Hari2 Getir UMNO dan HARAPAN Baru. | Video

Dunia ini umpama roda. Berpusing beb ! Kalau statik? Seumpama dunia tidak berpusing. Kata orang arab, وقتك هو عمرك  mafhumnya - waktu kamu itu adalah sebenarnya umur kamu. Macam2 berlaku di hari2 pertama sejak Tun Mahathir mengetuai Kerjaan Malaysia. Ada yang katanya nak bercuti? Ada Lebai nak lagi beryugi? Ada yg masih beremosi dan ada yang bercakap tak tentu isi ? 

Umno & BN kecundang habis kali ini. Untuk bangun semula rasanya ianya akan ambil masa sangat panjang bro! Silap haribulan Umno -BN hanya akan tinggal sejarah sahaja. PRU14 kali ini betul2 UMNO dan BN ditalkinkan.  Aku kutip berita2 penting sahaja sejak PH menang hingga ke hari ini. Harap hangpa semua terhibur !! KahKahKah.

RAKYAT BERPESTA
Rakyat berpesta rai Tun Mahathir sebagai PM

Suasana sekitar Jalan Duta berdekatan Istana Negara malam tadi gamat dengan kehadiran orang ramai meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur berkumpul dengan ada antaranya mengibarkan bendera PKR. Trafik juga sesak dan suasana meriah dihangatkan lagi dengan bunyian hon kenderaan.. 
| Baca Sini . || Lama sudah saat penantian ini bro ! Rakyat begitu seronok & penuh ghairah hendak melihat UBN berkubur. Akhirnya impian menjadi kenyataan.


Najib & Rosmah Nak Bercuti?
Berikut ialah gambar2 bekas PM Najib Razak di LT Subang yang mahu berlepas ke Jakarta tetapi orang ramai tunggu di Subang untuk 'halang' Najib, Rosmah berlepas.. | sumber ambilan . Walaupun begitu, penerbangan bawa Najib akhirnya dibatalkan .


Ramai mengerumuni kenderaan itu, dengan beberapa orang cuba menjenguk melalui tingkap dan yang lain mahu tahu siapa yang berada di dalamnya. Manakala anggota polis cuba menenangkan keadaan sambil jurugambar akhbar bergegas mengambil gambar.




Anggota polis Light Strike Force tiba untuk berkawal di pintu itu pada kira-kira 9.50 pagi, sehingga keadaan kembali tenang pada jam 10.25 pagi.


Najib, Rosmah dilarang ke luar negara


Aminuddin 
angkat sumpah MB NS kelapan

Inilah kali pertama Neg. Sembilan terlepas kepada pembangkang sekaligus berperanan sebagai kerajaan. Ini Isa Samad punya negeri beb ! KahKahKah.

 'Pendekar Bugis' tinggalkan kapal
Najib letak jawatan presiden Umno, pengerusi BN.

Najib mengumumkan perkara itu pada sidang media di Menara Dato Onn, ibu negara hari ini. Kata Najib, mesyuarat biro politik yang bersidang sebentar tadi kami mengambil kira keadaan semasa "yang begitu getir" kesan pilihan raya umum Rabu lalu.

"Memandangkan bahawa Umno dan BN telah mengalami kekalahan amat berat maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengmbil keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta," katanya... | sumber .

 Kenanglah 'daku' dalam 'doa' mu
Kelihatan Najib sebak sewaktu umumkan pelepasan jawatan sebagai Presiden UMNO. Ku Nan (kiri sekali), Zahid Hamidi, Najib dan Hishamuddin Hussien bermuram durja saja nampaknya. Kenanglah daku dalam 'doa'mu !

JAWATAN KABINET 
MENANTI SALAHUDDIN !
Salahuddin tidak jadi menteri besar, 
dapat jawatan menteri kabinet.
 
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub bakal dilantik memegang salah satu portfolio barisan menteri kabinet dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Pulai ini, walaupun tidak dilantik menteri besar tumpuannya akan diberikan kepada jawatan menteri kabinet yang akan disandangnya kelak.. | MD

|| Kiranya Salahuddin dilantik nanti ke jawatan menteri, ianya menambah seri barisan kabinet ini. Susuk ini begitu tenang, berhati -hati bila bertutur dan ini adalah satu kemenangan kepada Parti Amanah sebenarnya dan kepada rakyat umumnya. Aku ternampak Dr. Hatta Ramli dalam paparan gambar di atas. Adakah beliau juga akan ke kabinet baru Tun M? Sama-samalah kita menunggu nya. Doakan yang terbaik untuk kabinet ini.

Salahuddin - Jangan Angkuh
PH jangan angkuh, jika tidak 
akan dihukum rakyat, kata Salahuddin

Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub mengingatkan kemenangan di Johor sebagai pengajaran untuk gabungan itu untuk tidak bersikap angkuh, dan melaksanakan mandat rakyat dengan baik.


Sokongan Penuh ATM
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor - Foto Bernama 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberikan komitmen dan sokongan penuh kepada Menteri Pertahanan baharu, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, beliau amat yakin dengan penggemblengan fikiran, idea, usaha dan iltizam antara Menteri Pertahanan baharu itu dengan ATM.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau (Mat Sabu) kerana menjadi Menteri Pertahanan yang baharu,” katanya. - Sinar .

PEMBELOT BN DIBERI SYARAT
Harapan terima pembelot BN tapi bersyarat.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (Harapan) hanya akan menerima pembelot daripada BN jika mereka bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah dan telah berikar untuk tidak lagi setia kepada BN.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, setiap pembelot akan diperhatikan dan tahap penglibatan mereka dalam kerajaan terdahulu akan dikaji..| Sinar .. || Adakah niat pembelot BN ini hanya untuk merebut kedudukan dan pangkat seperti kebanyakan pemimpin BN? Reject pemimpi2 seperti ini. Ini Malaysia baru. Kumpulan ini jangan diberi muka langsung. Ini Malaysia baru dan ketegasan amat perlu sekarang ini.

BANG MAT YANG MACHO !
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hari ini dilantik sebagai Menteri Pertahanan di dalam kabinet kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan. - Foto Bernama

Tak sah rasanya kalo aku tak masukan cerita Mat Sabu yang kini bergelar Menteri. Menteri Pertahanan. Terima kasih Tun M kerana memberi kepercayaan kepada beliau. Beliau sememangnya layak untuk isikan jawatan di Kementah itu. Sedikit anekdot dari berita SH untuk sama-sama kita hiburkan diri. 

Mat Sabu diumumkan sebagai Menteri Pertahanan!

Satu Malaysia terkejut. Satu Malaysia riuh. Masing-masing tidak menyangka Mat Sabu akan mendapat jawatan tersebut. Masing-masing menjadikan beliau sebagai bahan jenaka sama ada di media sosial atau alam realiti.

Bukan tugas mudah bergelar menteri pertahanan kerana semua sistem pertahanan dan keselamatan kini berada di bawah kawalan dan seliaan beliau.

Di pentas politik, Mat Sabu merupakan seorang tokoh politik yang cukup terkenal dengan kelantangannya dan sering menjadi daya penarik di pentas ceramah.

Aksi bersahaja beliau selalu mengundang derai tawa orang ramai termasuk hidangan cerita-cerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air. 

Beliau juga antara pemimpin yang pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA (Internal Security Act) pada 1984 sehingga 1986 atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau dan kali kedua dari 1987 hingga 1989 di tahan bawah Operasi Lalang dilancarkan polis bagi menangkap mereka yang menimbulkan kekacauan akibat isu politik ketika itu.

Selain itu, Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan dari 1990 hingga 1995, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dari 1995 hingga 1999 dan Ahli Parlimen Kuala Kedah di Kedah dari 1999 hingga 2004.

Pada 16 September 2015 Mat Sabu menubuhkan parti Amanah dan menjadi presiden pertama sebelum bergabung dengan Pakatan Harapan.

Kini, sesiapa yang mentertawakan beliau boleh menelan balik ejekan-ejekan itu kerana Mat Sabu sudah pun menjadi Menteri Pertahanan! 

Good luck dan selamat maju jaya bro Mat Sabu !!


Sekian untuk kali ini.
Catatan Mat Tanjong at 2.24am, 13/5/2018



Comments

  1. VAZBET | Agen Bola Terpercaya | SBOBET MAXBET IBCBET
    AYO DATANG KE WEBSITE KAMI DAN DAFTAR AKUN SBOBET NYA!!!
    Contact:
    - WhatsApp : +855 878 795 20
    - PIN BBM : DD74212A
    #JUDIBOLA #AGENBOLA #AGENPOKERTERPERCAYA #AGENPOKER #VAZBET #TEMBAKIKAN #TEMBAK #IKAN #JOKER388 #JOKER #388 #SABUNGAYAM #CASINO

    ReplyDelete
  2. LIGA108 & WIN323 - Merupakan Situs Online Betting NO.1 Di Indonesia.
    Dengan WIN RATE tertinggi 97% + Bonus Bonus Super Heboh yang bisa
    anda dapatkan setiap hari nya!!

    Bonus Bonus Super Heboh Dari LIGA108
    ~ Bonus New Member : 20%
    ~ Bonus Next Deposit : 5%
    ~ Bonus Cash Back : 5%

    Minimal Deposit : Rp.25.000
    Minimal Withdraw : Rp.25.000

    Tunggu apalagi mari langsung bergabung bersama LIGA108 dan jadilah
    pemenang di setiap taruhan yang Bossku lakukan :)

    Contact Person LIGA108 :
    BB : 55A567BC
    LINE : LIGA108
    WA : +855 78 633 425 ( LIGA108 )
    WA : +855 78 633 430 ( WIN323 )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]