Maharaja Lawak Mega | PA$ adalah Juaranya

Gelagat PAS yang terus mesra & berjanji akan berikan tongkat kpd Umno menjelang Pru14 ini nanti cukup jelas berdasarkan kata bual pemimpinnya saban waktu berapa tahun ini terutama selepas Pru13 di mana Umno hampir tumbang. 

Hadi Awang berkata, jika nak tadbir Malaysia pilih PAS atau Umno FMT, TV14. Hadi masih meniupkan semangat 'assabiyyah sempit yang ditolak Islam. Jelas PA$ dan segala walaunnya dikehendaki oleh Chief Lebainya untuk mengundi Umno atau Pas sahaja nanti.

Sekarang siapa yang jadi Maharaja Lawak? Doktor gigi ke atau TS Rashid? Dr. gigi asal Terengganu itu menyindir bekas Pengerusi SPR kerana suruh bergabung dengan UMNO. Marah Doktor Gigi Pas tu bro ! 

Masihkah Dr. Gigi ini tidak faham lagi betapa seluruh pimpinan atasan PA$ yang 'gila dedak' itu terhegeh-hegeh menyandar diri dgn Umno punya laa nak dapatkan perhatian Umno. Jadi penasihatlah, mau jadi 'king maker' ler. gagasan sejahteralah dan seumpamanya..
Akhirnya RUU355 tersadai di pelabuhan Umno. 

Peti berisi 355 itu sedang dicari di dalam bahtera Umno yang lebai tumpangi itu. Di khabarkan peti itu tidak dapat dikesan lagi kerana dikhuatiri 'hilang' semasa pelayaran itu. Nakhoda kapal pun tidak kisah lagi nak mikiorkan hal peti 355 tadi. Awak2 kapal pun tidak sanggup lagi nak selongkar peti 355 itu. Kabornya 'anai-anai' pun suka peti itu, kerana peti kayu itu sebahagiannya telah dikerjakan 'anai-anai' tadi.

Dr Azman berkata, berhadapan pelbagai helah pihak lawan ‘Pas tak mati’. | Yer laa Dr ! Memang Pas belum 'mati' ! Tapi Pas sekarang ini sakit tenat. Selalu masuk keluar 'ICU'. Doktor gigi tak mampu nak berubat 'penyakit' Pas ini. Doktor Umno pun tak sanggup nak ubat kan. Dah bermacam 'cara' depa berubat tetapi bukan makin elok? Malah semakin kronik 'penyakit' yang diidap oleh Pas ini ! Agaknya salah doktor tak? Ini semua kerana Pas salah makan ubat? 'Ubat' yang diberikan doktor Umno misalnya tak mujarab langsung dengan 'penyakit' Pas? Ubat pun dah 'xpired' Tetapi puak lebai dan walaunnya telan juga ubat luput tarikh itu ! KahKahKah

Pas, lebai dan walaunsnya pula sering memutar belit fakta sini . Ini adalah cara terbaru PAS dan Lebainya. Terbaru. Hadi Awang cuba memutar fakta bila beliau anggap AMANAH beri talian hayat kepada UMNO dan memecah belahkan umat Islam ! sini. Lawak laa Lebai Marang nie. Pandai Lebai Marang berlakon. Dia yang terkinja2 dengan UMNO, dia putar kata Amanah beri talian hayat kat Parti sarkas tu. Apa punya turr lebai macam nie?. Itu tandanya dia rasa terancam dengan sambutan kepada parti baru ini. Jadi Lebai putar belitlah fakta, ropanya Lebai Marang sendiri  terlupa bagaimana Amanah lahir ? Ini jawapan dari Amanah Baca Sini . Inilah lawak Mega Pas wahai Dr. Gigi !. KAHKAHKAH..


AJK Pas Pusat minta 
Tan Sri Rashid masuk Maharaja Lawak Mega

Sindiran naib presiden PPBM Tan Sri Rashid Abdul Rahman (foto) agar Pas bergabung dengan Umno untuk mengelakkan parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) mendapat reaksi seorang ahli jawatankuasa Pas Pusat asal Terengganu. Dr Azman Ibrahim sebaliknya melancarkan serangan balas dengan mendakwa Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dua gandingan lawan utama Pas.

“Inilah dua gandingan yang sangat sinonim dengan pelbagai strategi pilihan raya untuk memberikan kemenangan maksimum kepada Umno/BN berhadapan lawan utama iaitu Pas.

“Persempadanan baru kawasan pilihan raya dan pemindahan pengundi yang menguntungkan Umno adalah kepakaran Tan Sri Rashid.

“Seingat saya, berbanding Pengerusi SPR yang lain, Tan Sri Rashid dengan ketara menzahirkan diri beliau bercakap bagi pihak Umno dan selalu menghentam Pas walaupun semasa masih menjawat jawatan pengerusi SPR. Macamlah dia ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Dr Azman dalam tulisannya yang disiarkan portal rasmi Pas, Harakahdaily. Menurut Dr Azman, berhadapan pelbagai helah itu ‘Pas tak mati’.

“Sekarang Tan Sri Rashid sebagai Naib Presiden PPBM menasihati Pas supaya bergabung dengan Umno untuk mengelakkan Pas kalah teruk dalam PRU14. Tan Sri ada cita-cita nak masuk rancangan Maharaja Lawak Mega ke?” soal doktor gigi itu..| Sumber .

Pojok 2

Pas, lebai dan walaunsnya pula sering memutar belit fakta. Terbaru Pas dan Lebai kena bedal netizen kerana awalnya berdiam diri dgn isu diplomat Israel yang berada di negara ini kerana menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat itu?

Dalam isu "diplomat Israel' ini, Chief Lebai PAS semacam berdiam diri. Kenapa Lebai Perdana tak bersuara? Tapi bro ! Tak mahu bagi nampak sangat tak bersuara maka berbunyilah 'kakak tua' dari negeri bersempadan Pekan Golok yang terkenal itu, Mohd Amar & TITM pun bersuara lah bro ! Dua Lebai ini kata, tindakan kerajaan itu sebagai bersikap "talam dua muka" dalam sokongan kepada rakyat Palestine selama ini? Konon kata  depa lagi, terbukti BN (Umno la tu) tak boleh di percayai lagi dalam 'membela' Palestine dalam isu 'baitulmaqdis' tentunya? KAHKAH KAH. Senak perut aku tengok movie 'cheap matinee' ni bro !. Inilah cara Pas dan lebainya bermain 'isu'? Macamlah kita tak kenal siapa depa ini ! Ekor bersuara, kepala membungkam seribu bahasa? Talam apakah itu? Isu2 seperti inilah sepatutnya Dr. Gigi dalam maudhuk rencana ini ditulis mahu tahu mahu hadhamkan. Kenapa biarkan ekor bergoyang sana sini sementara kepalanya 'tak menyalak'? Kan ke pelik namanya tu? KahKahkah

Inilah namanya putar wal belit fakta. Selalunya kalau ekor saja goyang2 macam ada sejenis 'binatang' tu? Kepalanya juga turut menyalak, Tak kiralah 'dalam bukit' ke atas bukit, bawah bukit ke? Tang salak dia tetap salak. Tapi yang hairannya, ekor saja yang bergoyang? Maka bolehlah disimpulkan, takat goyang goyang ekor begitu..bukannya berani sangat ! Cuma nak habarq kat orang luar pagar sana tu yang 'dia' dia tetap melawan. Itu saja,.. Bagi tulang seketul? Masuk dalam balik laa? KahkahKah.

Lebai2 'picisan' ini tidak sedarq habarq lagi yang Chief Lebainya akan tetap pertahankan UMNO-BN hingga ketitisan peluh yang terakhir. Bukan depa tak tahu 'game' Chief Lebai mereka sendiri yang berselindung disebalik isu ini tetapi lantang dalam isu palestine ? Pada hal isu Baitulmaqdis itu isu sejagat. Tetapi lebai Perdana lebih selesa 'hantam' Tok2 Sheh Arab kononnya Tok2 Sheh Arab ini 'sekutu zionis'. Habis ! 

Malaysia bukan sekutu zionis ke bila pergi buat persidangan Program Petempatan Manusia PBB ini dan disertai oleh diplomat Israel itu? Nak buat de so called persidangan itu tidak salah. Yang tak betulnya ialah penyertaan diplomat itu? Kenapa Hadi tak ada 'suara' yang ini? Kenapa pula berani chamdek berani bidas dan libas sekumpulan negara Arab sebagai 'sekutu Zionis bertopengkan jubah dan kopiah' (Baca Sini). Apa Lebai Pas tak bertopengkan jubah dan kopiah juga ke? Talam apakah ini? Hebat Lebai punya putar wal belit bro ! World Class you !? 

Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri ? Baca juga Di Sini . Kah KahKah.

Bagi Umno dan BN sudahlah ber 'talam 2 muka' ! Lebai pun nak 'share' tumpang tui sama juga ke? Ini lagi LAWAK MEGA BEB ! KahKahKah

SISIPAN MAKNAWI

MAHARAJA  LAWAK  MEGA (MLM) 
PA$ ADALAH JHOORANYA TERSOHOR !!


LAWAK MEGA 1

SIAPA "TOK LEBAI" TU AZMIN ? 

SOAL PAS SELANGOR

Semua perkara Lebai nak kaji beb ! Dengan Umno sahaja 'dia' tak perlu kaji dan yang lain semua dikeji ! KahkahKah

MLM 2
Kelab Greenboc
'Zionis' tu bapak segala pengganas. Tetapi isu penyertaan diplomat Israel ke negara ini? Lebai 'no say' bro ! Habis yang nak sambut' tu, nak sambut apanya? Maknawinya ! Membebel begini pun tak ada gunanya laa bro ! Menghabiskan boreh jer ! Kan ke lawak tu? KahKahKah

INI BETUL LEBAI
PUNYA LAWAK BEB !


Memanglah Umno baik skrg dan tak anti Islam sebab sekarang ni kami parti suci boleh bentang usul RUU 355 di Parlimen..tak bahas dan tak capai status bacaan kali pertama pun tak pe..yang penting kami dah jadi "hero" bela Islam dengan dibantu oleh " khalifah ameerul mukminin" MO1..

Lagi pula dalam zaman Umno sekarang ni 1MDB telah berjaya "mengharumkan" nama Malaysia di peta dunia. Umno sekarang pun suka beramal jariah nak bantu ekonomi Amerika dengan merelakan rakyat sendiri  berkorban derita sesak ekonomi..tak baik lagi ke mcm tu? Pemimpin Umno skrg pun dah mula pandai guna kalimah wala' ..dulu mana ada! | MOHD HANIPA MAIDINAHLI PARLIMEN SEPANG | KAHKAHKAH | Maknawinya. Lebai boleh masuklah 'Musabaqah Maharaja Lawak Mega' ganti
TS Rashid Abdul Rahman agar Pas bergabung dengan Umno untuk mengelakkan parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) kerana Pas sekarang makin serasi dan berani bersama Umnuuu ! Lagi pun Umno dah tak seteruk dulu malah cukup 'best' buat lebai. Tunggu apa lagi wahai Lebai dan Doktor Gigi? Umno pun sudah lunak dengan khafilah lebai. Umno duk gamit lebai tu? KAHKAH KAH.

LEBAI PUN
NAK MELAWAK JUGA !

'Mungkin' sepakat apa lagi Lebai? Puak lebai semua dah bersetuju benar dah dgn labon Chief Lebai agar PAS sentiasa bantu Umno ! Lebai nie nak buat lawak apa lagi? Sepakat laa terus,memang la ni pun dah tungging terbalik bergayut dgn Umno. Lebai Nak masuk Musabaqah Lawak mega ke? Carry-on bro ! Boleh menang pun !! KahKahkah 

JUARA 
MUSABAQAH LAWAK MEGA

Nama saja kerusi Pas? Pernahkah Lebai menang kerusi parlimen di situ? | Punya laa 'berdendam' dengan DSAI hanya kerana permintaan Lebai nak jadi calon Pee Emm ditolak oleh DAP sewaktu bersama dalam PR dulu nya | sini . Pakatan Rakyat mahu - kan juga DSAI jadi Pee Emm. PR tak mahu Chief Lebai jadi Pe M.

Itu yang Lebai 'hot tempered' tu. Itu yg jadi 'major' sebabnya beb ! Walau berapa tahun pun, Lebai tetap teringatkan kisah PR menolak tawaran dari Lebai sendiri. Lebai rasakan 'dia' layak untuk sandang jawatan utama tu? Pada hal orang melihat 'dia' adalah sebaliknya !!

Maknawinya - Lebai tak ada class untuk dipilih ke jawatan utama negara itu. Walauns tak payahlah nak sentap ! Pengalaman sebagai menteri dan jawatan utama negara pun Lebai ini tak ada apa jika hendak dibandingkan dengan DSAI yang telah merasai berbagai jawatan hingga mencapai 'climax' sebagai TPM hingga dipecat kemundian nya, DSAI juga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Malaysia  Terbaik (Lihat Sini). 

DSAI merumuskan cara untuk atasi ekonomi masa kini manakala lebai dan khafilahnya sentiasa berpuas hati dengan semua yang Umno laksanakan. 1MDB puas hati, Isu Tabung Haji puas hati, isu Felda lagi puas hati ! Itu pasal Lebai Marang hanya bertahan sepenggal sahaja sebagai Emm Bee di Ganu tu. Tak ada apa yang lebai mampu buat.? Akhirnya menyerah kalah kepada UMNO. 

Dulu2 Pas dan Lebai kata DSAI masuk 'tong taik' Umno bila bersama Umno.  Sekarang 'Tong Taik' itulah Lebai dan PAS ber kubang siang malam? KahKahKah.

Imbas kembali pencapaian PAS sebelum ini, PAS hanya menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh. PAS pernah menang kerusi DUN Sungai Dua (1978) yang ketika itu juga di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Untuk rekod, pada PRU 1978, parti Islam itu pernah memenangi kerusi Permatang Pauh sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili BN pada PRU Ke-6 (1982) sehinggalah ke PRU Ke-9 dan kemudian disambung oleh isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRU-10 hingga ke-13. 

'Musabaqah' Maharaja Lawak Mega dimenangi oleh?? Jhooraaanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Walauns, walauntit & lebai bawahan sakalian semua sudah al-Maklum bro ! KahKahKah 

Khulasahnya | Apa yang TS Rashid Abd Rahman suarakan supaya PAS bergaung dengan Umno itu kini berbalik kepada PAS & Lebai nya sendiri bila Dr Gigi PAS cuba menyindir beliau supaya masuk Musabaqah Maharaja Lawak Mega (MLM). | Sebaliknya PA$ dan sakalian Lebai dilihat mampu menjadi MLM dengan apa yang dipaparkan ini. Cakap dan olahan Lebai lebih 'power' sifat lelucon nya yang sentiasa 'ever green' seni dan estetika 'lawaknya' beb !!!! KAHKAHKAH



Mat Tanjong at 1.35am 20.2.2018





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?