Ke-14. Keengganan PAS untuk bersama HARAPAN untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama bersatu utk menyelamatkan negara. Siapa sangka ! 'Peringatan dan Teguran 'Almarhum TGNA akan salah laku kepimpinan lanun yang menjual bangsa dulu dan kini diguna pakai oleh kepimpinan 'boneka umno' yang 'berdagang' dgn agama kini setelah tersepit dalam hubungan dengan Umno dan BN. Banyak Kenyataan2 Tok Sidang sejak bermain bersama Umno  berbaur perkauman. ~ sini . Kenyataan Hadi dan anaknya Khalil Hadi sini memang benar-benar berbaur perkauman  padahal Islam menolak perkauman dgn jelas. Lebai lebih teruja dengan 'assabiyah' Melayu hasil dari suntikan berbisa Umno yang kini tidak lagi bersusah payah untuk melawan DAP. Di sudut ini Pa$ lebih Umno dari Umno itu sendiri.  Sedangkan Rasulullah SAW mencegah perjuangan atas nam...