3% Saja Nak Undi PAS? Biaq Betul Bro !

Aku nie bukan berapa percaya sangat dengan sesetengah kajian yang dibuat terutama yang melibatkan cita rasa pengundi terhadap parti politik, blok, atawa apa jenama sekalipun atas kapasiti entiti politik semasa ini bro, terutama responden yang ditemu bual itu adalah sejumlah kecil saja.

Ilham Centre kata dia baru bentang 4 slide saja sekarang ini dan belum kajian penuh yang belum disebar lagi pun ! Jadi dengan 4 slide itu - bukankah IC dah buat sebaran? Sebaran laa tu, nak sebar tara mana lagi? Ringkasan trend pengundi tu hangpa boleh tengok kat carta pie bawah nie bro!

Dengan 4 slide ini, PAS boleh demam kora bro? Mana tak demam kalo 3% saja yang mau pangkah PAS? Sikit punya haru ke tu? Tu yang agaknya Pas merepet, mereben sakan macam kena 'sampok' jer?

Rasanya perkembangan terbaru nie bila calon PKR dan DAP bertindih di PRN S'wak sini dan semaraknya rakyat menerima kehadiran Amanah dengan positif sini boleh menyebelahi kajian Ilham Centre ini. Kekalutan PKR yang masih berhubung 'manis' dengan Pas Azmin atas kapasiti seseorang yang mahu 'pertahan' kerusi empuknya dikhuatiri boleh menyebelahi Amanah dengan selesa terutama di Selangor kerana Amanah telah pun isytihar akan tanding semua kerusi Pas di Selangor sini . Mana Pas tak kalut bro? Biaq Pas kalut, kalo cakap tu politik matang kononnnn ? Matang bende? model politik kalut, serba seghabut tak mahu cakap?

Kalo Pas kabor kat rakyat, depa laa nak bawa politik terbuka, bertanggungjawab, bersih, sejahtera? bergerak pula atas jalan penyelesaian dan politik membina kononn? Dah habis lingkup sana sini, PR pun hanya tinggal nama, masih membina ke, matang ke? Pas laa yang akan dikenang sebagai 'catalyst' pelingkup Pakatan rakyat yang hampir meragut 'nyawa' UBN dhulu? 

Atas kertas bukan main muluk dan indah berbicara, SUA Pas dok habaq Pas membawa pendekatan politik membina dan menolak perkauman sempit? Kah kah Kah ! Betul-betul ludah atas kepala sendiri Pas nie, Pas laa yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan PR dulunya sampai hancur berkecai, Pas laa juga yang 'rasis' dengan mengatakan Amanah sebagai Khadam DAP dan seru umat Islam menentang DAP dengan berprasangka bahawa DAP berhasrat untuk memerintah negara? sini 

Sebelum PAS memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan DAP, Pakatan sendiri telah gagal berfungsi kerana tindak-tanduk Hadi bro ! antaranya kerana  Hadi tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Lim Kit Siang sini, jeles laa tu pasai nama Tok Sidang dipinggirkan? Kah Kah Kah

Semua senario ini memberikan satu indikasi jelas betapa Pas yang masih 'menjulang' Umno sebagai 'idola' terbarunya akan berikan harapan 'kosong' kepada rakyat umumnya untuk bersama Pas lagi..wajarlah Ilham Centre mendapati trend pengundi sekarang hanya akan berikan undi sekitar 3% sahaja.

Nak tau beza tara antara kepimpinan utama dalam Pas dan Amanah? Jangan lepaskan peluang baca satu dialog antara Khalid Samad dengan seorang Pak Aji bro ! sekurangnya tahulah kita hebat ke tidak Pas berTok Sidang yang ada sekarang ini bro?


 Kah Kah Kah

Hanya 3% akan undi PAS bersama Blok Ketiga, kata kajian 

Trend pengundi mengikut kajian Ilham Centre



Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).


Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.


Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.


Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.


"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.


Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".


Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.


Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.


Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."


Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.


Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.


"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.


Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015 ~ sumber  

Sisipan Sempoi



'Masalah Besar' 
Landa HARAPAN

Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda -tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik..tunggu lepas PRN S'wak ini..Kah kah Kah ~  sini

Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.Jadi atas semangat Pakatan Harapan ianya terkesan dengan apa yang terjadi di Sarawak hingga berlaku pertandingan sesama sendiri antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), suara akar umbi mahu satu mekanisme berkesan seperti jawatankuasa khas penetapan calon diwujudkan ~ selanjutnya di sini


PKR mohon maaf
Calon tak hadir, bankrap



PKR hari ini merakamkan kekesalan kerana kecuaiannya menyaksikan BN menang tanpa persaingan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
Pengarah Operai Bilik Gerakan Utama, PKR, Ismail Yusop dalam satu kenyataan media berkata calonnya di Bukit Sari, Alex Lihan tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.
“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Displin.

Tak pasai-pasai BN menang percuma bro, inilah akibat kecuaian. Xcuse? Its too late bro ! sembang bukan main kencang lagi..Kah kah Kah

Rafizi 
Yang Telus dan Gentlement

Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.
Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa eCeramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.

Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.

Rafizi Ramli



PKR, DAP boleh dipecat 
dari HARAPAN kerana rebut kerusi


Persetujuan umum yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti Harapan pada Januari lalu dengan jelas menyatakan walaupun parti bebas untuk memilih calon-calon mereka, pembahagian kerusi akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya...Semua keputusan juga mesti diluluskan oleh Majlis Presiden..."HARAPAN hanya akan letakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya," kata Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata pada majlis pemeteraian perjanjian itu di Shah Alam ketika itu.
Ini, katanya pada Januari lalu adalah untuk menamatkan pertandingan tiga penjuru.
Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.
Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat ~ sini

****
PKR hari ini mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.
Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.
DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.




~ greencrescent

KHULASAH

Apakah yang menyebabkan PAS sampai tersasar sejauh itu dari landasan asal bro ? Pas tidak lagi kenali rakan sekolehnya kerana telah bertukar koleh dari PR kepada Umno, seronok Pas bersama Umno sekarang ini hingga memba-memba lama disumpitnya setiap masa, pengkhianat kata mereka dan macam-macam lagi.

Ini semua kerana Pas pasrah dan kecewa teramat sangat sekalipun mereka terutama Tok Sidang dengan hilang nya golongan profesional dalam Pas sehingga Tok Sidang dalam kes Terengganu sekarang ini. Fobia inilah menyebabkan Pas kekurangan puak profesional sendiri dengan 'menggabungkan' Pas bersama Umno bro ! terubatlah sikit kekosongan tu?  Kah kah Kah. 




Parti 6 bulan 
vs Parti 60 tahun

Ramai yang tak menyangka Parti Amanah mempunyai penyokong yang ramai disarawak,walaupun sebuah parti baru sangat ditubuhkan,,memang hebat gerak kerja golongan profesional,,,
Syabas Amanah ,,lawan tetap lawan.

Parti Amanah Negara mmng mnyerang umno betul2 bro! tak kasi can lagi kali ini..umno dan 'pet'nya (PAS) kini dah mati akal..Kah kah Kah(Parti Amanah Negara's post.)
Dari Fb Parti Amanah Negara Kawasan Bintulu
Edaran risalah oleh AMANAH Bintulu di kawasan Spupok, Niah pada petang tadi bersama jentera Pemuda AMANAH Perak dan Exco Pemuda Nasional.
‪#‎amanahsarawak‬
Calon Amanah, Abang Halil bersama Penasihat Amanah, Ahmad Awang turun bertemu pengundi di Muara Tuang.

Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, PAS dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut~ sini




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]