PA$ Dan Lebainya Semarakan Perkauman?

PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam waktu berhadapan Pilihan raya Umum Ke-14. Keengganan PAS untuk bersama HARAPAN untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama bersatu utk menyelamatkan negara.

Siapa sangka ! 'Peringatan dan Teguran 'Almarhum TGNA akan salah laku kepimpinan lanun yang menjual bangsa dulu dan kini diguna pakai oleh kepimpinan 'boneka umno' yang 'berdagang' dgn agama kini setelah tersepit dalam hubungan dengan Umno dan BN. Banyak Kenyataan2 Tok Sidang sejak bermain bersama Umno  berbaur perkauman. ~ sini .

Kenyataan Hadi dan anaknya Khalil Hadi sini memang benar-benar berbaur perkauman  padahal Islam menolak perkauman dgn jelas. Lebai lebih teruja dengan 'assabiyah' Melayu hasil dari suntikan berbisa Umno yang kini tidak lagi bersusah payah untuk melawan DAP. Di sudut ini Pa$ lebih Umno dari Umno itu sendiri. 

Sedangkan Rasulullah SAW mencegah perjuangan atas nama assabiyyah (perkauman) sepertimana sabda baginda SAW yang bermaksud "Sesiapa yang berperang di bawah bendera assabiyyah, menyeru kepada assabiyyah dan membantu assabiyyah, maka ia mati dalam jahiliyyah." (HR Muslim) | Kenapa Pas dan Lebainya tidak berpegang dengan Hadis ini? Lihat dan fahami Hadis ini dgn sebaiknya.

Dalam hadith-hadith sahih terdapat larangan dari sikap ‘asabiyyah dan mengajak kepada ‘asabiyyah seperti ‘asabiyyah perkauman yang sempit, berjuang di bawah panji perjuangan yang kabur, sekular, sesat dan bid`ah serta pilih kasih (disebut dalam hadith sebagai ‘asabiyyah ‘immiyyah dan qitlah jahiliyyah).

حَدَّثَنَا هُرَيْمُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مِجْلَزٍ عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ((مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ)). *
 


Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” Sahih Muslim, al-Imaarah, hadith 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah). 

| Kini AMANAH menggalas perjuangan untuk semua. 'Rahmatan Lil-'Alamin' menjadikan slogan untuk menyatukan semua kaum dalam wadah sejagat. Pas kembali bertapak ke belakang dengan menolak konsep ( رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ) tetapi bertegas kepada Rahmatan LilMalayuwiyyin atau Rahmat untuk Melayu sahaja. Bila dah dekat PRU14 barulah Pas dan lebainya kalut mahukan undi bukan Islam, lalu mempergiatkan DHPP sebagai tapak meraih sokongan bukan Islam. Lihat sini.

Dulu Lebai tak berapa 'pandai' bermain 'keris'. Tetapi sekarang? Nala punya kerih Lebai duk buat main. Julang sana julang sini...... Namnpak Lebai pun macam seronok pula bermain ?


KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN

Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, bahawa undi kepada PAKATAN HARAPAN  adalah undi kepada DAP merupakan satu kenyataan berbaur perkauman dalam usaha PAS membantu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan UMNO mengekalkan 'survival' politik mereka. Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan HARAPAN adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Datuk Sri Najib Razak dan UMNO yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urustadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa. Rujuk kenyataan Khalil Hadi di SINI . Ruj, Response Faiz Fadzil di Amanah Daily..

|Mana FATWA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengatakan Undi DAP adalah HARAM?? Ini jawaban Mufti Pulau Pinang. Baca.

Mufti Pulau Pinang persoal cadangan fatwa haram undi DAP. 
Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan menyokong dan mengundi parti politik adalah hak individu. Mufti Pulau Pinang menolak gesaan daripada felo kanan sebuah badan berkait Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam. “Terserah pada pertimbangan masing-masing untuk menentukan parti mana dia rasa lebih bermanfaat pada umat Islam,” katanya kepada FMT.. | Teruskan baca di FMT

Komen sikit ~ Lebai kata DAP bawa agenda sekularisme dan anti Islam? | Umno tu bawa agenda apa? Lebai pula bawa agenda apa? Umno tu bapak segala sekular, apa yg tak ada pada Umno ? Kilang arak, pusat judi Genting, Magnum, Toto, 3D and many more. Islam tang mana tu?. Orang saja yang Islam, amalan out. membenar judi dan arak secara berleluasa, sama saja 'menghalalkannya' ? 

Kenapa lebai tak tegur, malah begitu seronok pulak bersama Umno bapak segala sekularisme tu ! Sebahagian ahli DAP tu memang bukan pun Islam, tetapi ramai Melayu Islam, Cina Islam dan lain bangsa yang beragama Islam di dalamnya. Amalan mereka lebih indah sudut akhlak dan budinya dari susuk lebai dan orang Islam dalam Umno dan Lebai Pa$ itu sendiri? 

DAP bukan cauvinis seperti dakwaan Lebai yang sakit hati dengan DAP, malah DAP tidak bersikap 'assabiah' Cina semata. Ramai melayu yang bekerja dengan DAP, malah ada ustaz lagi yang bekerja dengan DAP ni sebagai Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kata Wan Ji, "Islam boleh berkembang di Pulau Pinang dengan hujahan, dan bukannya dengan kekuasaan.

"Inilah yang menjadikan Pulau Pinang tempat yang sesuai untuk memerangi idea melampau dan keganasan, yang sudah mempengaruhi pemikiran umat Islam. | TMI | Mufti Wan Salim sebaliknya meminta pengundi untuk mengkaji dan menilai semua parti dari segi amalan dan bukan pada lambang dan slogan semata-mata.

Latar masyarakat di Malaysia berbilang kaum bro. Itu sebenar nya perjuangan Umno dahulu sebelum menuntut kemerdekaan. Kenapa Lebai PA$ tidak baca sejarah? PA$ dalam banyak hal selalu menggunakan label Islam tapi tidak mengamalkan dengan betul, hanya lebih pada slogan dan lambang semata-mata. Hal ini menimbukan persepsi dan tanggapan yang tidak baik pada pada agama Islam itu sendiri. 

Mengatakan DAP sebagai Kafir Harbi sini. Tuduhan kafir harbi ini adalah tuduhan yang keterlaluan dan ekstrim dalam kerangka masyarakat berbilang kaum yang mahu hidup dalam keadaan harmoni. PA$ sebenarnya telah terjebak dengan game Umno kerana Pulau Mutiara menghasilkan 'perolehan' tinggi malah kedua tertinggi selepas Selangor. itu saja sebabnya. 
Mereka cukup terliur hingga meleleh liur melihat bagaimana DAP P.Pinang tidak sangat bergantung dengan kewangan dari Pusat untuk mem bangunkan Pulau Pinang saban tahun sejak Umno terlepas genggamannya kepada DAP. Lalu didendangkan bahawa DAP itu sebagai 'kafir harbi' untuk meraih sokongan Melayu agar tidak memberikan undi lagi kepada DAP?. Hanya Melayu yang kurang latar faham agamanya sahaja yang mungkin 'termakan' umpan ini. Melayu tidak sebodoh itu bro ! Sekarang ramai 'agamawan' dalam Pakatan Harapan dapat membetulkan kembali salah faham atas tuduhan ini. PA$ dan Lebainya udah mengambil alih tugas Umno menyerang DAP siang malam bertali arus atas isu ini. Dan PA$ terjebak dengan maudhu' yang begitu murah ini. Kah KahKah


Hj. Hadi. 
Nak tubuh dua kabinet ? 

Whats wrong with de Lebai bro? KahKahKahKahKah... Pemikiran CELARU Hadi Awang makin golmar dan semakin jadi kuah dalca bro.

Lebai nak melakar sejarah ke? Nak tubuh 2 kabinet? Satu 'wet cabinet'? dan satu lagi 'dry cabinet'? Hahahaha.
 Mewujudkan dua barisan kabinet yang berbeza dalam pentadbiran kerajaan, satu untuk Islam dan satu lagi untuk bukan Islam, bukan saja tidak praktikal dan akan mewujudkan lebih banyak pemisahan dalam konteks masyarakat pelbagai kaum, bahkan juga menunjukkan idea Hadi semakin lemah kerana "nafsu besar" ini menelurkan 'isu perkauman' semakin lebar dan luas. Apa jadi kepada perpaduan kaum dan agama akhirnya? Inilah bahananya bila Lebai terlalu memikirkan kepentingan kaum sendiri atau 'asabiyah' yang terlalu xtreme. Mungkinkah ini kerana Lebai pernah menjulang 'Keris Gergasi' yang lebih besar dan panjang lagi dari kerih Umno? Jadi Asabiyah melayunya lebih panjang dan besar? KahKahkah 

Sementelah lagi bila diteliti sikit berkenaan watak  Hadi yang gitu lemah, tidak teguh dan sering berubah-ubah, bolehkah Lebai mendamaikan kabinet Islam dan bukan Islam itu jika kerap berlaku perbalahan dan perbezaan pendapat? Laa ni pun Lebai lintangpukang bila berhadapan dengan isu2 membabitkan pelbagai hal yg menyangkutpaut pelbagai kaum?

Jadi apa sebenarnya yang Lebai Hadi mahukan? Kenapa banyak sangat berangan-angan seperti Mat Jenin? Bukankah yang paling realistik bagi Pas ketika ini ialah terus berdakap erat dgn UMNO dan BN? 

LEBAI 'OVERHEAT' DGN DAP !
INI DUA SEBAB & PUNCANYA !!

1. INI yang LEBAI Pa$ marah sangat2 kat DAP. Bukan pasai DAP anti Islam? Tapi pasai FULUSIA beb ! Dikaborkan wakil Pas yang cari makan dalam kerajaan Negeri lebih kurang seribu orang beb ! Mana Chief Lebai tak merangat. 

Bila Lebai sendiri mau putuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dlm Muktamar Lebai tempoh hari, apasal pula buat riuh bila DAP suruh letak jawatan dalam kerajaan negeri P.Pinang? Tahu pula sakit? Bila dah 'sakit'? Lebai tahu pula pergi himpit Umno cari 'sumber' baru? Maka Lebai pun pukullah gendang, meniup serunai agar walauns dan lebai lain bangun hantam DAP. Maka misi Umno pun telah ditangani dengan baik oleh para lebai untuk 'menyerang' DAP. Umno ketawa riang melihat Lebai lagi teruk membuat 'serangan' terhadap DAP. Itulah cara Lebai tiupkan paluan 'asabiah melayu' asalnya. Dulu awat Lebai boleh berganding bersama DAP semasa dlm Pakatan Rakyat (PR)? KahKahKah | Baca lagi di sini .

2. Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mendakwa keberangan Presiden PAS Datuk Hadi Awang terhadap partinya itu, adalah *berpunca* daripada kekecewaannya pada pilihan raya umum lalu.
Hadi, ketika itu, dakwa Lim, meminta sokongan DAP berhubung cadangan supaya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau dirinya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan, dan bukannya pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Masalah sebenar [...] ialah keengganan DAP untuk menyokong Hadi sebagai perdana menteri (pada 2013)," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini."Pada malam sebelum pilihan raya umum ke-13, Hadi menghubungi DAP dan meminta sokongan supaya cadangan Anwar digantikan dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan Rakyat, dan dia sangat kecewa apabila DAP tidak bersetuju," katanya.

DAP bagaimanapun berpegang kepada janjinya bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya. | sumber .

| Dah agak dah bro ! Lebai Hadi mencadangkan Ku Li sebagai PM tu hanyalah helah dia saja, yg sebenarnya dia yang nak sangat jawatan utama tu. Dgn Anwar dia dah bengang lama dah sebab tahun 2008 tu, bila orang tanya sapa TPM kalau dia jadi PM, Anwar jawab Husam. Itu yang Lebai Hadi tak boleh dengar tu..Itu pasal dia cepat kawtim sama itu DAP minta dia dicalonkan. Sekali DAP tolak. Lebai tersagatlah kacewa beb !!! 

Itu puncanya Lebai marah sangat dengan DAP. Lebai pun makin kuat bertempik DAP 'anti Islam'?, DAP 'Kapiarq Harbi' dan macam lagilah yang tak kena dengan DAP. Lalu segala walaunta walauntits Pas pun tumnpang sama buat riuh 'serang' DAP bagai nak kiamat. Ropanya al-Marangi yang pentingkan diri sendiri, merasakan diri ada 'kelebihan'? 

Pada hal ANWAR IBRAHIM itu 'very well exposed n experiences' sejak berada dalam kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan berakhir dengan TPM. Hadi Apa Ada? Sepenggal kat Ganu pun macam2 kerosottt duk ada? Tu pun jangannnnnnnnnnn ! Bila 'marahkan' DAP, Lebai pun berdendang dengan 'lagu melayu klasik' meniup dengan tiupan 'Asabiyyah' Melayunya. Itu pasal Lebai baguih punya duk kawtim dengan UMNO. KahKahKah

TIUPAN 'ASSABIYAH.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata percaturan parti dengan meletakkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi - atau menurunkan calon di 130 kerusi parlimen - tidak wajar di pandang ringan.
"Sasaran minimum PAS untuk memenangi 40 kerusi ini jangan diperkecilkan."Di samping itu, dengan bertanding 130 kerusi parlimen PAS akan terus berusaha membuat keputusan "upset" sehingga memungkinkan PAS mencapai jumlah kerusi majoriti mudah di parlimen," katanya hari ini.(Mkini)

~ Bila lebai kata CUMA pilih BN atau kekal membangkang tu, tak ada yang peliknya bro kerana PA$ dah lama sangat nak duduk, nak berkepit bawah 'ketiak' Umno. Bau 'busuk' ketiak Umno tu amat 'menyenangkan' Lebai2 Pa$. Mungkin lebai pun busuk sama? Jadi rasa rugilah kalo tak hidu buang sehari? KahKahKah. Sebab tu bila Najib mengungkit bantuan persekutuan kepada Kelantan, bertujuan untuk memalukan kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya? Puak lebai mampu tersngeh saja. Kena buli pun bulilah ! Sodappp ! Kata Lebai. 'Assabiyyah Melayu' tetap menjadi pojaaan! Lihat sini 


'ASWAJA' pun
Bersikap Perkauman !!


Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP
Sebelum ini Zamihan ketika wawancara bersama sebuah portal, telah mendakwa haram untuk umat Islam mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum hakam Islam termasuklah membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.Dalam dakwaan tersebut juga beliau menyatakan sekiranya jelas DAP bertentangan dengan Islam dan anti Islam, adalah haram bagi umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP. Selain itu beliau juga mendakwa, haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah.


Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri Perlis, Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar Zamihan sebagai individu dan ilmuan agama untuk mengadakan debat. | Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP.

| Macam inikah standard Presiden ASWAJA. Nada Lebai Aswaja ni sama dengan nada Lebai Pa$ saja, Bersifat Perkauman sempit. Ada kah ini perjuang Ahlul Sunnah? Kenapa pula Lebai Zamihan tidak menyebut mengenai MCA, Gerakan maupun MIC bila membuat kenyataan tersebut?.. mengundi MCA dan MIC halal mengikut mereka, macam mana boleh berlaku mengundi DAP jadi haram pula?

Oh, DAP musuh Islam...! Itu kata kamu berdasarkan tafsiran agama dalam versi kamu. Jika kami kata DAP turut sama membantu perkembangkan Islam, adakah mengundi DAP haram juga?

Kalau ada pihak lain berkata berdasarkan tafsiran Islam versi mereka Umno dan MCA adalah musuh Islam, adakah mufti perlu diminta memfatwakan Umno dan MCA juga haram? Agamawan sebegini tidak membina imej positif agama tetapi menconteng wajah agama dengan arang ektrimisme. Islam yang asasnya adalah rahmat dan keadilan menjadi rosak angkara agamawan yang berasa diri mereka suci berbanding orang lain. Baca dan lihat lagi Di Sini .

ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA
Lihat pautan ini | موقع الراشدون


SEMUA INI TIDAK AKAN 
MUNCUL LAGI BERSAMA LEBAI PAS 


Bilakah pula kita boleh tengok anak2 muda Cina lukis bulan di pipi? Melilitkan logo Pas di kepala? Mengangkat bendera dgn penuh semangat? Nahi bro ! NAHI.

BOLEH GILA DGN LEBAI NI BRO !


Nala punya Panjang beb ! KENAPA PAS TIDAK MENYERANG PARTI RASUAH?? KENAPA PAS HANYA MENYERANG PARTI HARAPAN SECARA BERTERUSAN??
APA MASALAHNYA? Boleh 'GILA' dengan LEBAI Beb, kalau dah Xtreme dgn Perkauman? Lebai boleh bersalin kulit juga? KAH KAHKAH


KHULASAH

1. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersifat syumul, lengkap dan sempurna. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT adalah untuk semua bangsa di dunia ini. Walaupun Islam diturunkan di negara arab dan bahasa al-Quran dan hadis adalah bahasa arab tetapi ini bukan bermakna Islam hanya mengutamakan Bangsa Arab sahaja . 

2. Islam datang menyatukan semua bangsa, walaupun berlainan bahasa, perbezaan warna kulit dan keturunan. Islam tidak pernah mengagongkan satu-satu bangsa dan menganggap bahawa semua bangsa adalah sama kerana orang yang paling mulia dikalangan manusia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepada-Nya. 

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al- Hujurat ayat 13)

3. Menjaja Perkauman seperti yang dilakukan Lebai hanya semakin menambahkan kebencian sesama kaum, PA$ dan Lebainya tidak menggerakan 'DAKWAH' bersepadu seperti sebelum eranya Hadi. Mana mungkin BUKAN MELAYU akan kembali memeriahkan sokongan kepada PA$ dan Lebainya seperti di era Almarhum Ustaz Fadzil Nor yang kita boleh lihat seperti paparan imej di atas, di mana kita boleh tengok anak2 muda Cina lukis bulan di pipi? Melilitkan logo pas di kepala? Mengangkat bendera dgn penuh semangat? Semua ini 'tidak mungkin' lagi akan berlaku.



Mat Tanjong at 1.05am 12/2/2018




Comments

  1. Aku berharap sgt2 ada sorang atau dua yg celik sikit tu, yg balik dari timur tengah buat diskusi mencari semudah2 sejelas2 seterang2 erti/MAKNA/definasi Dajjal! Apa MAKNA Dajjal itu?

    Jgn sesekali tertipu terkeliru dgn "metafora" Dajjal bermata-SATU hu hu..

    Metafora mata-SATU itu bermaksud SATU-jalur pemikiran yg sempit-GELAP, pemikiran ygKELIRU sonsang sesat murtad yg merosakkan! SATU-pemikiran tak rasional yg penuh dgn NAFSU-emosi penuh sarat dgn dendam kesumat! Sbb terjerat tercekik UMPAN bangkai ringgit!!

    Satu Malaysia dah kena 'dajjai/dajjal'..so sape yg mnjd 'dajjal' tu bro?

    Dajjal=pemBOHONG=pemBELIT/U-Turn=pemFITNAH=peNGELIRU=PONTENG/khianat=meNYONGLAP=meROSAK!!

    Jgn jd bahallol mencari ciri2 yg di"metafora"kan ddlm hadis itu, Dajjal mata-SATU konon, hu hu..
    Jgn jd tolol menunggu nabi Isa as utk mmbunuh siDajjal dgn pedang, itu pon "metafora" juga bro..
    Skrg Pedang dah jd hiasan kat Muzium2, org dah guna mesingun, leser n satelite bro..
    Mcm mana klu usTaT2 kata bumi kita LEPER/rata, sdangkan satu dunia tau bumi kita ini BULAT?

    Boleh ke usTaT2 IQ-ciput/tolol tuu mampu mengenal nabi Isa as, klu Dajjal=pemBOHONG/FITNAH PONTENG Songlap korup kat depan mata dorang pun dorang TAK leh nampok!? Huh! kelakor2 kan..

    Klu makna/ERTI/definasi ISLAM=PASRAH/surrender(kpd Integrity-n-Transparency)dah ramai skali yg BUTA n tak faham...tentu skali makna/ERTI/definasi Dajjal=pemBOHONG ni pasti ramai yg tak SEDAR langsung ha ha..

    Diantara "metafora" n REALITI pun ramai usTaT2 dah nampak nor bongok n TOLOL, mcm mana ada ati lg dorang tuh 'perasan' mnjd olamak pewaris nabi hi hi..



    Jgn tanyer ulor2MAK majlis Syorru dedak dan walaun2 mrk tentang MAKNA hakiki Dajjal itu...gerenti depa akan bawak gambaran ilusi katoon mcm roper katak berdiri kat tengah2 kepala katak tu terSOMBOL terJOJOL mata-SATU hu hu..

    Itulah sejauh2 pemikiran ulor2MAK yg dah mnjd Dajjal dan mnjd pengikut2 Dajjal yg sedang mencari dan menunggu2 kedatangan Dajjal, walhal mrk tak SEDOR mrk lah Dajjal itu serta mrk juga lah yg mnjd klompok pengikut2 Dajjal!

    MAKNA hakiki kpd Dajjal=pemBOHONG!

    Jgn cari ciri2 yg di"metafora"kan itu, ttpi carilah definasi/MAKNA/erti Dajjal itu yg hakiki sekali..=pemBOHONG!

    Hatta klu diri kita sendiri suka berBOHONG kitalah yg mnjd sbnr2 Dajjal itu bro! fullstop!!

    Nabi Isa as, TAK tau menipu dan TAK tau berBOHONG..beliau akan membunuh Dajjal dgn "kata2/idea" yg lebih tajam drp mata-PEDANG yg sentiasa jujur-LURUS-TELUS-KUDUS-TERANG seterang2 KBNARAN yg akan menelanjangkan muka2 gelap Dajjal dikalangan ahlul2KITAB dan penjual2 Agama yg lahap serakahNAFSU 'bermata-SATU' yg cuba bersembunyi ddlm KEGELAPAN!

    So, jgn sesekali tertipu KELIRU melihat serta menyaksikan sbnr2 Dajjal didepan mata kita skrg! yess skrg!!

    Balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah dia "metafora" Dajjal mata-SATU yg jahat lagi merosakkan itu?

      Bermata-SATU itu hanya "NAMPAK" isu kaum bangsa dan agama yg sgt2 sgt2 sgt2 sempit dan gelap, dan dgn sengaja ber"NIAT" jahat membuat KELIRU dgn putar belit hadis2 serta ayat2 Quran yg sgt jijik lg meloyakan!

      Bermata-SATU itu tidak tidak dan samaskali TIDAK akan "NAMPAK" nilai2 yg indah luas dan tinggi yakni nilai2-UNIVERSAL-'rahmatan-lil-alaamin'..

      Pengikut2 Dajjal yg bermata-SATU itu juga, sgt2 n sgt2lah mudah ditipu diperbodoh semahu2nya oleh siDajjal yg bermata-SATU itu, krn mrk tidak memiliki "NERACA" pengimbang dua-MATA yg dpt menilai sesuatu yg LEBIH BAIK atau yg TERBAIK..

      Oleh krn pengikut2 Dajjal itu juga bermata-SATU, maka sgt2 mudahlah siDajjal membuat dakwaan dan pengIKTIRAFAN bhw dirinya adalah "ulamak-hebat-mulia" serta dgn sgt2 mudah pula memaki menuduh mengHINA sesiapa shj yg tidak disukainya sesuka hati...lalu pak2turut Dajjal pun tanpa "NERACA" pengimbang dua-MATA yg rasional, akan bulat2 percaya serta mengkagumi nya hatta PONTENG U-Turn, KHIANAT, FITNAH, serta sdondon klepet MENCURI pun tetap terus disanjung TANPA sikitpun rasa CURIGA samaskali!!

      Dajjal-Al'Masih=Dajjal @ pemBOHONG yg berselindung dgn jubah sorban serta ayat2 hadis dan Quran atau kitab2 yg konon2nya mrk itu sejiwa dan sehati dgn nabi2 hi hi..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video