Santun tu AMANAH, Sentap tu PAS - Video

Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan telah menetapkan sebagai masa santai di kiosk bunga raya depan ibu pejabat Amanah Negeri. Siapa nak hadir hadirlah untuk bersama pertemuan mingguan itu, dedak tak ada laa, kalo nak makan pagi tu, small matter jer bro ! Ha Ha Ha

Santuni rakyat setiap Rabu

Menurut Pengerusi Amanah Kelantan program santuni rakyat sebegini menjadi agenda tetap mingguan dan semua anggota yg kelapangan hadir akan hadir kerana Amanah Negeri turut menjemput orang ramai termasuk pemberita pada majlis santai satun rakyat ini.

Tanpa mengira kelompok dan usia
Majlis santuni rakyat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan masalah rakyat serta
menyalur maklumat mengenai aktiviti parti melalui pertemuan itu. Masyarakat ramai juga disaran menyampaikan kepada pihak Amanah sebarang masalah yang mereka hadapi untuk segera diteliti dan diambil tindakan. 

Bersama keluarga

"Apa yang boleh Amanah selesai sendiri kita akan buat, apa yang tidak, kita akan berkomunikasi dengan pihak terbabit bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, kata sumber Amanah. Selain
santai pagi secara langsung itu, Amanah Kelantan sedang menyusun pembentukan Pusat Peduli Rakyat (PPR) bagi memantapkan penyebaran maklumat dan program peduli rakyat.
"PPR ini akan kita buka di semua kawasan-kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan," ~ (sumber asal)

Sementara itu bro ! Bagi Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, program peduli rakyat tetap keutamaan tertinggi parti itu walaupun berhadapan dengan keupayaan dana yang amat terhad.

Bantuan untuk program peduli rakyat Amanah Kelantan
"Kita tetap bersama denyut nadi kesusahan rakyat yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang semakin sempit akibat pengurusan negara yang tenat," kata beliau semasa ditemui di majlis sumbangan asnaf DUN Bunut Payong di Cawangan Amanah Ismail 3 pagi ini...(Sumber Dua)



**********

 ~ ~ ~ ~

Yang Sentap 

Pilihanraya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini akan menyaksikan Barisan Nasional akan bertembung dengan dua gabungan pembangkang bro !.
Di satu pihak ada Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP, PKR dan Parti Amanah Nasional. Di satu pihak lagi adalah gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Masa depan PAS di negeri itu agar sukar untuk diramal, tapi Pas dilihat kian Sentap Teruk di sana bro ! walaupun Pas khabarnya bertanding 11 kerusi dan dijangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP...Pun begitu Pas dok harap sangat lahirnya 'anak sulung' depa di sana dan ini yang buatkan Pas tak berapa nyenyak tidur tu bro !  Depa dok habaq kali ini Pas terbuka terbuka 4 all sekalipun kepada bukan Islam. Pas 4 All dah lama tak dengor bro, di S'wak dia muncul balik? Kah kah kah
 

Sentap-Sentap Pas


Komen Roslan Shahirdi media sosial tentang hubungan Pas PKR sumber
KAH KAH KAH
Walaunnn mula tanya, apasal PKR di S'wak boleh jadi macam nie? Sentap semacam dengan PAS ? Mahu tanya laa sikit? Pas kawan yang dihargai oleh PKR ke di Semenanjung? Siapa sangat yang hargai bila di Semenajung?, atau Pas berkawan dengan PKR kerana ada pasai lain di S'langor?

Walaaunn nie dok habaq cuma PAS 'iktiraf' & anggap PKR sebagai kawan? Woitt ! siapa sangat yang terhegeh nak berkawan dengan PKR? Bukan ke PAS yang terlebih-lebih nak bersandaq PKR ? Kah Kah Kah

Tau pula dia tumpang pakai nama DSAI bila PKR sentap dengan dia di S'wak ini? Dulu puak nie laa yang 'anwarinas' kan kumpulan Amanah yang tersingkir itu? Tak kan buat lupa kot?

Kenapa Pas mengeluh bila PKR tak berapa nak layan PAS di PRN 11 Sarawak 2016 sampai depa tersentap teruk?Anda boleh baca terus ~ Continue Reading


Pas Tersentap
Dengan PKR di Sarawak ? 


Rupanya bila masuk gelanggang nak 'lawan tanding' baru PAS mula merungut yang rakan 'tahaluf siyasinya' PKR tak berapa nak layan sangat Pas nie bro!

Maka diungkitlah oleh Timbalan Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Mohd Shahir, Pas menerima layanan buruk beb ! dari PKR masa kat sarawak? Sempat juga dia kata tergamak depa PKR biarkan PAS begitu di Sarawak? Alahai kasiannya ! mulalah dia babitkan Amanah dan DAP dengan berkata, "Takkan kerana cintakan DAP dan Pan (Amanah) yang langsung tiada kekuatan di Sarawak itu PKR Pusat tergamak membiarkan Pas begini di Sarawak" ! Kah Kah Kah

Ini bukan di Selangor bro ! Di Sarawak laaa..Tahu Sarawak? Dulu kata kan kemain kemas lagi yang Pas boleh main acara solo tanpa gangguan sesiapa dalam politik, habaq kata kuat, tak heran kat sesiapa, apasal merungut, apasal cepat dan mudah sentap nie? Orang kuat tak mudah sentap bro ! Layan di SINI Bro. KAH KAH KAH

Yang Sentap?

kredit imej - Salman Karimi
Dengan DAP
Pun PAS Sentap ?

Kredit imej ~ utaranews.com


Kabornya PAS cuak dan sentap dengan DAP di Sarawak?. Bertembung 1 kerusi dengan dengan DAP pun tak kan sentap bro ! Kalau sentap dengan PKR tu boleh berkira laa juga pasai dengan PKR, Pas bertembung sampai 5 kerusi? Itu yang Tim. Ketua Penerangan Pas Selangor dok meghoyan sakan kata PKR tak berapa nak layan PAS sangat di S'wak tu? Kah kah Kah

Tuan Ibrahim kata dan merayu supaya DAP tak masuk ke tempat PAS masuk? Dulu kata DAP tu musuh utama dan akan menggempur kerusi DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tetapi PAS seakan-akan sentap dengan musuh utamanya itu. Apa nie bro? Ini namanya sentap bro ! Lihat lagi di sini



Akhlak Islam
Pas pun Sentap ke?


Rafizi bersuara Amat tepat sekali! Jarang RR ini menegur PAS bro ! Tetapi selalu sangat Pas perlekeh PH terutama Amanah parti nyamuk! #himpunan gst tiada sambutan dan lain lagi? Pas saja yang kuat? Tetiba saja di PRN 11 S'wak nampak sangat Pas sendiri SENTAP? Inilah akibat terlalu sebok urusan PH bro ! Akhlak Islam tak nampak pada mereka-mereka itu kata RR pasai banyak sangat dok mengata dok perlekeh orang lain? Itulah Bahasa Yang Tersirat Di sebalik Tulisan Rafizi Ramli..


PAS Sentap
Di sana dan Di Sinun !





Yakin menang kenapa tak bertanding semua kerusi seperti yang selalu di canang..? Undi keseluruhan tahun 2011 hanyalah 9719 berbanding pencapaian parti lain. Masih belum nampak realiti sebenar perjalanan terkini?..

Orang tanya pasai peluang PAS di PRN S'wak? yang dok pi habaq BN bakal menang besar tu apa hal bro? Belum lawan sudah puja rakan kongsi ?
Inilah Pas, yang merayu PH itu hari supaya bagi laluan kat PAS? nak kira lagu mana pula? dengan PKR pun hangpa sentap? Tetiba dok syok kata BN bakal menang besar? Yang kata PAS yakin menang besar di PRN 11 tu hapenya ? Takat nak bagi penyedap hati Tok Sidang ke guano? KAH KAH KAH
Baca sini Bro ! 

Sementara itu, Tok Sidang masih seperti biasa memperkecilkan AMANAH, katanya Amanah terlalu kecil untuk lawan Pas ! Pas nak lawan yang besaq saja macam Umno..Bukan tambah kerusi jer kata Tok Sidang tapi menambah kemenangan beb ! Nada tu nampak tersangatlah angkuh ! Di PRN S'wak pun SENTAP? Dok merayu memba PH bagi laluan? nak tambah kemenangan? Lajak Bunyi sama naik dengan laju ke? Aku malas nak muat naik video penuh bro ! hangpa klik (VIDEO) ini boleh tengok juga ! Bagi suspen sikit..Kah kah Kah

Kenyataan ini
Boleh Sentapkan PAS ?


BN Sarawak bakal hilang 24 kerusi pada PRN 2016, kata Aziz DAP 
Barisan Nasional(BN) Sarawak dijangka bakal hilang sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.


Menurut Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, populariti Adenan tidak banyak memberi kesan di kawasan bandar dan separa bandar.


"Janji tidak tertunai dan isu kenaikan harga barang bakal mendominasi isu politik pada PRN 2016 nanti", ujar beliau.. (sumber)

Kalo andaian dan Kenyataan dari Pengerusi DAP S'wak ini boleh diambil kira? SENTAP lagilah PAS ! Mana tak sentapnya bro? Kan Amanah tu 'khadam' DAP? wirid puak walaaun dan Tok Sidang? Sekarang giliran 'khadam' Umno pula yang gundah gulana dan sentap menyentap? Sapa lagi kalo bukan PAS? Penurunan kali ini menurut ramalan Aziz akan menurun sebanyak 6.7% bro ! Bukan kecik anak tu? Mana Pas tak sentap? Kah kah Kah

Santun itu, Pedulinya AMANAH

Puan Normala (tengah) menyampaikan sumbangan

Inilah antara gerak santuni masyarakat oleh AMANAH bro ! Tak kira laa di mana pun lokasinya, yang baik dan santun itu adalah PEDULI kan rakyat. Di Pulau Kundur pengkalan Chepa, Pertubuhan Wanita Peduli (PWP) di mana Pengerusinya Puan Normala Mohd Nazar menyampaikan bantuan kepada mangsa ombak di Pulau Kundur baru-baru ini sebagai tanda mereka turut dipedulikan. Biar Amanah berkerja sebegini dari duduk sentap tak tentu haluan macam mereka itu. (sini)


Khadam DAP 
ibarat isyarat kepada gendang perang.

Amanah dan Pas bertembung, dijangka hanya 10 kerusi BN goyang di PRN Sarawak

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalahDr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalah
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal menyaksikan Amanah dan Pas akan bertembung sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sumber yang dipercayai memberitahu Malaysia Dateline hari ini, ketiga-tiga kerusi terbabit adalah N16 Muara Tuang, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro...(Baca Terus Bro)

3 penjuru tak boleh elak bro ! Calon Bebas macam biasa dijangka 'kacau daun'? Biasa saja di PRN S'wak bro ! Yang nak sentap tentunya Pas! maklumlah dah lama masuk S'wak tetapi 'anak sulung' tak juga beranak? Mandul laa tu? Kah Kah Kah
Kalo ikut penganalis (foto atas kiri) Amanah mau pun PAS ada harapan menang di kawasan2 'kelabu" saja? Sentap lagi laa Pas bro ? Amanah depa 'cool' saja.


Facebooker 
pun tahu sapa yang Sentap?


Skg ramai pemimpin dan ustaz pas diberikan peluang dn ruang oleh umno, tiada sekatan dn halangan lagi,..
Tak mcm pemimpin Amanah dan ustaz2 Amanah dihalang dn disekat di sana sini,
Presiden PAS dh dpt kuliah di Masjid Umno di KL dn bolehu masuk ke Serawak siap boleh masuk pej KM lagi.
Tapi Presiden Amanah di sekat dn dihalang drpd memberikn kuliah dn berkhutbah, dn halang masuk ke Serawak.
Ust2 pas di peringkt kwsn pun dh boleh masuk semua masjid2 umno yg dulunya totok umnonya, siap dpt tauliah dan elaun lagi drpd pejbt agama sebagai guru takmir,
Tak mcm ust2 Amanh di halang, di sekat utk bekuliah di surau2 pas dn umno,
Yg halang org pas, bukn org umno, (
AyahSu Ngah)


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$