MPs Walk 4 Justice -Foto dan [VIDEO] Menarik

Ahli Parlimen (MP) pembangkang berjalan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini bagi membantah penangkapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pada pukul 9.10 pagi, kira-kira lima puluh MP dari Pakatan Harapan dan PAS mula berjalan dan melaungkan, 'Selamatkan Malaysia', 'Bebaskan Rafizi' serta menggesa Najib dan IGP berundur.
Para peserta termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Parti MP AMANAH Shah Alam Khalid Samad, MP Kuala Krai Hatta Ramli dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar.
Selepas 20 minit, mereka tiba dan menyerahkan memorandum kepada pihak polis..Lihat sini dan sini




FB - 还我公正,力挺安华!We Support Anwar!




Ahli parlimen pembangkang diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan menuju ke Bukit Aman bagi membantah penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. - Foto Sinar




MP pembangkang serah memo kepada KPN























(sumber foto atas)


sumber foto
Sumber foto


Punca Penahanan?
Rafizi direman 

berhubung pendedahan dokumen LTAT



PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)... 

...Kelmarin, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.
Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT. (sumber)

Suara
Presiden Amanah

  
Suara 
Pimpinan AMANAH





Pemberita Malaysia Dateline Arif Atan dan Dr Hatta Ramli seusai perarakan ke Bukit Aman
Tersenyum sinis apabila ditanya tindakan berarak ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diberitahu sebagai melanggar undang-undang, Dr Hatta Ramli menyifatkan semua orang ada hak untuk pergi ke balai polis.
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional itu berkata, kedaulatan Parlimen mesti dipelihara supaya dapat mengekang tindakan yang bercanggah dengan keadilan.
"Oh, baru saya tahu nak ke balai kena beritahu polis dulu. Padahal tak semestinya seorang, dua orang, ramai-ramai boleh.
"Ini nak pergi balai kena buat notis (ketawa). Bagi saya apapun undang-undang, kita berhak pergi ke balai apa lagi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas penyerahan memorandum pagi tadi..(sumber)



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video