Berbeza Itu Bukan Bermusuh. Tak Perlu Bergaduh sahabatku

Wujudnya Amanah sebagai sebuah entiti politik dan terbentuknya Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP sebagai menggantikan PR yang dah lingkup dulu nie, menjadikan PAS saban hari seperti kena 'rasuk' ? Pada hal orang tak kata apa pun kat depa macam depa kata kat Amanah kat DAP dan PH. Pas langsung tak boleh raikan apa juga walau sedikit pun 'perbezaan' dengan Amanah bro !


 Buruk orang saja yang Pas nampak, terbaru sekali lagi Amanah dituduh 'derhaka' sini , kononnya kata Zuhdi, pakar strategi Pas tu. 
Apa yang 'derhaka' tu bro? Strategi lama dah tumpul ke? Ada ke pakai tuduh Amanah parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.,Kah Kah Kah


Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar yang turut menjadi penal pada forum itu berkata, semasa Zuhdi memberikan ucapan menjelang muktamar Pas tahun lalu di Kelana Jaya, Zuhdi berkata, golongan profesional dalam Pas perlu keluar dari parti itu untuk membentuk parti baru.(sini)

Jadi yang Si Zuhdi nie dok melalak ayat yang acap diguna pakai oleh Tok Sidang Pas menuduh Amanah derhaka nie mai kok mana? Dah hang sendiri masa muktamar lepas halau, perambat depa supaya 'create' parti baru? Dah orang buat dah keluar pun dari parti kalang pukang macam Pas tu, hangpa ditimpa reba (gheba)? Strategi ke tu?

Aloo bro ! raikanlah sikit beza pendapat tu, jangan dok nampak salah orang jer..cermin balik diri Pas tu, sarat dengan ciritan tuduhan pelbagai kat PH terutama Amanah dan DAP? Macam nie kaa strategi Pas? Kah kah kah

Tak malu ke dgn DAP? Depa putus hubungan dgn Hadi 'in person' pasai 'kelaku' Tok Sidang sorang saja, bukan dengan PAS? tu pun hangpa tak paham? Strategi mai kok mana? 

Sedap kata Amanah tu 'bughah' dan ada agenda Kristian dan Zionis? Pas dok senandung dgn Umno yang ada agenda 'apco' tu hapenya bro ? Tutup mata ke? pasai 'berkenan' di hati? Tuduhan Zuhdi nie pakai borong ajer bro ! Mana saksi? Saksi. Tok Sidang kan selalu mahukan saksi? Pasai INI ke?

Pas cuba tepis dan 'cover' balik Umno tu? lalu jawaban Zuhdi dalam forum itu berkalang peha tak tentu kalu hanya untuk menjawab saja soalan peserta tanpa bukti ditunjukan kenapa tidak damaikan saja Pas-Amanah?Memang Pas tak boleh lagi didamaikan. Mereka sentiasa 'mencipta' permusuhan dengan Pakatan Harapan terutama Amanah dan DAP. Apa yang Pas tak gelarkan Amanah? Dah puas aku tulis pasai nie, anda mampu cari sendiri segala 'gelaran' Pas dekat Amanah dekat PH dan DAP tu bro !


Kah Kah Kah DAP dibiayai yahudi? sikit punya kamjat ke orang-orang Pas macam Zuhdi nie yang secara tak sadar mengaku bahawa Vincent Tan  (VT) pernah dulunya menjadi penyumbang dana untuk Umno? Apa bukti pula VT jadi penyumbang dana untuk DAP bro? Ini boleh menaikan 'temperature' DAP nie? VT pun marah dia dituduh menyumbang untuk DAP sini dan sini.


Zuhdi tak kan tak tahu, "bukan menjadi rahsia lagi bahawa penasihat utama kerajaan ialah Apco yang dilantik dan dibayar lumayan oleh kerajaan sebaik Najib mengambil alih teraju kerajaan pada 2009. Agak-agak antara Pas dengan Apco, kiranya diberi pilihan, siapa yang menjadi pilihan Najib untuk menasihati kerajaan yang dipimpinnya?" ~ Baca Sini  . 

Nak masuk Sarawak terutama semasa PRN 11 sekarang ini bukan main payah dan sulit bagi pemimpin utama blok pembangkang bro ! Ada saja halangan dan helahnya, kena tulis surat kepada KMnya, baru boleh dipertimbangkan?, apa nie? Susuk semacam DS Wan Azizah dan Nurul pun kena tapisan depa dulu, masuk melalui Sabah pun salah ikut perkiraan mereka? Inilah bila melihat perbezaan itu sebagai permusuhan? 


Tan Sri Adenan Satem menyarankan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menulis kepadanya sekiranya dua anak beranak itu mahu memasuki Sarawak.
Adenan berkata beliau dengar Wan Azizah merancang datang ke Sarawak melalui Sabah untuk berkempen bagi calon-calon PKR dalam pilihan raya negeri itu.
Free Malaysia Today (FMT) memetik Adenan memberitahu satu sidang akhbar malam tadi bahawa tidak ada keperluan bagi Wan Azizah untuk berbuat demikian.
Katanya, apa yang Wan Azizah perlu lakukan adalah menulis kepadanya meminta kebenaran untuk masukke Sarawak.
"Dan saya akan mempertimbangkannya," kata Adenan..Baca Sini

Sementara itu, Amanah yakin Gagasan S4S yang banyak sulitkan pembangkang untuk mara dalam PRU 11 sekarang ini bukanlah halangan serius, namun ia amat dikesali kerana berbeza dalam berpolitik kepartian tidak difahami dengan serius oleh Sarawak malah mengundang pelbagai kesulitan terutama pimpinan dari blok pembangkang dan ironinya Pas yang juga dari blok pembangan Blok 3 itu tiada hadapi apa-apa kesulitan seperti halnya pimpinan Pakatan Harapan bro ! Kah Kah Kah ~ teruskan baca

Propaganda S4S BN
Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong gagasan “Sarawak for Sarawakian – S4S” dalam ertikata yang sebenar sekiranya gagasan itu merupakan satu tentangan rakyat terhadap sikap kerajaan yang sambil lewa serta tidak berlaku adil kepada penduduk tempatan. Pengarah Pusat Media Amanah, Dr Mohamad Jolhi berkata Barisan Nasional (BN) tidak menepati konsep "Sarawak for Sarawakian" yang cuba dipelopori oleh BN bertujuan menghalang penyertaan parti-parti politik yang kononnya berpengkalan di Semenanjung.. teruskan baca .

****

Propaganda sempit gagasan S4S ini sengaja dicipta BN untuk tidak membenarkan perbezaan dalam kelainan faham dan fikrah politik..Ia sudah ketinggalan zaman bro ! Kita boleh terima masuk berjuta pendatang asing yang belum ditapis dengan rapi ke Semenanjung dan Malaysia amnya, tetapi kita sesama kita dalam semangat satu Malaysia masih ada semacam 'polarisasi idealogi' dan perbezaan ini cukup sempit dan purba. Berbeza faham politik itu bukan bermusuh bro ! Tak perlu gaduh sahabat !


'Tumpang Tui'?
Najib disifatkan menumpang populariti Adenan pada PRN Sarawak
Mengarutlah, mana pula PM nak 'tumpang tui' populariti Adenan tu, Najib dah cukup popular, malah terlebih popular dari Adenan tu bro! Tak kiralah popular cara mana pun? janji popularnya Najib beratus kali ganda dari Adenan tu? Tak kan Pakcik Obama kenal sangat dengan Adenan tu? Siapalah Adenan kalo nak banding dengan Najib? Adenan popular pakai gagasan S4S sahaja, itu pasal dia popular ~ baca sini Cumanya Najib kerap ke S'wak termasuk kali ini nak pastikan 'fixed deposit' BN dibumi kenyalang nie tidak merudum teruk sangat ! Najib pergi suntik semangat Adenan sebenarnya bro ?! 
_________________________________

Berbeza
tidak perlu bergaduh sahabatku

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Sahabatku...
Meskipun kita sudah tidak bersama dalam wadah yang pernah sama-sama kita dukungi....

Meskipun kita tidak lagi bermusyawwarah dan 'bertikam lidah' dalam mencari posisi yang terbaik dalam setiap laluan sukar dan getir, untuk memajukan perjuangan ini.

Meskipun kita telah punyai wadah yang berbeza untuk meneruskan perjuangan untuk seketika ini, semasa sisa-sisa hidup ini masih bermakna dan bererti lagi dalam kudrat yang masih dizinkan Ilahi....

Meskipun tampak bersimpang-siur laluan yang kita tempuhi mutakhir ini.. sejak berpisah dulu hari...

Namun harus kau ketahui sahabatku..
Sejak sebelum meninggalkan kau dulu lagi..telah ku pinta pimpinan tertinggi mempertautkan hati-hati ini, meskipun dalam seanika perbezaan dan perbalahan ide bagi mencari yang asli, murni, terkini dan kontemporari...

Meskipun kita berbeza pandangan...hati ini tidak sanggup memusuhimu kerana kita bersahabat bukan kerana wadah dan kepentingan dunia yang dicari...

Kita bersahabat kerana dipertautkan hati ini demi menjunjung tinggi perintah Ilahi, membebaskan manusia dari belenggu penguasa yang menzalimi, supaya kemuliaan insan (Karamah Insaniyah) diangkat agar membenteras segala bentuk diskriminasi dan kezaliman,  supaya rakyat disejahterakan dan negara di makmurkan dan..

Agama dimuliakan... lalu mencorak segala tata-kelola pentadbiran supaya bebas segala pembaziran, pembolotan, rasuah dan kebobrokan....

Justeru sahabatku...
Hakikatnya kita sudah berada di wadah yang berlainan buat kini.... Ayoh teruskan perjuangan di wadah yang diyakini...saling mendoakan kejayaan dan memaafkan kekurangan dan kesilapan..
Izinkan dinamika perjuangan menentukan bagaimana ia akan kembali mencari posisi terkuatnya nanti...kerana milik perjuangan ini pada hakikatnya ialah AlLah Azza Wajalla sendiri....

Hentikan segala kata-kata nista dan hamburan tuduhan yang akan melengahkan kita mengecapi redha Ilahi dan menjadikan kita ancaman bahan bakar neraka yang dibenci.....

Untuk seketika ini ..sama-sama kita layari perjuangan kita ini..di wadah yang berbeza...untuk memposisi perjuangan Islam yang sama-sama kita dukungi...dalam persaingan dan kerjasama sihat, adil dan murni sebaiknya kita tidak halangi..sebab didikan tawadhu' mengajar kita menginsafi..belum tentu siapa yang lebih mulia di sisi Ilahi..

Renungan Jumu'ah ni telah berada bersamaku buat sekian lamanya...tetapi takut untukku titipkan buatmu.. kerana khawatir akan pelbagai persepsi yang dibaca dari pelbagai sisi, lalu aku dicerca lagi....bukan takut dicerca tapi pilu hati ini.....
Akhirnya kurakamkan jua buatmu sahabatku!
Semoga kita sentiasa dirahmati AlLah. 
~ sumber

Khulasah Bergambar

Politik kepartian sempit dalam wadah Pas, sikap taksub kepartian melululu hanya Pas sahaja perjuangkan Islam dan tidak pihak lain menyebabkan PAS tidak boleh menerima pandangan dan pendekatan seperti Amanah walaupun sama-sama bergerak atas dwi-tugas dunia dan akhirat..

Pas tidak mahu mengakui ada parti Islam ke2 yg juga bejuang untuk menegakkan Islam dan menolak  kezaliman dan rasuah umpamanya. Ini menjadikan mereka Pascai dan walaunnn tidak tega bila Amanah mempelopori Islam yang lebih dinamik dan mereka lebih selesa melilit dengan Umno yang sudah ditolak oleh sebagian besar rakyat. 

Akhir khulasah 
Laluan PAS TOLAK DAP
Rakyat Tolak PAS.
Pas pimpinan sekarang tak sama Politik allahyarham TGNA..Tak sama PAS bawah UFN.
Pas bawah Tok Sidangnya sekarang lebih kepada Politik membenci dan sombong.
Nokhtah. 


Kenapa kecoh
mahukan kembali kerusi tu?
Katanya dulu tidak mahukan kuasa?
Hanya cukup menjadi 'Penasihat' ???


Lebai nak kerusi Parlimen Kuala Kedah pulak dahhh...!!! Ada kita kesah..???

Pakman ketawa...Gelagat walaunta
Pada mereka...Pakman berkata
Ambilkan saja...Satu Malaya
Tiada siapa...Menghalang ia
Bukankah negara...Demokrasi cara
Kerusi tersedia...Berebutan sesama
Bukankah dijaja...Bersendirian cuma
Lantaklah segala...tindakan dirasa
Awas coba...Cerminkan muka
Takut laba...Hilang akhirnya
Tin Miilo juga...Dijadikan mangsa..(
sepai malaya)

KAH KAH KAH

Bertolongan?
Dengan Umno saja ke?
Dengan Amanah kenapa bermusuh?
KAH KAH KAH

Umngok dah Islam kembali..?
Kata dicanang...Ulamak marang
Umngok sekarang...Pas berkawang
Tidak bertegang...Tidak menentang
Berkasih sayang...Berpeluk pelukang
Itu amalang...Politik matang
Itu ajarang...Menjadi tuntutang.
KAH KAH KAH ~

sepai malaya

Pas Dipersenda..
Bila prinsip dijual beli?
Bila selimut terdapat musuh?
Inilah jadinya, tiada lagi dihormati
malah dipersenda saban waktu dan hari.

Muhammad Hafizi Ismail
Boleh menang ke dengan 'penghinaan' sebegini? Ini bukan 'berbeza' idea, tapi ini satu 'penghinaan' begitu. Pas lupa tetapi yang 'terhina' oleh keceluparan mulut pemimpin Pas tak akan lupa bro!


FB ~ Muhammad Hafizi Ismail
Pas makin dijauhi kerana perbezaan wadah sahaja jadikan mereka persendakan pihak lain. Pas teruk dipersenda, masih adakah secalit maruah? Perjuangkan Islam tetapi akhlak Islam sudah sirna dari diri?
Hentikan segala kata-kata nista dan hamburan tuduhan yang akan melengahkan kita mengecapi redha Ilahi dan menjadikan kita ancaman bahan bakar neraka yang dibenci..

Kisah Pak Lebai lagi, makin bercelaghu haghu bighu jadiknya..hahaha

Menyibuk juga

Haram tinggalkan "Jemaah Islam". Halau orang keluar dapat pahala ke?. Itu je..Lepas tu meghoyan tak tentu hujung pangkal ? Kah Kah Kah

Untuk seketika ini ..sama-sama kita layari perjuangan kita ini..di wadah yang berbeza...untuk memposisi perjuangan Islam yang sama-sama kita dukungi...dalam persaingan dan kerjasama sihat, adil dan murni sebaiknya kita tidak halangi..sebab didikan tawadhu' mengajar kita menginsafi..belum tentu siapa yang lebih mulia di sisi Ilahi..
Hentikan segala kata-kata nista dan hamburan tuduhan yang akan melengahkan kita mengecapi redha Ilahi dan menjadikan kita ancaman bahan bakar neraka yang dibenci..

Bertimbun Gelaran?
Tolol, Salak babi dalam bukit?
dan entah apa-apa lagi yang membukit !
 


Apakah layak gelaran begini diucapkan oleh pengucap seperti di atas? Memalukan dan memualkan..hanya kerana beza wadah dan perjuangan kepartian?
Akhlak yang bergelar 'ulama' bukan begini sifat kelakunya? Makin jauh orang dari de so called ulama begini?

Hanya Kakak tua saja
Bertutur seperti apa yang
gembala tuturkan. ajarkan.


Ramai Pascai dan walaunn lupa sekeping kertas 'CHAI' berguguran setandan profesional dari saf kepimpinan Pas.
Mereka yang mahukan begitu? Untuk mudahkan agenda 'perpaduang' agenda UG yang ditentang keras oleh kumpulan progresif dan profesional dalam Pas. Lupakah kamu wahai olama? Kamu semua yang menyebabkan mereka semua lari. Habis tu kenapa menghoyan dan labelkan mereka 'pengkhianat'? Kamu sebenarnya khianati kumpulan itu bro ! Dikatakan mereka sebagai sekular yang perlu dibersihkan dari dlam Pas? Nah nila dah dibersihkan senanglah Pas bermain-main dengan bapa segala sekular bila projek UG berjalan lancar? Kah kah kah



Ada Orang Kata,

Mat Sabu bukan Ulama,
Najib bukan Ulama,
Lim Guan Eng bukan Ulama,

Jadik, Siapa Ulama sekarang?

Itu je...


Comments

  1. Dlm PAS hanya tinggal ulama mu'tazilah sj, iaitu ulama yg suka takfiri, org lain x betul diri sendiri sj betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]