Kejahatan takkan menang – Polis Indonesia - Video

Kebatilan itu Pasti Lenyap dengan datangnya Kebenaran. Kebatilan apa pun juga adalah PALSU semata. Yang PALSU tidak ada NILAI seumpama seorang yg 'membeli' sekeping ijazah kedoktoran untuk dilihat pemegangnya hebat dan berstatus? Tetapi itu hanya sebuah 'kepalsuan' dan kepalsuan ini akan terbongkar akhirnya bagaimana pun ditutup si pelakunya untuk tidak kelihatan palsu.Gelang emas tidak sama gelang suasa bro !

Bila kebenaran dan yang haq datang, yang batil, yang palsu akan lenyap..demikian maksud sepotong ayat al-Quran |

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
|
QS.al-Isra’ : 81 |

dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ : 81)

Bila Indonesia hari ini merampas sebuah kapal layar mewah milik hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh dgn meng gunakan wang 1MDB, di Bali itu tentulah ia mengundang pelbagai 'persepsi' terhadap dakwaan bagaimana beliau memperolehi begitu besar jumlah wang untuk memiliki kapal layar serba mewah ini ??.

Aset sejumlah AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB. 

Semua pertanyaan dan persoalan ini akan terjawab juga nanti hanya masa saja akan menentukan keaslian fakta. Bila yang nyata & benar itu tiba dan setiap kesalahan perlu dibuktikan, maka yang batil akan terserlah. Maka tidak ada lagi yang boleh menghalang. Kepalsuan akan sirna dan lenyap. Keseronokan dengan bergaya pada bukan kepunyaan sendiri hanya sementara sahaja.  Itulah janji Islam yang ramai manusia lupakan.  

Menjadi kenyataan umat pada zaman ini, memenuhkan impian diri  dengan kepalsuan dan kebergantungan yg bukan pada hak sendiri, tidak ada lagi perasaan malu pada diri dan jauh dari rasa bersalah atas segala tindakan yang salah itu? 

Semua itu merupakan salah satu bukti terbesar dan paling kuat atas kebenaran agama Islam, selamatnya dari penyelewengan,  kesempurnaannya serta keindahannya. Maka bersyukurlah kepada Allah bagi orang yang selalu diberi hidayah dan petunjuk kedalam jalan yang benar, dan berdoa agar orang itu diberi hidayah kejalan yang lurus. 







Badan Penyelidikan Jenayah Polis Republik Indonesia sedang membuat penilaian terlebih dahulu berkaitan dokumen yang didapati daripada kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.
Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek dan akan mendedahkan maklumat lanjut setelah semua perkara itu selesai.


“Selepas ini kita akan siasat, menilai data-data dan dokumen yang kita dapat. Selepas itu baru kita kenal pasti suspek,” katanya seperti dilapor Detiknews, hari ini.

Baca:  Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali .


Daniel berkata kapal mewah itu juga disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram serta pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.

Daniel berkata, pihaknya akan menyerahkan kapal itu kepada Amerika Syarikat (AS) jika diminta berbuat demikian.

“Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang," katanya.


Daniel juga berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang baik dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS bagi menyelesaikan kes tersebut.

Semalam pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Dalam rampasan itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.


Penyiasat Indonesia dan rakan sejawatan mereka dari AS menghabiskan masa enam jam di kapal layar mewah Equanimity semalam sebelum merampasnya.

Anggota polis Indonesia dan kemungkinan besar empat anggota Biro FBI menaiki kapal itu pada kira-kira jam 1.30 petang dan hanya beredar pada malamnya.

Laporan itu mengatakan bahawa para penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.


Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

DOJ AS mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada perlucutan hak aset di bawah anti kleptokrasi.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”. | Malaysiakini .


 



dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ : 81)



Mat Tanjong at 6.50pm 1/3/2018



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]