Orang AMANAH Kena Cekap Baca Politik larr | Video

'Haram Undi PAS' | ' Haram undi PAS, pahala undi HARAPAN ' demikikian tajuk  'hot' di Portal Malaysiakini . Aku memang duk tunggu 'keberanian' Pimpinan AMANAH seperti ini larr ! Buat apa nak berselindung lagi?. Kita tahu di mana 'posisi' PA$ dlm 'GAME' politik hari ini bro| Kita Tahu dan cukup tahu. Lama sangat dah kita hadham 'kerja buat' dan 'perangai' serta 'akhlak'  ADAB Lebai2 PA$ sewaktu berhadapan dengan AMANAH. Apa yang depa tak kata kat AMANAH? Dari Presidengnya turun sampai hampir kesemua lebai2 ikutan 'almarangi' menyumpit seranah, maki dan bagai lagi.

Contoh terbaik ketika upacara perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 dahulu di Dewan Sekolah Rendah Darul Ulum A. Setar Kedah . Laungan ' JAHANAM PAN ' yang ditujukan kepada AMANAH itu dimulakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir berkumandang sewaktu pembukaan muktamar itu. Lihat Video nya bro ! . Selepas ikrar dibacakan dan laungan takbir bergema sebanyak tiga kali, Mohd Rejab kemudian terus menjerit "JAHANAM PAN". PAN merujuk kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), parti serpihan PAS yang sering menjadi seteru PA$ 'parti suci' itu. Husam Musa pada 3 Mac lalu  dalam satu ceramah di Kuala Krai berkata, adalah haram bagi umat Islam untuk mengundi PAS dan beroleh pahala sekiranya mengundi PH.yang disiarkan di laman Malaysiakini menyebut:

"PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo (saya) pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram. 


"...Haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah," kata Husam yang kini Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Jadi bila Husam Musa berpendapat serta bertegas bahawa haram mengundi PA$. Orang Amanah perlu fikir dahulu kenapa Husam berkata begitu? Jangan cepat latah nak tunjuk kita ada akai bersih terhadap puak lebai 'pengotor politik' ! Kita mahu negara yang dihormati berintegriti. Kita mau tunjuk kepimpinan yg bersih adil. Kita mahu tunjuk akhlak Islam. Barulah bukan islam hormat kita. Kita tak mahu ada lebai korupsi. Berjuang Islam tetapi pertahan UMNO BN yang penuh dengan susuk mengamalkan rasuah . Wajib kita tolak pemimpin yang rasuah juga kepada semua Lebai2 PAS yang terus mempertahankan rasuah.

Husam Musa pada Mar 3, 2018, mengeluarkan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. "Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah," katanya ketika berceramah di Kuala Krai malam itu. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengenai menerimaan wang oleh pimpinan PAS daripada Umno. | Itu asalnya 'Berita' berita bro ! Lalu PA$ setengah gila melompat atas kenyataan itu | Malaysiakini .

Bro ! 
Mau Cekaplah Baca Politik
Jamzuri Ardani ? Baru kenal jer susuk nie, itu pun pasai susuk ini berani sanggah Husam, yg cakap 'Haram Undi PAS'. Dia punya jawatan sebagai Pengarah Komunikasi Amanah Selangor. Tak salah nak beza pendapat sikit. Memang Amanah selalu 'raikan' perbezaan ini. Tetapi kekadang tu orang nampak lain bro !? macam ada agenda bertindan tindih dan ada 'milage' tertentu kenapa bro cakap macam tu? Bro Di Selangor. Sebab itu nampak macam 'terikat' dengan Puak Lebai? Bagi puak 'kartel' dalam PKR sudahlah main 'tarik tali' dengan PAS? Tak payahlah menyibuk sama. Sampai hari ini pun Selangor pun tak pernah isyhtihar negeri tu sebagai negeri Pakatan Harapan? KAHKAHKAH | watan-online.com .


Video Wajib Tonton 
| Terbaik dari Husam Musa
Terkini 
- Husam Musa di Kuala Krai 
Haram Undi PAS

Naib pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata semua tindakan anak Adam adalah tertakluk kepada hukum yang telah ditetapkan.

“Allah S.W.T telah menetapkan semua perbuatan anak adam akan direkodkan oleh malaikat sama ada ianya baik atau buruk, termasuk yang terlintas di hati atau yang disembunyikan dari pengetahuan manusia lain,” katanya menjawab pelbagai komen pro dan kontra berhubung kenyataan berkenaan.

Mengundi dan kerja kerja pilihan raya menurutnya adalah sebahagian daripada amalan anak Adam di Malaysia. “Di segi hukum syarak, semua amalan “mukallaf” yakni manusia yang sempurna taklifnya dengan Allah, tidak akan terlepas daripada lima hukum sama ada wajib, haram, sunat, makruh dan harus,” katanya.

Perbuatan yang sama pula katanya, mengikut kaedah feqah, lima hukum ini boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan sebab.

“Ini berdasarkan kaedah hukum boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan,” katanya.. | Baca Sini .

KENALI PA$ DAN LEBAI
DENGAN LEBIH DEKAT BRO !

Sikap Bermuka-muka PAS seolah ia satu parti 'terhebat'? Padahal adalah sebaliknya penuh dengan kepuraan, kepalsuan, penipuan, Ia kerap jadi bahan momokan rakyat terkini. Lihat pendedahan oleh bekas ahlinya sendiri di YouTube ini.  

HUDUD Hanya 
UMPAN POLITIK LEBAI

Macam nie punya Lebai lebong? Nak bagi kredit lagi ke kat Lebai di PRU14 nanti ? Bila dan mengkala Lebai tak mampu buat Hudud tu, Lebai pun kona baring beb ! 0.0001 saja dari ketentuan hukum Islam? Lebai tak baca 'Fiqh Awaliyat' ke? Carilah yang lebih utama dan membantu rakyat. Tak payahlah laa bergaduh sana sini sampai ada sorang lebai nak 'jiratkan' orang kalo tak sokong 355 Lebai ! LEBAI 'TAK CUKUP ILMU' saja yang cakap macam tu. Lebai Padang Serai dah termakan 'umpan' Hudud beb !




Kat Ganu dulu Lebai nak buat Hudud 'sebelum ayam berkokok' ! Lihat video ini. Jadi masa tu tak nilai kesediaan UMNO ke? La baru nak nilai? Pas dan Lebai sebenarnya tidak ada kemampuan sendiri. Nak harap para doktor bedah bagi laksana potong tangan pencuri pun kena 'teng' balik dengan doktor bedah tu ! Last sekali 'burung yang turbang' Macam2 alasan nanti Lebai suap kat mulut walaunta. Pada hal Lebai pun bukan faham sangat 'hudud' tu? Harap kat Umno nak bantu? Boleh harap la sheh ! last sekali kena sekeh! Lebai sendiri yang 'sekeh'. Bila dah tidak boleh buat hudud.. Lebai pun reka ayat2 baru beb ! 0.001 persen laa, terlalu awal nilai setia Umno larr, bukan agenda utama larr. Itu pasal dalam hadapi Pru 14 ini..  

HUDUD bukan lagi keutamaan PAS Terengganu dalam Menifesto PRU 14.. | Lihat Sini . Jadi bro ! Hudud Hanya Umpan Politik PAS dan Lebai saja. Dulu PAS tuduh Umno lebih mendaulat kan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi ludah bersepai kena atas muka PAS balik bila segala cakap lebai seperti yang kita tengok di atas tu. Di sinilah AMANAH dan ahlinya kena cekap dengan 'auta' puak Lebai Pas ni

Kredit Imej - tumpang sekole...?
Akhirnya Nik Abduh mengaku terima duit dari UMNO?.  Bila kantoi nak laknat orang yang bocor 'jadi abu'? Sakit perut aku dengan 'kegilaan' Lebai setengah masak nie...KAHKAHKAH

Geli hati baca. Gemparqq je lebih ! Silap haribulan walaun yang gejut ini akan kena 'flying kick'? Sampai kesudah hang tak akan jumpa 'yang dicari' itu bro walaun ! KahKahKah
 
KHULASAH

~ Bila Husam Musa bersuara 'Haram Undi PA$'-Sesama pemimpin Amanah jangan cepat latah. Lihat dulu hujah Husam. 

~ Ini tidak ! Cepat je nak tunjuk lawa. Hang nak tunjuk apa bro ?! Hadi Awang dengan sekutu lebai2nya yang tersangat 'membenci' kehadiran AMANAH di pentas politik sekarang ini. Apa yang dia tak gelar AMANAH? Pengkhianatlah, parti nyamuklah & berbagai lagi. Kalau hang nak 'bermain' bersenda dengan PA$ ? elok jauhkan diri anda dari 'keracunan' lebai ini. Elok pisahkan diri anda dengan AMANAH. PAS bawah Hadi bukan lagi seperti bawah AUFN dan sebelumnya. 

~ PA$ bawah Hadi dah terpesong jauh dari matlamat menjatuhkan pemimpin kleptokrasi, korup dan menindas rakyat dengan segala macam perlakuan yang menjengkilkan. PA$ dalam hal ini telah bersama dan bersetuju dengan penuh semangat apa saja yang datang dari UMNO BN semuanya 'PUAS HATI', Lebai pula boleh bersekongkol dalam banyak hal dengan UMNO. Membatukan diri dalam perbahasan di Parlimen sudah sebati dengan lebai di bawah Hadi. Itu pasal depa jadi 'Pasu dan Bunga' saja di dalam Dewan.  

~ Husam Musa bukan baru kenali PA$. Rasanya Husam terlalu senior dan lama dari susuk bernama Jamzuri Ardani dalam PAS itu sendiri. Bila Husam berkata, haram undi PAS! Memang wajarannya amat tepat dalam situasi politik sekarang ini. Orang yang sedar dengan perilaku aktivis PAS termasuk lebai2nya terlalu bermusuh an dengan AMANAH terutamanya. Merekalah yang mahu supaya AMANAH " JAHANAM " . Dah lama sangat lebai2 PAS inginkan AMANAH lingkup. Selepas habis laungan 'takbir'. Terkeluarlah dari mulut 'ulama' penjilat UMNO ini kalimah 'Jahanam PAN' ! Ini bukan 'fitnah'. Ini betul punya ucapan Lebai di Kedah itu. 

~ Jadi kalau mereka tok2 Lebai berlilit segheban berjubah labuh ini sampai begitu sekali akai dan tingkah mereka? Maka ' HARAM UNDI PAS ' memang tepat sekali seperti kata Husam Musa itu !!!!! Sebabnya begitu bacaan politik yang betul terhadap PAS sekarang ini. Orang2 Pakatan Harapan dan rakyat yang sadar wajib menolak PAS secara total. Kita tidak boleh lagi berkomromi dengan mereka. Sementelah pula mereka terlalu akrab berkompromi dengan Umno dan BN. Mereka merestui segala tindak tanduk UBN yg disifatkan musuh tradisi Pakatan Pembangkang sekian lama. 

~ Nukilan dari Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi | Kepada Nik Zawawi yg kata orang Amanah macam pendatang Bangladesh - teruskanlah bercakap sebegitu sebab cakap itu menguntungkan kami. | Inilah cara bacaan politik yang cekap dari seorang 'ulama' dalam AMANAH. Klik Zolkharnain untuk melihat bagaimana beliau 'berurusan' dengan begitu baik sesama manusia. Susuk dan orang sebeginilah yang kita perlu ada dan ketengahkan. Belum apa-apa dah melatah macam di atas tu? KAHKAHKAH


AKHIRULKALAM
 KAHKAHKAHKAHKAHKAH
Berenang renang ketepian
Bersusah susah dulu
Bersenang senang kemundian

Walauns pun tahu bersatu dengan Umno
KAHKAHKAH



Md Tanjong at 13/3/2016 1.30am




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]