#1MDBWanted ~ Langkah Pertama Rafizi - [video]
Rafizi Ramli telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi
terhadap Jho Low berdasarkan bukti-bukti di dalam Laporan Jawatankuasa
Kira-kira Awam (PAC) - Teruskan baca laporan penuh Rafizi Ramli ~ Continue Reading
KUALA
LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis
terhadap ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih popular
Jho Low di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.
Bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis, Rafizi berkata, laporan dibuat kerana pengurusan 1MDB atau pada waktu itu Terengganu Investment Authority (TIA) melanggar arahan lembaga pengarah dan pemegang saham.
Katanya, lembaga pengarah dan pemegang saham telah mengarahkan supaya pengurusan tidak meneruskan pengeluaran bon berjumlah RM5 juta.
Namun, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (pada waktu itu) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tetap meneruskan pengeluarkan bon itu.
Katanya, ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan ditanya mengapa mereka mengeluarkan bon itu walaupun dilarang lembaga pengarah, mereka berkata ia dibuat atas permintaan syarikat dan juga penasihat khas, Jho Low.
“Kita dapati di sini telah berlaku perbuatan jenayah,” kata Rafizi yang merujuk kepada tindakan pengurusan 1MDB mengeluarkan bon tanpa mendapat kebenaran Lembaga Pengarah.
Katanya, arahan dikeluarkan Jho Low itu telah memberi kerugian RM5 juta kepada syarikat dan rakyat kerana bon itu dijamin kerajaan.
Rafizi berkata, dia akan memuat naik laporan polis di internet supaya orang ramai sebagai rakyat juga boleh mengambil tindakan yang sama.
Katanya, laporan PAC mempunyai cukup bukti untuk polis menyiasat antara 10-12 individu yang dinamakan dalam laporan itu.
Dia juga berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menunggu lama untuk memanggil individu yang terlibat bagi membantu siasatan.
Naib Presiden PKR itu akan membuat laporan polis terhadap Shahrol pada Isnin depan.
Rafizi mahu memburu individu-individu yang dipercayai bertanggungjawab terhadap 1MDB menerusi kempen #1MDBWanted, di mana jutawan, Jho Low antara individu pertama yang disenaraikan berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan PAC.
Selain Jho Low dan Shahrol Azral, Rafizi menamakan Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang sebagai orang buruan.
Menurut Rafizi, senarai itu akan disiarkan, jika mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku “orang-orang atasan”.
~ (SUMBER)
#1MDBWanted: Rafizi mulakan dengan Jho Low
Ia laporan polis pertama dalam siri #1MDBWanted yang
dilancarnya untuk memburu individu yang dipercayai terlibat dalam
penyelewengan 1MDB.
Bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis, Rafizi berkata, laporan dibuat kerana pengurusan 1MDB atau pada waktu itu Terengganu Investment Authority (TIA) melanggar arahan lembaga pengarah dan pemegang saham.
Katanya, lembaga pengarah dan pemegang saham telah mengarahkan supaya pengurusan tidak meneruskan pengeluaran bon berjumlah RM5 juta.
Namun, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (pada waktu itu) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tetap meneruskan pengeluarkan bon itu.
Katanya, ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan ditanya mengapa mereka mengeluarkan bon itu walaupun dilarang lembaga pengarah, mereka berkata ia dibuat atas permintaan syarikat dan juga penasihat khas, Jho Low.
“Kita dapati di sini telah berlaku perbuatan jenayah,” kata Rafizi yang merujuk kepada tindakan pengurusan 1MDB mengeluarkan bon tanpa mendapat kebenaran Lembaga Pengarah.
Katanya, arahan dikeluarkan Jho Low itu telah memberi kerugian RM5 juta kepada syarikat dan rakyat kerana bon itu dijamin kerajaan.
“Saya meminta polis menyiasat Jho Low kerana memberi arahan kepada
pengurusan 1MDB dan siasat mengapa Jho Low sangat berpengaruh dalam
syarikat dan adakah ia ada kaitan hubungan rapatnya dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Rafizi berkata, dia akan memuat naik laporan polis di internet supaya orang ramai sebagai rakyat juga boleh mengambil tindakan yang sama.
Katanya, laporan PAC mempunyai cukup bukti untuk polis menyiasat antara 10-12 individu yang dinamakan dalam laporan itu.
Dia juga berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menunggu lama untuk memanggil individu yang terlibat bagi membantu siasatan.
Naib Presiden PKR itu akan membuat laporan polis terhadap Shahrol pada Isnin depan.
Rafizi mahu memburu individu-individu yang dipercayai bertanggungjawab terhadap 1MDB menerusi kempen #1MDBWanted, di mana jutawan, Jho Low antara individu pertama yang disenaraikan berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan PAC.
Selain Jho Low dan Shahrol Azral, Rafizi menamakan Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang sebagai orang buruan.
Menurut Rafizi, senarai itu akan disiarkan, jika mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku “orang-orang atasan”.
~ (SUMBER)
Video
Kongres Rakyat 2016 - Ucapan YB Rafizi Ramli ~ GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA
Comments
Post a Comment