Turun sana Turun Sini? Janji ke nie? [Video]

Bila dekat dengan pilihanraya, maka pihak parti pemerintah BN akan mendendangkan lagu yang sama dengan irama yang sama iaitu turun sana, turun sini namun hakikatnya selepas pilihanraya, semuanya naik malah subsidi pun kena tarik.
Mereka cuma pandai berjanji menjelang tibanya musim pilihanraya tetapi hakikatnya selepas menang, batang hidung tak nampak dan habuk pun tak ada. Janji pula dicapati.

Manifesto BN dulu sini ada dimasukan yang harga kereta akan diturunkan antara 20%-30% bro ! Tak turun tara mana pun? Secara kumulatif hanya turun 12.7% saja yang mana sepatutnya turun 6% setiap tahun? Kini dah 2016, depa janji lagi nak turun 2018 pula? Ertinya kena bagi depa menang sekali lagi laa baru ada harap nak turun cuba baca ini ? So n so rakyat Malaysia boleh berhentilah bermimpi untuk memiliki harga kereta yang murah dalam masa lima tahun akan datang kerana harga kereta cuma akan turun selepas PRU ke-14," kata satu kenyataan sini . Tunggulah depa menang lagi? Janji tunai ke tak tunai ke, rakyat tak kisah sangat bro ! Janji jangan tak janji, janji kosong pun tatap diharapkan juga oleh rakyat?

Turun sana turun sini akan terus menjadi 'ubat penawar' mujarab bagi orang yang selalu 'sakit' bro! Umno akan menawarkan 'Khurafat ' mereka bahawa tanpa UBN ? Semua orang akan susah terutama melayu? Kah Kah Kah






Rencana
Jika BN jujur, 
turunkan harga kereta sekarang
9 April 2016 oleh Abdul Aziz Isa





malaysia-mobil-traffic-jam-pond5


Kerajaan BN sememangnya terkenal dengan membuat janji manis sehinggakan akibat terlalu ‘manis’, kebanyakkan janji tidak tertunai.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa harga kenderaan akan turun pada tahun 2018 dalam Dewan Rakyat. 

Adakah BN mempunyai iltizam politik atau ‘political will’ untuk menurunkan harga kenderaan di Malaysia? Beliau harus berfikiran waras dalam mengeluarkan kenyataan dan bukan hanya untuk menyedapkan telinga rakyat. Jangan hanya pandai tiru manifesto Pakatan Rakyat (dahulu) kemudian ubah sikit agar BN nampak seolah-olahnya prihatin kepada rakyat namun akhirnya tidak mampu dikotakan.

Harga Kereta TURUN - Rafizi Ramli 


Persoalannya sekarang, jika kerajaan begitu komited untuk menunaikan janji menurunkan harga kenderaan sehingga 30 peratus seperti yang termaktub dalam manifesto BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), kenapa perlu tunggu tahun 2018? Bukankah tempoh parlimen akan tamat pada tahun 2018 dan Perdana Menteri harus membubarkan Parlimen pada tahun 2018? Kenapa tidak turunkan harga kereta pada tahun 2016?

Adakah kerana kerajaan sekali lagi hendak menabur dedak pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2018? Selain itu, jenis kenderaan apa yang harganya diturunkan sebanyak 30 peratus? Adakah kenderaan berat, kenderaan nasional atau kenderaan import? Azalina tidak menjelaskan secara terperinci dan membiarkan rakyat tertanya-tanya.

Pada tahun 2013, harga kenderaan dikurangkan kepada 3 peratus, kemudian pada tahun 2014 turun sebanyak 7 peratus, dan pada tahun 2015 pula turun sebanyak 2.7 peratus. Mengikut perkiraan saya, setakat tahun 2015, kerajaan BN hanya mampu mengurangkan harga kenderaan dengan jumlah kumulatif sebanyak 12.7 peratus.

Jika kerajaan bergitu komited, sepatutnya harga kenderaan diturunkan sebanyak 6 peratus setiap tahun dan jika penurunan ini berlaku secara konsisten, maka jumlah kumulatif penurunan harga kenderaan setakat tahun 2015 adalah 18 peratus!

Masalahnya sekarang, terdapat harga kenderaan tempatan buatan Malaysia lebih mahal berbanding dengan kereta buatan Korea Selatan dan Jepun. Harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan BN yang tidak mahu rakyat menggunakan kereta import. Kerajaan BN turut menaikkan duti import kenderaan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.

Setelah Zon Perdagangang Bebas Asean (AFTA) ditandatangani, kerajaan BN berhadapan dengan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas. Justeru, kerajaan zalim BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import.

Akibatnya, hutang kenderaan menjadi hutang kedua terbesar selepas rumah. Lebih 705 keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 50 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian rakyat berpendapatan di bawah RM1,300 dan terpaksa mengikat perut akibat penarikan subsidi bagi bahan keperluan asas dan cukai rakus GST.

Jika Azalina kata kerajaan komited untuk turunkan harga kenderaan, turunkan cukai import, jualan dan duti eksais dalam kadar segera. Sebagai contoh, kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilangkan di Malaysia dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport. Ini bermakna, kenderaan yang berharga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai RM16,500 akibat dasar zalim BN. Harga kereta melambung tinggi disebabkan oleh ‘Dasar Automotif’ ciptaan BN yang lebih mementingkan kroni daripada mengambilkira penderitaan rakyat.

Namun, saya yakin kerajaan BN tidak dapat mengurangkan harga kenderaan sebanyak 30 peratus secara berperingkat sehingga tahun 2018. Beza manifesto Barisan dan Pakatan pada PRU13 adalah Barisan akan menurunkan harga kenderaan sebanyak 30 peratus dalam masa lima tahun tetapi cara yang ditawarkan oleh Pakatan adalah dengan menurunkan cukai eksais kepada ke atas kereta.

Tidak mungkin Barisan berani untuk menurunkan cukai eksais kereta kerana ianya memberi pulangan lebih RM7 bilion dalam bentuk pungutan cukai. Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 30% sebagaimana yang dijanjikan.

Bila dekat dengan pilihanraya, maka pihak parti pemerintah BN akan mendendangkan lagu yang sama dengan irama yang sama iaitu turun sana, turun sini namun hakikatnya selepas pilihanraya, semuanya naik malah subsidi pun kena tarik. Kebanyakkan anak muda sekarang sudah muak dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Barisan Nasional. Mereka cuma pandai berjanji menjelang tibanya musim pilihanraya tetapi hakikatnya selepas menang, batang hidung tak nampak dan habuk pun tak ada. Janji pula dicapati.

Jadi, kepada Azalina, jika beliau dapat mengurangkan agar harga kenderaan di Malaysia turun sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2018 agar ramai rakyat Malaysia mampu membeli kenderaan, adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan harga tudung sebanyak 30 peratus agar ramai wanita Muslim di luar sana mampu memakai tudung memandangkan harga tudung begitu mahal di pasaran dan memandangkan tiada cukai eksais dikenakan pada jualan tudung yang begitu mahal di Malaysia. -Roketkini.com

*Penulis merupakan Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Petra Jaya merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak.

~ SUMBER



Comments

  1. Semenjak dari azali lagi orang ME-layu kebanyakan nya telah di tipu oleh PUAKA UMNO, malang nya mereka seolah olah memang suka di tipu. Itu lah kebanyakan sifat orang ME-layu terutama yang berdarah biru. Di sebab kan itu mereka sukar untuk berubah walau pun telah di "BUKTI" kan segala kemungkaran yang di laku kan oleh mereka.

    GST, PTPTN yang ternyata menyusah kan kehidupan seharian mereka dan banyak lagi, tidak mereka hirau kan malah kelihatan menyukai nya. Bila kah agak nya orang ME-layu jenis ini akan berubah walau pun ISLAM mengalak kan mereka berjihat(MELAWAN)para pemimpin yang rasuah, salah guna kuasa dan kerap menyusah kan hidup mereka. Orang orang ME-kayu ni kalau di katakan bahawa mereka tidak mengikut ajaran ISLAM sebenar, mereka marah. Tapi tak marah atau merasa apa apa kalau di kata kan bersekongkol dengan para pemimpin yang berperanggai hodoh, lebih hodoh daru Syaitan yang di katakan mereka kenali.

    Percaya lah bahawa Malaysia akan menjadi lebih hodoh sekira nya puak puak ini enggan berubah dan terpaksa merimpat di tanah air sendiri. Sebenar nya sudah pun berlaku tetapi belum ketara sahaja lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?